Cerpen : Cinta Kamus Dewan

Nama Pena : mady

“Ryana, andang kau cantik la. Aku suka tengok.”puji Azril padaku. Andang? Pebende lak tuh? Tudung ke? Ke baju aku? Ke kasut?

“Er, terima kasih.” Ah bantai la. Asalkan dia puji aku sudah. Susah bila cakap ngan budak terer bahasa nih. Semua bahasa canggih keluar. Sampai kena tengok kamus dewan.

Azril hanya tersengih. “Tapi kan Ryana, kalau andang kau besar sikit lagiiii cantik.”puji Azril lagi. Senyumannya tak lekang dari bibir. Ah sudah. Besar lagi mende lak nih?

” Ohh.. aku pun rasa macamtu jugak. Nanti la aku besarkan.”balasku tanpa mengetahui maksud perkataan tu.Azril sudah terbahak-bahak ketawa.

“Okey..aku nak tengok.. besok dah besar ek..” kata Azril dalam sisa tawanya.

“Beres! Esok aku tunjuk kat kau!” aku membalas. Ketawa Azril pecah lagi.

“Aku blah dulu la Ryana. Sakit perut aku cakap dengan kau.” Azril beredar meninggalkanku.

“Amboi kau Ryana, bukan main sedap bergelak ketawa dengan Azril. Macam tak ingat dunia.”tegur Farah sebaik sahaja Azril beredar.

“Mengarut la kau. Mana ada. Dia tu ha yang gelak sorang-sorang. Aku senyap aje.”aku mempertahankan diri.

“Jangan ingat aku tak nampak la,”Farah tersenyum-senyum.

“Takde apa-apalah. Eit, kau tahu andang tu apa? Sebab Azril cakap andang aku cantik.”soalku pada Farah. Mana tau kalau dia tahu.

Farah berfikir sejenak. “Andang? Selendang kot. Yelah, andang.. selendang.. kan nak dekat sama bunyinya tu. Lagipun, memang selendang kau cantik hari ni. Anggun gituh.”jawab Farah.

“Tulah, aku terfikir jugak, tapi takkan dia suruh aku besarkan andang aku pulak.”

“Laa, tu dia nak suruh kau labuhkan selendangla tuh. Selendang kau kan singkat sikit ari ni. Dah-dah. Tak payah fikir. Jom ikut aku pergi library. Aku nak cari research sikit.” Aku hanya mengangguk dan menuju ke library bersama Farah.

Dum!! Kamus Dewan ku ambil sebaik sahaja menjejakkan kaki di library.. Aku mula membelek-belek. Andang… Andang.. andang.. ANDANG III; andang-andang Jw tahi lalat. Argh!!! Tahi lalat!! Dia cakap tahi lalat aku cantik? Pastu bila tahi lalat aku besar lagi cantik?? Yang aku pulak iyekan je… Siap kate nak besarkan tahi lalat lah.. Adoi… Malu nye.. Takpe.. takpe.. Siap dia.. Aku membelek lagi, mencari perkataan yang ‘sesuai’.. Hah dapat!! Aku tersenyum..

“Azril! Baru hari ni aku perasan, bibir kau lenduh la. Unik. First time aku jumpa orang bibir lenduh macam tu. Cuteee sangaat.”tegurku sebaik melihat kelibat Azril.

Azril terpinga-pinga. Puas dia berfikir. Lenduh? Merah ke? Sebab memang bibirnya memang berwarna kemerah-merahan..

“Well, kau baru perasan? Bibir aku memang lenduh sejak lahir tau. Bukan macam bibir kau.”balas Azril bangga walaupun dia tidak tahu erti sebenar.

Aku tersenyum. Ait? Takkan pakar kamus dewan tak tau apa maksud lenduh? Nampak sangat dia buat research dulu sebelum kenakan aku.”Sorry la, kalau aku tak perasan sebelum ni. Tapi, kalau kau lenduhkan lagi. Mesti handsome. Confirm banyak awek yang tergila-gilakan kau. Azril si bibir lenduh. Fuh, memang cair lah!”pujiku barbakul-bakul.

Azril memandangku. Perempuan ni ambik ayat aku. Mesti lenduh tu something yang kurang sopan. Tak pun yang tak baik. Ni nak kenakan aku la ni. Balas dendam pasal andang semalam.

“Insyaallah kalau aku free aku buat. Aku blah dulu ek.” Azril segera meminta diri. Bimbang sekiranya semakin lama dia di situ, semakin malu dia nanti.

“Woit!! Aku belum habis cakap lagi lah!!” jeritku padanya yang semakin menjauh. Takkan dia dah tau kot? Adoi.. Kenapa la semua plan aku hancus.. Bila plan dia selalu okey jer..

***************************************

Otaknya ligat memikir perkataan tadi. Lenduh.. Lenduh.. Setahunya dia pernah terbaca. Tetapi dah tak ingat. Lagipun, dia memang bukan pakar kamus dewan. Sebelum dia kenakan Ryana, mesti dia akan buat research dulu. Tiap-tiap hari satu perkataan. Boleh jugak menambah kosa katanya. Tiba-tiba Azril, terlihat Professor Ahmad, professor bahasa. Azril segera menghampiri professor yang berkepala botak itu.

“Assalamualaikum, prof.” sapa Azril sambil tersenyum. Professor Ahmad membalas senyumannya.

“Waalaikumussalam. Ni ada apa kamu jumpa saya? Biasanya kalau selisih tepi jalan buat dunno je.” Azril tersengih-sengih, mengakui kesilapannya.

” Sebenarnya, saya nak tanya prof sikit. Prof tahu tak lenduh tu apa?”tanya Azril. Professor Ahmad terdiam seketika. Dahinya berkerut-kerut memikirkan sesuatu. Azril sekadar memerhati. Takkan Professor Bahasa pun tak tahu kot.. Canggih benar bahasa yang Ryana guna.

“Hah! Saya ingat! Lenduh tu maksudnya, bibir yang menjuih ke bawah. Kenapa?” balas Professor Ahmad. Wajah Azril bertukar keruh. Marah dengan Ryana. Bibir aku bukan main perfect kau kata lenduh. Tak tau menilai ke hapa? Tak boleh jadi ni.

“Er, takda apa-apa prof. Anyway terima kasih prof. Memang prof ni kamus dewan bergerak saya lah. Saya pergi dulu.” Azril segera beredar.

Destinasi seterusnya? Ryana! Dia nak balas dendam. Nasib baik semalam, dia dah cari perkataan baru untuk Ryana. Harap-harap Ryana tak tahu, sebab perkataan ni common sangat.

“Assalamualaikum Ryana.”aku menoleh. Memandang wajah Azril. Handsome seperti biasa. Hee..

“Waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarakatuh. Azril.”balasku. Ni mesti Azril dah tahu makna lenduh. Kalau tak, memang dia takkan datang jumpa aku.

“Oohh, bibir aku lenduh yea? Sampai hati kau. Aku kapuk karang, baru tau” ujar Azril. Matanya tidak habis-habis memandang wajah Ryana. Kapuk? Oh, kau nak pukul aku eh. Ini tak boleh dibiarkan!!

“Apa kapuk-kapuk? Kau ingat aku takut? Piraah.. Kau kapuk aku.. aku kapuk kau balik.”kataku bersemangat. Ingat aku tak tahu la tuh makna kapuk. Ingat aku lembap sangat? Nak kapuk orang konon..

“Kau ingat aku tak berani? Aku kapuk betul-betul karang.. Baru kau tahu.” Azril membalas. Ryana ni cakap macam tahu je. Padahal kapuk tu kan peluk. Kalau dia tahu, mesti dia takkan berani punya cakap macam tu.

“Eleh, nak tunjuk berani la ni.. Hah.. Mari sini. Kata berani sangat.”kataku agak tinggi. Rakan-rakanku yang berada di sekitarku sudah mula tertarik melihat ‘perkapukan’ yang bakal terjadi.

“Err, Ryana, kau tahu tak kapuk tu apa?”Farah menarik lengan bajuku. Separuh berbisik.

“Aku tahu Farah. Aku bukannya lampi sangat.” Aku membalas bisikannya.

“Serius kau bagi aku kapuk kau?” tanya Azril lagi.

“Marilah sini.”jeritku padanya.

“Ryana..”Farah masih menarik lengan bajuku.

“Farah! Jangan kacau aku lah.”kataku sedikit marah. Farah terdiam. Ah, lantak kau la Ryana! Aku cakap taknak dengar. Azril pula semakin menghampiriku. Gila! Takkan dia nak kapuk aku betul-betul kot. Aku masih tidak beranjak. Kini jaraknya hanya 15cm dari aku.

“Kapuklah. Apa lagi kau tunggu!” belum sempat Azril membalas, seseorang menolaknya dari belakang. Dia tertolak bahuku kuat. Aku terjatuh terlentang. Satu bilik kuliah tu nampak. Mereka mem’boo’ aku. Aku segera bangun dan memandangnya tajam.

“Sorry, Ryana. Aku tak sengaja.”Azril meminta maaf. Aku diam. Aku mengambil beg lalu segera beredar dari bilik kuliah. Farah mengekoriku.

“Ryana! Kau marah Azril ke?”soal Farah sebaik kami sampai di cafe.

“Mestilah marah. Main tolak-tolak pulak. Ingat tak sakit ke? “bebelku sambil menghirup Carrot susu yang dipesan.

“Oi, mangkok!! Kau tahu tak kapuk tu apa?”Farah menonyeh kepalaku.

“Apa main-main kepala nih Farah. Aku tahu la kapuk tu apa. Kapuk tu pukul.”balasku geram sambil menggosok-gosok kepalaku.

“Ryana!!! Kapuk tu peluk la cerdik!! Bukan pukul! Kenapa la kau boleh dapat BM A1 dulu.”Farah menggeleng-gelenggkan kepalanya. Aku termangu seketika. Peluk?

“Lagipun, tadi bukan dia sengaja tertolak kau. Fadil tolak dari belakang. So aku rasa kau tak patut salahkan dia.”sambung Farah lagi.

“Betul ke Farah?”aku bersuara.

“Betul, Ryana. Takkan aku nak tipu kau pulak.”

“Habis? Aku nak buat apa?”

“Buat bodo je..”Farah geram.

“Salah dia jugak! Sapa suruh guna bahasa Kamus Dewan!”aku menyalahkan Azril.

“Hello, salah ke dia nak guna bahasa ‘ibunda’ kita?”

“Salah kalau orang yang dia guna tu aku.”

“Maksud kau, orang yang buta kamus dewan macam kau?”perli Farah.

Aku menjeling Farah geram.

*******************************

“Ryana! Happy birthday..” ucapan selamat hari jadi kuterima dari rakan-rakanku. Begitu juga hadiah. Kini genap seminggu aku dengan Azril tak bertegur sapa. Kadang-kadang aku rindu jugak nak dengar bahasa Kamus Dewan dia tu. Aku memandang Azril secara curi. Sekarang dah nak habis kelas. Aku pun dah nak balik. Takkan dia taknak wish aku kot. Birthday aku sekali dalam setahun. Kalau malu nak wish pun, tulislah note ke ape ke..

“Ryana! Jom balik. Aku belanja makan!” tegur Farah mengejutkan lamunanku.

“Okey..” aku bangun dan segera mengambil beg-beg hadiahku keluar tanpa berpaling lagi. Kalau ni yang kau nak Azril..

Aku membuka hadiah-hadiah yang aku terima dari rakan-rakanku. Ada yang bagi jam, diari, gelang, rantai, purse dan macam-macam lah. Tiba-tiba mataku terancap pada bungkusan kecil yang bersampulkan pembalut kotak-kotak. Satu-satunya hadiah yang belum dibuka. Seingatku, aku tak pernah terima hadiah tu dari kawan-kawanku. Pembalutnya kubuka. MP3! Aku memainkan Mp3 tersebut. Lagu Bintang Hatiku nyanyian September Band berkumandang.

Sekeping nota kecil ku baca.

PAKAH MANAH SAYA TIDAK BERGUNA, TETAPI SAYA SUDAH PASAI MENYIMPANNYA. SAYA AKUI AWAK MEJELIS. AWAK UMPAMA NAJAM. DAN SAYA TIDAK SEDAR BILA MANAH ITU HADIR, YANG PASTI IA MAUJUD. IKHLAS DARI SAYA, SUDI TAK AWAK JADI MENGERNA SAYA?

~azril~

Okey,, Azril kasi hadiah!! Dia ingat birthday aku!! Tapi apa yang dia tulis?? TAK FAHAM. Aku segera berlari mendapatkan kamus dewan, satu persatu maksudnya aku translate. Aku tersenyum.

BARANGKALI PERASAAN SAYA TIDAK BERGUNA, TETAPI SAYA SUDAH JEMU MENYIMPANNYA. SAYA AKUI AWAK CANTIK. AWAK UMPAMA BINTANG. DAN SAYA TIDAK SEDAR BILA PERASAAN ITU HADIR, YANG PASTI IA WUJUD. IKHLAS DARI SAYA, SUDI TAK AWAK JADI KEKASIH SAYA?

~azril~
Tit.. Tit.. Satu mesej masuk. Aku mengambil telefon bimbitku.

‘So, mcm mane?’ Aku tersenyum.

‘Mcm mane ape?’

‘Mcm mane.. mcm mane la..’

‘Aku okey aje. Kalau kau ok.’

‘Aku memang okey. Sorry eh.Kire 0-0. Kite couple.’

‘Aku setuju. Muhammad Azril Hakimi!;D Ayat puitis gile. Cair aku..’
Azril. Aku suka kau.

‘Woi! Jgn ejek! Pnt aku wat research.’

‘Iye.. aku tak ejek. Thanx..i❤ u.’

‘i❤ you 2.. syg!'Message sent!

Azril tersenyum. Kamus dewan yang menjadi titik permulaan pertengkaran mereka dan kamus dewan yang menjadi titik permulaan percintaan mereka. Nurul Aryana Sofea kau adalah cinta kamus dewan aku yang pertama dan terakhir!!

p/s: sori kalau story ni terlampau cepat jln ceritanye. hope korang enjoy…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: