Cerpen : Aku Cinta, Sayang Kamu

Nama Pena : missnera

Ain Sumayyah menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Zuraida dan Siti Shahrina yang terngendap-ngendap di pintu masuk. Kemudian berbisik-bisik sesame sendiri. Entah kenapa agaknya!

“Dorang tu kenapa, Mir? Aku tengok excited dari tadi lagi?”

Dia menoleh ke belakang seraya memandang wajah Amir yang asyik benar memandang skrin komputer bimbitnya. Sebelah tangannya menyelak-nyelak kertas putih yang bertimbun.

“Tengku Iskandar nak datang sebab tulah jakun nak mampus!” selamba sahaja Amir menempelak rakan sekerjanya. Ain Sumayyah mengerutkan dahi. Nama itu tidak pernah di dengarnya sebelum ini. Siapakah gerangan lelaki membawa gelaran Tengku di hadapan namanya itu?! Kerabat di raja negeri mana?

“Siapa Tengku Iskandar tu?” soal Ain Sumayyah lagi. Amir masih tetap matanya di skrin komputer bimbitnya. Dahinya berkerut juga, matanya dikecilkan memerhati skrin. Angka-angka yang banyak Itu menjadikan dia pening.

“Kawan satu kampus dengan Encik Lokman. Dah lama tak datang sini. Bila dia datang budak dua ekor tu macam jumpa putera raja kayangan. Kalau boleh rasanya siap letak karpet merah kat depan tu!”

Ain Sumayyah tergelak kecil mendengar bicara Amir. Dia kembali membuat kerjanya. Pagi-pagi begini kerjanya memang banyak. Perlu dihantar untuk di semak Lokman sebelum tengah hari. Dibiarkan rakan-rakan sekerjanya itu mengintai-ngintai putera raja bak kata Amir. Ain Sumayyah malas mahu tumpang sekaki. Kekurangan diri kekadang menjadikan dia gadis yang tidak yakin akan diri. Dia cacat! Mahu membayangkan lelaki jatuh cinta dengannya pun sudah cukup sukar apatah lagi mahu mendapat seorang lelaki yang sering di impikan oleh semua wanita lain.

“Kau nak air tak? Aku buatkan!” Dia bangun. Terasa dahaga tetiba. Melihat gelengan dari Amir, dia terus menghayun langkah yang kekok itu ke pantry. Langkahnya diperkukuhkan dengan tongkat besi yang dipasang di tangan kirinya. Dia mencapai cerek elektrik yang berada di atas meja. Masih panas lagi airnya! Fikir Ain Sumayyah. Terus sahaja dia mencapai peket Nescafe 3 in 1 di dalam laci. Selesai membancuh air dengan berhati-hatinya dia mengangkat mug dan keluar dari pantry.

“Auuch!” dia terjerit kecil serentak dengan itu minuman yang dipegangnya hilang imbangan. Dia menelan air liur melihat lelaki di hadapannya itu kepanasan.

“Ma.. ma.. maaf encik! Saya.. saya tak perasan! Maaf encik!” Terus sahaja dia melangkah masuk kembali ke dalam pantry dan mencari tisu. Itu sahaja yang terfikir olehnya ketika itu. Dia cuba menghampiri lelaki itu tetapi lelaki itu terlebih dahulu hilang ke sink. Zuraida dan Siti Shahrina menjenguk dengan muka penuh kerutan. Ain Sumayyah tak peduli semua itu terus sahaja dia menghampiri lelaki itu.

“Maaf…” hanya itu yang keluar dari mulutnya. Terhenti patah perkataannya dek renungan tajam lelaki itu.
“You ni dengan maaf you ni boleh hilangkan rasa sakit I?” sedikit kuat suara lelaki itu. Ain Sumayyah sudah kecut perut. Mulutnya terkunci! Dia tahu sakitnya terkena air panas!

“Ya ALLAH kenapa ni Is? What happen with your…” kata-kata Lokman terhenti di situ. Dia melihat kemeja Tengku Iskandar yang bertompok coklat keperangan itu. Dia sudah dapat mengagak. Wajah penuh rasa serba salah Ain Sumayyah diperhatinya.

Terbit juga rasa simpati kepada gadis itu! Tapi pelik juga bermukim di hatinya dengan Tengku Iskandar! Tidak mengamuk sakan pula lelaki itu! Erm, mungkin tidak jadi nak marah melihat keadaan gadis itu agaknya! Itu yang bermain di fikiran Lokman.

“Kau tolong aku ambilkan t-shirt dan seluar aku dalam kereta! Nah ni kuncinya!”

Kunci bertukar tangan. Terus Lokman meninggalkan mereka berdua. Ain Sumayyah tetap berdiri di situ.
Lelaki itu langsung melangkah ke bilik Lokman dengan bajunya yang separuh agak basah itu! Ain Sumayyah melangkah pelahan ke tempatnya. Rakan-rakan yang lain tidak berani menegur. Tunduk memasing.
Lambat-lambat Ain Sumayyah duduk di tempatnya sambil matanya tak lepas-lepas memandang pintu bilik Lokman. Seketika kemudian, Lokman kembali dengan membawa kemeja yang diminta Tengku Iskandar.

“Mana Tengku?!”

Zuraida yang bersuara memberitahu Lokman lelaki yang basah bajunya dek minuman Nescafe berada di dalam pejabatnya. Laju benar langkah Lokman menuju ke biliknya. Selang beberapa minit kemudian, telefon di meja Zuraida berbunyi.

“Ain, bos suruh kau masuk bilik dia!” beritahu Zuraida selepas gagang telefon diletak. Wajahnya mengudang rasa takut kepada Ain Sumayyah.

Langkahnya terasa payah. Sebaik sahaja tubuhnya berada di hadapan pintu bilik Lokman, Ain Sumayyah teragak-agak untuk mengetuk. Jantungnya berdegup bagaikan mahu pecah. Dia mengutuk-ngutuk diri sendiri kerana tidak berhati-hati sebentar tadi. Nahaslah dia kali ini! Fikir Ain Sumayyah.

Pintu bilik Lokman dikuak setelah ketukan diberikan. Tengku Iskandar sudah memakai baju t-shirt berwarna pink. Mahu tergelak juga Ain Sumayyah! Pink baginya hanya sesuai untuk perempuan!

“Tengku mahu awak basuhkan baju dan seluar dia. Lepas tu iron sekali.” Ain Sumayyah langsung tidak berkutik. Tertunduk memandang lantai. Takkan mahu kata tak boleh! Katanya sekadar di dalam hati.

“You dengar tak apa yang boss you cakap? I nak esok.” kali ini kedengaran suara Tengku Iskandar pula. Serentak dengan itu Ain Sumayyah memanggungkan kepala. Lambat-lambat dia mengangguk kemudianya.

“Ambil baju dan seluar tu. Awak boleh keluar!” ringkas sahaja arahan Lokman. Tidak sampai hati pula dia mahu memarahi gadis yang baru beberapa minggu bekerja dengannya. Bukan kerana simpati tetapi dia menganggap perkara itu bukanlah besar sangat. Sementelaah dia hairan dengan perangai kawan baiknya itu.

Balik dari kerja petang itu terus sahaja Ain Sumayyah memasukkan baju dan seluar milik Tengku Iskandar ke dalam mesin basuh berserta beberapa helai bajunya. Dia memilih baju yang tidak luntur supaya tidak terkena baju kemeja biru muda milik lelaki itu. Selepas itu dia terus mandi dan menunggu untuk bersolat maghrib. Dia keluar dari blik selepas kedengaran mesin basuh berhenti. Dia mengeluarkan baju Tengku Iskandar dahulu.

“Ya ALLAH! Mati aku macam ni!”

Dia sudah mahu menangis bila melihat baju biru muda itu sudah punya tompok-tompok merah. Datang mana pulak??! Terus dia menggagau tangannya ke dalam mesin. Mencari-cari kalau ada pakaiannya berwarna merah.

“Masa bila la pulak aku pakai baju ni?! Bodoh betullah!”

Terus hilang ‘mood’nya mahu menyidai pakaian yang baru di basuhnya. Direnungnya baju kemeja itu lama-lama. Kemudian dibelek jenama baju itu di kolar baju. Terbeliak matanya. Baju jenama mahal!

“Memanglah baju dia ada jenama. Tengoklah dia tu siapa!”

Terkumat-kamit mulut Ain Sumayyah. Dia membaling kemeja kembali ke dalam mesin basuh. Bergegas dia ke bilik Nani. Mahu meminta tolong gadis itu membawanya ke pusat membeli belah. Dia tidak mahu mengambil risiko membasuh baju itu sekali lagi. Kalau hilang tak apalah! Kalau tak, apa dia nak jawab dengan Tengku Iskandar?

“Nani, temankan aku pergi KLCC sat.” terus sahaja dia pada niatnya. Mata Nani terkebil-kebil.

“Awat?”

“Jomlah. Nanti dalam kereta aku cerita.”

Nani hilang semua ke dalam bilik. Hati Ain Sumayyah masih tidak hilang lagi rasa resah. Dia berkira-kira harga sehelai baju kemeja jenama Dunhill. Terpaksalah dia mengeluarkan simpanannya di bank. Berair juga matanya mengeluarkan hamper kesemua duit simpanannya selama ini. Itulah siapa suruh buat hal! Dia marah dirinya sendiri.

Melilau-lilau dia mencari kemeja sebiji macam milik Tengku Iskandar. Dek terlupa melihat saiz baju lelaki itu dia sekadar menggagak. Nani hanya geleng kepala. Kalau dia, jangan harap nak ganti baru! Bukan murah! Getus hatinya.

Pagi-pagi lagi, Tengku Iskandar sudah menunggu. Debar di dada Ain Sumayyah hanya ALLAH sahaja yang tahu. Seperti semalam rakan-rakan sekerjanya macam bisu. Hanya Amir yang bertanya. Itupun mulutnya terkunci rapat bila melihat Tengku Iskandar melangkah masuk ke bilik Lokman.

Ain Sumayyah menyerahkan bungkusan pakaian Tengku Iskandar kepada Lokman. Lokman hanya tersenyum. Ain Sumayyah harap sangat Tengku Iskandar tidak perasan akan baju itu. Baju dan seluar hitam lelaki itu sudah siap diseterika.

“Ain, come in!”

Suara Lokman kedengaran sedikit kuat. Tersentak sedikit Ain Sumayyah yang berpura-pura sibuk. Dengan sepantas kilat dia bangun dan terus ke bilik Lokman.

“You pasti ni baju I?”

Sebaik sahaja Tengku Iskandar buka mulut jantungnya berdegup kencang. Sama seperti semalam. Dia anggukkan kepalanya.

“Are you sure?” soal lelaki itu lagi. Dia merenung Ain Sumayyah tajam. Gadis itu angguk lagi. Lokman sekadar menjadi pendengar. Malas mahu masuk campur selagi Tengku Iskandar tidak bertindak berlebihan. Mendengar cerita kawan baiknya semalam, dia hamper tidak percaya! Tetapi akhirnya dia rasa bersyukur.

“But… come… dekat sikit, I tak makan orang. I dah kenyang makan masa breakfast tadi.”

Ain Sumayyah sedikit mendekat. Di dalam hati dia tidak berhenti-henti beristighfar.

“Ini apa?”

Ya ALLAH! Ain Sumayyah melafazkan perkataan itu sekadar di dalam hati. Masakan dia lupa mahu membuang tali yang mengikat tanda harga baju itu semalam. Semalam dia merentap tanda harga baju itu tetapi lupa mahu membuang talinya. Kini, dia tahu dia tak mampu memberi alasan lagi!

“Then one more thing, You should know macam mana nak tipu I. This baju tak muat dengan I. Saiz baju ni L but baju I saiz XL. Then, baju ni Nampak sangat baru beli!” pelahan sahaja suara Tengku Iskandar tetapi perkataan demi perkataan di tekannya. Disarungkan juga baju itu ke tubuh. Nampak macam sarung nangka! Sempat Ain Sumayyah mengutuk lelaki itu walaupun debaran hatinya tak surut-surut.

“Any explanation?”

“Er.. er… semalam saya basuh gua mesin. Lepas tu sya tak perasan ada baju lain yang luntur. Baju Tengku bertompok-tompok merah!” lambat-lambat dia memberitahu hal sebenar. Tunduk. Tidak mampu memandang lelaki itu.

“What?! Eh you tau tak baju tu someone bagi kat I? Macam mana you boleh rosakkan baju I? I nak baju I yang tu. Take yours. Bagi kat sesiapa. Esok bawa balik baju I dan pastikan tompok-tompok tu hilang!”

Keras dan kasar suara Tengku Iskandar. Marah benar dia! Baju di tangannya di campak ke arah Ain Sumayyah. Sebak mula menjalar. Dia rasa mahu menangis. Rasa malu ditengking begitu dihadapan bos sendiri.

“Is…” Bagaikan memahami perasaan Ain Sumayyah, Lokman menegur. Walaupun Tengku Iskandar kawan baiknya tetapi dia tetap tidak suka pekerjanya di marah begitu.

“Ain, awak boleh keluar.” Arahan itu melegakan Ain Sumayyah. Dengan langkah yang dibantu tongkat itu dia meninggalkan bilik Lokman. Terus ke pantry. Melepaskan tangisannya semahunya. Siti Sahrina dan Zuraida datang memujuk. Memberi gadis itu sedikit kekuatan.

“Kau cuba beli dynamo. Aku guna dynamo je. Pernah sekali blouse aku kena macam tu aku letak dynamo terus hilang!” cadang Siti Shahrina.

Sudah dua minggu perkara itu berlaku. Puas Ain Sumayyah menyumpah diri. Seperti cadangan Siti Sahrina, dia membeli dynamo. Benar seperti diberitahu, tompok-tompok merah itu hilang. Dia melonjak gembira.
Tengku Iskandar tidak lagi datang ke pejabat Lokman selepas itu. Tanpa Ain Sumayyah bertanya, Lokman memberitahu Tengku Iskandar ke Singapura atas urusan perniagaan. Lokman juga menyerahkan cek yang sama nilainya dengan kemeja yang dibeli Ain Sumayyah. Katanya, dia mahu membeli kemeja itu kerana saiz itu muat dengannya.

Petang itu, Ain Sumayyah terpaksa keseorangan di pejabat. Banyak laporan yang dia kena siapkan sebelum Jumaat. Bila Amir mahu temankan dia membuat kerja, Ain Sumayyah menolak kerana dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu. Apatah lagi Amir memberitahu dia mahu terus pulang ke kampung.

“Tak balik lagi?”

Terkejut beruk Ain Sumayyah mendengar suara menegurnya dari belakang. Tercampak terus pen yang dipegangnya. Dia menelan air liur. Meremang bulu romanya. Mahu dia menoleh ke belakang, dia takut.

“Itulah, buat kerja sampai tak Nampak orang masuk. Pintu pun tak kunci!”

Ain Sumayyah menghembus nafas lega. Nasib baiklah bukan apa yang difikirkannya. Tengku Iskandar mengambil pen yang tercampak sampai ke meja Zuraida. Kemudiaannya, diletakkan di atas meja gadis itu.

“Encik Lokman dah balik!” beritahu Ain Sumayyah. Apa lagi yang lelaki itu mahu selain berjumpa dengan majikannya.

“I nak jumpa you bukan Lokman!”

Gulp! Ain Sumayyah menelan air liur. Dia terasa panas tetiba walaupun penghawa dingin terpasang. Apa perlunya lelaki itu menemuinya?! Bukankah hal itu sudah selesai?!

“Kalau pasal kemeja tu dah settlekan Tengku?” soalnya lagi. Sedikit berani memandang lelaki itu.

“I rindukan you!”

Sebaris ayat itu mengembalikan debaran dua minggu lepas. Lelaki ini kenapa? Gila ke apa? Ain Sumayyah jadi kelam kabut.

“I tak tipu. I rindukan you and I mengaku I cintakan you!” Ain Sumayyah semakin terkejut. Wajah lelaki itu dipandangnya. Serius sahaja wajah itu.

“Tengku, saya tak suka dipermain-mainkan macam ni.”
“I tak permainkan you. I sumpah, I fall in love with you since first day I Nampak you. Since that accident!”

Ain Sumayyah bergegas mengemas mejanya. Menutup komputer dan mahu berlalu secepat mungkin. Dia tidak mahu terperangkap dengan permainan lelaki itu! Kalau dia cantik dan menarik mungkin dia boleh mempercayainya. Dahlah dia kerani cabuk je kat syarikat milik Lokman ini, tempang pula tu! Masakan lelaki sehebat Tengku Iskandar akan jatuh cinta dengannya!

“You nak ke mana? Kita kena settlekan hal ini hari ini juga Ain Sumayyah!” Tengku Iskandar sudah memaut lengan Ain Sumayyah. Dia tidak mahu gadis itu pergi. Turun sahaja dari kapal terbang tadi figura gadis itu yang bermain di fikiran. Terus dia menyuruh Pak Mail memandu menuju ke pejabat rakan baiknya. Sempat dia menghubungi Lokman bertanyakan tentang gadis itu. Menurut Lokman, Ain Sumayyah masih di pejabatnya.

“Tolong Tengku jangan letakkan diri saya hina macam ni. Saya sedar diri saya siapa. Jangan Tengku bermain macam ni!”

“I sayangkan you. I tak kisah siapa you.” Tegas sahaja bunyinya.

“Tengku masakan Tengku boleh jatuh sayang dengan saya dalam masa sesingkat ni? Tambahan pula saya ni cacat! Orang kampung, kerja kerani je!” hati sudah mulai sebak. Suaranya kedengaran hiba.

“You yang hina diri you! First day I Nampak you, I Nampak seluruh diri you. I sendiri tak tahu kenapa I boleh jatuh cinta dengan you. I tak pernah rasa macam ni! You tahu, Lokman pun pelik dengan I. Dia bagitahu I, dia pelik tengok I tak mengamuk bila you tumpahkan minuman panas kat I. You ingat tak panas ke? Merah teruk perut I ni! Tapi I tahan, lepas balik dari office ni I terus ke klinik. Sebenarnya salah I, pagi tu masa I masuk office dengan Lokman, I nampak you menuju ke pantry. I sempat tengok you sekilas. Hati I rasa semacam. I nak sangat ikut you ke pantry tapi masa tu I on phone with my secretary. Cepat-cepat I matikan panggilan tu and tuju ke pantry. I bagi alasan kat Lokman nak ke toilet. Tak sangka cepat sangat you bancuh air. Terus I terlanggar you. Sebab tu I tak marah!”

Tengku Iskandar tergelak kecil. Memang salah dia hari itu tetapi sengaja mahu melihat wajah serba salah Ain Sumayyah dan mengharap gadis itu membersihkan kotoran yang melekat di baju dan seluarnya. Tak sangka pula gadis itu sampai belikan baju baru kerana tompok-tompok itu.

“Habis tu kenapa Tengku marah sangat dengan saya?!” masih bernada hiba suaranya.

“I main-main je. Bukan marah betul pun. Ain Sumayyah, I really love you!”

Jari-jemari Tengku Iskandar sudah merayap ke wajah gadis itu. Sebelah tangannya masih belum melepaskan lengan Ain Sumayyah.

“Tengku jangan macam ni. Kalau Tengku tak mahu kena dengan tongkat ni, lepaskan saya!”

Kali ini Tengku Iskandar sudah ketawa. Dia sedar dia terleka seketika. Melihat wajah gadis yang mula menapak di ruang hatinya itu menjadikan dirinya tidak keruan. Entah dia tidak tahu mengapa. Bak kata Lokman yang dirasakanya sekadar mahu menguji, Ain Sumayyah tak secantik bekas-bekas kekasihnya sebelum ini. Di wajah itu tiada istimewanya. Tetapi hatinya tetap terpikat.

“Maaf, sayang! You buatkan I lupa sekejap.”

Ain Sumayyah sudah mula rasa lain macam mendengar Tengku Iskandar membahasakan dirinya dengan panggilan itu.

“Saya nak balik!”

Sebaik sahaja Tengku Iskandar melepaskannya terus sahaja Ain Sumayyah melangkah menuju ke pintu keluar. Lama-lama berada di situ sesak nafasnya dengan permainan Tengku Iskandar.

“I hantar you!”

“Terima kasihlah, Tengku! Saya boleh balik naik bas!”

“I hantar. That’s my decision! Whether you say yes or no, I never care! And from now on, you’re mine!”

Tangan Tengku Iskandar sekali lagi memegang lengan Ain Sumayyah. Kali ini kemas sehinggakan Ain Sumayyah tidak berjaya melepaskannya. Mendengar kata-kata Tengku Iskandar dia menjadi amatlah geram. Suka hati sahaja membuat keputusan! Lantak kaulah! Fikirnya.

Sabtu itu, Ain Sumayyah tidak ke mana-mana. Malas benar dia mahu keluar. Masa banyak dihabiskan dengan menonton televisyen dan mengemas rumah. Memasak ala kadar untuk dirinya seorang. Nani bekerja pada hari itu.

Petang itu, sedang dia asyik menonton kedengaran pintu pagar rumah di buka. Seketika kemudian, kedengaran bunyi kunci. Tentu Nani sudah balik! Fikirnya.

Sangkaannya benar, terjengul gadis sebaya dengannya dengan wajah penat. Di tangan kirinya ada bungkusan makanan.

“Ain, ada pak we cari kau tu! Dia cakap dah berpuluh kali dia call kau. Siap dia ugut kau lagi. Dia kata kalau kau tak nak keluar dia nak hon bagi satu taman dengar!”

Bingkas Ain Sumayyah bangun. Terngendap-ngendap dia memandang keluar. Ah, apa yang lelaki ni nak!?

“Siapa tu?”Soal Nani mahu tahu.

“Tengku Iskandar.” Jawab Ain Sumayyah hendak tak hendak. Hatinya sebal. Terus sahaja dia capai tuala yang tersidai di ampaian dalam rumah. Dengan wajah masam dia keluar menghampiri Tengku Iskandar yang sudah tersengih melihatnya.

“Ada apa Tengku?” soal Ain Sumayyah dengan wajah sengaja di maniskan.

“Jom makan. I laparlah. Tak makan lagi!”

“Saya dah makan!”

“Temankan I, please!” Tengku Iskandar sudah mula bersuara manja. Naik menyampah Ain Sumayyah!

“Saya penatlah.”

“Erm, you nak I memekik kat sini? Okay, kalau you nak tak apa. I duduk depan rumah you. Hon kereta setiap masa. Biar semua orang keluar.”

Ain Sumayyah mendengus. Dengan sebal dia terus melangkah masuk ke dalam rumah.

“I tunggu you lima minit. Lima minit you tak keluar siap you!”

Terkumat-kamit mulut Ain Sumayyah memarahi Tengku Iskandar. Nani yang sedang menjamah laksa sekadar memerhati. Dia pelik dengan Ain Sumayyah. Dah ada orang kaya yang tampan dan muda mahukannya terima sahajalah!

Tak sampai lima minit kemudian Ain Sumayyah sudah keluar dari biliknya. Hanya berbaju t-shirt lengan panjang dan berseluar jeans. Tudung yang dipakai hanya diselempangkan di bahu. Sekadar mengoles nipis bedak.

“Tengku masih nak keluar dengan saya ke?” soal Ain Sumayyah.

“Kenapa?”

“Yalah, saya pakai simple macam ni mana sesuai dengan Tengku!”

Tengku Iskandar ketawa kecil. Dia sedar Ain Sumayyah sengaja memakai pakaian begitu. Namun, dia tidak kisah. Bukan mahu membawa gadis itu ke mana-mana pun!

“Kan I pernah beritahu you, I never care!” satu-satu Tengku Iskandar mengutarakan ayat terakhirnya. Ain Sumayyah mencebik. Dia gagal!

Lamborghini Gallardo milik Tengku Iskandar mendesup laju. Pertama kali Ain Sumayyah dapat menaiki kereta begini. Baru dua kali dia dapat merasa menaiki kereta mahal. Pertama kali waktu Tengku Iskandar menghantar dia balik. Waktu itu dia merasa menaiki Mercedes. Seronok juga!

Kereta itu memasuki kawasan perumahan elit. Ain Sumayyah sudah mula cuak. Dia pandang Tengku Iskandar di sisi. Lelaki itu pura-pura tidak menyedari dirinya dipandang. Seketika kemudian kereta itu berhenti di sebuah rumah banglo besar. Ain Sumayyah menelan air liur. Ke mana lelaki ini mahu membawanya?!

“Tengku, ini rumah siapa? Kita buat apa kat sini? Bukan Tengku nak makan?!”

“Rumah family I. Kita makan kat sini. Umi dan Walid nak jumpa you!”

“Hah?!!”

Terkejut besar Ain Sumayyah. Debaran yang baru menghilang beberapa hari lepas dek pengakuan Tengku Iskandar muncul kembali. Tengku Iskandar hanya tergelak. Dia memandu keretanya masuk ke dalam bila pintu pagar di buka dari dalam.

“Jom!”

“Saya tak naklah Tengku. Jangan buat saya macam ni!” Hampir menangis Ain Sumayyah. Dia merasakan Tengku Iskandar sedang cuba memalukannya. Mana mungkin kedua ibu bapa lelaki itu akan sukakannya. Dahlah miskin cacat pula tu!

“Sayang, jangan menangis. I serius mahukan you sebagai teman, kekasih dan isteri I. I tak pernah fikir kekurangan you!”

“Saya cacat, Tengku!” Ain Sumayyah sudah menangis. Terus sahaja Tengku Iskandar meraih tubuh Ain Sumayyah ke dalam dakapannya. Tidak berniat mahu mengambil kesempatan. Cuma dia mahu Ain Sumayyah tahu dia tidak bermain-main dalam hal ini. Satu kucupan diberikan di dahi Ain Sumayyah sebelum tubuh itu dilepaskan.

“I tak peduli tentang tu. Sayang I pada you bukan sebab kaki you. Bukan sebab rupa you. Kalau sebab tu, I tak pandang pun you dan jangan tanya I kenapa I sayang dan cintakan you. I sendiri tak tahu. Dah, Umi dah keluar tu. Lama-lama dalam kereta ni, membebel-bebel dia sepuluh hari pun tak habis.”

Serentak dengan itu mata Ain Sumayyah tertancap ke arah sesusuk tubuh yang sedang berdiri di hadapan pintu. Hatinya kembali berdebar kencang. Tengku Iskandar sudah keluar dan mahu membukakan pintu untuknya tetapi Ain Sumayyah terlebih dahulu keluar.

“Lama-lama dalam kereta tu buat apa? Dari tadi Umi tengok.”

Kedengaran suara Tengku Sarah. Dia menjeling anak terunanya yang tersengih sahaja. Matanya kemudiannya turun ke wajah gadis yang di bawa anaknya. Satu senyuman diberikan untuk gadis itu. Senyumannya berbalas. Mereka bersalaman.

“Kenapa mata merah? Is? Kamu buat apa?”

“Umi ni, don’t look at me like that! Nothinglah Cuma bakal menantu Umi ni tak mahukan Is!”

Ain Sumayyah mencebik. Dia tidak tahu perasaan sebenarnya sekarang ini! Ketulusan Tengku Iskandar begitu menggamit perasaan perempuannya. Tengku Sara sekadar menggeleng. Dia tidak kisah siapa pilihan anaknya. Asalkan orangnya berperangai baik. Miskin atau kaya. Sempurna atau tidak. Itu bukan ukuran.

“Ni mesyuarat pintu ke? Dari tadi Lis tunggu tak masuk-masuk lagi!”

Muncul pula Tengku Alis. Dia menyalami Ain Sumayyah. Ramah senyumannya membuatkan Ain Sumayyah senang.

“Eh lupa pulak Umi. Jemput masuk Ain! Umi dengan Lis tengah masak untuk makan malam. Nanti tunggu Walid balik kita makan sama-sama.”

Mereka semua melangkah masuk. Tengku Sara dan Tengku Alis menghilang ke dapur. Ain Sumayyah mahu membantu tetapi dihalang keduanya. Kata mereka, tetamu istimewa tak boleh membantu.

“Percaya dah kat I? Keluarga I bukan kejam. You terima I kan? Kita kahwin ya?”

“Tengku…”

“Sayang, please don’t make any excuse. I akan pastikan you bahagia. Pasal keluarga you miskin ke you cacat ke not bother me at all and please stop to call me Tengku. I’m yours.”

“Saya takut Tengku!”

“Listen here, mulai hari ini I declare we are couple and we’re being to be husband and wife. I don’t care whether you love me or not but I percaya you cintakan I juga. Erm, lupakan takut you tu. one more thing, panggil I abang.”

Bagaikan satu arahan yang harus Ain Sumayyah terima daripada Tengku Iskandar. Tengku Iskandar geram dengan sikap gadis itu yang pesimis dengan diri sendiri.

“Erm, abang nak ambil sesuatu sekejap.”

Terus sahaja Tengku Iskandar berlalu ke tingkat atas dan turun seketika kemudian. Dia membawa kotak lalu diserahkan kepada Ain Sumayyah.

“Baju ni yang Sayang belikan tiga minggu lepas. Abang minta Lokman beli dari Sayang sebab tak muat abang letakkan dalam kotak. Abang memang marah sangat bila Sayang bazirkan duit beli baju baru ni. Walid pun marah tapi dia marah Abanglah sebab mainkan Sayang. Sedangkan baju tu Abang beli sendiri.”

“Nak buat macam mana dah baju lama tu rosak!”

“Eleh dia yang kelam kabut. Habis tu yang esoknya boleh pulak baju tu elok?!

Ain Sumayyah tersengih. Dia akui dia memang kelam kabut waktu itu. Memanglah! Siapa yang tak kelam kabut kalau keadaan begitu.

“Satu kotak lagi Sayang kena buka. Kotak ni.” Tengku Iskandar menghulur kotak kecil berbentuk empat segi kepada Ain Sumayyah.

“Will you marry me, Ain Sumayyah binti Ahmad?” tanya Tengku Faris sebaik sahaja Ain Sumayyah membuka kotak kecil itu. Sebentuk cincin bertatah berlian. Terlalu cantik bagi Ain Sumayyah.

“Umi dan Walid pilihkan. Sayang, sudi kan kahwin dengan abang?! Abang akan jaga Sayang macam Walid jaga Umi tapi lebih dari itu sebab Umi dan Walid kahwin suka sama suka. Abang dengan Sayang pulak Abang yang terhegeh-hegeh mahukan Sayang!”

Tengku Iskandar ketawa dengan kata-katanya sendiri. Mendengar kata-kata itu Ain Sumayyah menepuk kuat tangan Tengku Iskandar disebelahnya.

“Sakitlah Sayang!”

“Cakap macam tu lagi!”

“Yalah betulkan?! Dua minggu ni Abang yang asyik teringatkan Sayang. Sayang langsung tak. Yang dia tahu pasal baju tu. Lepas tu asyik panggil kita, Tengku!”

“Dah nama Tengku.”

“Pandai pula menjawab ya? Sayang, jawablah lamaran Abang tadi.”

Ain Sumayyah tertunduk malu. Cinta untuk lelaki itu mula wujud sedari tadi. Tetapi dia takut untuk mengakuinya. Takut terluka. Kesungguhan Tengku Faris menjadikan dia yakin. Keramahan Tengku Sarah dan Tengku Alis menambahkan rasa itu.

“Ain?”

Ain Sumayyah akhirnya mengangguk. Dia terjerit bila ciuman bertubi-tubi hinggap di pipinya.

“Tengku!” Ain Sumayyah cuba mengelak ciuman demi ciuman yang hinggap di pipinya. Tangannya memukul-mukul tubuh lelaki itu

“Sorry Sayang! Betul-betul tak sengaja. Terima kasih Ain Sumayyah! Jap nak beritahu Umi!”

Ain Sumayyah tergelak dengan tingkah Tengku Iskandar. Macam budak-budak!

“Lupa. Abang okay?! Bukan Tengku!”

Ain Sumayyah tersengih. Tengku Iskandar berlalu ke dapur dengan hati yang riang. Ain Sumayyah berdoa moga pilihannya ini diberkati ALLAH. Diberikan keredhaan berpanjangan. Amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: