Novel : My Arrogant Princess 5

Nama Pena : azeil

” puteri.. puteri sayang… puteri ok?” cemas sekali suara tan sri menanyakan anaknya apabila puteri kelihatan membuka matanya memandang sekeliling.
” puteri.. kami ni.. kau tak pape kan?” tiba pula giliran Tanya dan Vanessa bersuara, mereka risau melihatkan puteri yang masih bengung dengan pertayaan papanya. mungkin masih lagi terkejut dengan kejadian tadi. mukanya masih pucat.
” papa..” tiba-tiba puteri bersuara. Dia seolah-olah baru sedar diri walhal sudad 10 minit dia membuka matanya selepas pengsan selama 2 hari.
” ye sayang.. “
” kat mana ni papa.. kenapa puteri kat sini pa? Puteri nak balik pa..” rengek puteri.
” tak boleh sayang.. puteri kat hospital. 2 hari puteri pengsan. Doctor kata puteri mengalami kejutan yang luar biasa menyebabkan puteri pengsan. Nasib baik puteri sempat diselamatkan. Kalau tak papa pun tak tahu macam mana keadaan puteri sekarang.” Terang tan sri kepada puteri.
” Tan sri.. boleh saya ambil keterangan puteri sekarang?” tiba-tiba dua orang lelaki lengkap beruniform polis mendekati mereka.
****************************
Puteri melangkah gagah ke arah mini cooper merah yang terparking elok di sebelah porshe kesayangannya. Hari ni dia merubah angin untuk membawa mini cooper yang merupakan salah satu koleksi kereta peribadi yang merupakan hadiah ulang tahunnya dari papanya. puteri menyanyi kecil sambil memusing-musing kan anak kunci yang ada di tanganya, hari ni hari yang cerah.. secerah mood puteri. Dia cukup bosan seminggu berkurung di rumah selepas dibenarkan keluar dari hospital tempoh hari, apabila mendapat kebenaran papa nya untuk keluar pada hari ini puteri sangat la gembira. Sepantas kilat dia bangun dan bersiap berdandan secantiknya. Langsung tidak mengeluarkan kata- kata berbaur marah mahupun berkasar bahasa.
” hello.. jumpe kat tempat biasa, jangan lambat!” puteri menutup handphonenya selepas membuat pesanan ringkas sudah tentu la buat dua sahabatnya.
” heyyy.. ape yang kau buat kat sini?” kening mula bertaut. Aura kemarahan mula meledak melihatkan sesusuk tubuh yang amat dibenci.
Bibir merah itu mula diketap kuat apabila pertanyaanya dibalas dengan pandangan kosong. ” don稚 ever touch my car!.” Kasar sekali bahasanya. Hilang sudah keceriaan hari ini. Diganti pula dengan mendung yang hanya menunggu bunga-bunga petir serta guruh apabila melihat lelaki yang berada dihadapanya itu ingin membuka kan pintu kereta untuknya.
” tepi lah!! Kau ni tak faham bahasa ke?” puteri cuba menolak kasar lelaki itu apabila tubuh itu menghalang nya dari masuk ke bahagian pemandu. ” ishhh” dia mula geram, mata mencerlung ganas kearah wajah yang masih tegap berdiri. Sedikit pun tidak bergerak dengan tolakan kasar darinya. Mamat ni macam tunggul kayu.. langsung x bergerak.. berat macam batu. Apabila cubaan pertamanya tidak membuahkan hasil dia mula naik angin, pantang jika perlakuan nya dihalang. Pantang juga segala kemahuan nya tidak diendahkan. Mula la awan hitam berkumpul hebat di atas kepala, menunggu masa untuk memancarkan kilatnya.
***************************************
” adam..”
” ada apa bu?”
” jadi ke adik kamu balik malam ni? Ibu nak masak special untuk dia.” Soal puan aida yang sememagnya mengharap jawapan positif dari anak sulungnya itu.
Adam serba salah. Memang salah dirinya berjanji sesuatu ynag tak pasti dengan ibunya. Adam terseyum sambil meraih lembut tangan puan aida mnegucup perlahan tangan wanita yang semakin dimamah usia itu.
” insyallah bu, nanti adam jemput dia ye bu? Kalau dia tak sibuk dia balik.” Sekali lagi adam memberikan satu harapan yang belum tentu dapat di tunaikan.
” adam pergi dulu, isnyallah malam nanti kita makan sama-sama ye bu?” lembut sekali pertuturannya sambil menyarung kasut untuk kembali ke pejabat. Sudah menjadi satu kebiasaan pada adam untuk makan tengah hari bersama ibunya apabila abahnya tidak dapat bersama. Dengan cara ibi saja lah dia dapat mengelakkan dari ibunya merasa sunyi berada di rumah sendirian. Walaupun rumah mereka masih lagi di huni orang gaji namun manakan sama dengan ahli keluarga sendiri. Adam bingung dengan janji yang di buat, dia merasa bersalah. Dia tidak mahu ibunya kecewa seperti sebelumnya. Dia nekad dia akan lakukan apa saja asalkan ibunya gembira pada hari ini. Dia melepaskan hand break kereta kemudian keretanya meluncur laju katas jalan raya.
**********************************
” papa, apa semua ni? Kenapa mamat ni ada kat sini?” puteri menhentak-hentakkan kaki nya apabila tan sri bakri yang kebetulan keluar ke garaj kereta lengkap dengan pakaian sukan. Hari ini hari biasa bagi tan sri untuk keluar bermain golf dengan rakan-rakan kongsi syarikatnya, kelihatan pak akob pemandu tan sri sedang bersiap sedia memasukkan segala gadjet untuk kegunaan tan sri di padang nanti. Puteri mula menjeling tajam ke arah lelaki itu apabila tan sri berjalan menghampiri lelaki itu.
” puteri,, mulai hari ini Daniel akan menjaga puteri kemana saja puteri pergi, termasuk ke kolej. Segala pergerakan puteri akan di awasi oleh Daniel.” Kata-kata yang terbit dari mulut tan sri itu bagaikan halilintar yang memancar ke kepala puteri. Dia terkejut. Seperti biasa bibir mula diketap kuat. Kening sudah lama bercantum, puteri mula menunjukkan reaksi protes terhadap arahan tan sri,
” no! Puteri tak nak!” tegas puteri sambil menarik muka angkuh serta menhadiahkan jelingan sinis buat Daniel. Dia memeluk tubuh sambil menyentap-nyentap kasar beg tanganya tanda kemarahan yang kian memuncak.
” kalau begitu puteri tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah langsung. Papa akan panggilkan tutor untuk ajar puteri, dan kalau Tanya dan Vanessa nak jumpe puteri mereka boleh datang bila-bila masa saja di rumah ini.”
” tapi pa..”
” keputusan papa kali ini muktamad, puteri ada dua pilihan. Duduk rumah atau Daniel akan ikut kemana saja puteri pergi”
” tapi pa.. kenapa dia ni?” puteri bengang dengan selamber dia menunjukkan jari telunjuknya kepada Daniel. Muka tak puas hatinya masih lagi menghiasi wajah putih yang semakin kemerahan akibat perasaan bengang yang meluap-luap.
” papa kan tau puteri benci dia!” nah itu dia, keluar ayat yang ditahan selama dia berkenalan dengan lelaki itu di pejabat papanya. lelaki yang telah mengalahkan. Satu-satunya lelaki yang Berjaya menundukkan dia, mengalah dengan tindakan kasarnya. Kerna itu dia cukup benci dengan lelaki itu. Jika ada peluang sememangnya dia ingin membalas dendam.
” puteri!” tan sri Bakri mula meninggikan suaranya. ” puteri jangan lupa, Daniel yang selamatkan puteri dari dilanggar kereta tempoh hari. Kalau bukan kerana Daniel entah apa jadi dengan puteri sekarang ni.” Ucap Tan Sri Bakri mengingatkan kembali kejadian lalu.
” puteri!!!!” gabungan dua jeritan sahabat itu memecah suasana sunyi kawasan kampus kolej harmoni
Tanya dan Vanessa menutup mata kerana tidak sanggup untuk melihat keadaan sahabat itu, dan tanpa mereka sedar seorang jejaka tiba-tiba muncul entah dari mana berlari sepantas kilat menyambar tangan puteri menyebabkan mereka berdua bergolek jatuh ke atas jalan dan terlepas dari dilanggar kenderaan itu. Pelik kerana kenderaan itu langsung tidak memperlahankan pemanduannya, jauh sekali untuk behenti apabila melihat kedua mangsa itu jatuh bergolek di atas jalan.
Puteri pengsan sejurus Tanya dan Vanessa sampai di tempat kejadian. Lelaki itu dengan selamber mencempung puteri dan meletakkannya di dalam kereta kemudian bergegas terus ke hospital. Tanya dan Vanessa turut mengekori dari belakang kereta yang dipandu lelaki itu.
Menurut siasatan polis, pihak polis tidak dapat mnecari apa-apa petunjuk berkaitan dengan kejadian itu, kerana ia berlaku terlau pantas. Tiada saksi yang betul-betul Nampak akan kejadian itu. Maka pihak polis mengklasifikasikan kejadian ini sebagai kemalangan biasa.

Kemalangan itu menyebabkan Tan sri Bakri mengambil keputusan muktamad mengambil Daniel sebagai pengawal puteri. Memandangkan hanya lelaki itu ynag telah berjaya mematahkan segala tipu helah dan serangan dari puteri tempoh hari. Beliau yakin yang Daniel mampu menjaga keselamatan puterinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: