Novel : Janji 25

Nama Pena : dr.rock

“Ha..nak datang rumah, nak merisik Ida?Tapi bila tu?”.Emak terkejut dengan khabar yang diterima dari kami

“Erm, kalau tak ada halangan.Adam nak datang dengan keluarga dia hujung minggu ni mak”.jelasku pendek.

“YA Allah, Ida.Hujung minggu tu tinggal 2 hari je.Sibuk dengan Kak Long nak bersalin lagi.Mana sempat mak nak sediakan semua benda.Ingat main-main ke bab risik-merisik ni?”,keluh emak.

Aku terdiam.Mengakui kebenaran kata-kata emak.Kak Long sedang menunggu hari.Dah sarat benar kandungannya.Memandangkan mak tak bekerja dan mempunyai kelapangan, Along mahukan Kak Long berpantang di rumah kami.

“Jadinya, tak boleh la diaorang datang ni mak?”,soalku pada emak,mahukan kepastian.

“Mak ni serba salah dah Ida.Bukan tak boleh tapi mak keberatan sikit la.Dia datang niat baik tu, tak elok kita tolong.Tapi kalau datang, mak buat ala kadar.Apa pula kata dia orang nanti”,tambah emak.

“Keputusan mak sekarang macam mana?Ida ikut je.”.

“Gini lah, mak bincang dengan abah dulu macammana.Tapi mak nak cakap dengan Adam dulu.Kalau dia boleh ikut syarat mak, mak setuju nak bermenantukan dia”,ujar emak tegas.

Aku tergamam dengan kata-kata.Takkan la mak nak kenakan syarat tu dekat Adam juga?Oh,tidak.

“Ida, nak kahwin dengan Adam tak?Kalau Ida nak protes, mak takkan bagi korang nikah.Suruh je Adam cari anak orang lain”,tambah emak lagi bila aku protes permintaannya.

Waduh, Lupa pula mak aku ni bukan macam mak dia yang sporting.Ni siri mak berdenting weh.Sanggup ke Adam menyahut cabaran emak.Dengan berat,handphone aku serahkan pada Adam.

———————————————–

“So,Adam setuju dengan syarat emak?”.

Adam menganggukkan kepala.Senyuman manisnya dihadiahkan kepada aku.

“Nak tak nak Adam kena setuju jugalah.Mak siap nak tolong carikan orang lain lagi kalau Adam tak setuju tahu tak?”,kata Adam lagi dengan senyuman nakalnya di bibir.Dah hilang ’Abang’nya dek gertakan mak.Tahu pun takut.Hehe.

Aku mengetap bibir.Mak aku ni, memang menguji keimanan sungguh syaratnya.Sanggup pula Adam terima tu.

“Kenapa tak setuju je.Mana tahu mak carikan yang lagi cantik, lagi baik.Pokoknya, pakej cukup lengkap la”,duga aku.

Muka Adam berubah.Terkejut benar dengan soalan yang terpacul di bibir aku.

“Amboih…bercakap ikut sedap mulut je.Cukup la sekali makan hati.Tak mahu dah lepas ni.Tapi kalau Ida setuju, lepas kahwin nanti Adam suruh mak carikan calon tu.Boleh juga Ida buat kawan”,kata Adam selamba.

Aku pula yang tergamam dibuatnya.Ada ke patut berniat nak memadukan aku lagi sebelum menikah.Tak patut betul.

Adam tergelak melihat reaksi aku.Bila aku melangkah meninggalkan dia, Adam mengejar aku dari belakang dengan tawanya yang masih tersisa.Biarkan dia dengan ketawanya.Esok-esok tahu la betapa menderitanya menanggung rindu kat aku.Hoho, perasan sangat ke aku ni?

“Ida, jangan marah tau.Adam gurau je.Sebab sayangkan Ida la, Adam terima syarat-syarat mak tu.Bak kata orang-orang tua, kalau sayang, tinggal-tinggalkan.So nak tak nak, kena redha jelah”,ujar Adam lembut, seakan memujuk aku.

Aku melemparkan senyuman manis kepadanya.Senang dengan pengakuannya buat kali pertama.Dan serentak, kaki kami seiringan melangkah.Tanpa kata, kami mengakui rasa hati yang sama.

————————————————

Adam muncul semula di wad ketika jam hampir menunjukkan angka 12.Di tangannya ada bermacam jenis gula-gula.Aku termangu-mangu dengan reaksinya.Macam-macam perangai orang angau ni rupanya.

“Nak buat apa gula-gula banyak-banyak ni?Suruh Ida pujuk mak tarik balik syarat ke?”,soal aku kepadanya bila plastik beris gula-gula berbagai jenis dan rupa dihulurkan pada aku.

“Haha.Mana ada la.Nak jadi suami Ida punya pasal, I’ll do anything to make it came true ok.Nak suruh Ida makan la.Lagipun Adam dah jampi dah.Confirm terkenang-kenang nanti!”,ujar Adam sambil ketawa.

Meledak ketawa aku mendengar kata-katanya.Kalau tak bagi gula-gula pun, aku ingat setiap masa.Ada –ada jelah dia ni.

Adam membuka plastik yang berisi gula-gula.Kemudian menghulurkan gula-gula berwarna-warni yang berhadiahkan cincin di hujungnya.Aku kira, ada 6 semuanya.Tanpa sedar, aku menggelengkan kepala dan tersengih.

“Nak buat apa cincin-cincin ni?Takkan la Adam nak jadikan ni cincin risik kot.Kedekut betul!”.

“Isk..dah 2 tahun kerja, takkan la Adam nak berkira lagi.Try semua saiz, nak buat sample belikan cincin emas la.Cepat sikit, Adam ada 10 minit je lagi sebelum syarat mak mula!”,ujar Adam sambil menunjukkan jam yang tergantung di dinding.

Cincin yang dihulurkan, aku cuba satu persatu.Dan cincin dari gula-gula yang berwarna hijau putih yang sama saiz dengan jari manis aku.Adam tersengih melihat kepatuhan aku.Tangannya dihulurkan kepada aku,mahukan cincin tersebut dikembalikan kepadanya.

“HA, lupa nak ingatkan.Ida allergi dengan besi tahu.SO, kalau cincin ni yang Adam buat cincin risik,Ida tahu punya.N last but not least, jari ni boleh terima emas tulen je.Bukan yang berkarat-karat!”,gurauku sambil memerhatikan Adam memasukkan cincin tersebut di poket seluarnya.

Adam tergelak mendengar gurauan aku.Seketika kemudian, jam ditangannya di tanggalkan.

“Amboih..demand bukan main.Tadi kata nak 22.50 je.Ni dah naik harga dah.Tak kisah la Ida, yang penting, janji dengan mak Adam kena ikut dah bermula 12 malam ni”,ujar Adam penuh yakin.

Jam tangannya dihulurkan kepada aku.Sekali lagi, aku termangu dengan reaksinya.

“Keep my watch.Seiring dengan perjalanan waktu, Ida akan ingat Adam selalu”,ujar Adam dengan nada romantisnya.Cukup ringkas tapi membuatkan aku rasa dunia aku yang punya.Waduh, berbunga-bunga rasa hati aku dibuatnya.

“Tapi, Adam ada satu permintaan je..Boleh tak Ida tunaikan!”,tambah Adam dengan nada rayuannya.Aku mengangggukkan kepala.

“Boleh panggil Adam abang tak?Sekali je..Please?”.

Permintaan Adam bukanlah berat untuk ditunaikan.Hati aku berat nak menuturkan panggilan keramat tu.Tapi bila mengingatkan syarat dari emak, aku buang rasa malu jauh-jauh.Nafas aku tarik panjang-panjang.

“Nak yang mana satu.Akang ke mas wahai abangku sayang, Muhammad Adam Lutfi!”,ujarku dengan senyuman manis kepadanya.Panggilan abang versi bahasa Indonesiaku membuatkan senyuman Adam melebar.3 paket lagi ni.Bukan senang nak dapat ni.

“Akang pun boleh la Ida.Thank you so much.Time to off.Promise is promise…Bye Nurin Rusyaida!”,balas Adam sambil ketawa riang.

Tepat 12 malam ,Adam berlalu.Sesuai dengan syarat yang dikenakan emak padanya.Patuh betul bakal menantu mak ni.Confirm jadi menantu kesayangan esok-esok ni.

———————————————————–

“No calling-calling, no talking-talking..No dating-dating..no meeting-meeting.. no sms typing!”,tegas emak.Fuh, hebat juga mak aku speaking rupa-rupanya.

Itu syarat yang aku dan Adam harus patuhi sebelum terlaksananya pernikahan kami.Syarat yang sama dikenakan pada Along dan Angah sebelumnya.Nak tak nak, kena jugalah redha dan pasrah.

“Mak ni nak elakkan dari apa-apa yang tak elok jadi.Darah manis ni macam-macam boleh jadi.Mengelak lebih baik dari mengubati kata orang!”,kata emak bila kami mempersoalkan tindakannya yang kami rasakan agak berlebihan.

Kata-kata dan pendapat emak aku akui kebenarannya.Al-maklum la antara Adam dan Hawa tu sentiasa adanya Cik TAN yang berniat merosakkan dan menyesatkan hamba-Nya.DI tambah dengan tuntutan nafsu yang kadang-kadang tanpa sedar membuatkan kita jauh dengan yang sepatutnya.

“Bukan adat kita nak keluar-keluar gitu.Ke hulu ke hilir tanpa ikatan.HAti ni kalau dah jadi milik syaitan, ada yang menikah free nanti”,tambah emak lagi.

Hujah emak sekali lagi aku akui.Memang hebat tutur katanya, mengalahkan peguam cara.Kami yang tadinya protes akhirnya pasrah.Hujah mak tak boleh dipatahkan dan kebenaran kata-kata mak kami akui juga.

————————————————–

Along menjemput aku di hospital petang Jumaat.Walaupun kepenatan dan keletihan melanda, kena juga ikut perintah dan arahan Big Boss.Dengan ugutan, kalau tak datang jemput aku, Kak Long kena balik berpantang dekat rumah maknya.

Along datang ditemani anak buah aku.Ada Adam yang menyambut kedatangan Along di hospital kelmarin.Mesra benar dengan bakal iparnya.Aku pula yang janggal di tengah-tengah mereka.Dan Adam patuh betul dengan syarat dari mak.Tak ada sepatah kata pun keluar dari bibirnya untuk aku.Sami’na wa Ata’na betul!

Khabar dari Adam hilang dari telinga aku.Mujahadah cinta kata orang.Cuma Kak Ain yang rajin bercerita itu dan ini tanpa perlu aku bertanya.Sedikit sebanyak menghilangkan rasa rindu-rinduan yang mencengkam hati.

Jam tangan bekalan Adam aku aku jeling.Dah pukul 12.Rombongan Adam belum juga tiba.Naik risau aku dibuatnya.Dah tu pula, tak reti nak sms ke apa.Taat tak kena tempat betul.

“Tak payah la berkerut muka sana sini.Dah ada pun family dia dekat luar rumah.Tak sabar-sabar nak menikah ke dik oi?”,gurau Angah kepadaku, memaklumkan ketibaan Adam.Hilang sudah kebimbangan di hati.

————————————————–

“Minta maaf ya.Kami ni menerima ala kadar je.Maklum la tergesa-gesa keputusan budak-budak ni.Tak menyempat-nyempat.”,suara abah kedengaran jelas di bilik aku.Mula dah sesi menyalah dan memalukan aku tu.

“Adam pun apa kurangnya.Kami pun buat ala kadar je.Tak elok ditangguhkan benda elok macam ni.Dia orang pun dah kenal lama.Elok la kita tentukan tarikh nikahnya terus.Lagi cepat, lagi bagus”,cadang satu suara, mungkin dari pihak Adam barangkali.Dan ruangtamu jadi gamat dengan ketawa.

Fuh, nak dipercepatkan.Bagus..bagus, aku pun tak sanggup dah menanggung rindu ni.Hehe, gatal juga aku ni rupanya.

“Alhamdulillah, dah jumpa kata sepakat.Jadi hari ni, kita merisik dulu.Tunang dengan nikahnya kita satukan je nanti.Senang kerja.”.

Kata sepakat dah ditemui.1.1,tarikh keramat yang akan menyatukan aku dan Adam.Dan aku berdoa agar dipermudahkan segalanya.

“Angah, panggilkan Ida keluar.Keluarga Adam nak berkenalan ni.Maknya nak sarungkan cincin”,arah abah kepada Angah.

Aku berselawat menghilangkan rasa gemuruh yang menyerbu datang.Fuh, jangan pengsan depan bakal mak mentua udah la!

————————————————

Tinggal sebulan jangka masa pernikahan aku dan Adam.Memandangkan kesibukan aku yang tak pernah hilang, Angah dan emak menghulurkan tangan mahu membantu aku menyelesaikan hal-hal kenduri-kendara.

Cuma bab-bab hantaran aku yang tentukan dan cari sendiri.Memandangkan keterbatasan aku untuk keluar mencari barang-barang tanpa kereta sendiri, Along menawarkan pinjaman Perodua Kancil milik Kak Long kepada aku.Aku pun, apa lagi.No hal jelah.

Nak memandu pulang ke Kuala Pilah memang cuak betul.Banyak kali juga aku berhenti dalam perjalanan.Pertama kali aku memandu sendiri dengan jarak yang jauh dari rumah.Berani tak berani, kena juga memandu.Kalau tidak, sampai sudah la aku jadi menumpang bas jawabnya.

Sedikit demi sedikit hantaran aku siapkan.7 dari Adam dan 9 balasan dari aku.Kebanyakan barang hantaran kami beli sendiri-sendiri.Boleh dikatakan, hampir semuanya.Takut juga tak berkenan di hati.Pendek kata, semuanya dah jadi Sendirian Berhad.Kalau buka syarikat ni,ada dua tokei besar.Adam Sdn.Bhd & Ida Sdn.Bhd.

Nak keluar berdua-duaan, Adam memang tak mahu.Aku pula takkan la tanpa malu ajak dia.So, aku beli barang-barang mana yang aku berkenan, begitu juga dia.Dan hari Isnin, hari pertukaran barang-barang hantaran.

Aku letakkan barang hantaran untuk aku di kaunter informasi tempatnya bertugas dan sebaliknya.Sekarang semuanya dah cukup lengkap.Tinggal nak dirias cantik dan ditukar semula je kepada tuan empunyanya saja.Bila….1.1,tak lama dah tu.Tak sabar dah aku menunggu.Huhu.

—————————

Kasut milik Adam,iaitu hantaran yang ke-7 aku terima pagi tadi.Seperti selalu Kak Ton akan buat announcement ketibaan barang-barang dagangan.

“Posto..posto..Nurin Rusyaida juga yang dapat.Bila la mas mana-mana nak hantar dekat aku ye?”,gurau Kak Ton sambil menghulurkan bungkusan tersebut kepada aku.

Kotak kasutnya aku belek.Boleh tahan juga loadednya dia ni.Semuanya berjenama.Berapa ribu la dia berhabis agaknya.Cuma yang satu ni ada kelaianan sikit.Ada disertakan kertas berbau wangi dengan tulisan ala doktornya yang cakar ayam.Fuh, mujur mata aku elok.Kalau tidak, kena kanta pembesar ala jwabnya.Notanya aku baca.

“Ida sayang..Mak tak kata no writing-writing.So, Abang tulis note ni.Kiranya boleh jadi menantu lagi la kan?Hehe.Ida, Resit bayaran barang-barang simpan elok-elok.Nanti Abang bayar semua ok.Erm, give me ur pasport no.Ada urusan seri paduka baginda sikit…Pecah, kaca pecah gelas,sudah baca harap balas.Tq….Sayang selalu, Adam”.

Aku tergelak kecil selesai membaca notanya.Pandai cari helah juga dia ni rupanya.Tak tertahan menanggung rindu la tu.Macam budak sekolah rendah bercinta ni.Siap dengan pantun dua kerat lagi.Nak ke tak nak balas.Larangan mak pun Cuma ada 5 no..so boleh la kot aku bercinta ala-ala budak hingusan ni.

Kertas yang ada di depan mata aku capai.Permintaan Adam aku tunaikan.No pasport dan sedikit kata cinta aku lakarkan di kertas putih.No wangi semerbak seperti yang dikirim Adam. Tak romantik sangat, tapi cukuplah sebagai tanda ingatan sayangnya aku pada dia.

“Ya Allah, satukan kami sebagaimana Kau satukan Adam dan Hawa\”.Terima kasih kerana memilih Ida sebagai Hawa Abang. Sayang abang juga-Ida,A15859451.”.

Jap lagi, aku hantarkan dekat ICU.Mujur mak tak tahu, kalau tidak jadi 6 no\’s la larangan mak kot.Tak kisah la 5 no\’s, 6 no\’s ke…yang penting aku dah tak nak waiting-waiting lagi.1.1, datanglah cepat-cepat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: