Novel : Hanya Dia 4

Nama Pena : Puteri Selendang Biru

Bab 7

KAKINYA melangkah menuruni anak-anak tangga sambil tangannya menggeletek Aiman. Kedengaran Aiman mengekek kegelian.
Maisara menghampiri Rosnah dan Ismail di ruang tamu. Rosnah yang melihat kelibat Maisara menghampiri mereka pantas mendapatkan gadis itu.
“Macam mana dengan Aiman?” Dia meraba dahi bayi kecil itu.
“Alhamdulillah….suhunya dah turun.” Maisara tersenyum.
Kedengaran rosnah menghembus nafas kelegaan.
“Marilah Sara. Biar mama jagakan Aiman, Sara pergilah makan. Makan malam dah sedia dari tadi.”
“Mak cik dengan Pak cik tak makan sekali?” tanya Maisara.
“Papa dah mama baru sudah makan. Sengaja tak ajak Sara sekali. Takut mengganggu pulak,” giliran Ismail pula bersuara.
Maisara mengetap bibir. Kalau sedari tadi Rosnah membahasakan dirinya mama, dia masih boleh berpura-pura tidak kisah. Tetapi sekarang Ismail pula membahasakan dirinya papa. Berdegup jantung Maisara.
Nampak beria-ia benar kedua-dua mertua arwah kakaknya itu cuba ‘memancingnya’.
“Kalau macam tu, Sara ke belakang dulu,” Maisara berjalan menuju ke meja makan. Cuba melarikan diri dari mereka berdua.
Sebaik sahaja tiba, langkah kakinya terhenti. Nampaknya bukan dia sahaja yang akan berada di situ. Kalau dia menurut kehendak perutnya yang mula bernyanyi minta diisi, pasti selera makannya akan terganggu.
Sangkanya Fariz seperti Ismail dan Rosnah yang sudah menikmati makan malam mereka sebentar tadi. Dia memusingkan badannya untuk berlalu pergi.
“Eh….Non Sara!” Tarti yang baru muncul dari kamarnya untuk ke dapur menegur Maisara.
Maisara tengadah. Pantas matanya beralih memandang Fariz yang sedang duduk di meja makan. Khuatir jika lelaki itu akan perasan dengan kehadirannya.
Kekhuatirannya menjadi nyata apabila mata Fariz mula terancap padanya. Tanpa menjawap teguran Tarti, Maisara melangkah.
“Sara!!” pantas Fariz menghalang. Pantas dia mendapatkan Maisara dan berdiri di hadapan gadis itu.
“Jomlah makan! Dari tadi saya tunggu awak.”
“Tak pelah, saya tak lapar.” Dia melarikan diri dari Fariz. Namun langkah terhenti lagi apabila kelibat Ismail berdiri di depannya.
“Kenapa Sara?” Ismail bertanya. “Fariz?!” Mata Ismail beralih memandang Fariz semula.
Baik Maisara mahupun Fariz kedua-duanya terdiam membisu.
“Ada yang tak kena ke? Sara?” Ismail memandang Maisara kembali.
Maisara menguntumkan senyuman.
“Tak de apa-apa Pak cik.”
Ismail menarik nafas panjang. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena antara mereka berdua. Namun melihatkan keengganan Maisara dia hanya menganggukkan kepalanya.
“Kalau macam tu, Sara pergilah makan,” suruh Ismail. “Temankan Sara! Jangan biarkan tetamu makan sendirian!” Arahan itu diberikan kepada Fariz.
Setelah berkata begitu, Ismail berlalu pergi.
Fariz tersenyum memandang kelibat papanya yang semakin hilang di balik dinding yang memisahkan ruang tamu dan ruang makan. Terasa seolah-olah keadaan memihak kepadanya.
“Mari Sara,” pelawa Fariz.
Tanpa memandang wajah Fariz dia berjalan ke meja makan dan tanpa dipelawa, dia mencedok nasi dan meletak di pinggan kosong yang berada di depannya. Kemudian dia mengambil seketul ayam sambal dan sedikit sayur goreng ke dalam pinggannya.
Setelah membaca bismillah dan doa makan, dia terus menyuap nasi ke dalam mulutnya tanpa memperdulikan Fariz yang sedari tadi memerhatikannya.
Melihatkan ketidaksudian Maisara untuk mencedok nasi dan mengisi lauk ke dalam pinggannya, akhirnya dengan berat hati Fariz melayan dirinya sendiri.
Self service!
Fariz mula terkenangkan kenangan lalu di mana setiap kali dia dan Maisara keluar bersama, gadis itu yang sentiasa memilih dan mencedokkan lauk untuknya. Dia mula terasa rindu dengan layanan seperti itu.
Maisara melirik Fariz yang seperti hilang dari dunia nyata. Terkilankah lelaki itu dengan sikapnya? Rasa bersalah mula tumbuh dari hatinya.
Namun pantas dia mematikan perasaan itu agar tidak lagi timbul di hatinya. Untuk apa dia perlu rasa bersalah dengan perbuatannya. Fariz berhak menerima layanan seperti itu.
Kenapa aku perlu bersusah hati untuk lelaki tak guna ni. He deserves it. Aku bukan isteri atau sesiapa untuk dia. Lagipun, bukankah aku tetamu di rumah ni. Sepatutnya aku yang diberi layanan istimewa!

USAI menyudahkan makan malam, Maisara melangkah ke ruang tamu tanpa menunggu Fariz yang masih belum menyudahkan hidangannya.
Biarlah…..Kan ada Tarti yang akan menemaninya.
Memang benar, sebelum Maisara berlalu dari ruang makan tadi, Tarti ada menjengah dan bertanya jika mereka masih memerlukan apa-apa.
“Pak cik… Mak cik…” tegur Maisara.
Maisara duduk disamping Rosnah lalu mengambil Aiman darinya.
“Dah makan? Macam mana dengan masakan?” tanya Rosnah.
“Alhamdulillah…………” balas Maisara dengan senyuman.
“Pak cik, Mak cik,” panggil Maisara. “Dah lama benar Sara di sini. Sara nak minta diri dululah.”
“Sara dah nak balik?” tercengang Rosnah mendengarnya. “Kan dah lewat malam. Tidur sini jelah.”
“Betul kata mama, tidur sini jelah! Nanti papa telefon abah,” ujar Ismail pula.
Terkejut Maisara dengan permintaan mereka. Lidahnya terasa kelu. Namun pantas akalnya mengejutkan Maisara agar mencari jalan untuk melepaskan diri.
“Tak payah papa!!” Tiba-tiba sahaja terpancul perkataan papa dari bibir Maisara. Dia sendiri tergamam dengan tutur katanya.
Rosnah dan Ismail berpandangan sambil tersenyum. Mereka merasa senang dengan panggilan tersebut. Nampaknya usaha mereka sudah mula menampakkan hasilnya. Biarpun sedikit, masih boleh dibanggakan.
“Sara…..tak boleh! Esok Sara kerja,” tergagap-gagap Maisara berkata.
“Macam ni….” Rosnah menepuk paha Maisara. “Malam ni, Sara tidur dengan Aiman. Esok pagi, biar Fariz hantar Sara ke tempat kerja.”
“Tapi Sara tak bawa baju!”
“Tak pe….Banyak baju dan barang-barang Kak Su ada di sini. Nanti mama suruh Fariz bawakan semua barang Kak Su ke bilik Aiman.”
Tanpa berlengah lagi, laju kakinya dihayun mencari Fariz sambil tersenyum gambira.
Maisara pula tergamam di situ.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: