Novel : Masih Ada , Buat Mu 4

Nama Pena : Anilza Rohan

BAB 4.

Ika Nabila dan gadis itu berpandangan seketika. Kemudian pandangan gadis itu jatuh ke wajah Khairil Izuan.

” Siapa ni? ” Gadis manis yang pada telahan Ika sebaya dengannya menegur.

” Didi Najwa, kenalkan ini Ika Nabila Mohd. Azaki . . “

“Apa khabar Didi? “Ika Nabila menghulur salam perkenalan. Ika menarik tangannya apabila beberapa detik tidak disambut oleh Didi. Dia terasa rendah diri ,namun perasaan itu ditepis jua dan dia cuba berlagak biasa.

“Jadi, menyelam sambil minum air lah ni?? Perempuan sekarang bukan boleh percaya sangat Abang Ril. Banyak yang pisau cukur. Dunia sekarang perempuan hanya nak kebendaan. Berlakon baik tapi, ada udang di sebalik batu. ‘ Terhambur tomahan dan kata-kata yang cukup tajam dari mulut manis Didi Najwa.

‘By the way, this is my card, dan jangan ingat U dah dapat mengumpan Abang Ril. Okay, Didi jumpa abang kat rumah nanti.” Ujar Didi Najwa dengan tegas dan ego.
Ika Nabila diam berjurus-jurus. Hanya sepi mewarnai suasana antara mereka. Kalau lah mereka makan di tempat lain tentu Ika Nabila tidak dihina sedemikian rupa.

Khairil tahu, keengganannya menerima cinta Didi Najwa membuatkan gadis itu membidas mana-mana wanita yang bersamanya.

” Ika…Maafkan saya . Tadi tu, sepupu saya . Awak jangan ambil hati ya.” Suara Khairil Izuan mendatar tetapi penuh nada memujuk.

” Saya sedar. Memang betul apa yang Didi cakap. Saya ni yang tak sedar diri. Kan saya dah kata orang macam saya tak sesuai makan kat hotel besar. Tambah lagi dengan awak . ‘ Terang Ika Nabila jujur. Ada kepedihan terkandung dalam suaranya.

“Kita balik. Saya dah kenyang.”

Mereka bergerak pulang selepas membuat bayaran.

Mesyuarat berjalan lancar. Jam menunjukkan pukul 5 semasa keluar dari perut bangunan tiga belas tingkat itu.

Cuaca di luar tak berapa baik. Hujan sudah mula melebat. Ika Nabila mengeluarkan payung dan berjalan ke tempat menunggu bas.Dia berdoa bas atau teksi muncul dengan segera.

“Ika….mari saya hantar balik. Susah dapat teksi ni.” Kata Khairil Izuan lagi.

Kebiasannya Ika Nabila menumpang rakannya Siti yang kebetulan kerja satu bangunan. Namun, hari ini Siti bercuti pula.Terpaksalah dia bersusah payah berebut bas.

‘Tak apa lah Ril. Saya ambil bas atau teksi nanti.’ Balas Ika lagi. Masih merajuk dan terasa dengan kata-kata Didi Najwa. Begitu murah pandangan Didi terhadap orang biasa yang bukan dalam kalangan anak Datuk Datin.

Belum sempat Ika Nabila menjelaskan alasannya, Khairil Izuan turun mendapatkan gadis itu, membuka pintu kereta dan memaksanya masuk dengan lembut. Hujan semakin menggila.

‘ Jangan ambil hati kata-kata Didi. Saya tahu, awak berjauh hati.” Kata Khairil tiba-tiba.

Dia mengambil sehelai tuala dari beg di tempat duduk belakang.
‘Pakailah. Awak kan basah kena hujan. ‘ Katanya seraya menghulurkan tuala muka kepada Ika Nabila.

Serentak dengan itu, wajah tulus mulus Iskandar melayang lagi. Gerak- geri Khairil Izuan banyak membayangkan dan mengingatkan Iskandar kepadanya.

” Sejuk?” Iskandar menghulurkan tuala dan sehelai baju sejuk kain jeans kepada Ika.
Ika teragak-agak. Memakai baju Iskandar dan menggunakan tualanya seperti tewas pada lelaki itu. Dia tak ada pilihan. Kain diambil. Dia mengelap mukanya. Diam tanpa bicara. Iskandar pula mengambil tuala dan mengelap wajahnya. Mereka berkongsi tuala. Itu yang Ika tak faham.

“Minta sini tuala tu!! ” Suara Khairil Izuan menariknya ke alam realiti.
Dia mengambil tuala dari Ika, lalu menyapu muka dan tangannya yang basah. Ika Nabila terdiam sejenak.

Memori Iskandar tak mampu dilupakan kalau lah setiap hari gerak gaya Khairil mengingatkan dia pada lelaki yang sudah lapan tahun hilang dari kamus hidupnya.

Ingat kawan lama lagi lah tu ?? ‘ Khairil Izuan meneka. Membariskan senyuman yang menjadi aset ketampanannya.

“Tak lah. Saya menyusahkan pulak. ” Ika Nabila cuba berselindung.

“Ika Nabila Mohd Azaki, listen to me, kalau saya tak silap, awak dah kerja dengan saya dua tahun dua bulan, and then , hari ni awak cakap awak menyusahkan . Jangan sebut lagi perkataan menyusahkan kalau awak nak terus berkawan dengan saya .

” Saya minta maaf . Tak niat pun nak kecilkan hati awak. ” Ujarnya perlahan dan kembali mematungkan diri.

Dia tak nafikan sedikit-sebanyak dia amat tertarik pada kebaikan dan kemesraan Khairil Izuan, namun hatinya masih keliru dan sangsi. Pengalaman lalu mengajarnya berati-hati dengan anak orang kaya. Malah kadangkala, bayangan Khairil mengingatkannya kepada Iskandar.

‘Weekend ni awak ada masa tak ? ‘ Kahiril bersuara tenang. Ika Nabila tahu, Kahiril takkan berputus asa mengajaknya keluar. Mereka selalunya keluar bersama atas urusan rasmi sahaja . Kalau bukan hal-hal rasmi, ada saja alasan yang diberikan oleh gadis itu.

” Nak siapkan projek dan laporan .” Gumam Ika Nabila tenang.

Kereta masih meluncur perlahan. Membelah hujan lebat yang sekali-sekali dihiasi kilat di langit. Kenderaan bergerak agak perlahan kerana jalan raya agak licin.

Ika Nabila memandang wajah tampan Khairil Izuan, lelaki 32 tahun itu nampak bersahaja, tenang dan matang. Entah kenapa dia tak pernah nampak Khairil keluar dengan mana-mana wanita sebelum ini. Adakah Didi Najwa adalah salah seorang peminatnya? Ika berkira-kira sendiri.

“Kerja takkan habis Ika. Dan kerja takkan lari kalau sehari awak tak pandang.” Katanya seperti memujuk.

“Nak ajak pergi mana?” Ika Nabila bertanya lagi. Kali ini pandangan mereka bersatu seketika. Lampu isyarat masih lagi menunjukkan warna merah. Langit terasa seperti milik mereka berdua.

‘Nak ke mana ?? ‘ Tanya Ika Nabila sekali lagi bila melihat tiada reaksi dari jejaka itu, malah mungkin dia sedang hanyut dalam renungannya. Renungan itu juga sesekali menggamit rindu Ika kepada Iskandar.

‘ Kahwin !! ‘ Jawapan Khairil memeranjatkan Ika Nabila.
Kereta bergerak perlahan memasuki jalan kecil menghala ke kawasan rumah sewa Ika Nabila.

“Kenduri kahwin kawan baik Ril. Kat Shah Alam. ” Khairil meredakan kejutan itu. Lalu ketawa kecil. Ika Nabila tersenyum kerana sedar dia terburu-buru.

“Ika tak pandai masuk majlis orang kaya.” Getusnya perlahan dan tenang.

” Anak orang kaya manusia juga Ika. Sama macam kita. Pada Tuhan, hanya amalan mulia sahaja yang membezakan manusia. Bukannya kaya atau miskin.Setuju??” Ujar Khairil berkhutbah.

” I thinks first.” Ulas Ika lagi.

Kereta sampai betul-betul di perkarangan rumah sewanya di Bangsar . Kereta Siti masih tersergam di dalam garaj. Ika pun tak tahu Siti keluar atau tidak hari ini.

“Terima kasih Ril.” Ika berbahasa.

” Nanti saya beri jawapan.”
“Saya telefon nanti.” Kata Khairil lembut. Kemudian tersenyum manis. Cukup menggetarkan hati gadis itu. Ika Nabila melambai tangan. Kemudian memandang kereta Honda yang mengaum gagah itu keluar dari kawsan rumahnya. Khairil Izuan berpatah balik dari Bangsar ke kediamannya di Sri Hartamas.

” Hoi……tak nak masuk ker?? ‘ Suara Siti depan pintu tiba-tiba
memecah lamunan Ika Nabila. Gugur berkeping-keping dan hanyut di bawa arus hujan yang lebat.

” Kau tak keluar ?” Tanya Ika Nabila sambil melangkah masuk. Wangian masakan Siti benar-benar mencuit selera. Perut dah kenyang tapi terasa lapar balik sebab hujan .

” Kita makan?” Tanya Siti dan menarik tangan Ika Nabila ke meja makan yang sederhana besar.

“Begitu punya baik Khairil Izuan, kau nak lepaskan??” Siti menggiat. Ika Nabila tersenyum manja. Mencubit lengan Siti yang berkulit sawo matang. Siti mangadoi manja.

‘ Ya lah….orang dah sayang kat kita pun, nak jual mahal. Kalau aku…dah lama aku ngap!” Kata Siti dan serentak pecah ketawanya. Ika Nabila juga tertawa.

“Banyak kau masak hari ni Ti? Ada kenduri ker ? ‘ Ika Nabila bersuara lagi sambil mencuci tangan dekat sinki.

Pecah liurnya melihat masak lemak nangka dengan ikan kering, sayur goreng kacang campur tauge dan petola, kurma ayam, sambal tumis udang dan ulam. Semuanya menjadi kegemaran Ika Nabila.

‘ Aku tak da buat apa tadi.Masak lah. Apa lagi, terlebih pulak. Simpan besok lah. Esok kan kita tak kerja. ” Tambah Siti lagi.

Mereka duduk di meja makan. Ika Nabila menceduk nasi.

‘Isnin ni kau kerja kan?” Tanya Ika Nabila lagi. Kemudian menggaul nasi dengan kuah masak lemak nangka.

” Nak suruh bos hantar dan ambil lagi ker tuan puteri?” Siti menggiat lagi. Kali ini Ika Nabila tersenyum riang.

” Malas nak berdalih kalau dia nak hantar. ” Kata Ika Nabila.
” Orang tu tengah memikat awak.Tak faham lagi?”

“Tolong sikit eh….bos kita tu, dah ada peminat tau. Didi . Anak kawan baik Datin. ” Tambah Ika Nabila dan segera wajah Didi bertandang di benaknya.

” Kalau dia minat dekat Didi tu, kenapa dia selalu ajak awak keluar?” Kata Siti lagi. Ada kebenaran dalam kata-katanya.

‘ Lelaki !! biasalah macam tu ! ‘ Ika Nabila mengomel sendiri.

‘Esok kau pi mana ? ‘ Tanya Ika tiba-tiba, mengubah topik perbualan.
“Kalau Abang Razif datang, kami nak keluar tengok wayang dan shopping!” Jelas Siti. Ika Nabila tahu, Siti dan Razif dah berkawan hampir empat tahun. Mereka bercadang nak bertunang tahun depan dan kahwin tahun seterusnya.

Ika Nabila tumpang berbahagia dengan kebahagiaan Siti yang dah dikenalinya dua tahun lebih sejak berkerja satu bangunan dengan Siti.

Siti, akauntan syarikat, satu bangunan dengan tempat kerja Ika.Cuma Siti kerja di tingkat lima, Ika Nabila kerja di tingkat tujuh.
” Ril ajak kau keluar ke mana pulak ?” Siti meneka kerana sudah diagak lelaki itu tak kan putus asa mengajak Ika keluar.

“Tak baik hampakan harapan orang Ika.Kesian Ril. Dia baik sangat. Pergi lah.Kali ni, sebagai kawan baik dia. Tak salah aku rasa. Bukannya kau pergi bermakna kau nak memikat atau dah terpikat. Pergi untuk menjaga hati dia. Sebab dia lelaki yang baik di abad ini. ‘ Jelas Siti lagi. Ika Nabila tersenyum mendengar ayat-ayat Siti penuh makna.

“Apa kau kata Ti? Lelaki terbaik di abad ini? ” Dia mengulangi ayat itu . Mereka sama-sama menghambur tawa.

Lepas siap mengemas meja makan, Ika Nabila masuk ke bilik, berehat dan menyaipkan sedikit kerja.

Siti bergerak ke ruang tamu, mengambil remote tv, dan sebuah majalah Wanita keluaran Mac, lalu melabuhkan punggung di sofa biru depan tv.
Halwa mata dan telinganya terisi di situ.

” Didi Najwa datang petang tadi.” Kata Datin Faridah seraya melabuhkan punggung di sofa merah hati yang terukir indah. Semua perabot dalam rumah agam yang mewah itu diimport dari luar negara, termasuk Itali, dan Jepun.
Dia memandang anak bujangnya yang berumur 32 tahun itu tiada reaksi. Malah seperti asyik menonton rancangan National Geographic yang sedang berlangsung.

“Datang mengadulah tu ma. Kami jumpa masa makan tengahari.
Didi, kalau tak mengadu, tak sah. Kalau jumpa Ril kat luar sikit –sikit nak mengadu.” Tambah Khairil geram bercampur jelek.

“Mama bukan apa Ril . Dia suka kan Ril . Didi baik dan masih boleh dibentuk..” Tambah Datin Faridah.

Tersenyum sendiri melihat anak bujangnya mengomel tentang sikap Didi. Dia akui Didi anak manja, kuat merajuk, dan suka memerintah. Tapi baginya, Didi juga anak yang baik sebab mentaati ibu bapa dan kehendak ibu bapanya.

” Dulu, masa kami cadangkan kau orang dua berkawan, Didi tak pernah buruk sangka, walau Ril terlalu dingin.Cuba lah Ril memahami hati wanita. Perempuan Ril, kalau dah kena gaya pujuknya, boleh cair juga. Keras hati wanita ni, macam kerak nasi, kalau kena air, lembut lah.” Terang ibunya panjang lebar.

“Betul ker ma?” Khairil tersenyum sendiri.
Mengenangkan hati Ika Nabila, adakah seperti kerak nasi macam yang dikatakan ibunya. Kalau kerak nasi, dah lama hati Ika jadi miliknya. Ini tidak.Begitu keras kerak nasi yang satu ni.

“Senyum pulak. Mama bukan nak paksa. Mama tahu, cinta tak boleh dipaksa. Tapi awak tu dah masuk umur 32. Angah dah kahwin.” Ril ni susah betul.” Kata ibunya dan membayangkan bagaimana anak keduanya yang dipanggil Angah yang masih belajar di luar negara itu cuma menurut kemahuan orang tua.

Angah setuju berkahwin dengan hanya sekali bertemu tunangnya dalam majlis kecil di rumah mereka. Khairil pun bingung, begitu mudah angah menerima gadis itu tanpa mencintai .

“Mama…Angah setuju berkahwin demi menjaga hati Datin Rahimah yang sedang sakit kuat masa tu. Kata Khairil lagi.

‘ Angah kena berperang dengan mama kalau dia tak tunaikan janjinya dulu. ‘ Gumam Datin Faridah tegas. Khairil tahu ibunya cukup mementingkan darjat dalam soal perhubungan anak-anak.

” Ril keluar makan dengan siapa ?”

Khairil merenung sejenak muka Datin Faridah sebelum membuka mulut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: