Novel : Jiranku Kekasihku 15

Nama Pena : Mel Mellisa

Setelah dua hari aku duduk berkurung di rumah kerana dilanda demam, akhirnya aku kembali bekerja. Walaupun esoknya aku dah cuti semula (hari minggu) semangat nak kerja tu tetap ada. Malaysia Boleh! Aku Boleh! Nak jadi pekerja yang rajin dan berdisiplin kononnya. Opss…hari ini aku pergi kerja tumpang kereta abang. Sebabnya? Aku tiada kereta. Kenapa? Sebabnya kereta aku sudah dua hari ditinggalkan di Hospital. Kesian kereta aku tu. Berpanas dan berembun. Bersendirian tanpa aku di sisi. Cewah! Tapi, takpe. Esok, aku mandikan lah dia. Bukan kotor sangat pun. Cuma berdebu sedikit. Aku menguis daun-daun kering yang jatuh berguguran di atas bumbung keretaku. Aku mengusap-usap kereta kesayanganku sambil bercakap-cakap dengannya macam orang gila.

“Sudah-sudahlah tu telek kereta. Dah pukul berapa ni?”
Tegurnya sambil mengunjukkan jam tangan Rolexnya padaku. Aku mengangkat kening padanya. Rupanya dia menunggu aku tadi. Ish, buat apalah nak tunggu aku ni. Nak masuk, pergilah masuk dulu. Nak tunggu aku pulak cik abang aku ni.

“Kenapa tak masuk dulu?”
Kataku ketika kami berjalan seiringan masuk ke pintu utama Hospital. Aku mengangkat tangan pada beberapa orang kakitangan yang menegur kami. Sempat lagi Nazifa, seorang juru x-ray Hospital ini mengenyit mata padaku dan melayangkan jari telunjuknya padaku. Aku hanya tersenyum saja. Selanjutnya, aku mengerling ke wajahnya yang tersenyum sinis.

“abang takut ada orang tu kena masuk Tanjung Rambutan sebab bercakap dengan kereta. Karang bila ada orang nampak, dikatanya Faiz gila. Nanti abang juga yang susah terpaksa keluarkan Faiz dari Tanjung Rambutan tu. Bukan senang tau.”
Selamba saja jawapan yang terpacul dari mulutnya. Aku membeliakkan mataku padanya yang ketawa kecil. Ringan saja tangan aku melepuk lengannya. Ambik!

“Jahat. Padan muka!”
Tukasku sambil menunjukkan ibu jariku padanya. Dia tersengih suka. Aku juga tersenyum sambil menjelingnya lagi. Sakit hati!

“Dr. Sharizal”
Langkah kami terhenti. Tina a.k.a gegedik sudah berdiri di depan kami. Dia ni lagi! Menyibuk je! Haih…meluatnya aku tengok muka dia tu. Sakit hati. Peristiwa beberapa hari lepas kembali terlayar di ingatan bila ternampakkan dia. Tiba-tiba hati aku jadi sakit bila mrngingat tentang kejadian itu. Aku memandang ke mukanya tapi dia tidak memandang ke mukaku sebaliknya menghalakan pandangannya kepada abang sayang aku ni. Pagi-pagi dah nak kacau. Ish! Ganggu emosi aku saja! Huh…

“Ye Tina. Ada apa?”
Soal abang pada Tina. Tina terus mengambil tempat di sebelah abang sambil menghulurkan sekeping fail. Dia tidak menghiraukan aku yang tegak berdiri di sebelah doctor dia ni. Menyampahnya aku dia duduk dekat-dekat dengan abang. Aku rasa macam nak tarik saja tubuh Tina menjauhinya. Aku tak suka dia terlalu dekat dengan abang. Aku cemburu! Memang aku cemburu sekarang! Aktiviti gedik menggedik sudah bermula bila dia mendekatkan lagi jaraknya dengan tubuh abang. Eii…geramnya! Apa yang lebih menggeramkan aku ialah si Tina boleh tersenyum jahat dengan aku sambil menjeling tajam ala-ala perempuan sihir ke muka aku! Dasar nenek kebayan! Eii…ni yang aku tak boleh tahan ni. Mendidih je darah aku ni. Jantung aku dah berdegup laju menahan api kemarahan yang bakal menyala kalau tidak dikawal. Sabar Faiza. Sabar. Aku menyabarkan diri sendiri. Cuba untuk mengawal diri supaya tidak bertindak keterlaluan. Yang cik abang aku ni, buat derk je dengan aku yang masih berdiri kat sebelah dia tu. Dia layankan saja si Tina. Kecik hati aku.

“Abang, Faiz pergi dulu ye. Dah lambat”
Kataku akhirnya kerana tidak tahan melihat kelakuan Tina yang menjelikkan. Aku mengepal penumbuk di belakang badan. Kalau aku tak sabar, memang dah kena debik si Tina ni. Dia belum tahu silat cekak aku kalau dah keluar karang, ada yang masuk ICU nanti. Tina tersenyum mengejek padaku. Menyirapnya darah aku ni. Aduh…sabarkanlah hati hambaMu ini Ya Allah…

“Ok. Nanti rehat kita jumpa ya”
Aku mengangguk saja dan terus berlalu meninggalkan mereka berdua dengan perasaan yang mendongkol. Baik-baik aku dah sihat sekarang ni terus jatuh sakit semula bila melihatkan kelakuan memualkan dari Tina. Hew…geram!

………………..

Aku berjalan sepantas yang mungkin menuju ke tempat kerjaku sehingga telah melanggar tubuh Dr. Azri. Tubuhnya terdorong ke belakang sedikit akibat dari pelanggaran tak disengajakan tadi. Semua barang yang dipegang terus berterabur jatuh ke lantai. Tak sangka, dia melatah rupanya. Nampak macho tapi melatah. Rasa nak tergelak pulak aku tapi tak kena dengan masanya untuk aku aku tergelak dengan latahnya.

“Sorry, doc. Saya tak sengaja”
Kataku sambil membantu mengambil barangnya yang berterabur di lantai dan menghulurkan padanya semula. Aku lihat raut wajahnya berkerut.

“Kenapa ni, Faiza? Nampak kelam kabut saja?”
Dia bertanya setelah barangnya yang aku kutip tadi telah berada di tangannya. Aku tersenyum nipis. Nan busybody pulak Mat Penang ni. Bisik aku dalam hati.

“Errr…takde apa-apa.”
Jawabku pendek.

“Awak dah ok ke ni?”
Dia bertanya lagi sambil memicing matanya ke mukaku. Nampak macam dia tengah x-ray muka aku ni.

“Tadi dah ok, sekarang ni rasa nak demam lagi”
Kataku dan terus berlalu meninggalkannnya terpinga-pinga di situ. Dia menjerit-jerit memanggil namaku. Ah..aku dah tak peduli. Mood aku dah lari sekarang ni. Daripada bersemangat nak datang kerja terus down separuh semangat tu. Ni semua gara-gara si Tina gedik! Aku menyampah tengok muka dia! Menyampah! Aku menjerit geram di dalam hati.

…………………

“Pehal kau ni monyok macam tempe basi ni?”
Ellin menegur dari luar. Aku tengok dia dengan muka yang serabut sambil memegang topi kledar kokak dan togel berwarna biru cair yang telah pudar warnanya. Dengan rambut yang terbang mengerbang tak disanggul seperti selalu. Muka pun berpeluh-peluh. Kelihatannya dia seperti baru berlari pula bila termengah-mengah menagambil nafas. Aku kerutkan dahi. Budak ni naik motor ke? Mana kereta Honda Jazz kebanggaan dia tu?

“Yang kau menjingjing topi kledar kokak ni kenapa? Kau naik motor ke? Kereta kau mana?”
Aku tidak menjawab pertanyaannya sebalik aku pula yang menyaolnya semula berikutan penampilan peliknya hari ini. Memang pelik. Pelik tapi benar.

“Aduh…penat gila aku Faiz. Adoyai…”
Ellin mengeluh tatkala kakinya melangkah masuk ke dalam menuju ke stor belakang untuk meletakkan topi kledarnya. Aku hanya memerhatikannya. Dia kembali semula ke depan dan menghenyakkan punggung di kerusi. Mencapai sekeping kertas A4 di atas meja dan melipatnya dua. Kertas itu dikibaskan ke mukanya. Menghilangkan rasa tidak selesa dengan haba panas yang masih melingkarinya kesegenap tubuh. Bajunya juga sedikit basah kerana berpeluh.

“Kenapa lambat, Lin? Kau bawak motor ke? Kereta kau mana?”
Soalku lagi dengan perasaan pelik yang memintal-mintal di otakku. Dia tidak menjawab lagi pertanyaanku sebaliknya hanya bernafas tercungap-cungap. Kertas yang menjadi kipas mukanya itu sudah renyuk seribu aku tengok. Selepas itu, dia mencapai lagi beberapa keping kertas A4 dan seperti tadi melipatnya dua dan dikibaskan ke dirinya pula. Aku hanya memerhati dan diam menanti jawapannya. Kisah aku tengah marahkan si Tina berkubur begitu saja.

“Adoyai, Faiz. Kau tau, kereta aku tu boleh buat hal kat tengah jalan. Aku tak taulah macam mana enjin boleh mati. Start banyak kali pun tak mahu hidup. Entah mana silapnya pun aku tak tau. Aduh…”
Ujarnya. Tangannya masih lagi mengipas dirinya yang berpeluh. Baju kurung yang dipakainya juga turut dikibaskan. Menghalau haba panas dari tubuhnya yang langsing. Air-cond yang terpasang dans sedia sejuk itu tidak mampu untuk menyejukkan dirinya.

“Macam mana boleh mati pulak? Kau tak check ke enjin kereta kau tu?”
Aku bertanya lagi. Pelik juga. Selalu Ellin orang yang sangat teliti soal kereta Honda Jazznya itu. Macam mana enjin boleh mati dan tak hidup.

“Aku pun tak taulah, Faiz. Nasib baik workshop dekat je. Diorang pun datang bantu tadi. Hmm..nasib baik dia bagi aku pinjam motor kapchai dia tu. Kalau tak, lagi lambat aku”
Aku hampir nak tergelak bila Ellin kata dia naik motor kapchai. Ye ke? Tak dapat aku bayangkan dia bawak motor macam tu dengan pakai baju kurung, heels sampai 3 inci. Topi kledar pun togel dan kokak macam tu. Mesti poyo muka dia yang cantik tu. Hei, kelakar pulak.

“Kau bawak motor kapchai, Lin?”
Aku bertanya bagaikan tidak percaya. Ellin mengangguk perlahan. Terus meletus tawa aku selepas itu. Macam nak terguling saja dilantai bila aku bayangkan rupanya membawa motor kapchai dan diserikan lagi dengan memakai topi kledar togel dan kokak macam tu. Haha…

“Habis tu, dah terlambat. Tak kisahlah naik motor kapchai pun, kapchailah. Takde aku kisah. Asalkan aku sampai tempat kerja. Kau ni! Gelak pulak! Hah..Gelak?!”
Di a memukul aku dengan kertas yang dijadikan sebagai kipas mukanya ke lengan aku. Marah kerana aku gelakkan dia gila-gila. Dia merengus-rengus dan merungut-rungut. Menjeling tidak puas hati ke arahku. Haha…aku gelengkan kepala beberapa kali.

“Ha,yang kau tadi pehal muncung sedepa je aku tengok? Dah macam apa tah muncung kau panjangnya tadi”
Dia menarik muncung bibir aku sampai tubuh aku ikut sekali ke depan. Kurang asam betul budak ni. Aku menepis jarinya yang sesedap rasa menarik muncung aku tadi. Dia ketawakan aku pulak.

“Aku geram dengan si Tina lah”
Kataku sedikit kasar. Dah mulalah darah aku nak menggelegak semula. Ellin ni spoilt betullah. Baik-baik aku dah lupakan dia boleh tanya pulak. Ni yang angin puting beliung aku nak sampai ni.

“Pehal dengan minah gedik tu? Dia warning kau lagi ke?”
Ellin bertanya dengan kerutan di dahi. Sebelum ini aku ada menceritakan pada Ellin mengenai Tina yang ‘menyerang’ aku beberapa hari lepas.

“Dia tak warning tapi dia menggedik dengan cik abang aku tu. Eii..geramnya aku.”
Aku meluahkan kegeraman pada Ellin. Tiba-tiba aku jadi geram semula. Aku dapat rasakan hidung aku kembang kempis semula. Kertas yang ada ditangan aku renyuk-renyukkan dan aku campakkan ke tepi. Aku bayangkan kertas yang direnyukkan itu muka si Tina.

“Kau jangan layan sangat si Tina tu. Dia sebenarnya dah gila meroyan tau tak. Perasan lebih. Takde faedahnya kau geramkan dia tu. Dia memang macam tu. Ha, sekarang ni, lebih baik kau buat kerja kau. Kau tak nampak orang dah ramai tunggu nak ambik ubat tu”
Ellin menunjukkan jari telunjuknya yang runcing itu ke luar. Ha’ah lah. Dah ramai yang tunggu. Ada yang dah berkerut-kerut mukanya. Ada yang marah-marah. Ish, aku ni. Apalah nak fikir pasal Tina pulak. Nanti disebabkan Tina, rosak terus reputasi kerja aku. Kata nak jadi pekerja yang berhemah. Baik aku buat kerja aku seperti yang Ellin cakap. Ada juga faedahnya. Nak sakit hati dengan Tina pun buang Karen saja. Nanti, rosak terus mood aku pagi-pagi yang indah ini.

…………………

Seperti yang dijanjikan, kami keluar rehat bersama. Kami memilih untuk makan di luar. Bukan di kantin Hospital. Dia nakkan privacy kononnya. Ada juga aku mengajak Ellin tapi dia menolak kerana tiada mood untuk makan. Sebab? Dia risaukan keretanya yang rosak tu sampai nak makan pun tak berselera. Kesian dia. Sudahnya, dia terus ke surau. Hajatnya untuk melelapkan mata sebentar sebelum menunaikan solat. Hai, kereta rosak masih boleh tidur? Makan tak mahu pula. Ish…apalah Lin ni.

Aku memesan makanan kegemaran aku iaitu Nasi ayam dan air sirap limau sementara dia memesan Nasi Goreng Ayam dan air suam. Bila aku tanya kenapa dia memesan air suam dan bukannya air lain? Jawapannya dia memang suka minum air suam dan tak suka minum air manis. Nak jaga kesihatan katanya. Aku mencebikkan bibir. Habis tu kat kantin Hospital tu selalu minum air kopi tu apa? Air kopi lagi banyak kaffein dan manis pulak tu. Dia hanya mengulumkan senyuman saja.

“Dah bagitahu mak ke belum pasal kita?”
Soalnya ketika kami selesai menjamu selera. Aku mengangkat kening. Hati aku tiba-tiba diburu resah bila persoalan itu timbul dari celahan bibir merahnya.

“Belum”
Balasku pendek dan menggelengkan kepala. Air sirap limau yang masih bersisa aku sedut sampai habis. Sengaja aku tidak pandang ke mukanya. Apa reaksinya bila aku berkata begitu?

“Bila nak bagitahu?”
Dia meneruskan pertanyaannya. Aku mengulum bibir dan mendongakkan muka memandangnya. Teragak-agak.

“Err…nantilah. Faiz belum fikirkan lagi”
Jawapan aku itu mengundang rasa tidak selesa padanya. Dia mengeluh dan menyandarkan diri di kerusi. Kedua-dua tangannya disilangkan dan diletakkan dibelakang kepala. Aku menelan liur bila melihat wajahnya berubah serius. Aik? Kenapa ni?

“Kadang-kadang abang rasa, Faiz macam tak beriya-iya bila abang bangkitkan perkara ni. Faiz macam tak serius dan tak kisah saja abang tengok. Main-main. Macam abang saja yang terhegeh-hegeh. Faiz langsung takde respons. Abang bosan tau tak?”
Tiba-tiba dia marah. Macam nak bercantum kening aku ni bila dengar bait-bait katanya tu. Sedapnya kata aku tak seruis dan main-main. Dia ingat aku boleh lelapkan mata ke bila fikirkan soal ni? Macam-macam yang aku fikir dia tak tahu. Dah mulalah aku tak senang duduk. Punggung pun rasa panas. Geramnya aku! Hei, kau tau tak kau tu bukan anak orang biasa? Kau tau tak sebab kau tu anak raja, keluarga diraja buatkan otak aku serabut bila fikirkan pasal ni? Kau tau tak aku takut bila fikirkan penerimaan keluarga kau kat aku? Kau tak tak? Ingin saja aku luahkan perkataan itu padanya.

“Sampai hati abang cakap Faiz macam tu. Abang tau tak Faiz tak tidur malam bila fikirkan perkara ni? Sebab selalu fikirlah tu sampai Faiz jatuh sakit sampai dua hari? Abang tau tak?”
Balasku tenang dengan suara yang mendatar disertai dengan keluhan halus. Aku memicit kepala aku yang tiba-tiba berdenyut. Perkara biasa yang terjadi setiap kali aku sedang runsing.
Aku kecil hati dengannya sebab menuduh aku tak serius dan main-main. Dah lah aku kecil hati dengan dia pagi tadi. Ish! Geramnya! Aku tumbuk muka dia yang handsome tu karang baru tahu! Tukas aku dalam hati saja. Aku pandang ke mukanya yang berubah menjadi serba salah. Tau pun kau nak serba salah! Kutuk aku lagi dalam hati.

“Ok, maafkan abang. Abang tak bermaksud nak kata begitu. I’m sorry ok…abang…”

“Kalau abang dah bosan dengan Faiz, dah menyampah nak layan kerenah Faiz, baik kita putus saja”
Entah mengapa, perkataan itu yang terbit dari celahan bibir aku. Aku kecewa dengannya sebenarnya kerana menganggap aku tidak serius dan main-main. Aku juga kecewa bila setiap kali perkara ini dibincangkan, pasti kami akan bertikam lidah.

“No!”
Jeritnya kuat. Bergema satu restoren itu mendengar suara jeritannya yang tiba-tiba. Aku sendiri tersentak. Orang ramai yang sedang menjamu selera tiba-tiba terhenti pergerakan masing-masing. Mata mereka tertumpu ke arah meja kami. Aku jadi malu pula bila kami jadi tumpuan. Dia merenung tajam ke mukaku.

“Ada apa-apa ke encik?”
Seorang budak pelayan restoren datang menghampiri meja kami.

“Nothing. Takde apa-apa,”
Balasnya perlahan. Budak pelayan itu beredar selepas itu. Aku dengar abang mendengus kasar. Mukanya diraup dengan kedua-dua tapak tangannya.

“Sayang, please…jangan cakap macam tu. Abang tak suka Faiz cakap macam tu. You know how much I love you?”
Suaranya sudah mula mengendur. Aku hanya diam. Menundukkan wajah memandang meja. Dah mulalah air mata aku ni nak turun. Semenjak dua menjak ni, mudah saja airmata aku ni nak turun. Dulu tak macam ni. Sekarang saja dia buat perangai pulak. Ish…ni semua pasal manusia kat depan aku nilah!

” Abang tak bermaksud nak marah Faiz macam tu. Abang cuma risau kalau Faiz akan tinggalkan abang. Itu saja. Sebab tu, abang nak segerakan perkahwinan kita sebab abang tak mahu kehilangan Faiz. I love you so much. Abang paling takut kalau Faiz tinggalkan abang.”
Aku terkedu mendengar luahan isi hatinya terhadapku. Tak sangka kata-kata itu yangkeluar dari mulutnya. Kepala yang tertunduk memandang meja segera aku angkat. Pandangan mata aku dan dia bertaut. Dapat aku rasakan sinaran matanya yang penuh dengan cinta yang bernyala-nyala. Seketika, aku seakan terpukau dengan sinaran cinta dari matanya. Kami terkaku begitu. Kerana tidak tahan menahan getaran hebat yang menampar dada, aku akhirnya memutuskan pandangan kami dan memandang ke arah lain.

“Abang tak sanggup nak berpisah dengan Faiz. Sudahlah abang penat-penat nak mengayat Faiz, nak pikat Faiz ni, tiba-tiba nak putus? Faiz nak putus dengan abang macam tu je? Sebab benda ni?”
Dia menduga. Aku terdiam mendengar ayat itu darinya. Kepala aku tundukkan lagi memandang ke meja yang beralas merah hati ini. Kedengaran agak lucu juga bila dia mengatakan dia penat-penat mengayat aku. Yeke macam tu? Aku rasa macam mahu ketawa saja. Tapi, aku tak boleh ketawa. Aku mesti kena serius. Sebenarnya, aku pun tak sanggup juga nak berpisah dengannya. Perasaan sayang padanya semakin hari semakin menebal. Takkan semudah itu aku nak minta putus. Mulut ni pun! Celupar sangat! Kalau dia betul-betul nak putus macam mana? Haru biru gelap gelita hidup aku ni. Aku tak sanggup lagi nak hadapi episod duka lagi. Cukup-cukuplah aku menderita selama ini.

“Pandang muka abang, Faiz. Jangan asyik tunduk saja. Please…”
Pintanya perlahan. Dia mengintai kemukaku yang menunduk. Macam nak ketawa aku bila dia mengintai sehingga kepalanya mencecah meja. Perasaan nak ketawa terpaksa aku tahan-tahan dahulu. Akhirnya aku angkat juga muka bila tengok dia beriya-iya mengintai ke mukaku yang semakin lama semakin menunduk. Macam resmi padi. Makin berisi makin menunduk! Aku pandang ke mukanya. Bersahaja. Dia merenung ke mataku. Sekali lagi aku seakan terpukau oleh panahan asmara melalui matanya yang berwarna coklat tu.

“Faiz tak mungkin tinggalkan abang. Apa yang Faiz takutkan abang yang tinggalkan Faiz”
Luahku pula setelah lama bertatapan mata dengannya. Malu dan tidak selesa bila ditenung sebegitu.

“Dah berapa kali abang cakap kan, abang takkan tinggalkan Faiz”
Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali dan cuba mencapai tanganku tapi pantas aku menariknya. Tak manis kalau dipandang orang. Dia mengerti tindakan aku. Dia menarik semula tangannya dan disatukan kedua-duanya. Seketika, kami diam tanpa bicara.

“Abang bukan orang biasa.”
Tuturku perlahan. Menggigit-gigit bibir. Mataku merenung matanya.

“Habis tu, kalau bukan orang biasa abang ni apa? Robot? Cicakman? Superman? Keluang Man? Transformers?”
Soalnya dengan membeliakkan bola mata coklatnya. Entah kenapa kali ini, aku boleh tergelak bila mendengar jawapannya begitu. Nak buat lawak pulak. Tak kena tempat tau tak? Transformers? Macam perli aku je gamaknya. Macam dia tak tahu Transformers adalah filem kegemaran aku. Aku menjelingnya.

“Taklah. Maksud Faiz, abang ni bukan orang biasa macam Faiz. Faiz ni hanya orang kampong saja. Sedangkan abang tu, anak raja”
Balasku pula. Merendah diri kononnya.

“Raja mana? Rajachulan? Raja Kapor? Rajagopal,? Rajawali? Raja Bersiong?”
Cepat dia membalas sambil tersengih. Nak pura-pura tak tau pulak. Aku menggetap bibir. Pantas saja tanganku menghadiahkan satu tamparan hinggap dilengannya.

“Mengada-ngada. Lesing karang?”
Aku menunjukkan siku aku padanya. Dia tersengih lagi. Suasana sentimental sebentar tadi tiba-tiba berubah ceria pula dengan lawak sarkis dia tu. Dia memang pandai nak ceriakan keadaan. Nak bergurau senda dengan aku pulak.

“Anak raja ke, anak kampong ke, sama saja. Darah yang mengalir dalam darah anak raja pun sama merah dengan darah anak orang biasa. Pernah ke Faiz dengar kalau orang tu keturunan raja, darah dia warna lain selain dari merah? Ada ke? Kalau ada, siapa? Biar abang toreh kulit dia tengok darah dia warna apa?”
Bersahaja saja mukanya bila bercakap perkara itu. Aku tergelak sekali lagi. Airmata yang bertakung di tubir mata sedari tadi aku seka dengan jari telunjuk.

“Sudahlah. Jangan fikirkan lagi tentang soal darjat ke apa ke. Kita sama saja. Yang penting, kita kena fikirkan pasal diri kita. Tentang keluarga abang tu, Faiz jangan risau. Abang akan selesaikannya sendiri. Sekarang ni, Faiz kena beritahu mak di kampung pasal kita. Pasal kita nak kahwin. Itu saja”
Pintanya bersungguh-sungguh. Akhirnya aku menganggukkan kepala tanda bersetuju. Ada sedikit keyakinan mula terlakar dalam diriku. Keyakinan tentang diriku terhadap dirinya. Dia menggariskan senyuman lagi di bibirnya. Aku juga menghadiahkan sebuah senyuman untuknya. Sebuah senyuman bahagia untuk diriku dan dirinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: