Novel : Lu’Lu’ dan Marjan 10

Nama Pena : anarif

Marjan bersiul kecil menanti Lu’lu’ yang belum keluar. Dikerling Jam di tangan. Pukul 5 petang. Jika mereka keluar dari rumah sekarang, mereka dijangka sampai di PD sebelum maghrib. Marjan tidak tahu perancangan gathering ini kerana Lu’lu’ yang berurusan dengan Mira mengenai tempat tinggal dan semuanya.

Sejak malam itu, Lu’lu’ tidak bercakap langsung dengan Marjan. Memang marah betul dia dengan Marjan sehinggakan berada semeja dengan Marjan pun dia tidak betah. Marjan pula tidak ambil kisah langsung.

Namun semalam, mood Lu’lu’ seperti berubah pula. Dia sudah mula bercakap semula dengan Marjan, menengking dan mengarah seperti biasa. Marjan tetap tidak ambil peduli. Dan semalam, pulang dari kelas, Lu’lu’ mahu singgah di shopping complex tanpa Marjan mengikutnya. Marjan angguk saja. Lagi senang hati dia jika Lu’lu’ tidak mahu dia ikut. Entah berapa lori barang pula mahu dibelinya.

Setengah Jam kemudian, Lu’lu’ muncul bersama satu saja beg plastic membuatkan Marjan terpaku seketika, tidak percaya dengan pandangan matanya. Tapi beg plastic itu agak besar juga. Marjan tidak bertanya, Lu’lu’ tidak menjelaskan apa-apa.

Menungan Marjan terganggu melihat Lu’lu’ keluar melepasi pintu, bersama 1 beg pakaian yang agak besar dan beg plastic semalam. Apalah isinya. Buat suspens je perempuan ni. ah, lantaklah dia. Asal tak kacau aku.

Marjan mengambil beg-beg di tangan Lu’lu’ dan dimasukkan ke dalam but kereta. Hari ini, Marjan memandu Mercedes. Dato’ Safwan keluar dari rumah mendapatkan Lu’lu’ yang tidak beriak ceria.

“Lu’lu’, enjoy yourself and take care, ok?” Dato’ Safwan mengelus lembut kepala Lu’lu’.

Lu’lu’ angguk perlahan, menyalami papanya. Marjan juga menghampiri, berbuat demikian. Lu’lu’ membuka pintu kereta, terus masuk tanpa menunggu lagi.

Marjan terkaku sekejap. Dia buka pintu sendiri. Haha. Macam mimpi pulak.

Marjan mengambil tempat di tempat pemandu, mengerling Lu’lu’ yang membuang pandang ke luar tingkap. Kereta mula bergerak keluar dari pekarangan rumah banglo 3 tingkat itu.

“Lu’lu’!” jeritan Mira membuatkan Marjan dan Lu’lu’ menoleh serentak. Mira berlari mendapatkan mereka meninggalkan satu kelompok yang turut memandang ke arah mereka.

“hai Mira.” Suara Lu’lu’ mendatar, amat berbeza dengan nada suara Mira.

Mira memeluk Lu’lu’ erat.

Kemudian, dia menarik tangan Lu’lu’.

“jom, jumpa kawan-kawan.” Lu’lu’ pantas menahan. Dia nampaknya tidak senang dengan cadangan Mira.

“Mira, please, later, ok?” Mira mengeluh kecil, mengukir senyum nipis.

“ok, aku faham.” Marjan memandang mereka silih berganti. Aku tak faham.

Seorang lelaki menghampiri Marjan.

“hai, saya Fahim.” Marjan menyambut huluran itu dengan senang hati. Peramah juga kawan-kawan dia ni.

“Marjan,” ada riak pelik di wajah Fahim mendengar nama itu. Lu’lu’ tidak senang hati, gelisah sendiri namun tidak pula Marjan sedari tingkahnya.

Marjan senyum sahaja. dia mengeluarkan beg dari but kereta, begnya dan Lu’lu’.

Fahim memerhati sahaja dengan pandangan yang hanya dia mengerti. Sesekali, dia mengerling Lu’lu’ yang melayan bicara Mira.

Marjan menghampiri Lu’lu’ dan Mira.

“mana bilik kami Mira?” Lu’lu’ pantas menoleh.

Mira senyum simpul.

“ai, nak duduk sebilik ke?” soalan Mira membuatkan Marjan menyedari silapnya.

“eh, tak, maksud saya, mana bilik saya, mana bilik dia?” Marjan pantas membetulkan salahnya. Lu’lu’ sudah merenungnya tajam, berpeluk tubuh.

“hmm, itulah yang saya hairankan ni. Lu’lu’ minta saya tempahkan satu bilik je. Katanya, awak tak perlu bilik.”

Marjan menoleh ke Lu’lu’ pantas. Ah, sudah. Lu’lu’ senyum lebar, ceria wajah yang jelas dibuat-buat.

“sebenarnya Mira, Marjan ni, suka berkhemah, jadi saya dah belikan khemah untuk dia. Sebab tu dia tak perlukan bilik. Kan awak?” Lu’lu’ sudah mula berlakon.

Marjan terkedu seketika. ok, kau nak main tarik tali dengan aku ya? Ok, I will play along!

“memang pun Mira, sebenarnya saya yang cakap dengan dia saya tak nak bilik. Saya dah belikan khemah ni untuk saya sorang.” Pantas Marjan menepis. Dia dapat melihat perubahan di wajah Lu’lu’.

Padan muka kau, jangan harap aku akan kalah!

Fahim menyeluk tangan ke dalam poket.

“betul ke? Tapi kalau awak rasa nak tidur dalam bilik, tumpang bilik saya je. Bilik yang lain semua berdua, saya je yang sorang-sorang.” Beritahu Fahim, tidak mengerti permainan Lu’lu’ dan Marjan.

Marjan meletakkan beg di atas jalan.

“tak apa Fahim, saya memang suka tidur dalam khemah. Berbulan-bulan pun tak apa.” Marjan menekan hujung ayatnya, membuatkan Lu’lu’ bertambah panas di dalam.

“eh, you all ni, banyak pula bercakap. Jomlah, kita pergi dinner.” Mira menarik Lu’lu’ yang berwajah kelat.

Marjan mengangkat beg. Mampus aku! Bukan setakat pasang khemah! Tengok khemah pun tak pernah! Habis!

Selepas makan malam, Mira membawa Marjan dan Lu’lu’ ke tapak perkhemahan.

Lu’lu’ menyilangkan tangan di dadanya, perasan wajah gelabah Marjan sebaik mereka tiba di tapak. Ada beberapa buah khemah telah ditegakkan.

“ha, Marjan, awak pasang khemah kat sini ya. Ada apa-apa aktiviti nanti saya beritahu Lu’lu’ supaya beritahu awak, ok? Malam ni, tak ada apa-apa program. Tapi esok ada.” Mira memaklumkan.

Lu’lu’ menghampiri Marjan.

“sayang, awak pasang khemah baik-baik tau. Saya tak nak awak mati kesejukan pula nanti. Itulah awak, saya nak tempah dua bilik awak tak nak. Oklah sayang, take care, saya pergi dulu ya.” Lu’lu’ berkata-kata dengan suara yang saja dilunakkan. Marjan mengukir senyum paksa.

“baiklah sayang. Bye.” Sayang taik kucing!

Mira tersenyum sahaja melihat gelagat mereka, benar-benar tidak sedar mereka sedang berdrama.

Marjan menghantar Lu’lu’ dan Mira pergi dengan pandangan geram. Bertambah geram dia melihat Lu’lu’ beredar dengan senyum sinis.

Marjan terduduk di situ, menendang batu-batu kecil di kaki geram. Dia menggosok kepalanya runsing. Nak buat apa ni? beg khemah yang dibeli Lu’lu’ dipandang geram. Ditendang beg itu jauh darinya.

Kalau nak tempah bilik senyap-senyap, boleh sangat tapi nanti kantoila aku berduit! Aduh! Pening!

Di sebuah khemah berdekatan, beberapa orang remaja lelaki yang sedang bersantai memerhatikan gelagat Marjan penuh minat. Marjan yang sedar mereka memerhati, menjeling mereka tajam. Pandangannya kemudian tertumpu pada khemah mereka yang berdiri megah.

Marjan terfikirkan sesuatu. Yes!

Marjan berjalan-jalan di pantai senang hati. Solat isyak telah dikerjakan. Khemahnya sudah berdiri megah.

Haha. Siapa lagi mangsanya kalau bukan budak-budak lelaki yang berkhemah berdekatan khemahnya. Ada duit semua jadi. Mujur dia teringat mahu membawa not-not seratusnya. Jadilah habuan upah buat khemah dan menyediakan khidmat nasihat untuk Marjan yang tak pernah berkhemah.

Malam ini, pantai ni diterangi lampu-lampu yang terpacak di tepi pantai dan cahaya bulan penuh. Bagus juga aku berkhemah. Tak payah mengadap muka Lu’lu’. This is my vacation! Yahoo!

Tidak ramai insan-insan yang menodai pemandangan malam ini. Bagus juga. Sakit mata Marjan melihat manusia bercengkerama. Yang dalam bilik tu lantaklah. Allah Maha Mengetahui.

Dia mengatur langkah senang, memerhati air pasang. Dari tempat dia berdiri, dia dapat melihat dengan jelas balkoni luar hotel yang terang-benderang disimbahi cahaya lampu.

Balkoni itu kosong. Dia mengalih pandang ke arah lain, dan apabila dia melihat ke arah itu kembali, matanya menangkap susuk tubuh dua manusia di situ.

Marjan berhenti melangkah. Lu’lu’. Tapi dengan siapa? Marjan mengecilkan matanya, melawan silau cahaya lampu. Fahim?

Oo, ni mesti kisah cinta monyet ar ni. dia ni la kot yang dato maksudkan sebagai Lu’lu’s somebody dulu. Hmm, patutlah baik semacam dengan aku tadi. Ni mesti kes cemburu plus dengki. Haha. Ambiklah Fahim. Aku pun tak nak kat perempuan tu!

Marjan mengalih pandang ke arah lain, meneruskan langkahnya. Namun langkahnya mati sekali lagi apabila dia terdengar jeritan Lu’lu’. Dia menoleh.

Fahim memegang kedua-dua lengan Lu’lu’ dan tingkah Lu’lu’ jelas menunjukkan dia marah. dia meronta mahu melepaskan diri dari Fahim yang sedang bercakap sesuatu dengannya namun tidak diendahkan Lu’lu’.

Marjan menekur pasir. Nak pergi ke tak? tapi dato dah pesan supaya jaga dia. Marjan mengatur langkah pantas. Matanya liar mencari tangga ke balkoni dari pantai.

Jumpa! Pantas dia memanjat tangga itu, dan mendapati adegan itu masih rancak, Lu’lu’ menolak dan meronta, Fahim menarik.

“I hate you, Fahim!” jeritan Lu’lu’ kedengaran jelas di telinganya.

Marjan menghampiri.

“ni apa hal ni?” dua pasang mata itu terlekat di wajah Marjan yang serius. Lu’lu’ pantas menyentap kedua tangannya sehingga terlepas dari cengkaman Fahim. Fahim bercekak pinggang melihat Lu’lu’ berlari mendapatkan Marjan.

Marjan sedikit tersentak apabila lengannya diraih Lu’lu’ namun cepat dia menyembunyikan perasaan hairannya.

“awak kenapa lambat? Dah lama saya tunggu!” marah Lu’lu’. Marjan terdiam, mengerling Lu’lu’ di sisi.

Aik, bila masa aku buat appointment dengan dia ni? sah lah, Marjan, action!

Mencerlung pandangan Marjan melihat Fahim. Fahim mula gelabah.

“aku minta maaf. I was just talking to her.” Fahim menjelaskan.

“nak bercakap pun kena pegang ke?” soal Marjan tidak puas hati.

Fahim mengeluh kecil. Mengangkat kedua tangannya, dirapatkan.

“sorry, aku tak sengaja.”

Marjan mendengus kasar.

“kali ni aku lepaskan kau. Lagi sekali kau sakiti dia, aku takkan lepaskan kau.” Marjan memusingkan badannya, menarik tangan Lu’lu’ bersamanya, menuruni tangga. Fahim melepaskan keluhan berat.

Sebaik kaki Lu’lu’ mencecah pasir, dia merentap pergelangan tangannya dari pegangan Marjan. Menjeling Marjan tajam.

Marjan membalas.

“amboi, ingat saya ingin ke nak pegang?”

Lu’lu’ mendengus kecil.

Sepi seketika. Marjan bercekak pinggang. Angin bayu laut bertiup lembut, berbau masin. Marjan mengerling Lu’lu’ yang membisu, mula membuka langkah meninggalkan Lu’lu’.

Lu’lu’ pula melihat Marjan mahu pergi pantas membuka mulut.

“hei, kau nak pergi mana?” kasar dia menyoal.

Marjan tidak berhenti.

“jalan-jalanlah. Takkan nak tunggu sini? kena tangkap kahwin free je nanti.” Selamba dia menjawab.

Lu’lu’ mengetap bibir.

“kau kena bawak aku!” jerit Lu’lu’.

Marjan senyum sinis.

“bawak? Dah tak reti nak jalan sendiri ke?” sinis bicara Marjan.

Lu’lu’ mendengus geram.

Dia membuka langkah pantas, bimbang dia akan kehilangan jejak Marjan. Namun dia tidak berani menghampiri. Marjan 3 langkah di depan.

Lu’lu’ menghirup udara laut yang berbau masin. Merenung laut yang luas. Buat seketika, dia terlupa tentang Marjan, dan Fahim.

Marjan berhenti tiba-tiba, melabuhkan punggung di atas pasir. Lu’lu’ turut berhenti. Teragak-agak dia melihat Marjan duduk.

Marjan menoleh sekilas.

“kalau nak duduk, duduk jauh-jauh sikit. Aku tak rela kena tangkap nanti dengan kau.” Selamba Marjan berkata.

Lu’lu’ mendengus kecil. Mengambil tempat beberapa jengkal jauhnya dari Marjan.

Marjan berbaring di atas pasir. Lu’lu’ menjeling. Khemah dia pasang ke tak? dia nak tidur sini je ke? Dia mengarah pandangan ke hadapan semula. Merenung laut yang luas. Memerhati ombak yang setia menemani pantai.

Lu’lu’ memeluk lutut, meletakkan dagu di atas kepala lutut.

Ingatannya menjengah kembali kepada Fahim.

“Lu’lu’, we have to talk.” Lu’lu’ yang baru keluar dari biliknya terkejut melihat Fahim di luar namun cepat dia berlagak biasa.

“we don”t have anything to be discussed.” Tegas Lu’lu’. Dia melintas Fahim yang pantas mengikut langkahnya.

“Lu’lu’, please.” Pujuk Fahim. Lu’lu’ tidak menghiraukan Fahim. Jemarinya menekan butang lif. Pintu lif terbuka dan Lu’lu’ masuk. Ditekan butang untuk menutup pintu namun Fahim pantas menahan.

“Lu’lu’, please.” Fahim sudah masuk dan pintu lif tertutup. Lif menuju ke bawah.

Lu’lu’ berpeluk tubuh.

Fahim mengeluh kecil.

“Lu’lu’, awak dah berubah.” Lebih kepada keluhan. Lu’lu’ pantas menoleh. Menuding jarinya ke muka Fahim.

“you made me change, ok?”

Pintu terbuka dan Lu’lu’ pantas melangkah keluar tanpa menanti lagi. Fahim masih mengekor dengan wajah bersalah. Sesalan kerana salahnya dahulu. Sesalan kerana Lu’lu’ telah berubah. Bukan Lu’lu’ yang dulu.

Lu’lu’ mengatur langkah ke beranda luar yang menghadap pantai. Berdiri di hadapan tembok, berpeluk tubuh menahan dingin malam.

Fahim turut tegak di sisi Lu’lu’, masih merenung wajah itu yang tegang.

“Lu’lu’, I know you still love me.” Kata-kata Fahim menambahkan suhu kemarahan Lu’lu’.

Dia pantas berpaling menghadap Fahim.

“hei, kau ingat kau tu siapa yang boleh berkata macam tu pada aku, ha? Kita dah tak ada apa-apa, ok?” tengking Lu’lu’ sekuat hatinya. Benar-benar berang dengan kata-kata Fahim yang sangat melulu itu.

Fahim tidak berkutik. Dia bercekak pinggang. Membalas tatapan tajam Lu’lu’.

“kau siapa nak menentukan perasaan aku ha? You are just one typical Fahim, that”s all. Ok?” tambah Lu’lu’ lagi.

“then, you love him?”

Soalan itu membuatkan Lu’lu’ terdiam seketika. siapa pulak ni? dia merenung Fahim dalam, cuba memahami kata-katanya.

“awak memang bercinta dengan budak hingusan tu?” sinis suara Fahim.

Lu’lu’ mengetap bibir. Baru dia tahu Fahim merujuk kepada Marjan.

Lu’lu’ memalingkan mukanya.

“kau siapa nak tahu?” sinis juga suara Lu’lu’.

Fahim menarik nafas dalam.

Dia menarik lengan Lu’lu’ dan dipegang kedua lengan Lu’lu’ kejap. Memaksa Lu’lu’ berhadapan dengannya.

“Lu’lu’, I”m so sorry about what happened 5 years ago. It was a silly mistake.” Ujar Fahim. Menahan rontaan Lu’lu’.

Lu’lu’ senyum sinis. Meronta mahu melepaskan tangannya.

“a silly mistake? You are one silly man, damn it!”

“Lu’lu’! please, I”m sorry! But I still love you!”

Lu’lu’ meronta lebih kuat.

“but I hate you, Fahim!”

“ni apa hal ni?” saat itu, dia tidak pernah merasa segembira itu melihat wajah Marjan.

Deruan ombak menghilangkan bayangan yang berlaku tadi. Lu’lu’ mengerling Marjan di sisi.

Pejam mata. Dah tidur ke?

Lu’lu’ melunjurkan kakinya. Dikuis hujung kaki Marjan. Tiada respons. Hish, teruk betul. Kat sini pun boleh tidur.

Lu’lu’ membengkokkan kembali lututnya, memeluk lututnya erat. Merenung ombak yang masih setia mengulangi memukul pantai. Melepaskan keluhan panjang.

“Marjan, mesti awak kata saya ni perempuan gila kan?” suara Lu’lu’ menampar cuping telinga Marjan yang sudah separuh sedar.

Mimpi ke?

“semua orang tak faham kenapa saya jadi macam ni Marjan, even papa.”

Marjan membuka matanya tanpa menggerakkan anggota tubuhnya yang lain. Dia dapat melihat susuk tubuh Lu’lu’ yang memeluk lututnya. Dia cakap dengan aku ke? Dia ingat aku tidur?

“awak tau tak, sebenarnya, Fahim cinta pertama saya. Saya sayangkan dia sangat-sangat. Masa mama meninggal, saya amat mengharapkan dia ada bersama saya, tapi dia tak ada dengan saya. Dia tinggalkan saya terkapai-kapai macam tu saja. Saya kecewa sangat. Mama orang yang paling saya sayang. Papa dan Fahim yang kedua di hati saya. Bila mama tiada, dia pun menjauhkan diri dari saya. Cuma papa yang setia bersama saya. Saya kecewa. Bila papa kahwin lain, hati saya bertambah remuk. Saya sangka papa akan sentiasa bersama saya tapi rupanya tak. Fahim pun mendiamkan diri.”

Marjan dapat melihat jelas di bawah sinaran bulan Lu’lu’ mengesat air matanya. Dia menangis? Namun Marjan tetap membatu. Jika Lu’lu’ akan tenang dengan berbicara begitu, biarlah dia begitu.

“saya hilang arah. Hilang punca. Saya tak nak belajar. Saya pindah sekolah lepas kematian mama kerana Fahim. Lepas SPM, saya tak nak sambung belajar. Sekarang baru saya rasa mahu belajar semula.” Lu’lu’ menyambung lagi.

Tidak terlintas di fikirannya Marjan sedang mendengar bicaranya. Sangkanya, dia berbicara di angin lalu.

“saya dah tak nak jumpa Fahim. Tapi masakan saya boleh beritahu awak kehendak hati saya yang sebenar kan?” dia mengesat lagi air mata di pipi.

“melihat dia membuat ingatan saya pada mama bertambah kuat. Bagaimana lemahnya saya saat dia dan mama meninggalkan saya. Saya tak mahu kelihatan lemah lagi. Saya nak tunjukkan pada Fahim, saya tetap kuat tanpa dia. Saya tak nak dia tahu saya merana kerana dia.” Esakan Lu’lu’ bertambah kuat.

Melepaskan semuanya pada angin lalu, pada ombak, pada laut dan langit luas.

Marjan kaku di pembaringannya. Melihat sahaja Lu’lu’ terhenjut-henjut menahan tangis.

Kasihan dia. Apa yang harus aku lakukan sekarang?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: