Novel : Ku Titip Rahsia Kalbu 2

Nama Pena : Zamita Syaqis

Bab 2

“Kau buat apa minah senget. Aku panggil pun kau tak dengar. Kau…”aku tidak meneruskan kata-kataku.

Aku memandang Dania yang sedang menekup muka. Sudah beberapa hari Dania bermuram durja. Aku membiarkan Dania. Tidak mahu ambil tahu. Aku terus menjalankan aktiviti perniagaan aku. Hari ini perniagaan aku agak laris dari hari biasa. Mungkin poket sudah penuh. Jadi bermacam-macam barang hendak dibeli. Lumrah hidup. Biasa la. Time dapat gaji berpusu-pusu orang datang ke pasar malam. Time poket tengah kering slow la sikit orang dan slow la juga income aku. Hendak berniaga macam ni la. Sanggup menanggung sebarang risiko.

Aku masih ingat masa aku mula-mula hendak berniaga. Aku gorek semua duit tabung aku yang sudah bertahun aku menabung. Ye la kan aku ni baru habis belajar. Mana la hendak dapatkan duit yang banyak. Setakat dua ratus itu pun aku bersyukur. Lagi modal dua ratus Dania yang laburkan. Aku ni bukannya orang yang berada. Ahli keluarga aku kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Cuma belum lagi nak kais tengahari. Tak tahu ada nasib ke tidak. Aku ni kelulusan diploma perniagaan. Jadi minat berniaga tu tinggi la. Aku nekad hendak mengubah nasib kelurga aku yang tidak seberapa mewah ni. Itu la azam aku. Ya aku mesti berjaya.’Tabahkan hati, giatkan usaha’.

Sedang aku asyik melayan pelanggan ada seorang mamat handsome datang kat gerai aku. Dia bertanyakan satu anting-anting dan gelang tangan silver berbentuk love. ’Hendak bagi ke buah hati la tu’ detik hatiku. Kan orang lelaki ni bila sudah mempunyai orang yang di sayangi pasti ingin menghadiahkan sesuatu yang menarik minat kaum hawa. Aku masih leka melayan mamat di hadapan aku. Tiba-tiba suasana riuh kedengaran di belakang van yang aku parking. Aku segera menghampiri ke tempat tersebut.

Semua orang yang lalu-lalang berbisik-bisik sesama mereka. Aku terkejut apabila mataku melihat Dania sedang meraung menangis sambil tangannya memegang lengan seorang lelaki. Aku menghampiri mereka.

“Nape ni..apa dah jadi..kau orang nak tayang show free ye..malu la orang tengok.”aku mengangkat Dania yang dah melutut depan lelaki itu.

Sedang aku meredakan keadaan yang kucar-kacir, tiba-tiba datang seorang lagi lelaki menghampiri kami semua.

’Eh! ni lelaki yang nak beli gelang tadi ni.Apa hal pulak dia ni masuk dalam tayangan tak berbayar ni. Nak tambah kecoh ke apa?.”perlahan saje aku bersuara.

Takut didengar pula oleh lelaki tadi. aku segera memautkan lengan Dania. Ingin berlalu dari keadaan yang memalukan itu.

“Sayang nak tahu…nape Darling tinggalkan sayang. Sayang tak bagus ke..tak cantik ke..tak seksi ke di mata Darling. Jawab la..sayang nak tahu sebabnya,”Dania meraung lagi. Dania masih memaut lengan lelaki tadi.

Dalam kepala aku sudah serabut melihat kerenah Dania.”Ini lah padah nya kalau bercinta. Tidak ingat hukum hakam Allah. Berpengangan tangan tanpa berlapik pulak tu. Ish..parah macam ni. Nak termuntah pun ada..eeii seram sejuk aku di buatnya” detik hatiku.

‘Aku berfikir sejenak. Bagaimana nak selesaikan hal ni.’ Sempat lagi aku berfikir dalam keadaan yang kecoh ni Aku buat muka selamba je.

“Maaf lah kakak-kakak..abang-abang…pakcik..makcik…kawan saya ni memang macam ni…hari ni mood dia tak berapa sihat sikit…belum makan ubat lagi ni…semua boleh beredar..nanti tambah teruk kawan saya ni…kalau suasana panas macam ni,”aku berharap adalah manusia yang sedang mengerumuni cepat-cepat beredar.

“Ha ah..betul tu..kawan kami ni tak sihat sikit. Harap encik…cik..pakcik..makcik dapat beredar..”celah mamat handsome tadi. Dia tersenyum memandangku.

Aku kaget. Dedupan jantungku tiba-tiba berdenyut kencang takkala mamat handsome tadi tersenyum pada ku.’Wah!..manisnya senyuman itu. Boleh terpanah asmara ni. Eh!perasan pulak aku ni. Tu yang orang lain punya’detik hatiku.

Aku melihat orang ramai mulai beredar. Aku lega. Aku patut ucapkan terima kasih pada mamat handsome ni. Kalau tidak tentu orang ramai ni tidak mahu beredar lagi. Masih mahu menonton wayang free.

“Thanks,”sepatah kataku.

“Welcome. Same to you,”mamat handsome membalas dengan senyuman yang menggoda.

“Eh..nape lak,”aku kehairanan.

“Sepatutnya saya yang perlu ucap terima kasih dulu kat awak…awak dah membantu saya…dia ni kawan saya,”mamat handsome memegang bahu lelaki yang Dania masih menagih kasih.

“Dia ni kawan awak rupanya..patut la minat sangat nak join wayang free tadi,”aku mencebik.

“Kau orang berdua ni tak tahu malu ke. Mana maruah kau orang ni ha. Aku yang dok tengok wayang free kau orang naik malu tau. Aku tak tahu la apa nak jadi kat kau orang berdua ni,”aku mula berleter bila keadaan kembali tenang dan orang ramai sudah tidak ada di sekelilingku.

Ye la..tak kan nak marah budak dua orang ni depan orang ramai. Malu la mereka. Biar la mereka sudah malu tapi aku tak akan menambahkan lagi malu mereka. Aku melihat Dania yang mula reda dari tangisannya. Dan mamat dua orang ni mula mencari tempat untuk melabuhkan punggung.

“Nim…kau tak rasa apa yang aku rasa sekarang ni, Darling aku ni…tak ada ribut..tak ada angin…tiba-tiba je nak putus dengan aku.Kau kan tahu dah lama aku couple dengan dia. Mana mungkin aku dapat menerima keadaan ni”Dania meluahkan rasa yang terbuku di hati.

Rasa nak termuntah aku bila Dania sekali lagi membahasakan kekasihnya ‘Darling’ tapi rasa simpati pun ada juga. Aku memandang kekasih Dania. Boleh lagi budak sorang ni buat muka poyo je. Naik sakit hati pulak aku. Orangnya tidak la kacak sangat biasa saje. Apa la yang digilakan sangat oleh Dania kat kekasihnya ni.T anpa fikir panjang aku terus memulakan bicara.

“Sebenarnya saya tak mahu masuk campur pasal kau orang tapi kau orang dah secara rasminya melantik saya untuk masuk campur oleh kerana hal ni berlaku di gerai saya mencari rezeki. Saya tak mahu kerana hal yang remeh-temeh ni menjejaskan reputasi perniagaan saya,”wah!!skima betul aku berbahasa. Sekali-sekala apa salahnya. Aku berbicara di dalam hati.

Setelah perbincangan tidak rasmi tadi aku dapat juga menyelesaikan masalah Dania. Aku bagi nasihat kepada kedua-duanya. Tidak adil jika kesalahan diletakkan atas bahu seorang sahaja. Kedua-duanya harus membetulkan kesilapan masing-masing. Baru semua masalah dapat diatasi. Aku perasan mamat handsome tadi asyik memandang aku. Aku naik rimas.Tenungan nya lain macam saja. Ada makna tu.Eh!perasan betul la.

Aku merasa terlalu penat hari ini.Ye la letih berniaga lagi…lagi letih memikirkan hal Dania. Orang nak bercinta..dia pun nak bercinta…alih-alih aku juga yang jadi mangsa. Mangsa tempat mengadu dan penyelamatnya. Tapi aku dapat juga mengajaran dari apa yang berlaku kepada Dania. Sekurangnya aku mendapat sedikit pengalaman walaupun belum pernah bercinta. Tak la kuno sangat nanti.’Eh!nak bercinta juga ke aku ni.Hish belum sampai masanya lagi. Buat apa di fikir. Fikirkan masa depan sekarang,”detikku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: