Novel : Dear My Angel 2

Nama Pena : Wamwa97

Dear My Angel (Episod 2:Kehidupan Bersamanya)

Hari pertama kami hidup sebumbung. Saya berdebar-debar untuk hidup bersamanya. Inilah mahligai yang selama ini saya impikan. Mahligai yang dihuni bersama orang yang saya cintai.

“Lisa,termenung apa lagi tu?.”tanya Hassan.”Lisa termenung sebab Lisa takut untuk hadapi semua ini,”kataku jujur. Dia tersenyum,tanda mengerti. “Tak mengapa,Lisa tak perlu takut sebab abang ada di sisi Lisa,”katanya.”Jomlah tidur. Esok kita perlu berjumpa mudir untuk menghantar borang berhenti bekerja,”katanya lalu menguap.

7:30pagi.

Hari kedua. Memalukan betul. Ketika saya bangun tidur,Hassan sudah bersiap untuk ke sekolah. Saya pun memintanya agar menunggu saya. Dia tersenyum melihat gelagat saya. “Jikalau nenek tahu Lisa bangun lebih lewat daripada suami,mesti nenek suruh Kak Refa hukum Lisa,”bisik hatiku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Jom pergi sekolah,”kataku dengan cemas. Eh Lisa, jangan turun laju – laju,”katanya dengan lembut.”Nanti lambat macam mana?,”soalku.”Tak apa,”katanya.”Lisa minta maaf sebab bangun lewat,”kata diriku.”Tak apa,abang maafkan.Jomlah. Hari ini siapa nak pandu kereta? Lisa atau abang?,”tanya Hassan. “Lisa bawa.Tapi abang nak Lisa pandu kereta apa?Exora, Proton Saga atau Spectra?,”tanyaku.”Emm, mana-mana pun boleh,”ujarnya. “Saya pandu kereta Spectralah,lagipun dah lama saya tak pandu kereta Spectra,”kataku.”Ok,”balasnya pendek.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Cikgu,lepas cikgu berhenti ni cikgu nak ke mana?,”tanya Shahirah,murid tahun 6.”Cikgu rasa cikgu nak ‘handle rumah’ tangga cikgu pula,”jawabku. “Taklah Shahirah. Cikgu nak handle negeri bukan rumah tangga.Maklumlah,cikgu kan puteri raja,” provok Sara. “Oh,ni provok cikgu ni nak kena cubit ke?,”kataku sambil ketawa. “Lisa dah siap?,”tanya Hassan. “Dah abang,”jawabku. “Jom balik,”ajaknya. “Bye,cikgu!!!”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam perjalanan pulang,”kenapa abang berhenti bekerja?,” tanyaku. Dia diam sahaja.”Kenapa ni?,”tanyaku.”Apa kata esok kita balik kampung abang?,”cadang Hassan.”Boleh saja. Nanti boleh Lisa tahu cara-cara memasak,”kataku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Assalamualaikum,mak,”Sapa Hassan.”Waalaikummussalam.Eh,Hassan,Alisa,masuklah,”jemput mak mertuaku Auntie Julia.”Tiba-tiba je balik,”kata Auntie Julia lagi.”Tak adalah,mak. Ni ha,anak mak ni tiba-tiba nak balik,”kataku. “Mak,boleh tak Alisa tahu makanan kesukaan Hassan. Lepas tu tolong ajar cara untuk memasaknya,”pintaku. “Jangan mak. Nanti dia sabotaj saya,”jerit Hassan.”Mak ajarlah,” pintaku lagi.”Baiklah,mak beritahu dan ajarkan,”jawab Auntie Julia.”Hooray!!!,”heritku.”Takpe,mari sini Alisa. Abang nak cubit Alisa sebab dapat pujuk mak,”ujar Hassan.”Mak,tolong saya!!!Mak,kawal sikit Hassan ni!!!,”lataku sambil ketawa.”Eeii…jangan lari,Lisa,”kata Hassan sambil ketawa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Ok.Sebenarnya makanan kesukaan dia ialah Ikan Keli Masak Cili Api,”ujar Auntie Julia.”Ooo…patut pun selama ini, Lisa masak Lemak Cili Api, berselera nampak,”kataku. Hassan hanya tersenyum kerana malu.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dua tahun kemudian, saya disahkan mengandung 3 bulan. Hassan sangat gembira setelah mendengar berita itu. Adik-beradik saya juga berasa gembira. Sejak Hassan tahu yang saya mengandung,perangainya bertukar. Dia lebih ceria daripada dulu. Enam bulan lagi kami akan menerima ‘orang baru’.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: