Novel : Cello Terpilu 8

Nama Pena : Anastasya

A Promise of Loyalty

Sejak aku dilahirkan di dunia, ibu dan ayah sentiasa ceria. Mereka menatang aku bagai minyak yang penuh. Kehidupan aku sentiasa penuh dengan senyuman. Ibu ialah doktor pakar mata yang jelita. Ayah pula seorang arkitek yang meminati cello. Setiap waktu petang, ayah akan bermain cello bersama aku. Aku pula sering mendapat nombor satu dalam kelas tetapi bukan kerana aku genius. Aku memang suka belajar dengan ibu dan ayah. Mereka mengajar aku banyak perkara. Namun semuanya berubah selepas ayah meninggal dunia.

Semasa majlis pengebumian ayah, seorang wanita telah datang dengan seorang budak perempuan. Wanita itu menimbulkan kekecohan pada majlis pengebumian ayah. Dia mendakwa dia adalah isteri kedua ayah. Ibu meraung semahu – mahunya dan bertindak kasar. Wanita itu kerap tersenyum dan mengeluarkan sehelai kertas yang dipanggil ‘bukti’. Budak perempuan tadi hanya berdiam diri sambil memandang keranda ayah. Aku tergamam menyaksikan drama yang penuh kesedihan dan kebencian. Inilah pertama kali aku mengalami kehilangan dan melihat personaliti ibu yang sebaliknya.

Hari berganti hari. Masa berganti masa. Ibu mula berubah menjadi seorang yang pendiam tetapi dia masih tersenyum apabila aku bersamanya. Sedikitpun kami tidak bercakap pasal tragedi itu lagi. Dibiarkan saja seumpama ia tidak pernah berlaku. Aku selalu tertanya – tanya tentang wanita itu. Siapakah dia? Apa yang dia buat pada ibu? Apa yang dia mahu? Bagaimana dia tahu tentang kematian ayah? Persoalan itu dibiarkan sehingga aku berusia 12 tahun.

Keadaan ibu bertambah teruk. Baru – baru ini wanita itu datang lagi. Budak perempuan itu tidak ada bersamanya. Ibu marah dengan kehadiran dia dan sikap dia. Aku sekadar memerhati dari jauh. Ibu menampar wanita itu dan memukul wanita itu tetapi sempat dihalang oleh Aika – san, orang gaji kami yang setia. Wanita itu lari sambil menengking ibu. Aku menggigil ketakutan apabila mendengar jeritan ibu yang nyaring.

Kini ibu menganggur. Mereka kata ibu sakit jadi ibu tidak boleh bekerja sebagai doktor pakar lagi. Ibu tampak lemah dan tak bermaya. Aku mula rindu dengan senyuman ibu. Setiap hari penuh dengan tangisan dan kebencian. Kadang – kadang ibu mengatakan aku punca segalanya tetapi Aika – san segera menyangkal kata ibu. Apa yang dah terjadi?

Dulu, kini dan selamanya. Setiap hari ibu akan cakap ‘ Ryo, kuat berusaha. Ryo, kuat berusaha. Ryo, kuat berusaha. ‘. Tetapi semalam kata – kata ibu berubah ” Ryo, jangan jadi seperti ayah dan ibu.” Dia mengulang kata – kata itu berulang kali. Aku sekadar diam, membiarkan ibu memeluk erat tubuhku. Air mata kami mengalir. Malam itu, aku berharap kesengsaraan ibu dan aku akan lenyap. Selama – lamanya…

Aku melangkah pulang ke rumah. Aku tak sabar untuk memberitahu ibu bahawa aku mendapat nombor satu dalam kelas dan akan mendapat sijil. Aku berharap ibu akan senyum seperti dulu dan menghadiri majlis anugerah itu.

Tiba saja di hadapan pintu rumah, aku dapati pintu rumah terbuka luas. Keadaan dalam rumah gelap. Aku mula berasa bimbang. Sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam rumah, aku terhidu bau gas yang amat kuat. Kemudian aku dapati ibu terbaring di atas lantai dalam keadaan yang lemah dan cedera. Bajunya koyak rabak. Rambutnya tidak terurus. Badan ibu penuh dengan luka. Aku menjerit mendapatkan ibu. Aku memanggil nama ibu berkali – kali tetapi ibu hanya menjawab ” Maaf…..maafkan …ibu,Ryo ” sambil tersenyum.

Tiba – tiba Aika – san berjalan ke arah aku dengan lemah. Dia merentap aku jauh dari ibu dan menolak aku keluar rumah. Dia juga mencampak sebuah beg dan cello kesayangan ayah. Apabila aku cuba meluru masuk, dia segera menutup pintu dan menjerit suruh aku lari. Kemudian bahagian dapur rumah meletup lalu satu rumah terbakar. Aku tercampak akibat gelombang angin yang kuat. Ramai orang memandang dan membantu. Aku tergamam dengan kejadian itu. Sekalipun aku melaung memanggil ibu, ibu hanya kata…

” Maafkan ibu, Ryo “
” Jangan jadi seperti ayah dan ibu “
” Kuat berusaha. “

13 tahun sudah berlalu. Akhirnya aku faham dengan situasi sebenar keluarga aku.

Sebelum aku lahir ke dunia, ibu disahkan mandul maka ibu benarkan ayah kahwin lain. Tetapi beberapa bulan selepas perkahwinan ayah, ibu hamil. Ayah gembira dengan berita itu. Isteri kedua ayah berasa marah dengan berita itu. Dia telah merancang untuk membunuh ibu tetapi rancangannya diketahui oleh ayah maka ayah menceraikan isteri keduanya. Selepas kelahiran aku, bekas isterinya merancang sesuatu supaya dia dapat semua harta ayah. Dia telah merasuah seorang peguam untuk membuat wasiat palsu. Selepas kematian ayah, dia berjaya melakukan rancangan pertama. Ibu tertekan malah salah sangka bahawa ayah masih menjadi suami wanita gila harta itu. Ibu membiarkan saja dia mengambil harta ayah yang banyak itu. Sedikitpun ibu tak mahu harta ayah kerana dia hanya mahukan cinta ayah dan dia sudah perolehinya. Ekoran itu, ibu terpaksa bekerja keras untuk menampung perbelanjaan hidup aku dan Aika – san. Ibu amat letih tetapi dia gembira apabila melihat aku sihat dan senyum.

Namun ibu berubah secara mendadak apabila wanita itu datang ke rumah kami dan menuntut cello kesayangan ayah. Cello itulah satu – satunya harta yang diwarisi kepada aku. Tetapi wanita itu berkeras untuk mengambilnya dan menuduh ibu mungkir janji dan gila harta. Ibu berang dengan tuduhan wanita itu lantas memukulnya. Wanita itu mengugut unntuk menghancurkan hidup ibu dan aku. Semakin hari pendirian ibu semakin runtuh. Ibu mula menuduh aku kerana aku lambat lahir ke dunia. Aika – san menegaskan bahawa ia adalah kehendak Tuhan dan kita tidak boleh menuduh kanak – kanak yang masih kecil serta jahil.

Esoknya selepas aku ke sekolah, ibu dan Aika – san melakukan aktiviti harian seperti biasa. Tetapi ibu kelihatan gelisah. Ibu dapat rasakan ada sesuatu yang akan berlaku pada hari itu. Tiba – tiba ada sekumpulan lelaki memasuki rumah kami. Ibu berlari mendapatkan Aika tetapi mereka memperkosa ibu kemudian mengelarnya. Wanita itu datang dan menangkap gambar ibu. Keadaan itu membuatkan ibu menjadi kurang waras. Dia mengarahkan Aika –san mengemas segala barang aku dan meletupkan rumah ini dengan menggunakan gas . Ibu amat menyesal kerana tidak berupaya menghadapi wanita itu dan memberi aku sebuah kehidupan yang bahagia..

” Hari ini, aku pergi ke penjara berhampiran Tokyo. Bukan aku teringin nak melawat dia tetapi aku nak pamerkan cello kesayangan ayah yang tidak akan jatuh ke tangan dia. Wanita itu telah aku sumbat dalam penjara selepas aku berjaya mencari bukti bagi kes letup diri 13 tahun lalu. Kawan aku, Hideki telah dibuang kerja kerana melanggar undang – undang polis semasa mencari bukti untuk menangkap wanita itu. Sebagai tanda simpati dan terima kasih, saya menyerahkan kafe ini kepadanya. Kafe ini dulu agak mundur tetapi Hideki telah menyerikan kafe saya. Kadang – kadang saya bermain cello di sini untuk menghiburkan pelanggan seperti dulu. ” sambung Ryo.

Kana cuba menahan air mata yang ingin mengalir. Tangannya genggam kemas cawan teh. Dia tidak sangka bahawa lelaki yang popular dan kaya ini rupanya mempunyai kisah silam yang tragis. Lelaki yang didambanya rupanya pernah dilukai oleh kaum Hawa. Lelaki yang dicintainya rupanya tabah mengharungi kehidupan yang rumit. Kana tidak pernah menyangka tentang semua itu.

Ryo serba salah membiarkan Kana menangis. Dia bangun dan memeluk bahu Kana. Kana terus menangis sambil meminta maaf. Ryo memujuknya sambil tersenyum lega kerana gadis ini memahami perasaannya. Hideki memerhati dari jauh. Dia dapat mengagak tajuk perbualan mereka berdua dari jauh. Ryo bukan lelaki murahan yang akan menceritakan kisah silamnya pada orang lain dengan sesuka hati. Hanya Hideki dan Kana saja yang mengetahuinya.

Sedu sedan Kana bertambah reda. Namun mukanya masih kemerah – merahan akibat menangis. Ryo mengesat air mata Kana dan menghampiri wajah Kana. Kana tergamam dan segera menepis tubuh Ryo. Ryo meminta maaf dan mengeluarkan sesuatu dari poketnya.

” Di sini saya bangkit dari kegelapan. Di sini juga saya bersama rakan – rakan bekerjasama. Di sini tempat saya meluangkan masa saya. Dan di sini juga saya melamar gadis impian saya….. “

Ryo menyarungkan cincin ke jari manis Kana. Kana senyum kegembiraan dan mengalirkan air mata. Kana mengangguk perlahan. Ryo amat gembira lalu memeluk erat bahu Kana. Hideki memandang dari jauh dengan senyuman gembira.

“…dan gadis itu menerima saya seadanya. “

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: