Cerpen : Akan Ku Intai Kebahagiaanmu Dari Jauh

Nama Pena : Nadia Nathasha

Sarah Hidayu. Cantik orangnya secantik nama. Betapa aku telah jatuh cinta terhadapnya. Walaupun banyak lagi ‘cewek’ yang lebih cantik di luar sana, aku tetap setia meminatinya dalam diam. Kecantikan hatinya membuatkan wajahnya ayu berseri-seri. Apatah lagi apabila dia mengenakan baju kurung setiap kali berada dalam dewan makan dan kadangkala dia memakai jubah. Bertambah menyerlah keayuannya.

Kadangkala terbit juga rasa cemburu apabila melihat dia bermesra dengan lelaki lain. Tetapi apalah dayaku ini? Aku masih tetap setia meminatinya dalam diam. Aku sering memerhatikannya. Daripada situlah aku tahu dia seorang yang ceria dan periang. Pernah sekali aku melihat dia menangis. Kemudian dipujuk sahabat baiknya, Emiera.

Aku menanti dengan setia sehingga dia keluar dari tandas perempuan. Setelah dia keluar, segala air matanya hilang. Yang menyambut mata dan telingaku adalah senyuman dan ketawa riangnya. Ternyata dia bukanlah seorang gadis yang suka meminggirkan diri dan melayan perasaan. Atau… aku masih terlalu awal untuk menilai Sarah?

Aku ingin sekali mendampinginya, menemaninya melalui ranjau-ranjau kehidupan ini. Tapi apalah dayaku? Aku tetap setia meminatinya dalam diam. Aku takut sekali dikecewakanmu. Mungkin jika aku menyatakan hasratku, barulah dia kenal siapa aku. Entah-entah aku ini ibaratkan seekor kuman sahaja di matanya. Aku dan dia jauh bezanya. Dia ibaratkan bunga yang cantik, memukau semua rama-rama yang sepadan dengannya. Aku? Aku hanyalah seekor kuman. Mustahil jika dia dapat melihatku dan mengetahui betapa hatiku menyanyangi dan menyintainya.

Dia sedang leka menghadap buku-bukunya. Manakala aku? Aku terus leka menikmati keindahan wajahnya. Apalah dayaku untuk mendekatimu, Sarah?

Semua kawan-kawanku tahu aku meminatinya walaupun aku tidak menyatakannya. Mereka semua mencadangkan supaya aku memberi ‘hint’ kepada Sarah. Namun aku tetap tidak berdaya dan sehingga kini, aku kekal setia meminatimu dalam diam. Sehinggakan semua kawan-kawanku mengalah. Mereka membiarkan aku terus dengan caraku.

Aku pulang ke dorm setelah Sarah selesai mentelaah pelajarannya di perpustakaan. Kebiasaannya, Sarah akan terus pulang ke dorm selepas mentelaah di perpustakaan. Aku memang sudah hafal dengan jadual hariannya. Sampai begitu sekali aku tergilakannya. Aku tersenyum sendiri.

Aku mengimbau semula kisahku bersama Nazurah. Kecewanya aku bukan main. Betapa sakitnya hatiku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Nazurah, seorang gadis yang sentiasa menjadi sebutan para guru dan kawan-kawannya yang lain terutamanya pelajar lelakilah sudah tentu. Entah bagaimana satu kontroversi muncul antara aku dan Nazurah.

Sejak itu aku mengenalinya dengan lebih terperinci. Patutlah dia diminati dan disayangi semua. Dia memang kelihatan sempurna dan baik. Lama-kelamaan, entah bagaimana, kami menjadi sepasang kekasih. Pada mulanya kami masih lagi malu-malu. Tetapi akhirnya aku mengenalinya sedikit demi sedikit.

Sungguh tidak dipercayai! Rupanya Nazurah tidak sebaik yang disangka. Agaknya Nazurah terlalu mempercayaiku dan menceritakan segala-galanya mengenai dirinya. Daripada A sehinggalah Z.

Nazurah, gadis yang bertudung litup itu sebenarnya di luar sekolah, bukan main gedik dan pakaiannya bagaikan tidak cukup kain! Sakit mataku melihat, walaupun kadangkala kecur juga air liurku melihatnya.

Sauatu hari, Nazurah mengajak aku ke rumahnya. Aku menurutinya. Tidak disangka, dia menuduhku yang bukan-bukan. Dia menuduh akulah yang telah mencemari dirinya. Padahal tangannya pun tidak pernah ku sentuh!

Ibu bapa Nazurah benar-benar marah. Mereka mengugutku supaya bertanggungjawab. Aku benar-benar tercengang. Lidahku kelu. Aku memandang Nazurah. Rasa benciku terhadapnya mula bercambah. Pandai benar dia berpura-pura menangis.

Mujur saja abang Nazurah ada ditu meredakan keadaan. Dia tahu aku bukan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Dia tahu Nazurahlah yang bersalah. Dia sendiri sudah lali dengan sikap Nazurah. Pernah juga pipi gebu Nazurah yang entah berapa kali dicium lelaki lain ditampar oleh Nadzuan kerana sikapnya yang keterlaluan.

Nadzuan menceritakan segala-galanya kepada kedua orang tuanya. Jika benar aku telah menyentuhnya, tidak mungkin aku akan bersetuju untuk bersemuka dengan keluarga Nazurah. Mereka terdiam mengakui kebenaran kata-kata Nadzuan.

Akhirnya mereka meminta maaf kepadaku. Aku memandang Nazurah. Dia tertunduk tidak berani melihat dunia. Ah! Tidak berguna lagi menunggu kemaafan daripada Nazurah. Di dalam hati ini, tidak terlintas untukku berkata bahawa Nazurah perempuan murahan. Tetapi, itulah hakikatnya. Tubuhnya terlalu murah untuk diserahkan kepada lelaki lain secara percuma. Betapa bodohnya engkau Nazurah! Sungguh aku tidak menyangka! Seluruh warga sekolah telah tertipu dengan kepura-puraan Nazurah.

Sejak itu aku memandang lekeh setiap gadis bertudung. Bagiku, menunjukkan belang sebenar adalah lebih bagus daripada menyembunyikannya dengan pakaian yang tertutup. Manusia penuh dengan kepura-puraan!

Tetapi entah kenapa kini aku amat tertarik pada Sarah. Sedangkan dia juga bertudung litup dan sentiasa dengan pakaiannya yang menutup aurat. Mungkin kerana semasa kisah aku dnegan Nazurah, kami berada di sekolah dan Nazurah terpaksa mengikut peraturan pemakain baju sekolah dan berpura-pura.

Aku yakin, Sarah tidak seperti Nazurah. Wajahnya penuh dengan keikhlasan, ketulusan dan kemurnian hatinya. Itulah yang membuatkan aku snagat tertarik padanya.

Sarah bukanlah seorang gadis yang tergolong dalam golongan orang kaya atau popular. Tetapi hatiku tetap berkeras mengatakan bahawa aku tidak sepadan dnegannya. Aku tidak tergolong dalam golongan orang berada apatah lagi pelajar yang popular. Malah aku sudah pasti tidak tergolong dalam kategori jejaka idamannya. Aku tidak kacak. Aku tiada harta. Malah segalanya pun aku tiada untuk memikat hati seorang yang ebrgelar wanita atau lebih tepat, Sarah Hidayu!

– – –

“Kita putus!!”

Sarah tergamam. Huh? Apakah itu suara Hasrul? Apakah Hasrul yang melafazkan kata-kata itu?? Sarah melihat Hasrul berpaling melangkah meninggalkannya. Dengan segera Sarah memaut lengan jejaka yang berjaya menambat hatinya itu.

“Apa ni?!”

“Rul, kenapa? What’s wrong? Kalau awak ada masalah we can talk right?? But please… Don’t do this to me…” pujuk Sarah.

“Dah tak ada apa-apa lagi yang nak dibincangkan. Tak sangka rupanya awak ada hubungan sulit dengan abang saya!” kata-kata terkhir Hasrul membuatkan Sarah terkaku. Hasrul terus pergi meninggalkan Sarah.

– – –

“Alah… Kalau takat Hasrul tu, kau biarkan ajalah… Lagi bagus korang putus. Dia tu pun, bukan baik sangat…” pujuk Emiera.

“Tapi…”

“Tak ada tapinya lagi Sya… Kau cari aje pengganti baru Hasrul tu… Hm… Abang dia pun ok jugak apa? Lagipun memang dah lama abang dia memendam rasa pada kau, Sya…”

“Tapi aku tak cintakan dia…”

“Huh…” Emiera mengeluh berat. Tiba-tiba, Firmie melintasi sudut fikirannya.

“Eh, kau perasan tak seorang guy nama Firmie?” Tanya Emiera tiba-tiba.

“Mira… Kau tak payahlah nak padankan aku dengan orang lain… Aku betul-betul terluka dengan perbuatan Hasrul yang menuduh aku bukan-bukan dan kemudian tinggalkan aku…”

“Ala… Aku tanya je…” kata Emiera lalu memuncungkan bibirnya. Tiba-tiba matanya bertembung dengan Firmie. Firmie melarikan matanya, memandang ke tempat lain.

“Panjang umur dia…” bisik Emiera pada Sarah.

“Panjang umur? Siapa?”

“La… Siapa lagi… Firmie lah… Kau kenal tak dia yang mana satu?” Tanya Emiera.

“Hm… Yang mana satu?”

“Yang tu… Yang pakai topi tu…”

Hati Sarah berdebar. Dia memandang lelaki yang bertopi itu. Dia seakan kenal susuk tubuh itu. Lelaki itu terus duduk di tempatnya dan membuka topinya lalu mengibas-ngibas kepanasan.

– – –

Tiba-tiba aku terasa panas. Aku dapat mengesan bahawa diriku diperhati. Mungkin Emiera menyedari bahawa aku sering mencuri lihat pada Sarah. Sekali lagi, aku memandang Sarah yang tekun mencatat nota-nota penting daripada Prof Zainul. Sekali lagi, Emiera mengesan perlakuanku itu. Argh!! Menyibuk betullah Emiera ni!

Selesai kelas Prof Zainul, aku terus melangkah keluar dari bilik kuliah. Tetapi langkahku terhenti apabila aku terdengar suara seseorang memanggil namaku. Aku menoleh ke belakang. Aku tergamam. Emiera dan Sarah melangkah ke arahku! Emiera tersenyum penuh makna. Manakala Sarah seakan mengelak bertembung mata denganku.

“Hai… Nervous ke?” perli Emiera.

“Mira, apasal kau cakap macam tu?” tegur Sarah.

“Tak ada apa-apalah… Em… Sya, kau tunggu aku kat café boleh? Nanti aku datang…”

“Ok…”

Emiera tersenyum kearahku. Dia berjalan. Aku bagaikan mengerti terus mengekorinya. Dia membuka mulut setelah berada di depan dewan.

“Cara pemakaian macam lelaki berlagak. Tapi…” Emiera membiarkan kata-katanya itu bergantung. Aku mengerti makna di sebalik kata-katanya. Aku hanya membiarkan dia.

“Aku tahu apa perasaan kau, Firmie… Kau fikir kau boleh sembunyi… Ya… Kau boleh bersembunyi dengan Sarah… But not with me. Aku tahu kau suka kat Sya kan?? Dan suka kau bukan sebarang suka… Am I correct?” Tanya Emiera. Kata-katanya kali ini berhasil membuatkan aku tergamam. Aku sememangnya tidak dapat berselindung lagi dengan Emiera. Aku mengeluh berat.

“Apa yang kau nak sebenarnya ni??”

“Sya baru je putus cinta.”

“Jadi?”

“Kau ni sihat ke tak?? Kau tanya aku ‘jadi’?? Kau ni memang lah tersangat…” Emiera tersedar akan keterlanjuran katanya lalu menekup mulutnya dengan tangan kirinya. “Sorry.”

“Kau nak aku buat apa?”

“Huh… Susah betullah kau ni… Ok… Jujur aku bercakap. Dari dulu aku memang tak puas hati dengan kau… Kau tahu kenapa? Kau ni pakai baju macam anak orang kaya, macam orang yang very up to date… Tapi… Perangai kau langsung tak sama dengan penampilan kau tu tahu tak?!” luah Emiera.

“Well… That’s me.”

“Huh… Patutlah kau ni selalu bersendirian. Pelik tau tak?”

“Apa yang pelik?”

“Kaulah yang pelik. Nak kata nerd, tak jugak. Nak kata popular, lagilah tak. Dari luar iye lah kot. Tapi tengok cara kau bercakap pun… Hmph… Tak payah cakap… Kau ni lebih kepada ‘weirdo’ tau?”

“Apa tujuan kau nak jumpa aku ni sebenarnya?” tanyaku mulai rimas dengan komen Emiera yang sangat menyakitkan hatinya.

“Ok… Aku tau kau ‘suka’ semacam kat Sya… So, aku nak kau bagi hint kat dia… Aku akan tolong kau. Ok? Tapi aku tak nak kau kecewakan dia… Aku nak sampai kau jadi suami dia…”

“Hish! Apa yang kau merepek ni, hah?? Kau gila ke?”

“What? Aku bagi kau peluang. Aku nak tolong kau. Peliklah kalau kau tak nak…”

“Aku… Aku tak nak… Terima kasih aja lah…” kataku lalu meninggalkan Emiera yang ternyata terkejut dengan kata terakhirku.

“Firmie Firdaus!!” langkahku terhenti. “Kau ni memang pelik kau tau? Kenapa kau nak tolak peluang keemasan kau ni?”

“Kalau aku cakap pun kau tak akan faham.”

Aku tahu, mustahil aku akan Sarah akan bersama. Sememangnya apa yang dikatakan oleh Emira petang tadi ada betulnya. Semua orang mengatakan aku pelik. Dan yang sering dikatakan pelik adalah penampilan dan sikapku. Tetapi… Benarkah kata Emiera? Aku berpenampilan seperti orang yang popular and very up to date?

– – –

“Sya, betul ke kau cintakan Hasrul?” Tanya Emiera.

“Mira… Kau ni kan, sejak aku dengan dia putus, kau selalu bangkitkan soal cinta tau… Aku penat lah…”

“Tak de lah… Cara kau ni macam kau tak cintakan Hasrul… Kau tak menangis. Kau cuma cakap yang kau tak nak kehilangan dia. Kau memang cakap yang kau macam kecewa. Tapi itu tak cukup untuk membuktikan yang kau putus cinta tau…”

“Habis? Kau nak aku menangis?” Tanya Sarah agak kasar.

“Sya…” Malisya mengeluh berat.

“Betul apa yang kau cakap tu… Aku… Aku tak rasa cinta Hasrul… Tapi setiap kali aku bersama dengan dia, aku rasa sayang sangat kat dia. Tapi bila dia menyepi, aku selalu rasa aku memang tak perlukan dia… Aku sendiri tak faham kenapa?”

“Itu bukan cinta. Kau cuma sayang dia saja…”

Sarah mendiamkan diri.

“Tapi macam mana pulak aku dengan dia?” Sarah berkata sendirian.

“Huh? Dia? Dia yang kau maksudkan tu, siapa?” Tanya Emiera mula mengorek rahsia Sarah. Sarah terkedu lantas menekup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan. Emiera sudah tersenyum.

“Baik kau cakap…”

“Alah… Kau ni kan…” rungut Sarah. Emiera ketawa.

“Em… Aku tak tau pulak nama dia Firmie… Bila kau tunjuk kat aku, baru aku tau…”

“Owh… Jadi selama ni, kau selalu termenung tu, kau pandang dia lah ye?” usik Emiera.

“Mira!”

“What?! It’s true, isn’t it?”

“Hmph… Kau… Kau perasan ke?” akhirnya Sarah terpaksa mengaku.

“Yup!”

“Sebenarnya, aku perasan yang dia asyik dok perhatikan aku. Aku jadi tak tentu arah dibuatnya. Aku dapat agak yang dia… maybe aku ni perasan je, tapi aku memang rasakan yang dia macam ada feeling dengan aku…”

“Ala… Tak salah kalau kau rasa macam tu… So, sejak tu, kau pun selalu lah pandang-pandang dia tu?” Tanya Emiera lagi. Sarah mengangguk perlahan.

“Alah… Malu pulak…” Emiera ketawa.

“Ish… Kau ni… Sebab tu lah aku sebolehnya tak nak beritahu kau!” kata Sarah menolak bahu rakannya itu.

“Tapi, aku pun agak tertarik dengan dia sebab apa tau, dia tu kan… Nama dah lah unik, Mohd Firmie Firdaus…”

“Cop! Mana kau tahu nama penuh dia?”

“Erm… Aku pernah tertengok satu nama kat dalam file Prof Sairah. So, confirm lah itu dia kan? Ok, aku sambung balik…”

“Mulalah tu nak jiwang karat… Aku jugak yang jadi mangsa… Ok, move on!”

“Nama dia unik, macam tuannya. Dia tu kan macam pelik sikit orangnya… Tapi aku tak tau kenapa aku suka sangat tengok dia macam tu… Aku selalu nampak dia bersendirian melayan perasaan. Dan aku rasa dia ni memang jenis yang pendiam kot… Tapi aku tahu, dia mesti orang yang jenis observant.” Kata Sarah. Dia mula tersenyum sendiri.

“Eh? Dah habis ke??” Tanya Emiera apabila agak lama Sarah mendiamkan diri.

“Kau ni!” marah Sarah.

“Eh, aku tanya betul-betul lah… Marah pulak…”

– – –

“Saya panggil awak Hidayu, boleh?” Tanya Syafiq.

“Apa-apa pun boleh… Asalkan nama saya…”

Syafiq tersenyum tanda kemenangan. Sarah seolah memberikan lampu hijau untuk didekatinya.

“Malam ni, boleh kita keluar?”

Malam ni Emiera ada group discussion dengan group dia… Aku pun tak buat apa-apa… So, boleh kot? Kata Sarah di dalam hati sedang berkira sama ada bersetuju ataupun tidak. Akhirnya Sarah mengangguk setuju.

Firmie di belakang hanya memasang telinga. Syafiq? Nak ajak Sarah keluar? Lain macam je bunyi? Selalunya Syafiq akan cari seseorang yang cantik dan seksi tapi kenapa Sarah pula yang diajak? Atau Syafiq ada niat lain? Ah! Aku mesti mengikut Sarah malam ni. Aku akan mengikutnya sehingga Sarah pulang ke dorm nya dengan selamat!

Firmie mengekori Sarah. Apabila melewati bangunan perpustakaan, selang dua blok dari dorm Sarah, kelibat Sarah tidak kelihatan lagi. Eh? Mana dia menghilang? Firmie maju empat lima langkah ke hadapan mencari Sarah yang tiba-tiba hilang dari pandangannya.

Tiba-tiba Firmie dipukul beberapa kali di bahu dan kepalanya. Firmie mengaduh kesakitan. Dia terus-terusan dipukul sehingga dia terbaring kesakitan. Terkejut Sarah apabila melihat Firmie yang mengekorinya. Dia benar-benar tidak percaya.

Dalam terketar-ketar menahan resah di hati, Sarah bertanya.

“Ke… Kenapa… awak… ikut saya? Apa yang… awak nak?”

“Maaf!” Firmie bangun lantas meninggalkan Sarah seorang diri. Dia bersembunyi di lorong belakang bangunan perpustakaan.

Aduh… Sakitnya bahu dan kepala aku… Ganas jugak Sarah ni! Firmie tersenyum sendiri. Itulah… Tak hati-hati tadi… Kan dia dah syak…

Firmie meninjau tempat dia dihentam Sarah tadi. Sarah telah pun tiada. Dia berjalan menuju blok dorm Sarah ingin memastikan dia selamat. Dilihatnya Sarah telah pun naik ke biliknya. Dari bawah Firmie melihat lampu bilik Sarah dibuka. Firmie menanti di situ.

Setelah sejam berlalu, kelihatan Sarah sedang berjalan menuju ke hentian bas di hadapan blok dorm nya. Jantung Firmie mulai berdegup kencang apabila Sarah duduk benar-benar disebelahnya.

“Awak Mohd Firmie Firdaus, kan?” sengaja Sarah menanyakan soalan yang sudah diketahui jawapannya.

Firmie terkejut. Adakah Sarah menyebut namaku? Dengan penuh pula tu? Ish! Mustahil dia mengenaliku? Tak mungkin dia perasan bahawa aku sering memerhatikannya? Atau ini angkara Emiera?

Sarah menarik nafas sedalam-dalamnya. Hatinya turut berkocak apabila lelaki yang sering menjadi tumpuan lelaki itu dan juga tumpuannya berada benar-benar di sebelahnya.

“Kenapa awak mengekori saya tadi?” Tanya Sarah dengan segala kekuatan yang ada. Perasaan ingin tahunya membuak-buak.

Minda Firmie ligat menyusun ayat yang sesuai. Firmie memandang Sarah, tepat ke dalam anak matanya sehingga Sarah tidak senang duduk dengan perlakuan Firmie itu. Firmie mengumpulkan segala kekuatan. Firmie bangun dan berjalan mundar-mandir di hadapan Sarah.

“Sebenarnya… Saya… Argh…”

“Urm…”

“Ok. Macam ni lah. Awak bangun, balik ke bilik awak dan berehat secukupnya atau buatlah apa-apa yang sepatutnya. Yang pasti jangan keluar dengan Syafiq. Dia tu buaya darat kampus kita… Ok? Sekarang, awak balik ke bilik awak…” Firmie memegang bahu Sarah menyuruhnya bangun dan menolak lembut tubuh Sarah perlahan, menuju ke tangga bilik Sarah.

Sarah melangkah jua walaupun terasa pelik dengan sikap Firmie yang membuahkan seribu tanda tanya. Baginya, Firmie adalah seoarang lelaki yang penuh misteri dan rahsia. Walau bagaimanapun, Sarah akur dengan arahan Firmie. Dia mendaki tangga dan terus menuju ke biliknya. Tiba sahaja dia di biliknya, dia mengintai Firmie dari tingkap biliknya. Debaran yang dirasakan hilang serta-merta apabila Firmie menunjukkan sikapnya yang aneh tadi. Dilihatnya Firmie tersenyum dan mengangkat tangan kanannya dan dia terus berlalu pergi.

Malam itu, Sarah tidur dengan penuh tanda tanya. Aneh sungguh sikap Firmie. Mungkin disebabkan itulah dia tidak mempunyai sahabat baik? Mungkin mereka tidak tahan dengan sikap Firmie yang lebih suka mendiamkan diri. Yang sememangnya jauh berbeza dengan sikapku.

– – –

“Mira!!” melihat kelibat Emiera sahaja, Sarah terus memeluk erat sahabat baiknya itu. Emiera terpinga-pinga. Kenapa Sarah menangis? Kali ini siapa pula yang melukakan hatinya? Syafiq? Atau… Firmie? Ah! Tak mungkinlah Firmie, lelaki pengecut tu!

“Mira… Mak aku suruh aku kahwin dnegan schoolmate aku dulu… Aku tak nak… Aku… Aku tak cintakan dia… Aku tak cintakan Hazrif…” adu Sarah.

“Hah? Hazrif? Abang Hasrul tu?” Tahulah Emiera bahawa Sarah dan Hasrul telah lama bercinta rupanya. Patutlah Sarah terlalu sayangkan hubungan tersebut walaupun dia tidak mencintai Hasrul.

“Kau bincanglah baik-baik dengan mak kau…”

“Tak… Tak Mira… Mak aku dah terima pinangan Hazrif tanpa persetujuan aku… Mak aku dari dulu memang berkenan antara Hasrul dengan Hazrif… Dan mereka dah uruskan segalanya…”

Emiera yang medengar keluhan Sarah mendiamkan diri. Dia memeluk Srah seerat mungkin. Apalah nasib kawanku yang seorang ni…

“Mira… Aku… Aku mengaku… Aku cintakan Firmie…” Kata-kata Sarah itu membuatkan airmata Emiera bergenang lalu menitis membasahi pipinya. Mereka saling mencintai anatara satu sama lain… Tapi jodoh tidak memihak kepada mereka… Sabarlah Sarah, Firmie…

– – –

Firmie mendengar khabar angin bahawa tamat sahaja pengajian, Sarah telah merancang untuk berkahwin dengan Hazrif, senior mereka. Mungkin dalam empat bulan lagi… Dia mendapat tahu daripada Emiera bahawa Hazrif bukanlah pilihan hatinya. Tetapi pilihan ibunya. Dia tahu, pasti hati Sarah sedang menderita kerana terpaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak diingininya.

Firmie mngirimkan kad pengantin baru kepada Sarah melalui Emiera. Walaupun masih awal, tetapi, Firmie telah memberikannya sebagai persediaan awal seandainya dia tidak dapat memberikannya tepat pada masanya.

Sarah membacanya dnegan airmata yang berlianngan. Setelah selesai, air matanya tumpah dnegan lebih deras lagi. S esungguhnya aku mencintai dirimu, Firmie!

‘Sejak pertama kali bertemu mata, hati ini jatuh cinta. Tertarik pada kerlingan mata yang suci, murni, tulus dan ikhlas. Namun aku tidak berdaya melakukan apa-apa. Hanya mampu menjagamu, di dalam angan-anganku. Hanya mampu memerhatikanmu dari jauh. Sebagaimana akan ku intai kebahagiaanmu dari jauh kelak. Dan aku, akan kekal setia dengan cintaku. Sesungguhnya cintaku hanya untukmu walaupun diri ini milik yang lain.
– Mohd Firmie Firdaus’

-TAMAT-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: