Novel : Mahligai impian 3

Nama Pena : syamizi azwaza

Sekali lagi pandangannya ditujukan ke arah bangunan tinggi 15 tingkat di hadapannya. Seakan tidak percaya dia akan menjadi salah seorang kakitangan syarikat yang berprestij ini. Hari pertama memulakan kerja, Fatihah begitu bersemangat. Seawal 5.45 pagi dia sudah terjaga dari tidur yang lena. Selalunya dia akan bangun tepat 6.15 pagi dan bersiap sedia untuk melakukan kerja-kerja rumah sebaik selesai menunaikan solat subuh. Langkah diteruskan sehingga dia terpacak di ruang lobi.
“Hmmmm… Mega Holding. Macam tak percaya aje aku datang sini sebagai pekerja,” bicara Fatihah sendirian. Tanpa disedari sepasang mata galak sedang memerhatikan gelagatnya yang agak jakun itu. Sejak tadi lagi wajah gebu itu menjadi perhatiannya. Wajah yang mengingatkannya kepada seseorang.
Fatihah tercegat di hadapan pintu lif. Di sisinya seorang lelaki segak berkemeja biru dipadankan dengan slack hitam serta tali leher berwarna putih belang-belang. Entah kenapa dia berasa tidak tentu arah. Rentak degupan jantungnya sudah tidak sekata. Tidak stabil. Sesekali dikerling insan yang berada di sebelahnya.
‘Ya ALLAH!! Iqram???’ Fatihah terlongo. Pintu lif yang terbuka di hadapan juga tidak di sedari. Sehinggalah kedengaran satu suara garau menyapanya, “Cik, tak nak masuk ke?”
Fatihah tersentak. Malu! Laju sahaja dia menapak ke dalam lif. Sesekali dia kerling lelaki di sebelahnya. Kebetulan hanya mereka berdua di dalam lif.
“Errr… tingkat berapa?” soal lelaki itu. ‘Aduh! Suaranya betul-betul membuatkan aku teringatkan si dia,’ bisik hati Fatihah lagi.
“12,” jawab Fatihah ringkas. Cuba disembunyikan kegugupan yang menyelubunginya ketika ini. Wajah lelaki itu langsung tidak dipandang. Bimbang juga jika dia tersalah orang.
Sebaik loceng lif berdenting serta tertera nombor 12 di atas pintu lif menandakan sudah sampai di tingkat 12, Fatihah bersiap sedia untuk keluar. Sesaat kemudian pintu lif terbuka. terkocoh-kocoh dia keluar meninggalkan lelaki tadi terpaku melihat tingkah lakunya.
Tiba-tiba Fatihah mematikan langkah serta berpaling ke belakang. Lelaki tadi yang kebetulan sedang berjalan betul-betul di belakangnya menyebabkan mereka berlanggar. Kedua-duanya jatuh terjelepok ke lantai.
“Sorry… sa…saya tak sengaja. Minta maaf sangat-sangat,” ujar Fatihah sambil cuba untuk bangun dan berdiri tegak. Tetapi dia merasa lain. Ya, kelainan pada pandangannya yang telah bertukar menjadi kabur!
“Tak apa. Saya pun silap jugak, tak hati-hati.”
Fatihah kembali menumpukan perhatian ke arah lantai simen. ‘Ke mana hilangnya cermin mata aku ni?’ Cuba mencari namun pandangan yang kabur menyukarkan usahanya.
“Errr… awak cari apa?” soal lelaki itu lagi.
“Cermin mata saya,” jawabnya ringkas sambil tangannya lincah bergerak ke sana ke mari.
Sesaat kemudian dia terasa ada sesuatu yang menyentuh wajahnya sebelum pandangannya kembali jelas seperti biasa.
“Dah boleh nampak?” suara garau itu kedengaran lagi.
“Okey. Thanks,” jawab Fatihah perlahan. Malu. Tak pernah lagi ada prang lain tolong dia sampai macam tu sekali apatah lagi orang itu langsung tidak dikenali.
“Kalau macam tu, saya pergi dulu. Take care.” Lelaki itu terus berlalu tanpa memandang wajah Fatihah yang sudah mulai kemerahan.

FATIHAH tumpu perhatian ke arah wanita di hadapannya itu sekali lagi. Seakan tidak percaya apabila wanita itu memberitahu bahawa bilik yang luas dan besar ini adalah bilik kerjanya. Biar betul!
“Ada apa-apa masalah ke, Cik Nurul?”
Fatihah senyum simpul.
“Errr… tak payahlah bercik-cik dengan saya. Panggil Nurul aje.”
“Yalah. Akak keluar dulu, ya. Kalau ada sebarang masalah, akak ada kat depan ni,” ujarnya tenang sambil tangannya memulas tombol pintu. Namun dia kembali menoleh ke arah Fatihah sebaik mendengar namanya dipanggil.
“Saya ada sesuatu nak tanya…”
“Apa dia?”
“Siapa pengarah kat syarikat ni?”
“Encik Iqram Ikhzal. Kenapa?”
“Tak ada, saja nak tahu. Terima kasih, kak….”
“Yati,” pintas wanita itu.
“Terima kasih, Kak Yati.”
Sebaik kelibat Kak Yati hilang di sebalik daun pintu yang tertutup rapat, Fatihah menekup mulutnya yang terlongo luas.
‘Oh my goodness! I can’t believe this!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: