Novel : Takut Kahwin 10

Nama Pena : Abigail

Beberapa kelibat manusia kelihatan menunggu di luar bilik kecemasan Klinik Dr. Chong. Puan Rose sejak dari tadi asyik menyeka air matanya. Dalam dadanya dipenuhi debaran kerisauan sehingga duduknya pun tidak aman. Entah apa yang menyebabkan Ben jadi begitu. Semakin dia rasa ingin tahu, semakin terseksa rasanya jiwa. Tuan Albert mengusap-usap belakang Deena yang teresak-esak menahan sedih. Wajahnya kelihatan tenang, walaupun dibauri sedikit kerutan di dahinya. Tiada kata-kata yang mengantarai mereka. Semuanya membisu. Mereka hanya bermain dengan perasaan sendiri. Tiada kepastian yang dapat disimpulkan sehingga pintu bilik kecemasan itu terbuka nanti.
Natasha menyepi sendirian di sudut yang lain. Matanya sengaja dilindungi kaca mata hitam. Air matanya sudah kering, tapi hatinya tak tenang. Tuhan, tolonglah jangan biar apa-apa terjadi pada Ben, dia berdoa.
Sebaik menemui Ben dalam keadaan tak sedarkan diri tengah hari tadi, Natasha terus bertindak menghubungi Deena. Papa dan Mama lantas mengarahkan agar Ben dibawa ke klinik Dr. Chong pula. Natasha segera mengerjakan apa yang dipercayakan padanya. Dalam hal ini, dialah heroin.
Pintu bilik kecemasan dikuak perlahan. Bayangan Jasmine kemudiannya muncul di sebalik pintu itu. Air mukanya nampak tenang, seperti tiada yang serius.
“Jasmine, macam mana dengan Ben,” seperti yang disangka, soalan itu yang pertama menyerbu Jasmine.
“Auntie, Uncle, Deena, kamu tak perlu risau sangat. Dia hanya mengalami gastric,”
“Gastric?” Deena bertanya seolah tak percaya. Air matanya lantas berhenti mengalir.
“Ya, gastric yang agak teruk. Hampir menjadi ulcer,” Jasmine menjelaskan lagi.
“Abang ni kan. Sayang air mata Dee tau,” Deena menghapus sisa-sisa air mata di wajahnya. Agak geram tapi terselit kelegaan.
Puan Rose mengurut dadanya lalu menarik nafas lega. Tuan Albert pula sekadar tersenyum nipis menggambarkan kesyukurannya. Natasha yang dari tadi menyendiri kelihatannya mula mengorak langkah meninggalkan klinik itu sebaik mendengar berita dari Jasmine. Ternyata tiada yang perlu dirisaukan sangat. Tanpa sepatah kata dia berlalu meninggalkan ruangan sempit itu. Jasmine, satu-satunya orang yang menyedari hal itu tidak mampu berbuat apa. Lagipun dia meresakannya dirinya tidak berhak ikut campur urusan keluarga itu. Dia memilih untuk mendiamkan diri. Dibiarkannya saja Natasha berlalu sepi tanpa disedari ketiga-tiga beranak itu.
“Ingatkan ada apa-apa yang bahaya,” Puan Rose bersuara semula. Kini suaranya lebih ceria.
“He’s fine. Kami dah bagi ubat untuk meneutralkan acid yang berlebihan dalam perutnya. Dia cuma perlu berehat sekejap dan boleh balik rumah hari ini juga,” ujar Jasmine sambil mengukir senyuman terselit makna. Cepat-cepatlah lelaki tu keluar dari klinik ni, bicaranya dalam hati.
“Lega uncle dengar Jasmine cakap macam tu,” Tuan Albert kini bersuara pula.
“Ni mesti sebab Ben tak makan ni. Budak tu asyik kerja je. Tengok sekarang apa dah jadi,” Puan Rose mula mengomel.
“Tak guna awak cakap sekarang. Ben bukannya dengar pun,” Tuan Albert mencelah.
“Mama rasa lebih baiklah kalau Ben rehat di klinik ni je. Kalau balik rumah nanti mesti dia sambung buat kerja lagi. Macam mana papanya?” Puan Rose membuat usulan yang sangat ‘bernas’ bagi Jasmine. Apa? Jangan! Mata Jasmine membulat.
“Err.. tapi bukankah lebih baik kalau berehat di rumah saja. Pesakit lebih selesa,” Jasmine memberanikan dirinya untuk menolak usulan Puan Rose tadi. Sebenarnya dia hanya ingin melarikan diri dari berdepan dengan lelaki bernama Ben itu.
“Tapi kak, abang tu kalau dah kerja bukan saja lupa dunia. Langit pun dia dah tak ingat lagi,” Deena ternyata menyokong cadangan Puan Rose. Itu dah terlebih tu, Jasmine bermonolog lagi. Tak kan boleh jadi sampai begitu.
“Hmm.. Kalau dah begitu lebih baiklah kita biar Ben rehat dalam beberapa hari di sini,” Tuan Albert nampaknya sependapat dengan isteri dan anaknya. Apa lagi yang boleh saya cakap? Jasmine akhirnya menyerah. Tapi buat apa nak risau sangat Jasmine, awak tak kerja di wad. Jasmine akhirnya bernafas semula, memberi sedikit ketenangan kepada jiwanya.

* * *

“Tapi dokter..” Jasmine bermati-matian menolak arahan yang diberi majkannya, Dr. Chong.
“Dr. Jasmine. Ini satu arahan. Tiada tapi-tapi,” tegas saja kedengaran suara Dr. Chong. Lelaki Cina berusia 50-an itu menunjukkan wajah serius. Tiada tanda-tanda kompromi boleh dibuat antara mereka.
“Di bahagian pesakit luar selalu tak cukup tenaga kerja, kalau saya ke bahagian wad lagilah tambah masalah,” Jasmine tak mati akal memberi alasan yang dirasakannya logic. Tapi memang semua alasan yang dia kemukakan betul.
“Itu kamu tak perlu risau. Saya akan uruskan. Yang penting sekarang kamu akan dipindahkan ke wad untuk sementara waktu,”
“Dokter..”
“Dr. Jasmine, kamukah majikan disini atau saya?” kenyataan yang agak keras akhirnya keluar dari mulut Dr. Chong akibat kedegilan Jasmine. Dia terdiam, tak tahu nak kata apalagi. Yang pastinya, dia tiada pilihan lain. Mahu tak mahu dia harus pindah hari itu juga.
Jasmine melangkah keluar dari bilik Pengarah Klinik dengan langkah yang lemah dan tak bermaya. Kenapa mesti aku yang ditukar ke wad? Geramnya! Jiwanya meronta-ronta tak puas hati. Tiba-tiba dia teringatkan Faroq. Ya, lelaki itulah satu-satunya harapannya sekarang.
Lantas Jasmine mengatur langkahnya menuju ke ruangan Faroq. Matanya bersinar harapan. Daun pintu diketuk perlahan.
“Masuk,” suara dari dalam kedengaran.
“Hai, Faroq,” mesra saja suara Jasmine menyapa. Tak selalunya begitu.
“Hai, Jasmine. Ada apa-apa yang awak nak dari saya?” soal Faroq yang masih tak jelas dengan kedatangan gadis kecil itu di ruangannya pada waktu sebegini.
“Can you do me a favor?”
“What favor?”
“Replace me, please,”
“Replace what?” Faroq kebingungan. Apa yang perempuan ni melalut? Fikirnya.
“Pindah ke bahagian wad,”Jasmine sengaja melembutkan suaranya. Manalah tahu kalau-kalau Farouq tertarik, getus hatinya.
“What?” Faroq semacam tak percaya dengan apa yang baru di dengarnya.
“Ya, Dr.Chong baru beritahu tadi,”
“No way,” Faroq menolak mentah-mentah. Menambah sakit hati Jasmine untuk hari ini. Lelaki ni, tak boleh harap langsung, Jasmine membebel dalam hatinya.
“Pleaselah. Kita kan kawan,” Jasmine tak mengalah. Dia sanggup merayu asal dia tak pindah ke bahagian wad.
” I tak beranilah. I ni baru lagi. Kawan tu memanglah kawan. But, it’s a different thing, you know,” Faroq juga berkeras menolak permintaan Jasmine itu. Rayuan Jasmine ternyata tidak meluluhkan simpatinya. Lagipun Jasmine memang tidak berbakat dalam hal pujuk-memujuk.
“Faroq..” suara Jasmine mendayu-dayu merayu Farouq. Sengaja dia membuat muka sedih untuk memancing simpati, tapi semuanya sia-sia.
“No, sorry. I really can’t. Tapi, apasal yang you tak nak sangat pindah ni?” rasa ingin tahu mulai menguasai mindanya.
“It’s very complicated. Dahlah kalau tak nak tolong. Tak payah banyak cerita,” Jasmine mula merajuk. Dia menarik muka masam, membawa tubuhnya keluar dari bilik Faroq. Tak guna, getus hati kecilnya. Ingin saja dia meluahkan kegeramannya pada lelaki yang sudah hampir setengah tahun dikenalinya.
“Janganlah begitu. I’ll treat you for dinner, okay?” Faroq yang sudah mula masak dengan perangai Jasmine menawarkan sesuatu yang mustahil ditolaknya.
“You janji?” Jasmine lantas berpaling. Riak wajahnya seta-merta berubah.
“Ya. See you at 7. Jangan bad mood selalu. Nanti cepat jadi ‘puan’,” sempat lagi Faroq memerli Jasmine.
“You say what?”
“Nothing. See you at 7,” Faroq cuba menutupi kata-katanya tadi, takut tak fasal-fasal dia pula yang jadi mangsa keadaan. Jasmine meliriknya dengan curiga, depan-depan pun berani nak kata orang, bisiknya sebelum menghilang di sebalik pintu.

* * *

Pandangan matanya berpinar-pinar. Berdesing-desing suara yang memasuki gegendang telinga. Kepala pula seolah terlalu berat untuk diangkat. Kesakitan yang dialami Ben sebelum tak sedarkan diri tadi masih menyerang sistem sarafnya.
Sedikit demi sedikit sebaris cahaya memasuki ruangan matanya yang lemah. Apa telah terjadi? Ben bertanya pada dirinya. Kesakitan masih membatasi pergerakan tubuhnya. Bahagian perutnya dirasakan sangat pedih. Bagai dicucuk-cucuk benda tajam.
“Abang dah sedar,” suara riang Deena memecah desingan di telinganya. Perlahan-lahan penglihatannya menyatu,dan akhirnya dia dapat melihat dengan jelas. Satu-persatu wajah dikelilingnya direnung. Papa, mama dan Deena. Orang-orang tersayangnya.
“Ben okay ke?” Puan Rose mula bertanya setelah merasa Ben benar-benar telah sedar dari tidurnya tadi.
Ben sekadar mengangguk lemah. Baru sekali ini dia merasakan dirinya benar-benar tidak berdaya. Bersuara pun payah sekali.
“Ben rehatlah beberapa hari di sini. Pasal kerja tak perlu risau,” Tuan Albert kini bersuara. Saat itu, Ben merasakan betapa dirinya disayangi.
“Abang kena gastric. Tulah yang sampai pengsan tu,” giliran Deena bersuara pula, seolah memberi informasi kepadanya. Gastric? Ben terpaku. Aku ada gastric ke?
Kemudian dia teringat yang dia jarang mengisi perutnya sejak dua minggu yang lalu. Pagi tadi saja dia tidak mengambil sarapan. Inikah akibatnya? Sudah pasti.
“Tapi pa, macam mana dengan majlis ulang tahun hotel kita tu. Siapa yang nak uruskan?” memang sah Ben dah gila kerja. Dengan tubuh yang sebegitu lemah pun dia masih memikirkan soal kerja.
“Tengok tu. Tanya pasal kerja lagi. Banyak lagi orang yang boleh buat semua tu. Sekarang Ben kena rehat, faham,” Puan Rose memulakan omelannya, geram dengan perangai Ben yang langsung tidak memikirkan kesihatannya.
“Papa akan uruskan semua itu. Ben jangan fikir banyak sangat ya,” Tuan Albert yang bersuara perlahan itu menenangkan sedikit perasaan Ben.
“Nasib kak Natasha jumpa abang di pejabat, kalau tak entah apa lah yang akan terjadi,” ujar Deena sambil membetulkan selimut Ben. Natasha?
“Dia yang bawa kamu ke sini,” Puan Rose memberitahu, seperti endah tak endah.
“Tapi dia dah pergi tadi,” Tuan Albert menambah.
Ben mula rasa tak selesa. Kenapa dia? Bagaimana dia boleh berada dalam pejabat aku? Pertanyaan-pertanyaan itu menghujani minda Ben. Mahu apalagi dia dari aku? Sedangkan kami tidak ada apa-apa hubungan lagi. Ben keliru dengan persoalan yang ditimbulkannya tadi. Seribu andaian mula bermain di dalam kepalanya.
Tiba-tiba, pintu bilik diketuk perlahan, menghilangkan serabut yang baru bersarang dalam otak Ben. Puan Christina muncul beserta senyuman nipis yang menawan, membawa kelegaan kepada Ben.
“Eh, Puan Christina. Marilah masuk,” Puan Rose agak terkejut dengan kehadiran temannya itu. Dia segera mempelawa Puan Christina duduk.
Tidak lama kemudian, Jasmine pula memasuki bilik itu sambil tertunduk-tunduk, macam hidup segan, mati tak mahu. Ben hampir terlompat melihat kehadiran gadis itu, tambahan lagi dengan jubah putih dengan stetoskop yang tergantung pada lehernya. Dia yang rawat aku? Lagi satu yang membelit Ben saat itu.
“Jasmine baru beritahu tadi fasal Ben. Ni ada sedikit buah tangan,” Puan Christina menyambut pelawaan tersebut lalu menghulurkan bakul berisi buah-buahan kepada Puan Rose. Jasmine sekadar berdiri sepi di sebelah mummynya seperti seorang anak kecil.
“Bagi buah pun tak guna mum, pesakit bukannya boleh makan pun,”Jasmine seolah menyindir Ben yang terbaring di katil. Sedangkan bukan itu maksudnya.
Aku sakit-sakit begini pun kau masih nak kenakan aku ya, Ben menjeling kearah Jasmine. Belum habis-habis mereka berbalas-balasan rupanya.
“Eh, tak apalah. Kami kan boleh makan” kata Tuan Albert sambil tersenyum mesra, menghilangkan situasi kurang enak tadi.
“Betul tu. Terima kasih ya. Buat susah-susah je,” Puan Rose pula berbahasa.
“Tak ada lah susah pun. Ben, kamu okay?” perhatian Puan Christina kini beralih kepada Ben yang terkujur di atas katil dengan pakaian berwarna hijau, seragam pesakit di klinik itu. Nampak kasihan, Jasmine sempat mengata lelaki yang sedang lemah itu. Mahu saja dia ketawa terbahak-bahak di depan Ben saat itu. Namun dia hanya berani mengangankannya.
“Saya okay auntie,” suara Ben kedengaran lemah, macam tak makan seminggu. Matanya terkulai-kulai memerhati wanita anggun yang kini berada di sisi katilnya. Sempat dia menangkap gerangan Jasmine yang mebeku di sana. Senyuman sumbang gadis itu sungguh menjengkelkan perasaannya.
“Kamu rehatlah baik-baik di sini,ya. Ada Jasmine yang tolong jagakan,” kata-kata itu seolah menerkam jiwa Ben. Puan Christina tersenyum-senyum, mengandung makna.
“Betul tu, Ben. Kamu jangan harap nak balik cepat-cepat,” Puan Rose menambah.
“Kak Jasmine jangan biarkan abang keluar dari bilik ni,” Deena pula memesan. Jasmine tersengih palsu mendengar arahan itu. Ingat aku ni orang gaji dia ke? Nak kawal 24 jam. No way. Barisan ayat-ayat itu terbit dari hatinya.
“Jangan lupa makan,” Pesanan terakhir Tuan Albert. Ben terdiam kaku. Dirinya tak ubah seperti seorang anak kecil yang memerlukan penjagaan rapi. Perut o perut, kenapa kau buat masalah? Ben mula mencari kesilapan dirinya.

* * *

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: