Novel : Biarkan Ia Berlalu 19

Nama Pena : sha ibrahim

BAB 19

“Ok…awak ambil balik semua fail ni,” tiba-tiba Syafiq meletakkan kembali kesemua fail yang telah dihantar oleh Nadia dua hari yang lepas di atas meja gadis itu. Nadia terlopong dan bangun dari tempat duduknya. Dia keliru dan inginkan penjelasan.

“Apa ni En.Syafiq…kan hari tu saya dah siapakan semua kerja saya…kenapa? Ada sebarang kesilapan ke?” Tanya Nadia agak panik.

“Tak ada sebarang kesilapan apa-apa….bagus kerja awak,” ujar Syafiq dengan raut wajah bersahaja. Namun jauh di sudut hatinya mahu sahaja dia tergelak melihat reaksi yang ditunjukkan oleh gadis yang sedang berdiri di hadapannya waktu itu.

“Habis tu…kenapa En. Syafiq kembalikan semua fail ni pada saya semula?” Tanya Nadia lagi. Syafiq mulai berpeluk tubuh. Dia hanya mendiamkan diri dan wajahnya berkerut seperti ada sesuatu yang sedang difikirkan olehnya.

“Sebab saya nak awak sedikan laporan kewangan lengkap untuk saya sebelum pembentangan budget awal bulan depan,” Syafiq bersuara sambil tersenyum yang segaja dibuat-buatnya. Nadia terlopong sekali lagi.

“No…no…jangan nak cakap saya ni gila ke? tak waras ke? sebab saya tak gila dan saya masih lagi waras…sebab tu la saya bagi semua fail ni pada awak semula dan saya nak awak siapkan laporan kewangan saya ni sebelum saya balik dari bercuti…boleh kan?” Syafiq tersenyum puas memandang reaksi wajah yang dipamerkan oleh setiausahanya. Puas hati dia kerana dapat mengenakan gadis itu kembali.

“Memang la saya tahu En. Syafiq tak gila…En. Syafiq ni waras lagi..masalahnya sekarang ni…kerja yang En.Syafiq suruh saya buat ni yang boleh buat saya yang masuk hospital gila! Lagipun En.Syafiq senang lenang bercuti saya pulak yang kena kena siang malam nak siapkan kerja ni semua…banyak cantik?” Nadia bersuara tanpa ada perasaan takut sedikit pun dengan lelaki di hadapannya di kala itu.

“Saya memang tak cantik….sebab saya handsome! Ni saya nak tanya soalan sikit…awak ni siapa?”

“Saya ni secretary En.Syafiq la,” jawab Nadia tanpa banyak soal.

“Dan saya ni pulak siapa?” tanya Syafiq lagi.

“En. Syafiq bos saya la,” Nadia menjawab lagi walaupun ketika itu dia mulai pelik dengan soalan-soalan yang dikemukan oleh Syafiq.

“Jadi awak sekarang ni bekerja dengan siapa?”

“Dengan En. Syafiq la,”
“Good! Jadi kalau saya ni bos awak…dan awak bekerja dengan saya sebagai secretary saya..atau dalam bahasa Melayunya pembantu saya…jadi tak salah la tugas awak bantu saya dan buat apa sahaja yang saya suruh….awak faham sekarang Cik Nadia?,”

“Tapi…” Nadia mulai hilang idea untuk menjawab. Entah mengapa tiba-tiba otaknya berhenti berfikir. Dia tahu kali ini dia tewas dengan lelaki tersebut. Syafiq pula tersenyum bangga.

“Awak cakap awak hebat…awak cakap awak boleh lakukan apa saja yang saya suruh…orang tak akan panggil awak Nad kalau awak tak boleh buat…so Cik Nadia…buktikanlah!” Syafiq menyambung kata-katanya. Kali ini dia terus melangkah meninggalkan Nadia yang terdiam tanpa kata.

“Saya cuti tiga hari minggu depan…saya nak bila saya balik semua kerja siap atas meja saya….faham! Awak tak nak tengok Lion King awak ni mengamuk kan?” Syafiq sempat berpesan sebelum dia membuka pintu pejabatnya.

Nadia yang mendengar kata-kata Syafiq menelan air liur. Macam mana lelaki itu boleh mengetahui gelaran yang dia berikan padanya. Macam mana Syafiq boleh mengulang semula kata-katanya pada malam dia siapkan kerja yang Syafiq suruh. Matilah aku! Bisik Nadia sendirian. Syafiq mulai hilang di sebalik pintu pejabatnya.

“Oh ya! Awak jangan ingat saya ni tak ada six sense! Saya boleh dengar apa yang awak cakap pasal saya di belakang saya, lain kali kalau nak bercakap pandang kiri kanan dulu! Ok Cik Nadia…selamat bertugas!”

Nadia mengurut dadanya terperanjat dengan tindakan Syafiq yang tiba-tiba membuka pintu pejabatnya sekali lagi dan apa yang paling memeranjatkan dia kata-kata terakhir Syafiq sebentar tadi sebelum lelaki itu menutup pintu pejabatnya buat kali kedua.

“Aduh…mesti dia tak balik lagi masa aku kutuk dia depan pejabat dia malam tu….padan muka kau Nadia!,” bicara Nadia sendirian. Matanya tertumpu pada fail yang bertimbun di mejanya. Dia terduduk kemudian dia memicit dahinya dan merengus kuat.

***

Syafiq tersenyum sendirian sambil tangannya cekap mengendalikan stereng keretanya. Mindanya masih terbayang raut wajah Nadia yang agak terperanjat dengan kata-katanya petang tadi. Buat pertama kalinya gadis itu terdiam seketika tanpa membalas apa-apa dengan kata-katanya.

“Tahu pun takut,” tiba-tiba Syafiq berbicara sendirian.

“Siapa yang takut?’ tanya Rosalan tiba-tiba. Syafiq mengurut dadanya terperanjat mendengar suara Roslan yang disangkakan sedang tidur memandangkan mata lelaki itu terpejam rapat sebentar tadi.

“Kau ni…kalau nak menjampuk pun bagi la salam dulu,” marah Syafiq.

“Siapa yang takut ni?” tanya Roslan sekali lagi.

“Tak ada apa-apalah…kau sambung la tidur kau tu…kalau dekat nak sampai aku kejutkan kau!” jawab Syafiq yang langsung tak berminat nak melayan Roslan nanti macam-macam lagi soalan yang akan dikemukakan oleh sahabatnya itu.

“Ngantuk aku dah hilang dah..eh! semalam aku dah jumpa dengan secretary baru kau…boleh tahan…cantik wei!” puji Roslan tiba-tiba. Lelaki itu tersenyum penuh makna.

“Cantik? Cantik muka je buat apa…kalau mulut tu berbisa mengalahkan bisa ular tedung kau tau tak!” marah Syafiq tiba-tiba. Roslan mengerutkan dahinya. Pelik. Namun menarik. Mesti ada sesuatu yang dia tak tahu berkenaan gadis itu yang enggan diceritakan oleh Syafiq sebelum ini. Dia tak boleh mendiamkan diri. Dia mesti korek rahsia tersebut.

“Kenapa? Apa yang dia dah buat kat kau?” Tanya Roslan mulai bersemangat kembali. Badannya yang keletihan akibat menaiki motosikal sepanjang hari ini sudah tidak diarasakan lagi. Dia lebih berminat mendengar cerita berkenaan gadis cantik manis pembantu Syafiq daripada tidur merehatkan badan.

“Kalau kau nak tahu..hari pertama dia kerja lagi dia dah berani melawan aku! Apa saja aku cakap mesti dia nak menjawab…lepas tu suka sangat mengata aku di belakang…dia ingat aku tak tahu…sekarang padan dengan muka dia kena siapkan semua kerja aku yang aku tinggalkan untuk dia….baru dia kenal siapa Syafiq!” bicara Syafiq dengan penuh emosi.

“Wow! Menarik ni…apa yang kau suruh dia buat?”

“Siapkan semua laporan kewangan yang aku belum siapakan lagi…kan aku dah cakap kat kau, aku nak cuti selama mana pun tak apa…secretary aku kan ada,” jawab syafiq sambil tersenyum puas.

“Jahatnya kau Fiq…kesian minah tu tau tak…dia tahu tak buat kerja yang kau suruh tu?” Tanya Roslan. Syafiq terdiam seketika. Tiba-tiba dia terfikir dengan persoalan Roslan sebentar tadi. Dia memandang Roslan seketika. Kemudian dia mengjungkit bahu dan tersengeh.

“Kau ni kan…sejak bila kau emosional sangat ni…biasanya kalau kau marah sangat pun dengan pekerja kau, kau tak akan libatkan soal kerja…lagipun Janet kan ada…kalau tak apa guna jawatan Janet sebagi penolong pengurus kewangan kat situ,” soal Roslan. Syafiq berubah wajah.

“Janet?”

“A’ah…Janet! Tak kan kau dah tak ingat dekat penolong kau tu?” tanya Roslan lagi. Syafiq terdiam. Terus terang dia katakan, dia memang lupakan Janet semenjak Nadia mula bekerja dengannya.

“Tentulah aku ingat…tapi kau kan tahu Janet tengah sarat mengandung sekarang ni..dia mana boleh kerja penat-penat kan…aku kesiankan Janet je…sebab tulah aku suruh minah tu siapkan kerja untuk Janet,” akhirnya Syafiq mendapatkan idea yang bernas bagi menjawab persoalan sahabatnya itu. Dia tahu alasan yang diberikan olehnya cukup kukuh.

“Iyalah tu,”

“Yalah….takkan aku nak tipu pulak…lagipun biar padan muka minah tu sikit berlagak sangat…kononnya semua kerja dia boleh buat…hah…sekarang buatlah!” kata Syafiq lagi. Namun, jauh di sudut hatinya dia mulai rasa bersalah. Kata-kata Roslan ada kebenarannya. Bagaimana dia boleh campur adukkan perasaan geramnya terhadap Nadia dengan kerja dan tanggnungjawabnya sebagai Pengurus Kewangan.

“Tengok…kau masih campur aduk soal kerja dengan peribadi…kalau kau tak suka sangat kau buang je la minah tu…cari secretary lain macam yang kau selalu buat sebelum ni,” Roslan memberikan cadangan.

“Tak boleh!” jawab Syafiq laju tanpa berfikir panjang mengenai cadangan yang diberikan oleh Roslan.

“Kenapa pulak tak boleh?” soal Roslan kembali.

“Aku cakap tak boleh tak boleh la….ala…banyak soal la kau…dah la…kau tak nak tidur kan…sekarang kau drive…biar aku pulak tidur!” Syafiq terus memberi isyarat sebelum dia berhenti di kiri jalan.

“Emo mengalahkan perempuan datang bulan!” rungut Roslan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: