Novel : Sirna Cinta 2

Nama Pena : Sweet Aloevera

Shasha dan Lina tiba di Mid Valley megamall. Setelah memakir kereta, mereka keluar dan menuju ke dalam megamall.
“So, shall we?” Lina merapatkan dirinya ke Shasha sambil menghulurkan tangannya. Shasha lantas menyambut tangan Lina dan berjalan beringinan dengan Lina.

“Lina, ok tak penampilan aku ni?” Shasha masih membetul-betulkan rambutnya, baju dan tas tangan. Sudah lama dia tidak keluar begini. Ada sedikit rasa kekok dan segan. Tapi dia yakin dengan adanya Lina di sisinya, pasti semuanya selamat.

Lina memandang Shasha. Bagi Lina, Shasha cukup menawan. Solekan yang dikenakan tipis sahaja namun mampu menaikkan aura Shasha. Tinggi dia dan Shasha hanya berbeza 2 inci. Shasha lebih tinggi. Ya..dulu-dulu mereka pernah berangan untuk menjadi supermodel. Mereka pernah mengikuti kelas grooming dan model semasa pengajian di UK. Malah mereka juga pernah berdiet demi mencapai tubuh yang kurus! Alangkah seronoknya waktu itu. Shasha berjaya diterima menjadi model sambilan. Walaupun Lina tidak diterima, namun Lina masih membantu Shasha dari segi penampilan.

“Jom. Kita masuk butik ni.” Lina menarik tangan Shasha. Sementara Lina membelek-belek baju yang bergantungan di hadapannya, Shasa juga begitu. Pura-pura menilik. Aah..biarlah apa orang nak kata. Bukannya aku buat salah pun. Shasha bergerak sambil meraba-raba. Dirinya sampai di patung yang memperagakan baju.

” Baju lelaki!” Ujar Shasha. ” Eh ini tuxedo..warna apa ya? Hitam agaknya.. Emm…kain nya lembut, pasti selesa dipakai.” Kemaja yang disarung di dalam sut tuxedo itu juga ditiliknya. Shasha tersenyum sendirian. Seronoknya kalau aku dapat pergi ke majlis karamaian bersama teman lelaki yang berpakaian macam ni.

“Hmm..inilah fesyen sekarang. Ada corak jalur-jalur di bahagian tengah. Ada bow tie juga. Tetapi kenapa..kenapa patung ni…” Tangannya tiba di leher patung tersebut. Belum sempat Shasha menghabiskan ayatnya, terus sahaja Shasha berpaling dan mencari-cari kelibat Lina.

“Lina..Lina..” Lina tidak menjawab. Aduh..mana Lina ni..pergi fitting room la tu. Shasha cuba mencari bangku duduk. Jumpa! Dan Shasha duduk di situ sambil menanti Lina. Bilalah Lina nak keluar dari fitting room tu.

Tiba-tiba Shasha terasa ada orang yang duduk di sebelahnya. Ah biarkan. Dia pun nak duduk jugak. Shasha berpaling ke arah seseorang yang duduk di sebelahnya. Ah..Inikan tempat awam. Siapa-siapa pun boleh duduk. Shasha mengomel di dalam hati lantas dia mengukir senyuman tanda its ok. You can seat here.
Lelaki yang duduk di sebelah Shasha tidak putus-putus memandangnya. Cantik! Macam model la..Desis naluri lelakinya. Dia memandang Shasha dari atas ke bawah. Emm..rambut lurus dan panjang paras dada..tubuh agak kurus tetapi mmm masih hot..berkulit cerah..hidungnya mancung..pipinya cantik dilayang sedikit blusher pink..bibir comelnya..gulpp! Cuma mata saja yang tidak dapat dilihat kerana ia ditutup oleh kaca mata hitam..ooh gadis Gucci jugak perempuan ni..Dia ni..tak nampak aku ke? Ataupun dia….

“Zaf!”

“Shasha!” Kedengaran suara dua orang perempuan.

“Ye Lina. Aku di sini.” Shasha bangun dan cuba pergi ke arah sura yang didengarinya. Tiba-tiba…dia terlanggar seseorang yang sedang menuju ke arahnya..

“Oooch! Hey sakit lah! Apa ni? Buta ke?! Jalan tak pakai mata. Mata letak mana hah? Kepala lutut??” Gadis yang dilanggarnya tidak henti-henti menghamburkan kata-kata.

“Saya minta maaf. Saya tak sengaja.” Lina yang mendengar kekecohan itu segera datang mendapatkannya.

“Shasha, jom. Kita keluar dari butik ni. Butik murahan ni hanya sesuai untuk perempuan becok seperti perempuan ni!” kata Lina sambil jarinya menunjuk tepat ke muka gadis itu.Ini sudah lebih. Dia yang langgar aku, aku pulak yang nampak salah ye…jaga kau..

“Cik, saya minta maaf bagi pihak kawan saya. Kawan saya yang terlanggar kawan cik tadi.” Tiba-tiba lelaki itu bersuara.Hensem jugak mamat ni. Semoat pula Lina memuji penampilan lelaki itu. Shasha hanya berdiam diri.

“Ok. Saya maafkan bagi pihak kawan saya. Eh perempuan, lain kali jalan tu pandang la depan. Ada mata tapi letak kat lutut. Huh.” Lina dan Shasha keluar dari butik itu.Aaaarghh! Tak guna punya perempuan. Aku akan pastikan ko akan dapat balasan nya suatu hari nanti..

“Shasha, kau ok? Jangan pedulikan kata-kata pompuan tadi tu ek. Lupakan je.”
Ya..aku ok. Aku dah biasa dengan semua tu. Kata-kata perempuan tu ada benarnya. Ya! Aku buta! Aku tak dapat melihat! Itulah hakikatnya. Kecacatan itu bukanlah kecacatan sejak lahirnya tetapi sejak 4 tahun yang lalu. Aku sudah hidup dalam dunia yang gelap selama 4 tahun. Tetapi pengalaman itu masih belum cukup untuk dia membiasakan dirinya.

Memori kemalangan yang hampir meragut nyawanya terlintas di fikiran. Ketika itu, Shasha pulang ke Malaysia untuk menjenguk keluarga tercinta. Cuti semester harus diluangkan sebaik-baiknya dan menjelang semester hadapan, dia bakal menamatkan pengajiannya.

“Ayah, kita nak ke mana sekarang?” Shasha yang duduk di seat hadapan bertanya kepada ayahnya yang sedang memandu kereta.

“Kita nak pergi rumah atuk. Ibu, Azmi dan Mira dah sampai sana semalam. Mesti atuk seronok dapat jumpa cucu kesayangannya yang baru samapai dari UK ni.” Hatinya girang dapat bertemu anaknya. Inilah kali pertama dia berjauhan dengan anaknya. Sejak lahir, Shasha tidak pernah tinggalkan rumah lama-lama.
Deringan handset En Syamsudin mematikan perbualan dia dengan anaknya. Pantas sahaja dia menekan butang hijau dan berbual sambil memandu.

“Ayah, please don’t talk to phone while driving.” Hatinya tiba-tiba berdebar-bedar. Ya Allah. Jauhkanlah musibah dari kami.
En Syamsudin masih leka perbualannya tanpa menghiraukan Shasha. Tiba-tiba…

“Ayah!” Tak sempat mengelak lagi. Kereta yang dipandunya merempuh trailer yang dating dari arah bertentangan. Sebelum pengsan, Shasha sempat melihat butir-butir kaca yang pecah berderai dan…

“Ayah! Ibu!” Teriak Shasha dari tidur yang panjang. Pandangan matanya gelap gelita. Kepalanya terasa berat. Shasha meraba-raba kepalanya. Kepalanya berbungkus! Bukan sahaja kepalanya malah matanya juga.

“Shasha..ibu ada sini..” kata-kata ibu bergetar. Ibu seakan menangis. Ya ibu menangis. Aku dengar esakannya. Aku mendengar? Kenapa aku tidak melihat? Shasha meraba-raba pula badannya. Dia berada di atas katil. Memakai baju yang seakan jubah. Ada wayar-wayar pada lengannya. Mungkin aku berada di hospital. Bau ubat-ubatan menarik perhatiannya. Ya. Aku berada di hospital.

“Ibu, mana ayah? Ayah taka pa-apa?” pertanyaan Shasha membuat esakan Pn Aisyah bertambah kuat.

“Ayah koma Shasha. Ayah koma!” aku menangis dalam balutan. Selepas reda, barulah ibu menceritakan satu per satu kepadaku.
**********
“Shasha…kau dengar tak apa aku cakap ni?” Lina menggoncang-goncangkan badan Shasha.Shasha menoleh ke arah Lina. Menggagahkan bibirnya untuk menguntum senyuman.

“aku ok la Lina. Jom. Kita pergi McD. Aku lapar lah.” Ujar Shasha sambil meletakkan tangan di perut.
Lapar rupanya minah ni…

“Jom. Aku belanja!” Shasha memaut lengan Lina dan mereka berjalan beriringan. Dan mereka kembali bergelak ketawa.
Dari sudut lain pula, ada sepasang mata yang asyik memerhatikan Shasha dari jauh. Sepasang mata milik seorang insan yang bergelar jejaka. Dirinya tidak putus-putus mengekori Shasha dan Lina dari jauh.

“Shasha..” bergetar jiwanya menyebut nama gadis itu..gadis yang pernah bertakhta di hatinya..gadis yang pernah membahagiakannya..gadis yang berkongsi saat suka dan duka.. Namun itu semua dulu. Tidak mungkin Shasha akan berpaling kepadanya selepas dia yang memutuskan talian pertunangan mereka yang terjalin hampir 3 tahun. Sungguh..batinnya masih merindui Shasha..merindui belaian dan hilai tawa Shasha..merindui menatap wajah ayu itu..

“Shasha..” dia menyebutnya sekali lagi. Adakah gadis itu dapat mendengarnya? Dia berada di sebalik baju-baju yang tersusun manakala Shasha dan Lina berada di dalam restoran makan segera McDonalds.
Shasha tiba-tiba meluru keluar dari restoran McD meninggalkan Lina di kaunter. Kepalanya didongakkan sedikit dan dia berpusing di tempat yang sama. Mencari-cari kelibat seseorang. Hatinya didorong rasa ingin tahu. Shasha bertindak mengikut nalurinya.

“Fariz!” teriak Shasha tiba-tiba. Mengejutkan orang ramai yang berada di kelilingnya. Adakah itu Fariz? Adakah Fariz telah kembali kepadaku? Oh Tuhan..
Orang ramai yang lalu-lalang tidak mempedulikan tindakan Shasha. Ada yang melihatnya dari atas sampai bawah. Ada juga yang bersimpati kepadanya.

“Kesian..gila agaknya..” satu suara kedengaran.

“Fariz!” Shasha masih tidak berpuas hati. Matanya sudah berkaca. Tidak dapat dibendung lagi. Akhirnya tumpah menyusuri pipinya.

“Shasha, kenapa ni Shasha!” Lina segera memapah Shasha yang sudah terduduk di tengah-tengah orang ramai itu.

“Astaghfirullahhalazim…mengucap Shasha..mengucap.. Fariz tak ada kat sini.” Tiba-tiba pula sebaris nama yang sudah lama tidak diluahkan terbit di bibir Shasha. Pasti gadis itu terlalu merindui Fariz, bekas tunangnya!

“Dia ada kat sini Lina. Aku tahu dia ada. Aku dapat rasakan. Aku dapat mencium bau perfumenya. Aku dapat dengar derapan kasutnya. Aku dapat dengar bisikannya. Lina!” air mata Shasha sudah mencurah-curah.
Lina memandang sekeliling. Tiada. Mungkinkah naluri Shasha benar? Dia tidak dapat melihat dengan mata kasar tetapi dapat memandang dengan mata hati! Aduh..di mana Shasha yang tabah dan cekal selama ini? Di hadapannya terduduk Shasha yang pilu, sedih, kecewa hanya kerana seorang lelaki!Lina memujuk juga Shasha dan memimpinnya ke dalam restoran tadi. Kepala Shasha masih terdorong ke luar. Akhirnya dia pasrah. Igauan semata-mata.

Fariz yang besembunyi di sebalik butik hanya mampu merenung. Dia tidak berani untuk berhadapan dengan Shasha selepas hati gadis itu dilukainya. Pengecut! Fariz meraup mukanya dan beristifar beberapa kali. Sampai bila aku harus begini? Kenapa aku tidak berani untuk bersemuka dengan Shasha? Aku terlalu mementingkan diri! Silap aku! Kenapa ak tinggalkan dia keseorangan meniti hari-hari yang sukar sedangkan dia amat memerlukan aku pada ketika itu?! Aahh…Silap kerana terlalu ikutkan kata-kata mama! Dan keputusanku itu bahkan menambah penderitaan Shasha!

“Shasha, please. Listen to me. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Kalau betul dia ada tadi, kenapa dia tak berdepan aja dengan kau? Itu menunjukkan dia tu pengecut! Dia tak berani! Aku nasihatkan kau. Lupakan je lah jantan tu. Banyak lagi intan berbanding kaca yang tak berkilau tu.” Lina masih marah kepadaku. Iayalah. Malu jugak tadi. Mesti ramai yang menonton tadi. Wayng free lah katakan.

“Lina, maafkan aku. Kau malu dengan aku ek? Sorry..”

“Bukan malu tapi kesian. Kesian dekat kawan aku ni yang masih hidup dalam bayangan orang lain. Cubalah jadi diri sendiri. Aku tak tau ke mana hilangnya kawan aku yang dulu. Degil. Tak mudah menangis. Cekal.”
Lina perasan perubahan kawannya itu. Shasha banyak berubah sejak kemalangan 4 tahun dahulu. Tapi itu 4 tahun dahulu. Shasha harus memikirkan masa depannya.

“Lina, aku janji. Lepas ni, aku takkan menangis kerana lelaki lagi.” Lina ni macam dah sampai tahap hot kat aku je ni…baik aku simbah air dulu..moga-moga dia cepat sejuk..fuh! amin..

“Ya lah tu..kalau kau nangis lagi macam mana? Aku cubit kau sampai lebam. Nak?” mulut Lina sudah penuh dengan isi burger Chicken McDelux nya.

“Banyak lah kau punya cubit. Nah ambik!” Shasha cuba untuk menyuap Lina di hadapannya. Tetapi tidak mengena. Kentang goreng yang dicelup sos terkena baju Lina.

“What?? OMG..my Prada!”
************************************************

Makan malam keluarga En Syamsudin dimulakan dengan bacaan doa. Semuanya menyantap dengan penuh nikmat. Azmi yang baru balik dari out station juga ada. Bertambah binger meja makan apabila ketiga-tiga anak muda itu saling bergurau senda. En Syamsudin pula sempat lagi makan bersuap-suap dengan isteri tercinta Pn Aisyah. Baginya, Pn Aisyah lah cinta pertama dan terakhir. Kenangan nakalnya ketika mengurat isterinya ketika di universiti juga sesekali menjengah di fikiran.

“Amboi-amboi..pasangan mesra ni sengaja ek nak buat tayangan Hindustan free depan kami..” Mira mengusik ibu dan ayahnya. Sementara Shasha pula asyik dengan gelaknya.

“Alah..bini ayah jugak. Ibu kamu jugak. Bukannya orang lain. Kita ni kalau sayang kat orang, kenalah tunjukkan kasih sayang kita..btul tak yang?” En syamsudin menyiku lengan Pn Aisyah.
Pn Aisyah tidak terkata. Hanya senyum-senyum menahan malu.

“Abang ni..nak manja-manja pun jangan la tunjuk depan anak-anak. Depan rezeki pulak tu. Nak manja-manja, dalam bilik lah..”

“Dalam bilik lain cerita.” Kata-kata En Syamsudin menyebabkan sorakan dari anak-anaknya. Tak sangka ayahnya masih kuat bergurau benda-benda sensitive ni.

“Ayah..” Shasha lembut menutur bicara. Emm..patut ke tak permintaan aku ni? Keterlaluan atau tidak? Tak kot..ayah kan banyak duit..boleh rasanya..hehe

“Ye Shasha. Kenapa Shasha? Shasha nak kawin ke? Mana calonnya?” En Syamsudin berseloroh.
Ish..ke situ pulak ayah aku ni..

“Bukan..Shasha ada satu permintaan..”

“Apa dia Shasha?” semua mata menanti tutut kata darinya.

“Shasha nak..” aishh..tak jadi pulak nak mintak. Tak sampai hati la pulak..

“Nak apa?”

“Nak…”

“Nak apa!” serentak semua ahli keluarganya bersuara.

“Shasha nak seorang driver!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: