Novel : Rupa Atau Cinta Pilihanmu 4

Nama Pena : Leesya Hainur

8.55 malam.

Adib sudah selesai solat Isyak. Wafa pula berada di dalam bilik air. Sudah dekat setengah jam Wafa di dalamnya. Entah apa yang dibuat dalam bilik air lama-lama. Takkan tidur pula dalam bilik syaitan bertapa tu?? Huh, memang tak faham perempuan yang seorang ni?

Adib menggosok-gosok perutnya. Lapar. Sudah dua kali bunyi ‘monster’ kecil mengaum di dalam perut itu. Tekak Adib juga rasa terlalu kering. Dari petang tadi belum ada makanan atau minuman yang menjengah masuk tekaknya itu. Rasa macam berpuasa pula hari ni.

Adib sudah berkira-kira mahu meminta Wafa masak untuknya malam ini. Tapi dari tadi Wafa belum keluar lagi dari bilik air itu. Sejak peristiwa tengah hari tadi, muka Wafa masam saja. Ada nada marah di wajah isterinya itu. Adib memandang dinding. Jam berwarna oren itu ditenungnya. Hati Adib mula rasa tak sedap.

Adib cuba bangun dengan berat badan yang telah bertambah itu. Sedikit payah namun Adib gagahi juga. Hai badan… kenapa masa ni jugak kau nak gemuk, hah?? Langkahnya menapak di depan pintu bilik air.

“Wafa! Wafa! Apa yang awak buat lama sangat kat dalam tu? Tak reti-reti lagi nak solat ke?”

Tiada respon.

“Wafa! Lekas buka pintu ni.. Awak ni kenapa, hah? Takkan hal tengah hari tadi tu, awak jadi marah sangat ni?? Cepat bukak! Kalau tak, saya pecahkan pintu ni nanti!” ugut Adib.

2 minit berlalu juga tiada respon menyebabkan Adib sudah hilang sabar. Ditendangnya pintu bilik air itu. Sekali tendang, pintu tidak terbuka. Adib menendang untuk kali kedua dan kali ini tendang yang kuat itu membuatkan kuncinya patah dari dalam dan pintu pun terbuka.

Sekujur tubuh yang terbaring di depan matanya membuatkan Adib terkejut. Wafa pengsan?? Ahh..sudah! Kenapa ni..?? Wajah Wafa pula pucat. Di lantai bilik air, Adib melihat ada tompokan merah. Darah!

Adib segera mendapatkan Wafa. Diangkatnya tubuh Wafa sedaya upaya. Tubuh Wafa dicempung ke atas katil. Sedikit sukar gerakan Adib melalui pintu bilik air kerana tubuhnya yang besar itu.

Adib menepuk-nepuk pipi Wafa.

“Wafa! Bangun! Wafa!”

Adib cuba mengejutkan Wafa. Kenapa lah isterinya boleh sampai pengsan di bilik air ni..? Patutlah tiada bunyi langsung kat dalam tu tadi. Kain yang basah dengan darah itu ditukarnya. Adib terkejut.

‘Nak buat CPR ke ni?’

Ahh.. Adib sudah menggelengkan kepala. Adib mengambil segelas air lalu direnjis ke muka Wafa. Tak juga bangun-bangun.

‘CPR pun CPR la…’

Terkebil-kebil Wafa mencelikkan matanya. Wafa terkejut melihat ada dua objek besar besar berwarna putih di depannya. Objek itu makin mendekat dengan wajahnya. Lalu…

“Tidak!!!!!!!!!”

**************

“Hahahaha…! Padan muka kau! Yang kau berani sangat tu, apasal? Tak pasal-pasal mata kau dah lebam!”

Gelak ketawa Rafiq mengundang rasa sengal di hati Adib. Tak guna punya, kawan! Ada ke patut digelaknya orang yang tengah sakit ni..? Kalau tak difikirkan lebam ni, memang dah lama penumbuk terhayun ke muka mamat senget ni.. Biar sama-sama lebam.. Mereka baru saja keluar dari Klinik Sentosa, Ampang.

“Weii…! Agak-agaklah kalau nak ketawa tu.. Kang lebam pula mata kau aku tumbuk nanti..!” Adib membalas. Geram mula bertandang di hati.

Sakit betul mendengarnya. Rafiq ni satu hal. Dah kawannya tengah sakit macam ni, dibantai dengan gelak tak ingat dunia tu..Adoii..malang betul lah!! Fikiran Adib mula terawang-awang. Teringat peristiwa semalam. Adib sudah berkira-kira mahu membuat CPR bila melihat Wafa tidak sedarkan diri. Baru saja bibirnya mahu mendarat ke bibir Wafa, satu hentakan kuat mengenai pipi. Bukan hentakan tapi tamparan yang dashyat!

“Ini kali kedua kau kena bantai dengan dia kan..? Kau ni kan, memang tak reti nak sabar kan..? Gelojoh sangat! Kot iye pun nak cium die.. cium la waktu lain. Tak menyempat-nyempat. Malam pertama dulu teruk agaknya.. Aku ingat kuat sangat la kau ni… Bukan kau ada tali pinggang hitam dalam taekwondo ke? Takkan dah lumpuh kot ilmu kau tu..? Tak sangka dengan dia, kau jadi lemah pula..”

“Kau cakap biar berlapik sikit ye? Kau ni hilang akal ke yang kau nak suruh aku pergi belasah isteri aku tu pula? Lelaki bukannya lawan untuk perempuan. Perempuan ni, mana boleh kita naikkan tangan atau kaki kat tubuh badan dia. Perempuan kan bersifat lemah. Lebam yang aku dapat ni pun bukannya kuat mana pun.. Esok hilang lah.. ishh.. kau ni, kalau ada isteri agaknya dah mampus dia kau kerjakan! Patah riuk, dah tak serupa orang..” bidas Adib.

“Kalau tak serupa orang, serupa ape lak??” balas Rafiq mengenakan Adib semula.

Adib menggelengkan kepala. Agaknya sebab Rafiq ni ganas kot yang dia belum kahwin lagi ni..? Ada ke patut disuruh belasah semula Wafa tu? Suami mana tak sayang isteri? Walaupun layanan Wafa kurang baik pada Adib, Adib percaya kelak, rasa kasih sayang itu akan muncul juga. Sabar tu kan penting dalam rumah tangga.

“Nak makan kat mana ni??” Adib bertanya. Plastik beg yang mengandungi ubatnya diletakkan di kerusi belakang.

“Kat mulut!”

“Loyar buruk betul la..! Tau la kat mulut. Takkan makan kat hidung pula. Dah lah lubang hidung kecik! Kalau besar takpe lah jugak! Aku tanya tempat mulut kau tu nak makan..”

“Ikut kau lah..!”

“Asal tanya tempat makan je..kau memang selalu tak ada idea kan..? Kang tak sedap, jangan bising pula!”

“Ish..membebel macam mak nenek la kau ni, Adib!”

“Mak nenek kau jugak!”

Rafiq tetap tak mahu kalah. Lalu keduanya masuk ke dalam kereta. Di dalam kereta,

“Eh, kau belum beritahu aku lagi kan? Apsal Wafa boleh pengsan dalam bilik air tu?” Rafiq bertanya. Tangannya segera menghidupkan enjin kereta.

“Wafa tu tiap kali period, dia sakit. Ala.. sakit orang perempuan. Apa namanya tu..? Segugut..? Entah la.. macam nama binatang lak! Tu yang pengsan tu..” jelas Adib.

“Oooo… yang kau tukar kain dia tu.. sebab benda tu la ye.. Patutlah Wafa bengang sangat! Sure dia malu dapat tau kau tukar kain dia..”

“Ye la kot…!!”

*************

“Hahaha….!!!” Suara orang gelak ketawa dengar satu ofis.

“Aku ape lagi, bagi lah pelempang satu das! Kurang asam jawa betul! Kalau takde asam jawa, aku bagi asam keping je lain kali. Potong-potong lemak die, buat gulai lemak cili api..!”

“Kau ni kan, ganas betul lah! Selama ni aku tengok lemah lembut aje.. Kat dalam, macam harimau! Asyik nak terkam aje..” ujar Dila.

“Mane aku tak terkam! Dah lah badan die busuk! Nak dekat dengan aku pulak! Eiii…tolonglah! Hilang selera aku nak makan tau.. Badan gemuk sangat! Nak jalan dengan die pun segan!”

“Yang kau marah sangat kat Adib tu, apsal? Patutnya kau cakap thank kat dia sebab bawa kau masuk dalam bilik. Duduk lama-lama dalam bilik air, banyak setan lorr…” balas Dila lagi.

“Tu la.. Agaknya kau banyak kawan dalam tu kan..?” sindir Anita pula lalu tergelak kecil.

“Tapi kann… laki kau tu kalau tengok lama-lama, comel tau! Kau je yang buta mata..” bicara Anita membuatkan mata Wafa terbeliak. Adib tu dikatakan comel???

“Haiii… lain macam je bunyinye…”

“Ade orang jealous la..”

Tiga sekawan itu meneruskan perbualan mereka. Masing-masing tidak turun makan ke bawah kerana membawa bekalan sendiri. Wafa membuka penutup bekas makanan.

“Kau masak sendiri ke?”

“Ye la.. Takkan si Adib tu pula yang masak!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: