Novel : inikah bahagia? 1

Nama Pena : teeh arisha

BAB 1
4 TAHUN KEMUDIAN…..
“Risya. Ooooo Risya. Kamu nak ke mana tu?Jalan macam tak cukup kaki dah?” Risya berpaling ke arah suara orang yang menegurnya.
“Oh Kak Intan rupanya. Ingatkan siapalah tadi. Ish Kak Intan, mana ada saya jalan tak cukup kaki. Rasanya memang dari dulu lagi kaki saya ada dua jer. Kak intan dan Abang Mus pun dua kaki juga kan?” tersenyum Risya apabila melihat perubahan air muka Kak Intan.
“Betulah Intan. Aku setuju dengan Risya. Aku tengok kau dari kecil hingga besar, dua kaki tu jer kau ada” air muka kak Intan makin berubah selepas Abang Mus tertawakan dirinya.
“Kamu berdua tak habis-habis nak kenakan Kak Intan. Cakap salah terus nak gelak. Malas nak layan korang berdua” Kak Intan terus ingin berlalu pergi tapi dihalang oleh Risya.
“Laa, Kak Intan jangan macam ni. Risya gurau je tadi. Dah jangan merajuk. Nanti Abang Mus pula pening nanti” usik Risya.
“Kenapa pulak Abang Mus pening? Kak Intan merajuk. Bukan Abang Mus merajuk.”
“Buat tak tahu lak. Ingat Risya tak tahu ke gossip hangat Abang Mus dengan Kak Intan kat kampung ni? Dari jauh lagi Risya dah terbau-bau nasi minyak. Sebab itu la Risya jalan macam Kak Intan komplen tadi. Ya la nak tahu siapa punya nasi minyak. Tup-tup nasi minyak Kak Intan dengan Abang Mus punya rupanya,” ketawa Risya melihat gelagat Kak Intan yang malu-malu kucing dan Abang Mus pula buat macam tak faham.
“Ishhh, kamu ni Risya. Mana kamu dengar berita tak betul nih? Abang Mus dengan Kak Intan tak ada apa-apa la. Kalau Abang Mus hantar pinangan pun tak mesti Kak Intan kamu ni terima. Kamu tahulah Abang Mus ni apa la yang ada. Setakat lori buruk jual ikan ni je la harta Abang Mus,” cebik Kak Intan mendengar Abang Mus merendahkan diri.
“Merendah diri nampak. Intan tak kisah kalau Abang tak nak pinang Intan pun. Nanti Intan bagi tahu mak ayah tak usah sibuk-sibuk buat persiapan. Nanti membazir dan buat malu jer kalau tak jadi. Intan pun tak inginkan orang yang tak nakkan Intan. Betul tak Risya? Buat apa kita fikirkan orang yang tak nakkan kita”, terus Kak Intan menjauhi Abang Mus dan memaut lengan Risya bagi menghalang Abang Mus memegang lengannya.
“Dengar tu Abang Mus. Jangan jual mahal sangat nanti melepas. Orang kat sebelah Risya ni ramai peminat.”tersenyum Risya melihat telatah dua insan di sampingnya.,
“Intan sayang. Janganlah macam ni. Tak lena abang tidur nanti teringatkan Intan. Abang gurau je la. Takkan tak boleh? Kenapa sejak akhir-akhir ini asyik merajuk je?ABC ker? Huhu….” Abang Mus masih berseloroh dengan Kak Intan. Pecah derai ketawa Risya dan Abang Mus setelah habis Abang mus berkata-kata.
“Memandai-mandai je cakap Intan ABC. Lambat lagi la. Abang nak tahu kenapa Intan merajuk? Abang tu yang buat Intan sakit hati. Tak habis-habis nak usik Intan. Malas Intan nak layan. Nanti tak pasal-pasal masuk hospital sebab perkara macam ni.” Risya hanya tersenyum melihat gelagat dua insan yang tak pernah habis idea usik-mengusik antara satu sama lain. Mesti ada-ada sahaja apa yang nak mereka gaduh. Risya amat bertuah kerana dua insan ini sudi membantu dirinya serta keluarganya jika dirinya dalam kesusahan. Masih diingat lagi ketika semua orang kampung mencemuh mereka sekeluarga kerana perbuatan Eisya, namun hanya Abang Mus dan Kak Intan serta keluarga Pak Kamal sahaja yang tidak memandang serong malah membantu dirinya sekeluarga menghadapi tomahan orang kampung.
“Okay la Kak Intan, Abang Mus. Risya balik dulu ye. Dah lama Risya kat sini. Risya dah janii dengan kembar dua orang kat rumah yang Risya akan masakkan mereka ikan keli masak berlada sempena hari terakhir mereka menduduki SPM,” terang Risya kepada mereka berdua.
“Owh, ya ke. Kalau macam tu ni Abang Mus bagi udang kat kamu. Lepas tu kamu buat udang masak merah. Mesti si Johan dan Rohan tu suka. Masakan kegemaran mereka,”
“Tak usah la Abang Mus. Masak ikan keli pun dah cukup,” tolak Risya
“Ambillah Risya. Dah Abang Mus nak bagi. Tak salah Abang Mus nak belanja sebab si kembar tu dah banyak bantu Abang Mus berniaga di pasar malam,” pujuk Kak Intan apabila Risya menolak niat suci Abang Mus.
Akhirnya Risya mengambil juga udang yang dihulurkan kepadanya setelah mendengar alasan yang diberikan oleh Kak Intan dan Abang Mus.
“Bilakah si Risya tu nak bahagia? Tak habis-habis penderitaan yang dilaluinya dari kecil hingga la sekarang. Harap-harap nanti adalah pelangi menerangi hidup Risya kan Abang,” rungut Kak Intan kepada Abang Mus setelah Risya berjalan pulang ke rumah. Hanya bantuan dan dorongan semangat sahaja yang mampu diberikan oleh mereka.

*******************************************
Bunyi batuk serta suara budak ketawa menghiasi rumah papan itu. Gelak ketawa dan usik-mengusik memberi gambaran bahagia kepada orang mendengarnya. Namun begitu, jauh di dalam sudut hati mereka tersimpan rindu, suka, duka serta harapan yang tak pernah hilang dari hati penghuni-penghuni rumah papan itu. Bagi mereka biarlah apa yang dilalui itu dianggap sebagai pedoman dalam meniti arus kehidupan yang kadang-kadang di atas dan ada juga di bawah. Hidup tanpa cabaran dan dugaan tak lari daripada kehidupan manusia kerana hidup ini diibaratkan roda yang berputar tanpa henti. Kesakitan mengajar erti ketabahan. Itulah pegangan yang dipegang oleh orang-orang yang berteduh di rumah yang sama.
“Johan, Rohan. Mana kakak kamu? Pagi tadi cakap kat Ayah yang dia nak balik awal. Lepas tu nak masak sedap-sedap untuk kamu berdua. Tapi sampai sekarang batang hidung pun tak nampak lagi. Cuba salah seorang daripada kamu pergi tengok kakak kamu kat mana sekarang. Kalau dia lewat sebab berborak dengan siapa-siapa yang dia jumpa tak apa. Ini kalau ada sesuatu yang tak elok terjadi kepadanya, susah nanti.”
Sebaik sahaja Pak Mat habis berkata-kata,Rohan menuruni tangga hadapan rumah untuk mencari Risya. Namun belum pun sempat dia memakai selipar jepun, sudah dilihat kakak sulungnya berjalan masuk ke halaman rumah mereka. Rohan terus menyalami dan menolong kakaknya mengangkat barang-barang yang terdapat ditangan Risya. Tersenyum riang apabila melihat isi kandungan salah satu barang yang dibawa pulang oleh kakaknya. Risya sudah mengetahui reaksi yang akan ditonjolkan sama ada oleh Rohan mahupun Johan kalau melihatnya membawa pulang udang ke rumah mereka.
“Mana Ayah?”
“Dekat dapur.”
“Habis exam pukul berapa? Tadi, kamu nak pergi mana masa Kak Risya sampai,” Tanya Risya sambil berjalan menaiki rumah.
“Baru je habis. Lebih kurang setengah jam. Tak pergi ke mana-mana pun. Tadi turun sebab Ayah suruh pergi cari Kak Risya. Ayah bimbang bila Kak Risya tak balik-balik lagi. Pagi tadi kan Kak Risya janji nak balik awal sebelum kami berdua balik. Tapi, lastly akak tak balik-balik lagi,” panjang lebar Rohan menjawab soalan Risya.
Risya menyalami tangan serta memohon maaf diatas kelewatan pulangnya kepada Pak Mat sebaik sahaja memasuki rumah melalui dapur. Tanpa melengah masa terus sahaja dia ke ruang masak untuk memasak masakan istimewa untuk hari ini. Namun dia merasa bersyukur kerana Rohan dan Johan turut serta membantunya dalam menyediakan hidangan untuk tengahari.

******************************************
“Akak, Johan rasa Ayah rindukan Kak Eisya sebab tadi masa Johan balik Johan terdengar Ayah cakap dengan Danish macam ni ‘ Atuk rindu sangat dekat ibu Danish. Kalau boleh Atuk nak peluk, cium ibu Danish dan bagi tahu bahawa Atuk sayangkannya’.”
Johan meniru gaya percakapan Pak Mat ketika mereka berdua berehat diatas pangkin di halaman rumah mereka pada petang itu. Sementara Rohan melayan anak saudaranya bermain-main dan Pak Mat pula sedang berehat dianjung rumah kerana batuk yang tak kurang-kurang sejak dari semalam.
“Kak Risya pun rindukannya. Apatah lagi Kak Eisya kamu tu adalah adik kembar akak. Kami bersama sejak dari kandungan arwah ibu lagi. Tapi akak pun tak tahu dekat mana nak cari Kak Eisya. Akak harap dapat berjumpanya sebelum terlambat,” Johan menyapu air mata yang menuruni pipi kakak kesayangannya. Dia tidak mahu kak Risya bersedih lagi kerana sudah banyak budi kakaknya dalam menyara kehidupan mereka sekeluarga.
Semenjak kak Eisya melarikan diri dari rumah selepas lima bulan pulang ke kampung tanpa mereka tahu apa salah mereka sekeluarga sehingga mencetuskan tekad untuk melarikan diri turut menyebabkan mereka terutama kak Risya dan ayahnya menahan rindu dan pilu menanti kepulangan Kak Eisya.
“Joe sayangkan Kak Risya. Joe tak nak Kak Risya menangis. Kalau Kak Risya menangis Joe pun sedih.”
“Kenapa Kak Risya dengan Joe menangis? Ada perkara yang Han tak tahu ke?” Rohan bertanya sebaik sahaja melihat Risya dan johan menangis. Baginya setiap apa yang dirasakan oleh mereka berdua terutama Johan akan turut dirasai oleh dirinya. Risya hanya mampu menggelengkan kepalanya.
“Mama, janganlah nangis. Danish sedih. Pak Ucu, Pak Achik. Jangan buat mama Danish menangis,” petah Danish berkata-kata walaupun umurnya baru 4 tahun.
Risya,Johan dan Rohan hanya mampu tersenyum melihat keletah Danish. Terus sahaja Danish dipeluk oleh mereka. Danish yang kelemasan itu terus merungkaikan pelukan mereka dan berlari melepaskan diri apabila dikejar oleh mamanya dan Pak Ucu, Johan.Manakala Rohan merasa sedikit bahagia melihat kakaknya tersenyum riang walaupun menyimpan satu rahsia yang hanya dia sahaja tahu dalam senyap tanpa disedari oleh Risya.
‘ya Allah, aku mohon pada-Mu berikanlah masa untuk keluarga kami bersatu lagi. Sinarilah kehidupan kami terutama Kak Risya supaya dia dapat melawan penyakitnya itu. Amin.’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: