Novel : Inikah namanya cinta? 9

Nama Pena : Puteri Qashrenna

Azmie menyandarkan kepalanya di sofa tu. Seorang pembantu rumah kelihatan tergesa-gesa keluar untuk melayani Azmie.
“Tak apa, Mak Mah. Saya tak nak apa-apa sekarang ni. Saya cuma nak berehat.”ujar Azmie sebelum sempat Mak Mah mengatakan sesuatu. Mak Mah akur lalu meninggalkan Azmie seorang diri di ruang tamu. Mak Mah menyambung kembali kerjanya.
“Kenapa, Amie tak nak apa-apa ke?” tanya Mak Yun yang juga pembantu rumah di rumah itu.
“A’ah. Dia kata nak berehat kejap. Letih agaknya.”jawab Mak Mah dengan perlahan.
“Aku kesian tengok budak tu. Sejak datin tak ada, budak tu seperti tak terurus. Asyik dengan dunia sendiri. Yang Datuk pula, macam tak pedulikan si Amie. Macam orang asing. Jumpa…macam tak berjumpa. Bercakap pula serupa macam tak bercakap.”kata Mak Yun dengan sedih.
“Susah kita nak cakap. Kita bukannya sesiapa. Orang gaji. Kadang-kadang tu, aku tengok Amie macam menangis. Bila aku tanya kenapa, dia tak jawab. Diam je.”
Mak Mah mengiakan kata-kata Mak Yun. Rumah dua tingkat itu tak berseri lagi sejak kematian Datin Zulaikha 2 tahun yang lepas. Tiada gelak ketawa dan gurau senda. Muram sepanjang masa.
“Kau tau, Yun. Aku sentiasa berdoa agar ada orang yang akan menjernihkan keadaan ni. Tak kisahlah siapa orang tu, yang penting…rumah ni kembali berseri seperti dahulu.”
Mak Yun mengangguk kepala.
“Aku pun berharap macam tu. Tapi kau rasalah, ada ke orang yang nak jadi orang tengah untuk Datuk dan si Amie tu? Engkau bukannya tak tahu perangai kedua-duanya, tak makan nasihat. Keras kepala.”kata Mak Yun dengan perlahan.
Mak Mah tersenyum. Dia memandang Mak Yun.
“Pasti ada, cuma masa yang menentukannya.” Ujar Mak Mah.
“Apa yang Mak Mah dan Mak Yun bualkan?” Mak Mah dan Mak Yun terkejut mendengar sapaan Azmie.
“Amie ni kan, buat kami terkejut je. Lain kali, bagi salam dulu.”ujar Mak Yun. Azmie tersenyum. Dia mendekati kedua-dua pembantu rumahnya itu lalu memeluk dengan erat.
“Maafkan, Amie. Amie tak kan buat lagi. Amie cuma nak sakat Mak Mah dan Mak Yun sebab Amie tengok syok sangat bercerita. Tentu best cerita tu, kalau tak…takkan tak dengar Amie panggil kat ruang tamu.” Mak Mah dan Mak Yun berpandangan antara satu sama lain.
“Betulkah Amie ada panggil tadi?”
Azmie mengganggukkan kepala. Mak Mah dan Mak Yun merasa bersalah.
“Maafkan Mak Mah dan Mak Yun. Tak dengar langsung, Mie.”
Azmie tersenyum. Dia merenung kedua-dua wanita separuh abad di hadapannya itu dengan penuh kasih sayang. Dia sememangnya amat menyayangi kedua-duanya kerana hanya mereka berdua yang mengambil berat tentang dirinya selain dari Khai, sahabat baiknya dan…..Semalu.
“Tak apalah, Mak Mah, Mak Yun. Amie acah je. Amie tak panggil pun tadi.”ujar Azmie.
Kedua-dua wanita itu tersenyum lega. Mak Mah mengusap kepala Azmie dengan perlahan.
” Nakal! Suka buat Mak Mah dan Mak Yun risau.”
Azmie tergelak kecil. Dia duduk di kerusi bersebelahan dengan Mak Mah.
“Mak Yun ada masak bubur lambok untuk Amie. Amie nak?” tanya Mak Mah seraya memandang Mak Yun.
“Boleh juga. Lagipun…Amie lapar sangat sekarang.” Ujar azmie dengan manja. Kedua-dua wanita tergelak kecil melihat telatah anak majikan mereka itu.
“Amie tunggu kejap. Mak Yun panaskan dulu.” Mak Yun bangun dan memanaskan bubur lambak. Mak Mah hanya memerhati.

Azmie menghempaskan diri di atas katil empuk miliknya itu. Fikiran menerawang pada peristiwa di taman Siti Khadijah. Dia mengeluh. Bukan salah aku. Siapa suruh naikkan api kemarahan aku? Aku tak suruh pun. Bagi greenlight pun tak! Perempuan tu memang saja mencari nahas dengan aku. Nasib baik, aku cuma buat yang ringan je. Buatnya yang lebih-lebih………arghh, malas aku nak fikir. Tapi…perempuan tu macam pernah aku lihat sebelum ni? Tapi dimana?
Azmie menghidupkan komputernya. Dia ingin melihat emailnya sekejap. Manalah tahu, ada email dari Puteri.
Senyuman terukir dibibirnya apabila terlihat ada message untuknya.
Puteri…

To: Bored_Generation@yahoo.com
From: Semalu@yahoo.com
Subject: marah!

Assalammulaikum….
Apa khabar? Saya harap awak sihat wal’afiat hendaknya. Saya? Tak ok sangat. Tengah marah betul kat seorang mamat.
Saya geram sangat kat mamat tu. Awak tau apa dia buat kat saya? Dia cium saya tau tak! Buat malu saya je. Dia memang nak kena. Saya akan pastikan dia dapat balasannya nanti. Selama ini, saya tak pernah lagi benarkan sesiapa sentuh saya even pegang tangan saya pun tapi sesedap rasa je buat benda tak elok tu kat saya. Awak, kan bagus kalau awak ada kat sana pada masa tu. Boleh awak tangankan sikit mamat tu. Biar padan muka dia.
Awak…sorrylah sebab lepaskan geram kat awak tapi entah saya geram sesangat sekarang ni. Niat di hati nak cerita kat abang saya tapi tak naklah nanti kecoh pulak.
Oklah…chow dulu.

Wassalam.

Azmie tergamam. Dia terkejut setelah membaca email itu.
Astaghfirullah al-azim! Puteri rupanya. Patut pun aku rasa macam kenal.
Azmie meraup wajahnya sambil mengeluh. Dia kesal dengan apa yang terjadi. Maafkan aku, sayang. Aku tak sengaja. Aku terlalu mengikut perasaan tadi. Maafkan aku..kenapalah aku boleh tak cam yang perempuan itu, Puteri? Bodoh betul aku. Tak pasal-pasal aku dah buat Puteri marah kat aku….haiya…macam mana ni?

Ketukan di pintu menghentikan lamunannya. Dia memandang pintu biliknya sambil mengeluh.
“Masuklah. Pintu tak kunci.” Ujar azmie dengan malas.
Wajah Mak Yun terpacul di muka pintu.
“Maafkan, Mak Yun mengganggu kejap. Kawan Amie ada kat bawah. Nak jumpa dengan Amie.” Beritahu Mak Yun dengan Perlahan. Azmie mengeluh perlahan.
“Lelaki?” tanya Azmie.
Mak Yun menganggukkan kepala.
“Mak Yun bagi tahu kat dia, Amie turun kejap lagi.”
Mak Yun akur lalu menutup pintu itu kembali.
Mesti Khai. Apa pulak kali ni?
Azmie turun ke bawah dengan malas. Khai berada di luar beranda rumah besar itu. Dia sedang menikmati keindahan alam semulajdi di laman rumah itu.
“Assalammualaikum…….”Khai menoleh. Dia tersenyum.
“Waalaikummussalam…”
“Kau datang ni, mesti ada hal penting nak beritahu kat aku kan?” duga Azmie.
“Ya. Dan aku rasa kau patut tahu.” Kata Khai dengan bersungguh-sungguh.
Mak Mah datang dengan menatang dua gelas fresh orange.
“Jemput minum, Khai.” Pelawa Mak Mah. Dia memandang Azmie. “Kalau ada apa-apa yang Amie dan Khai nak, bagi tahu je kat dapur.”
Azmie tersengih.
“Baiklah, Mak Mah.”
“Em….apahalnya?” tanya Azmie setelah Mak Mah berlalu pergi. Khai tidak terus menjawab. Dia menghirup fresh orange yang dihidang. Azmie menggeleng kepala.
” Sorrylah, geng. Cuaca panas so, tekak aku tengah haus giler.”
“Tu yang sampai tak terjawab soalan aku tadi? Agaknya, kalau makwe kau lalu pun, kau tak akan hiraukan?” usik Azmie.
Khai ketawa.
“May be.”
Azmie membesarkan matanya.
“May be?” usik Azmie lagi.
“Dah lah. Lagipun, aku mana ada makwe. Lainlah kau….keliling pinggang.”
Azmie tersenyum sambil menghela nafas.
“Itu dulu, Khai. Sekarang ni, sama macam kau juga. Zero. Siapa yang nak kat aku? Kau tahu, dah ada perempuan yang kata aku beruk! Bayangkan tu.” Ujar Azmie dengan selamba.
Khai tersengih.
“Siapa? Aku nak tahu juga siapa yang berani sangat panggil kau beruk?” tanya Khai. Dia membetulkan kedudukannya.
“Entahlah, aku tak kenal. First time, aku nampak. Hah! Kata tadi ada hal penting. Cepatlah cakap. Tak sabar aku nak tahu.” Bohong Azmie.
“Kau ni kan, tak menyempat betul.”kata Khai sambil ketawa. “Sebenarnya berita yang aku dapat ni tentang kau. Pihak pentadbiran kolej telah melantik seorang pelajar untuk membetulkan wayar-wayar yang tak ok dalam otak kau. Lebih tepat lagi, nak kaunseling kau.”
Wajah Azmie berubah setelah mendengar berita tersebut.
“Siapa orangnya? Lelaki atau perempuan?”tanya Azmie dengan nada marah.
“Perempuan.” Jawab Khai pendek.
” Nama?” khai mengeluh perlahan.
“Mie, takkan kau nak buat hal kat budak perempuan tu? Dia hanya menurut arahan pihak pentadbiran. Bukan salah dia jika dia diminta untuk melakukan sesuatu pada kau.”
Azmie diam. Khai memandang Azmie yang kelihatan kurang senang dengan berita yang dibawanya. Azmie mendengus kasar.
” Nama dia, Khai?” tanya Azmie sekali lagi.
” Aku akan bagi tahu tapi dengan satu syarat, kau kena promise dengan aku yang kau takkan apa-apakan budak tu!” pinta Khai.
Azmie memandang Khai dengan tenang.
“Aku tak pernah lagi pukul orang perempuan, Khai. Dan kau pun tahu kan yang aku takkan lakukan. Aku cuma ingin tahu siapa budak perempuan yang berani menyahut cabaran………..” Azmie berhenti seketika. “Ayah aku dan Uncle Azizi.” Sambung Azmie.
Khai terdiam.
“Oklah…nama budak tu, Puteri Ainnur Batrisya. Budak Sains Komputer, tahun ke-2.” Ujar Khai.
Puteri Ainur Batrisya? Semalu..? Puteri? Azmie tersenyum. Khai mengerutkan dahinya.
“Kenapa kau tersenyum? Kau kenal ke dengan budak tu?”
Azmie bangun dan mendepangkan tangannya sebelum memandang ke arah Khai.
“I’m not sure. Tapi aku akan pastikan sama ada dia ke budaknya ataupun tidak. Kalau ye…perang saraf tunjang akan bermula.” Ujar Azmie. ” Kau jangan bimbang, aku tak akan apa-apakan budak tu cuma aku nak usik-usik dia je.”
“Lantak kau lah, Mie. But make sure, you keep your promise.” Ingat Khai.
“Don’t worry about that. I will.”
“Oklah…aku balik dulu. Ini nota dan assignment yang akan dihantar untuk minggu ni. Jangan tak hantar pula.”ujar Khai.
Azmie menganggukkan kepalanya. Dia menghela nafas panjang melihat nota dan assignment yang ada di tangannya. Banyaknya…bisik hati Azmie.
Tak apalah..yang penting, berita yang Khai bawa tadi sudah cukup menggembirakan aku. hem…nampak gayanya, menjadi kenyataan juga mimpi dia. Dan mungkin juga, aku akan berkesempatan untuk meminta maaf padanya diatas keterlanjuran aku itu. Macam mana aku nak hadapi dia nanti..?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: