Cerpen : Mimpi Dari Syurga

Nama Pena : Asrul Ja’Afar

Dari kiri aku melihat satu cahaya yang terang, datang dari arah atas dan kadangkala ia menurun ke bawah. Bebola mata dan hatiku tertanya-tanya, apakah cahaya itu. Adakah ia cahaya lampu neon yang sentiasa menemani aku belajar waktu aku belajar dahulu. Adakah ia sinaran mentari yang bisa aku tatapi tiap pagi, sama seperti waktu aku bersantai di Teluk Ramunia bersama-sama rakan sedikit masa dahulu. Aku sekali lagi tertanya-tanya, bermain dengan teka-teki yang tak mungkin aku selesaikan.

Tanganku terpaku, seksa dan sakitnya. Lelehan darah mula mengalir jatuh, dari dinding hingga ke bumi. Aku kerasan dan tidak termampu melawan untuk mencabut pacakan paku itu. Aku mula menangis, tidak henti-henti. Semakin aku cuba untuk meloloskan diri, semakin sakit tangan aku dan semakin itu darah banyak mengalir. Dari cahaya lalu aku melihat satu kerlipan kunang-kunang yang indah, tidak dapat diungkapkan bertapa indahnya kelipan kunang-kunang itu. Walaupun sinaran cahaya itu telah hilang, kerlipan kunang-kunang itu mampu memberikan aku cahaya dan menyembuhkan mata yang sakit terkena silauan cahaya.

Semakin lama, semakin mendekat kunang-kunang itu menghampiriku. Aku terpegun dengan kecantikan corak cahaya yang dibentuknya. Ada kalanya corak itu seperti sayap burung yang terbang, ada kalanya ia berbentuk awan yang sangat cantik dan indah. Tatkala aku menatap keindahan itu, datang pula satu bunyi yang amat takut dan menyakitkan kepingan pendengaranku. Suara itu amat menakutkan, aku mulai khuatir jika suara itu semakin mendekat. Pekikan dan lolongan suara itu membuatkan aku binggung dan bersungguh kepala. Aku cuba memalingkan kepala ke kiri dan ke kanan, ke atas dan ke bawah. Mencari setiap celah sudut kamar itu. Dari manakah suara itu? Suara siapakah itu? Lalu aku berterik sekuat-kuat hati. Aku cuba menghentikan suara itu. Namun suara itu terus menghantuiku. Aku benar-benar ketakutan dan pengen sekali aku meloloskan diri dari kamar itu. Tapi aku tak bisa, dengan tangan yang terpaku pada dinding yang tajam, kakiku hanya terikat bertunjangkan bumi. Mana bisa aku melepaskan diri.

Kelipan kunang-kunang telah hilang keindahannya, jeritan yang menakutkan mula membayangi diri aku. Aku mula panik dan tidak mengerti. Dengan sekuat tenaga, aku cuba menarik tanganku sekuat hati. Terlalu sakit dan teramat sakit. Berkali-kali aku cuba mencabut, paku yang jauh terbenam ditapak tanganku kian luluh. Dengan tarikan terakhir, akhirnya paku itu tercabut. Teriak kuat aku berkalimat nama ALLAH s.w.t. Aku berkalimat pada satu nama yang selama ini pernah aku tinggalkan suatu ketika dahulu.

“Allahuakhbar!!!!!!!!!!” Teriakan kuat itu terus membuatkan suara yang menakutkan terus hilang. Aku binggung dan terpanggu keseorangan. Hati aku kian bergusar yang tidak-tidak.

Setelah satu tangan aku terlepas dari pakukan paku, aku terpaksa menahan aliran darah yang tidak henti-henti. Tapak tanganku berlubang dan mengalami luka yang amat dalam. Air mata anak jantan aku mengalir untuk sekian kalinya. Aku terus berusaha menggerakkan tangan yang telah bebas untuk mencabut pakukan paku yang ada pada tangan yang lagi satu. Dengan keadaan yang amat sakit, aku paksakan tangan aku hingga akhirnya aku sekali lagi berteriak.

“Allahuakhbar!!!!!!!!!!”

Sekali lagi aku berteriak. Dengan perlahan-lahan aku mula mencabut paku yang satu lagi. Teramat perih dan sakit yang tidak dapat digambarkan. Air mata masih lagi tertitis dan terus membanjiri pipiku. Aku hanya mampu menangis dan terus menangis. Aku tidak fikir apa-apa ketika itu. Lalu aku mencangkung dan terus berdiam diri menahan kesakitan. Dalam kesakitan itu, aku cuba menguraikan ikatan yang ada pada kakiku. Ternyata tali yang tidak pernah aku lihat sebelum ini melilit pada pergelangan kakiku. Ianya bukan tali yang mengikat lembu, bukan tali yang digunakan untuk pesalah yang dihukum gantung ataupun bukan tali biasa yang pernah dilihat. Ianya hanya tali yang halus, bersinar dan lut sinar tetapi memiliki kekuatan cengkaman yang amat kuat. Apa yang menghairankanku, sebaik sahaja ikatan pada kaki aku dilepas, tali yang membaluti kakiku terurai dengan mudahnya.

Aku tidak kembali bangkit, sebaliknya aku hanya duduk dan bersandar. Kedua-dua kakiku terbentang luas di atas tanah. Aku menahan darah yang deras mengalir, setiap urat mukaku berkerut kesakitan. Aku mula melihat keadaan sekeliling yang suram dan menyepi. Pelbagai andaian aku fikirkan, pelbagai perkara aku andaikan. Tidak ada satu perkataan yang mampu menjawab semua pertanyaanku.

Beberapa minit kemudian, aku bangkit dan mula mengorak langkah perlahan-lahan. 5 langkah ke hadapan, aku terus terasa berat untuk melangkah. Kali ini, kakiku pula yang seolah-olah terpaku di bumi. Aku cuba mengangkat dengan sekuat tenaga yang tersisa, namun tidak terdaya aku melawannya. Lalu aku cuba bertasbih kalimat Allah, akhirnya berjaya juga aku melangkah. Namun selangkah selepas itu, tidak terdaya aku untuk melangkah lagi. Aku cuba sekali lagi mengangkat kakiku, namun aku gagal. Aku kebuntuan. Aku berkalimat lagi.

“Allahuakhbar!!!!!!!!!!”

Kaki aku yang seolah-olah terpaku pada bumi, boleh melangkah. Berulang-ulang kali aku ulangi perkara yang sama. Pada langkah yang ke 12, datang sekali lagi cahaya terang yang amat menyilaukan. Aku amat takut dan menutup mata dengan tangan. Dalam aku menutup mata, aku mengintai dari celahan jari. Aku melihat dari arah cahaya itu. Dari cahaya itu, keluar satu kelibat. Semuanya serba putih dan berjambang. Serban, pakaian, dan tasbih di tangan kanannya membuatkan aku binggung. Siapakah lelaki itu? Dari manakah dia datang? Ha, hati aku berdesir sekali lagi.

Semakin lama pertanyaan ini bermain dalam fikiran aku, semakin itulah lelaki itu datang mendekat. Aku cuba melarikan diri, namun aku tak terdaya. Kakiku masih lagi kaku dan terpacak pada bumi. Sehingga lelaki itu dekat dan berdepan dengan mataku. Hanya jarak kami berdua selangkah sahaja. Aku mulai takut jika aku diapa-apakan oleh lelaki itu. Aku mula khuatir dan ketakutan.

“Assalamualaikum” Sapa lelaki itu.

Aku tidak terus menjawab. Aku membuka mata dan melihat ke arah lelaki itu. Ternyata dia manusia. Apakah makhluk lain yang bisa memberi salam. Aku terus menjawab salam tersebut.

“Wa…waalaikumusa…salam” dengan nada yang terketar-ketar.

“Sharif, kenapa kau takut melihatku? Adakah kau tidak mengenaliku?” Tanya lelaki itu.

“Mana kau tahu nama aku? Siapa kau sebenarnya?”

“Sungguh tak kusangka. Terlalu cepat kau melupakan aku. Tidakkah kau ingat pada wajah ini Sharif? Cuba kau lihat wajahku betul-betul, cuba aku telusuri dan cecepi seluruh jasadku dengan matamu yang waras.” Lelaki itu menghela nafas panjang.

Aku terus melihat dengan jelas wajah lelaki itu. Namun aku tidak dapat mengecam siapakah dia yang sebenarnya. Aku benar-benar keliru dan kaku. Fikiranku telah lama buntu. Penat aku memikirkannya.

“Maaf, aku tidak dapat mengecam kau. Siapakah kau yang sebenarnya?”

“Sharif, sharif. Tidakkah kau ingat dengan lelaki yang telah lama menolongmu. Tidakkah kau ingat sharif. Aku telah menolongmu sejak dari kecil lagi. Kenapa kau tidak ingat aku walau sesaat pun. Aku telah bersamamu hampir 10 tahun sharif, hampir 10 tahun.”

“Aku betul-betul tak ingat siapa kau. Tolonglah, jangan seksa aku lagi. Aku dah tak tahan dah. Tolonglah. Bagitahulah aku siapa kau yang sebenarnya”

“Baiklah, tidakkah kau ingat pada lelaki yang bernama Yusof, Yusof Jazman.”

“Yusof, Yusof….Jazman?”

“Ya, namaku Yusof Jazman.”

Aku sekali lagi terpaku. Membayangkan nama Yusof Jazman. Aku mengimbau kembali kisah-kisah 10 tahun yang lalu. Aku terus mengingatkan kembali cerita-cerita lalu. Walaupun fikiranku lelah, namun aku terpaksa mengingat nama itu. Aku seakan-akan pernah mendengar nama itu, tapi tidak pula aku melihat wajahnya dan aku kenali.

“Mak!!! Tolong Sharif mak, tolong mak!”

“Sabarlah nak. Mak janji, mak akan tolong kau nak.”

Aku berteriak sekuat hati. Aku memangis dan menahan kepedihan kepada bencana yang aku terima. Aku diusung dari satu kamar kepada satu kamar di hospital. Aku diusung dengan katil beroda oleh beberapa orang. Yang pasti salah satunya adalah lelaki, kerana aku tidak bisa melihat tetapi aku bisa mendengar suara lelaki itu yang memberi semangat saat aku ditimpa musibah.

“Macam mana ni bang, saya tak sangup nak lihat anak saya buta. Saya nak dia sembuh. Cakaplah dengan doktor, kita bayar berapa dia minta. Asalkan anak kita sembuh bang.”

Abah terus mendekat ke arah doktor. Walaupun aku tidak bisa melihat, namun aku bisa mendengar. Aku mendengar segala perbualan abah dengan doktor. Dari segi lengok dan loghat bahasa, ternyata doktor lelaki itu berasal dari negeri kelantan. Pekat sungguh longhat yang digunakan. Nasib baik kami sekeluarga faham dengan lohgat yang digunakan kerana kami sekeluarga pernah menetap di Kelantan selama 2 tahun sewaktu abah ada projek perusahaannya di sana.

“Doktor, tolonglah selamatkan anak saya. Tolonglah doktor. Saya sanggup bayar berapa aja yang doktor minta, asalkan anak saya selamat. Tolonglah doktor.”

“En. Bakar, ini bukan soal wang. Ini soal penderma. Anak awak memerlukan penderma mata dengan segera. Masalahnya, nak dapatkan penderma mata itu susah. Saya tahu En. Bakar berharta dan mampu membayar berapa aja, tapi buat masa sekarang duit tak berguna jika kita tak berjumpa dengan penderma yang sesuai.”

“Tolonglah doktor, saya tak sangup melihat anak saya dalam keadaan macam ni. Saya tak sanggup doktor.” Suara mak aku terus mencela diiringi dengan tangisan yang tidak henti-henti.

“Saya minta maaf, kita berdoa sahajalah pada Tuhan. InsyaAllah semuanya selamat.”

Beberapa minit kemudian setelah aku diusung masuk ke dalam satu wad kamar, aku terdengar satu suara cemas yang datang membawa berita. Aku mula melebarluaskan rongga telinga aku untuk mendengar suara itu.

“Doktor! Doktor Shamel, ada berita baik”

“Berita baik? Apa dia Nurse?”

“Berita baik ini untuk Pesakit yang bernama Sharif”

“Teruskan, sekalian ada mak dan abahnya.”

“Kita dah jumpa penderma mata yang sesuai. Namanya Yusof Jazman, dia disahkan meninggal dunia sejam yang lalu. Dia juga telah mendaftar sebagai penderma organ. Doktor Rahshida telah membuat ukuran mata Yusof dan ternyata ianya sesuai dengan Sharif. Doktor Rashida juga telah mendapatkan persetujuan daripada keluarga Yusof Jazman.”
“Syukur, alhamdulilah. Terima kasih ya Allah. Terima kasih” Kalimat pertama yang terucap pada bibir mak dan abah ketika itu. Aku hanya mampu tersenyum dan bersyukur kerana bisa melihat kembali.

Setelah 3 bulan menjalani pembedahan, aku kini bisa melihat kembali. Aku boleh melihat matahari terbit, aku boleh melihat gelapnya malam, aku boleh melihat segala-galanya. Mak abah juga gembira melihat kesembuhanku. Lalu mereka membuat kenduri arwah untuk Yusof Jazman, keluarga Yusof Jazman turut hadir dalam kenduri tersebut. Ibu dan ayah Yusof Jazman melihat aku dengan wajah yang tenang. Kata mereka, mereka dapat melihat Yusof Jazman dari dalam mata yang aku miliki sekarang ini.

“Sharif, pak cik harap kamu pergunakanlah hadiah yang diberikan oleh Yusof Jazman sebaik-baik mungkin. Jangan sesekali kamu menyalahgunakannya.” Kata ayah Yusof Jazman yang kelihatan alim dan warak. Berjanggut dan berserban dikepalanya.

“Baiklah” Jawabku ringkas.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan. Aku mula hidup dengan dunia lamaku. Dengan dunia yang telah meragut penglihatanku. Aku kembali semula beraksi di gelanggang litar haram. Aku sekali lagi beraksi dengan perlumbaan haram dan aksi-aksi yang membahayakan diriku yang suatu ketika dahulu pernah membuatkan aku buta. Aku mula lupa segala-galanya. Kehidupan aku kian menjadi liar, aku mula kembali aktif bersosial dengan rakan-rakan dajalku. Semua itu membuatkan aku leka, tidak lagi aku menjenguk ke rumah ibu bapanya Yusof Jazman, seperti mana aku lakukan beberapa bulan selepas aku mendapat mata anak mereka.

Mata ini aku pergunakan untuk berlumba, melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya, dengan mata inilah aku melakukan banyak maksiat. Aku lupa amanat keluarga Yusof Jazman supaya menjaga mata ini. aku mula lupa segalanya. Kehidupan aku tidak dapat lagi dikongkong oleh mak dan abah. Aku mula liar dan berpeleseran dengan mat-mat dan minah-minah rempit. Aku lupa Tuhan ketika itu. Tuhan hanya aku ingat setelah aku bisa melihat semula. Namun setelah itu aku lupa namanya Tuhan, aku lupa semunya. Aku telah menghancurkan hati mak dan abah.

Kini, baru aku ingat kembali dengan namanya Yusof Jazman, aku menatap wajahnya tenyata ini namanya Yusof Jazman. Satu nama yang seiring membuat aku tertanya-tanya. Matanya aku guna pakai, tetapi wajahnya baru kali ini aku lihat. Aku mula menyesal dengan perbuatanku.

“Baru aku ingat kau Yusof Jazman. Tapi bukankah kau sudah mati?”

“Siapa cakap aku masih hidup lagi? Jika aku sudah mati, kau juga sudah mati”

“Tak..tak…aku hidup lagi. Baru sahaja aku game dengan kawan aku. Mana boleh aku mati?”

“Kau dah mati. Mata yang aku yang kau guna sepatutnya aku ambil balik, tapi aku kasihan dengan kau. Kau telah mempersalahgunakan mata yang aku berikan. Kau harus menerima pembalasannya.”

“Kau ingat aku nak percaya kata-kata kau. Aku tak mati lagi, aku hidup lagi”

“Kalau kau tak percaya, mari ikut aku”

Aku terus mengorak langkah mengekori lelaki yang mengelarkan dirinya Yusof Jazman. Wajahku kian berpeluh dengan banyaknya. Aku terus berjalan sehingga lelaki itu membawa aku menuju ke arah cahaya itu. Aku masuk ke dalam cahaya itu. Sebaik aku mendekati cahaya itu, seolah-olah aku ditarik olehnya. Aku terus dibawanya.

“Di manakah kita ni?”

“Di tanah perkuburan”
“Buat apa kita di sini?”

“Cuba kau lihat siapa yang mengelilingI kubur ini?”

Aku melihat satu persatu wajah itu “Mak, abah, pak long. Kenapa semua orang menangis ni. Mak kenapa ni? Mak!”

“Mereka tak akan melihat kau. Mereka sedikit pun tak mendengar suara kau. Kamu dah mati”

“Mana mungkin. Aku hidup lagi. Mak, ni Sharif mak. Mak, ni sharif anak mak”

“Percuma aja kau buat semua tu”

Aku berkali-kali mencuba melambai-lambai tangan di hadapan mata mak dan abah. Namun mereka sedikitpun tidak menyedari kehadiranku. Adakah benar aku telah mati?

“Sharif, kenapa kau tinggalkan mak nak? Kenapa nak? Kenapa kau tak berubah-ubah nak. Kalau mak halang kau, mungkin perkara ini tak akan berlaku”

“Sudahlah tu, yang dah pergi tu dah biarkan lah. Kita doakan aja dia semoga dia selamat di sana nanti” Balas abahku yang setia memberi semangat kepada mak yang kian kelemahan.

“Mak, Sharif minta maaf mak. Ni sharif mak, sharif ada di depan mata mak ni.”

“Sia-sia. Semuanya sudah terlambat.” Kata lelaki itu.

“Mak!!!!”

Kelibat keluargaku kian menghilang. Aku kembali semula ke dalam kamar yang gelap. Hanya lelaki itu yang berada disisiku. Aku mula percaya akan diriku yang telah mati. Memang benar aku telah mati.

“Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku. Aku bersalah kepadaMu, ampunkanlah aku”

“Semuanya sudah terlambat”

“Tidddaaakkkk!!!”

Aku membantingkan jasadku. Aku memberontak sekuat tenagaku. Aku menjerit sekuat hati, aku menyesal, aku sangat menyesal.

“Sharif, Sharif”

Satu suara tiba-tiba menerpa ditelingaku sambil tanganku disentuh seseorang.

“Kenapa ni nak? Bangun nak. Ni mak nak, mak ada di sini?”

Aku terus mencelikkan mataku. Cahaya yang amat menyilaukan, masuk ke dalam bebola mataku.

“Mak, mak!!!” Aku terus memeluk mak sebaik sahaja aku melihat wajah mak.

“Mak ada di sini nak. Syukur semuanya dah selamat”

“Sharif tak mati lagi mak, sharif hidup lagi”

“Ishh…kenapa cakap macam tu? Sharif memang hidup lagi. Alhamdulilah sharif bisa melihat kembali” Jelas mak.

“Baguslah kalau sharif sudah sedar. Abah kenalkan, ni keluarga penderma mata sharif, keluarganya arwah Yusof Jazman.”

Satu-persatu keluarga Yusof Jazman memperkenalkan diri mereka di hadapanku. Aku terus terbeliak dan terkejut. Bukankah aku telah mati dan berjumpa dengan Yusof Jazman dalam sebuah kamar yang gelap. Dalam pada tanganku terluka ditusuk paku, kini tiada kesan parut sekalipun. Aku binggung.

“Sharif, pak cik harap kamu pergunakanlah hadiah yang diberikan oleh Yusof Jazman sebaik-baik mungkin. Jangan sesekali kami menyalahgunakannya.”

Sepertinya kata-kata ini telah ditujukan kepada aku dulu. Aku betul-betul binggung. Adakah semua ini baru permulaannya atau sebaliknya. Jika semuanya ini baru permulaannya, aku harus berubah dan aku harus mempergunakan mata ini dengan sebaik-baiknya. Mungkin Tuhan ingin membantuku, dan mungkin juga Yusof Jazman, mahu matanya tidak disalah guna.

Aku akan mempergunakan matamu ini dengan sebaik-baiknya Yusof Jazman. Aku tidak akan sekali lagi menyesal. Aku harus menjauhi kegiatan-kegiatan rempit dan sebagainya. Hidup ini hanya sekali dan aku harus menghargainya. Semuanya ini belum terlambat dan baru saja bermula. Aku tak nak ada penyesalan dikemudian hari.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: