Novel : Senyuman hikmah 4

Nama Pena : fatihaaisha

Bab 4

Bunyi gelak ketawa isteri dan anak bongsunya memeriahkan ruang dapur rumah dua tingkat itu. Kadang-kala kedengaran regekan manja anaknya . Kedua-duanya tidak puas bercanda. Semenjak sebulan yang lalu, rumah yang didiaminya itu suram sahaja. Jika dahulu, dia dan isterinya ditemani oleh Alia, kini anaknya itu memilih untuk tinggal di kolej demi menyambung pelajaran. Daripada 4 beradik, Alia lah yang selalu berada di sisi mereka. 3 lagi anak-anaknya yang lain telah pun berumah tangga dan memiliki rumah sendiri. Jarang-jarang sahaja mereka menjenguknya di rumah. Maklumlah, semuanya sibuk dengan kerja.
“Assalamualaikum …papa. Lambat balik hari ni?” ucap Alia menyapa papanya yang baru masuk ke dapur.
“waalaikumussalam. Papa singgah surau dulu tadi. Jalan jamed.”jawab Datuk Yusof sambil meneguk minuman yang disediakan oleh isterinya.
” rajin anak papa hari ni?” tegurnya lagi. Jarang dia melihat Alia turun ke dapur waktu-waktu begitu. Biasanya anaknya itu lebih suka berada di bilik. kalau turun pun, selepas solat isyak barulah nampak mukanya.
” saja nak tolong mama masak makan malam special hari ini. semuanya dah siap. Kejap lagi, abang Izwan dan Abang Adam nak datang. Bolehlah kita makan sama-sama. Dah lama Alia tak jumpa diorang. Rindu rasanya dengan Haikal.” Jawab Alia sambil tersenyum. Dia juga turut duduk berhadapan dengan papanya itu. jelas keletihan terpancar di wajah tua papanya. Walaupun usianya telah meningkat, papanya itu masih lagi kuat bekerja. Alasannya, puas duduk sahaja di rumah.
” kenapa papa tak tahu pun diorang nak datang? Tadi abang Adam call papa, tak ada pulak dia cakap nak datang.”
” Alia yang call mereka berdua tadi. Kebetulan besok cuti, Alia paksalah mereka bermalam kat sini. Dah lama diorang tak datang. Mama pun dah banyak kali membebel kat Alia pasal mereka berdua tu. Tahulah banyak kerja, tapi kalau diikutkan mereka tu, sampai bila-bila pun tak akan habis kerja-kerja tu.” Leter Alia panjang. Dia tahu mama dan papanya rindukan anak-anak mereka. sudah lama mereka tidak pulang melawat.
” kamu ni Alia…mereka tu sibuk. Papa faham. Janganlah kamu marah sampai membebel macam tu sekali. Takut papa tengok.” Datuk Yusof hampir ketawa melihat kelakuan anaknya itu.
Bunyi kereta memasuki perkarangan rumah menghentikan perbualan mereka. Alia meluru laju ke pintu rumahnya. Dia pasti, abang-abangnya telah pun sampai. Seakan-akan berpakat, mereka datang bersama-sama.
” masuklah along, angah, kak Jiha.” Ajak Alia sambil menarik tangan kecil anak saudaranya Haikal. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan si kecil itu. sementara itu, sempat juga dia mencium pipi Aisha yang berada dalam kendongan kak Jiha. Aisha, anak angah dan kak Jiha yang baru berusia tiga bulan sedang nyenyak tidur. Suasana rumah makin meriah dengan kehadiran mereka.
Setelah bersalam-salaman, mereka duduk-duduk di ruang tamu. Banyak cerita dibualkan. Apabila laungan azan isyak kedengaran, mereka berjemaah bersama. Papa menjadi imam pada malam itu. Suara papa mengalunkan bacaan sembahyang kedengaran syahdu sekali, menyentuh hati sesiapa yang mendengarnya. Papa kelihatan khusyuk sekali dengan solatnya. Aku juga turut menghayatinya. Selesai mengaminkan doa bersama-sama, seperti dulu-dulu, kami bersalaman dengan papa dan mama. Sebagai anak, kami tidak lupa mencium tangan mereka.Tangan yang yang membesarkan kami adik beradik.
Suasana kembali meriah di meja makan. Sesekali keletah kecil Haikal membuatkan kami semua ketawa. ” papa… haikal pedas.” Adu Haikal kepada Adam. Seperti orang dewasa, mahu mencuba semua makanan yang dihidangkan itu.
” itu lah Eqal, kan papa dah cakap tadi. Tak nak dengar, nak makan jugak.” Ujar Adam sambil menyuapkan gelas yang berisi air masak ke mulut anaknya itu. Perlahan-lahan, haikal meneguk air itu sehingga habis. Mungkin dia benar-benar kepedasan.
” angah, macam mana dengan projek tempoh hari?” Datuk Yusof mula mengeluarkan topik bussinessnya. Sehari kalau tak cakap pasal kerja tak sah rasa baginya.
” semuanya ok pa. Tapi, papa faham-faham ajalah perangai Datuk Chan tu, selalu nak cepat. Letih kami dibuatnya.” Jawab Ilham.
” biasalah tu. Adat orang berniaga. Masa adalah wang. Semuanya mesti cepat, kalau tak rugilah.” Balas Datuk Yusoff. Dalam hatinya, dia berbangga dengan kejayaan anaknya itu. walaupun mereka bukan dari darah daging yang sama, dia tetap mengambil tahu perihal kehidupan mereka. Tidak ada istillah anak tiri baginya. Ketiga-tiga anaknya itu dijaga dan diasuh dengan sempurna dengan harapan semuanya berjaya dalam hidup.
Jam hampir menunjukkan pukul 12 malam. ruang tamu rumah itu kembali sunyi. Setelah berbual panjang, masing-masing telah masuk ke bilik untuk tidur. Datuk Yusoff memadamkan lampu tingat bawah rumahnya dan mula mendaki tangga untuk naik ke kamarnya. Dia juga ingin berehat. Melangkah ke kamar, Datuk Yusoff mendapati isterinya telah nyenyak tidur. Memang dia agak lewat naik tadi, leka berbual dengan Adam.
” pa…Along nak tanya sikit boleh?” tutur Adam ketika hanya mereka berdua di ruang tamu.
” kenapa ni Along. cakap aja lah. Kamu ada masalah ke?” ujar Datuk Yusoff bila melihat anaknya itu. Seperti ada hal penting yang mahu disampaikan.
” mmmm… macam ni pa.”Adam teragak-agak.
” sebenarnya bila kita berkumpul ramai-ramai macam tadi,Along teringatkan adik. Along rasa papa pun bagitu kan. Dah lama kita berpisah.Along nak tanya papa…kalaulah kita jumpa adik semula, atau adik pulang cari kita, papa suka tak? Papa boleh terima tak?” Adam kelihatan serba salah meluahkan kata-kata.
Suara Adam tergiang-ngiang di telinganya. Dia tidak mampu membalas pertanyaan anaknya itu. Dia tidak menyangka Adam akan menayakan hal itu kini. Telah bertahun mereka tidak bercakap tentang Hawa, namun hari ini Adam mencetuskan kembali ingatannya pada puterinya itu. Bukan dia tidak merindukan Hawa, bukan dia tidak mahu berjumpa dengan Hawa…tapi dia tidak berani untuk berhadapan dengan anaknya itu. Setelah apa yang berlaku beberapa tahun yang lepas, dia tahu sukar dirinya memaafkan dirinya sendiri di atas apa yang telah dilakukannya dulu. Jika dia bertegas dengan isterinya dulu, pasti Hawa akan berada di sisinya sekarang. Namun, nasi telah menjadi bubur. Sukar untuk dia mendapatkan kembali puterinya itu. dia pernah merisik khabar tentang mereka, namun, usahanya sia-sia sahaja. Sekarang dia pasrah. Jika anaknya itu ingin bertemu dengannya, mesti telah lama dia pulang ke Malaysia mencari papanya. Tapi..sehingga ke hari ini, Hawa hanya tinggal nama sahaja. Bayangnya lansung tidak kelihatan. Walaupun terasa amat rindu ingin menatap wajah anaknya itu, hanya doa yang mampu dipohon. Dia berharap semoga anaknya itu selamat dalam jagaan ibunya. Dengan linangan air mata kerinduan, Datuk Yusoff melelapkan matanya. Malam kian jauh, dia perlu tidur dan berehat. Dia berharap, esok akan ada sinar cahaya menyinari kehidupannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: