Cerpen : Tiada yang lain

Nama Pena : Laily Analia

“Hai!” Nisa menyapa lelaki yang duduk di sebelahnya namun tiada jawapan. Nisa mengeluh. Nyata usahanya tetap sia-sia. Hanif seakan tidak mahu mengendahkannya lagi. Lelaki itu hanya diam, membisu tanpa sebarang kata. Nisa tahu lelaki itu masih marahkannya Mana mungkin Hanif mahu memaafkannya semudah itu. Kalaulah dia tidak mengikut saranan Ika ketika itu…Kalaulah… Tapi Hanif sepatutnya mendengar penjelasanya terlebih dahulu. Hanif tidak patut menghukumnya tanpa mengetahui kisah sebenar. Nisa yakin Hanif hanya salah faham akan niat baiknya itu.

“Hanif…Nisa minta….” Tiba-tiba Hanif bangun dari tempat duduknya dan beralih ke tempat duduk yang kosong di sebelah belakang. Sekali lagi Nisa mengeluh. Bukannya dia tidak berusaha untuk memulihkan keadaan yang diciptanya sendiri bahkan sudah hampir sebulan dia cuba memujuk hati lelaki itu tetapi ianya tidak berhasil. Dia bahkan sanggup menumpang bas saban hari demi untuk meminta sebuah kemaafan dari lelaki itu tapi ternyata Hanif masih tidak mahu memafkannya, masih tidak mahu mengendahkannya.

Nisa kembali memandang ke luar tingkap bas yang ditumpangnya. Kalau boleh mahu sahaja dia menangis ketika itu. Fikirannya bercelaru memikirkan tingkah Hanif sebentar tadi. Lelaki itu benar-benar mengotakan janjinya untuk melupakan kewujudannya. Nisa kini mula terasa kehilangan. Kehilangan seorang lelaki yang benar-benar menyayanginya suatu ketika dulu, lelaki yang selama ini telah menjadi pendorangnya, lelaki yang sentiasa menyokongnya dan yang selalu jadi penemannya disaat dia memerlukan teman. Tapi kini? Lelaki itu semakin jauh meninggalkannya hinggakan dia tidak boleh menggapainya, tidak boleh mengejarnya lagi kerana dia sudah jauh ketinggalan di belakang.

***

“Nisa…Apa pasal monyok semacam ni?” Nisa yang baharu sahaja hendak masuk ke biliknya kembali duduk di samping Ika, teman serumahnya. Dia hanya diam membisu.

” Pasal Hanif? Nisa…Aku minta maaf…Kalau bukan sebab aku, tentu kau dan Hanif tak jadi begini…” Ika tertunduk kesal. Semua ini berpunca dari dirinya. Kalaulah dia tidak menyarankan idea bodoh itu pada Nisa mungkin sekarang Nisa tidak dibenci oleh Hanif dan sudah tentu Nisa tidak perlu menanggung beban yang berat ini.

” Ika…Aku tak pernah salahkan kau…Kalaupun kau yang menyarankan semua itu tapi kalau aku tak buat…Sudah tentu keadaan tak jadi beginikan?” Ika terdiam. Dia tidak tahu harus berkata apalagi.

” Dahlah Ika…Aku masuk bilik dulu…Nak mandi lepas tu sembahyang…” Nisa bangun dari tempat duduknya meninggalkan Ika termanggu-manggu berseorangan di situ.

” Nisa maafkan aku…” Ika merintih dalam diam. Dia rasa bersalah sangat tapi dia tidak tahu hendak buat macam mana. Hendak berdepan dengan Hanif, dia tidak mempunyai kekuatan. Dalam kepalanya merangka-rangka bagaimana hendak mengembalikan hubungan Hanif dan Nisa seperti sedia kala namun tidak ada satu idea pun yang muncul. Mindanya merewang kembali kepada kejadian yang berlaku kira-kira 7 bulan yang lalu…

“Ika macam mana ni?” Ika yang sedang hanyut di buai mimpi tersedar. Dia mengesat-ngesat matanya.

“Apa hal kau ni? Ish…Dahlah hari ni hari minggu…Aku nak berehat kau tahu tak?” Kata Ika setikit marah kerana Nisa telah menggangu waktu rehatnya.

” Ika…Kau kena bantu aku…Aku tengah kusut ni…Aku…Aku tak tahu nak buat macam mana…” Nisa kini sudah duduk di sampingnya. Wajahnya Nampak sedikit kusut.

” Bantu kau apa pula ni? Cuba cakap dengan aku baik-baik sikit..Aku tengah bengang ni…” Ika kini mula berminat untuk mengetahui masalah Nisa. Matanya kini mulai segar.

” Hah! Aku ada satu idea!” Tempik Ika tiba-tiba. Dia yang tadi khusyuk mendengar masalah Nisa kini mula memberikan buah fikiran.

” Idea? Apa idea kau? Boleh berkesan ke tu?” Nisa sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahuinya. Ika tersenyum lebar.

***

Nisa memicit-micit kepalanya yang sakit lalu merebahkan diri ke katilnya yang sudah berusia lebih kurang lima tahun itu. Alunan musik dari Kenny G yang berkumandang perlahan melalui komputer ribanya langsung tidak mampu untuk menenangkan hati dan perasaannya ketika itu. Hatinya dipaut rasa rindu. Rindu akan layanan Hanif kepadanya satu ketika dulu. Walaupun hubungan mereka masih baru namun itu tidak menjadi penghalang untuknya untuk merindui Hanif . Ah, semua itu salahnya. Otaknya kini ligat memkirkan bagaimana caranya untuk memujuk Hanif namun dia buntu. Sudah bermacam-macam cara dibuatnya namun ianya tidak membuahkan hasil.Untuk kesekian kalinya Nisa mengeluh.Lelaki itu tetap tidak mahu mendengar penjelasannya. Kesalahannya tidak lah sebesar mana pun namun cukup untuk membuatkan hati lelaki itu terluka sedikit. Entah bilakah hati lelaki itu akan lembut.

Nisa memusingkan badannya ke kanan. Entah sudah berapa kali dia betukar posisi namun matanya tidak juga mahu terlelap. Fikirannya masih runsing. Entah kenapa jadi begitu. Dia sendiri tidak mengetahuinya. YA ALLAH, bantulah hambaMu ini. Leraikan lah segala masalah yang hambaMu hadapi ini. Doa Nisa di dalam hati. Dalam hatinya tertanya-tanya apakah yang lelaki itu sedang buat ketika ini. Dia kini sudah tidak mengetahui perkembangan terbaru lelaki itu meskipun dia berjumpa Hanif setiap hari. Hendak bertanya, dia tidak tahu mahu bertanya dengan siapa. Hanif tidak punyai ramai kawan. Izmal kawan rapat Hanif pula sudah macam membenci dirinya. Lelaki itu juga sudah berani memerlinya di depan orang lain manakala Hanif pula hanya mendiamkan diri. Tidak membantah mahupun mengiakan kata-kata Izmal. Ah, dia tidak patut menyalahkan Izmal kerana dia merasakan wajar untuk Izmal berkelakuan sedemikian. Ketukan perlahan di pintu mematikan lamunan Nisa.

“Nisa, boleh aku masuk?” Wajah Ika kelihatan disebalik daun pintu. Nisa mengangguk seraya duduk di tepi katinya. Begitu juga Ika.

” Kau tak dapat tidur?” Ika memulakan perbualan setelah agak lama mendiamkan diri. Nisa hanya menggeleng sambil tersenyum nipis.

“Aku…Aku dah buat keputusan untuk berterus terang dengan Hanif…” Suara Ika kedengaran perlahan. Nisa pantas menggeleng.

” Tak perlu Ika…Ini masalah aku dengan Hanif…”

” Tak Nisa…Masalah engkau,masalah aku juga…Sedikit sebanyak aku juga yang menyebabkan perkara ini berlaku…” Ika mencapai tangan Nisa.

” Esok aku nak jumpa Hanif… Nak berterus-terang dengannya…Aku tak nak kau yang dipersalahkan kerana hal ini…” Kata-kata Ika itu membuatkan Nisa menunduk.

” Habis…Kau fikir aku nak kau yang dipersalahkan? Begitu?” Nisa menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap Ika. Sememangnya dia tidak menyetujui akan rancangan Ika. Dia tak nak Ika terlibat dalam masalah ini. Biarlah dia sendiri yang menanggungnya.

“Ika…Percayalah…Aku tak pernah menyalahkan kau atas segala yang berlaku…” Nisa tersenyum sedikit untuk meyakinkan Ika bahawa dia tidak pernah menyalahkan Ika atas semunya.

” Lagipun…Aku dah buat keputusan untuk pergi ke Australia…” Ika terkejut. Dia sama sekali tidak menyangkan Nisa akan membuat keputusan sedrastik itu.

” Kenapa tiba-tiba? Bukankah kau tak nak ikut keluarga kau ke Australia?” Nisa terdiam. Dia tidak tahu harus memberikan alasan apa untuk Ika.

” Kau nak lari macam tu aje? Kau tak nak pujuk Hanif lagi? Kau nak tinggalkan aku seorang di sini? Gitu?” soalan bertubi-tubi dari Ika membuatkan Nisa jadi serba-salah. Dia meraup wajahnya.

” Aku dah letih Ika…Aku tak tahu macam mana nak pujuk hati Hanif lagi. Mungkin ini saja caranya…Aku rasa lebih baik aku pergi jauh dari hidup Hanif. Kalau kehadiranku hanya akan menyakitkan hatinya aku lebih rela pergi…Biarlah aku menjauhkan diri dari Hanif dulu…” Nisa berkata setelah agak lama mendiamkan diri.

” Menjauhkan diri? Berapa lama? Lima tahun? Sepuluh tahun?” Ika bersuara sedikit sinis. Kali ini dia pula tidak menyetujui akan rancangan kawannya itu.

” Nisa…menjauhkan diri bukanlah jalan yang terbaik… Kalau macam ni sampai bila masalah kau dan Hanif akan berakhir? Lagipun aku percaya,kalau kia terangkan pada Hanif pasal Azlan tentu dia akan faham…” Ika cuba memujuk tapi Nisa hanya menggelengkan kepalanya.
” Ika keputusan aku muktamad…Aku dah pun beritahu papaku tentang keputusanku… Lagipun tak elok libatkan Azlan pula dalam hal ini…Aku kesian kat dia…” Ika mengeluh. Tidak tahu hendak berkata apa lagi. Dia tidak berhak untuk menghalang keputusan Nisa. Mungkin juga kata-kata Nisa betul. Biarlah Hanif menenangkan dirinya dulu. Sekeras-keras hati Hanif, dia tahu yang Hanif masih sayangkan Nisa. Begitu juga Nisa. Biarlah masa yang menentukannya.

” Cuma satu yang aku pinta…Jangan bertahu Hanif tentang hal ini…Bolehkan?” Ika hanya mengangguk setelah agak lama mendiamkan diri. Nisa tersenyum senang.
***

Hanif resah sendiri. Sudah seminggu dia tidak melihat kelibat Nisa. Gadis itu bahkan tidak lagi datang memujuknya seperti selalu. Tulah merajuk lagi. Hatinya mengomel menyalahkan dirinya sendiri.Ke manalah gadis itu menghilang. Kerap-kali juga dia terlihat Ika namun dia tidak berani untuk menegur gadis itu. Ika seperti sengaja menjauhkan diri jika terlihatkan dirinya. Dia bingung namun kata-kata Azlan lebih kurang sebulan yang lalu membuatkan hatinya panas kembali. Entah kenapa dia enggan mendengar penjelasan gadis itu. Yang jelas dia takut, takut akan kehilangan gadis itu. Takut jika apa yang dikatakan Azlan itu benar. Sekurang-kurangnya dia masih boleh melihat gadis itu datang memujuknya tapi kini? Ah, mungkinkah apa yang selama ini ditakutkannya terjadi juga? Hatinya semakin resah kerana bukan sahaja dia tidak melihat kelibat Nisa bahkan Azlan pun sama. Mungkinkah?

“Ika….” Hanif memberanikan diri untuk memanggil nama itu namun gadis itu hanya berlalu tanpa memperdulikan laungannya sebentar tadi.

” Ika…Nantilah dulu…Saya nak cakap sikit dengan awak!” Langkah Ika terhenti. Dia memandang Hanif sambil tersenyum sinis. Tahu pula nak cari aku ya…Bisik Ika dalam hatinya.

“Hmm…Nak apa? Saya nak cepat ni…” kata Ika sedikit kasar.

” Ni…Nisa mana?” Tanya Hanif sedikit tersekat-sekat. Ika tersenyum. Dia memang sudah menjangkakan hal itu.

” Kenapa? Rindu ke?” Dia masih lagi ingin berteka-teki dengan lelaki itu. Rasakan…

” Ika…Tolonglah…Mana Nisa?” Hanif mengulangi soalanya. Nisa terdiam. Patutkah dia memberitahu hal yang sebenarnya?

“Kenapa awak nak cari dia? Bukan kah awak sudah benci dia? Bukankah awak sudah buang dia dari hidup awak?” Pertanyaan Ika membuatkan lidah Hanif kelu. Lelaki itu hanya diam.

“Hei…Kalau bukan sebab Azlan tu sakit…Sudah tentu dia tak buat begitu…Tahu tak?” Hanif terkejut. Dia mengerutkan dahinya.

” Azlan? Sakit? Bila masa pula dia sakit? Apa kaitanya dengan Nisa?” Hanif semakin keliru.

” Ok…Awak nak tahu sangatkan? Baiklah…Saya akan beritahu awak!” Ika mengambil nafas sedalam yang mungkin sebelum memulakan ceritanya.

“Sebenarnya Azlan sakit…Lebih kurang 7 bulan yang lalu, Azlan datang jumpa Nisa…Beritahu yang dia sakit barah paru-paru…” Hanif terkejut. Azlan sakit? Tidak pernah pula Azlan cerita yang dia sakit.Yang dia cakap cuma…

” Selain itu….” Ika berhenti. Tidak tahu sama ada patut meneruskan atau tidak. Dia tidak pasti bagaimana penerimaan Hanif nanti terhadap perkara yang bakal diluahkannya.

” Dia kata…Yang dia suka Nisa…” Ika memandang Hanif. Lelaki itu kelihatan tenang tapi tidak tahulah hatinya macam mana.

“Jadi sebab itulah Nisa memilih Azlan dari aku? Kerana Azlan sakit? Lalu dia memilih untuk bersama Azlan? Begitu?” Hanif berkata perlahan. Hatinya begitu sakit. Hanya kerana Azlan sakit lalu Nisa memilih untuk menerima Azlan tanpa memikirkan perasaannya. Begitu hebatkah Azlan hingga dia kalah tanpa perlu bertarung?

” Tak…Kau dah silap Hanif! Nisa tak pernah terima Azlan mahupun membuang cintanya terhadap kau… Aku yang suruh Nisa tetap temankan Azlan kerana aku tahu Azlan perlukan sokongan masa tu… Aku yang halang Nisa dari berterus terang dengan Azlan yang dia tak cintakan Azlan kerana takut Azlan tidak dapat menerimanya…Aku takut yang Azlan akan buat sesuatu yang bodoh…Mula-mula Nisa juga tidak mahu menerima cadangan aku kerana fikirkan kau…” Ika berhenti seketika sebelum menyambung.

” Kami juga sepakat untuk tidak beritahu kau…Kerana kami tahu hubungan kau dengan Azlan tidak bergitu baik…Kalau kau tahu pasti kau tak setujukan? Lebih-lebih lagi bila mengetahui yang Azlan menyukai Nisa… Kau tak patut salahkan Nisa…Dia ikut saranan aku je…Tapi yang peliknya macam mana kau tahu akan hal Azlan dengan Nisa? Maksud aku macam mana pula kau terfikir yang Nisa sukakan Azlan? Selama ni kami sembunyi-sembunyi je lawat Azlan… Tidak pernah pula kami beritahu siapa-siapa perihal Azlan…” Giliran Ika pula bertanya. Dari dulu lagi dia pelik. Macam mana Hanif boleh terfikir yang cinta Nisa sudah beralih arah? Dia Nampak mereka berjalan berdua ke? Tak mungkin! Setahunya sejak Azlan sakit, lelaki itu tidak lagi datang ke kolej. Ramai menyangka yang Azlan sudah pindah ke kolej lain walhal dia sebenarnya sakit.

” Aku yang beritahu dia…” Ika dan Hanif terkejut. Kelihatan Azlan berjalan perlahan mendekati mereka berdua.

“Azlan…Kau dah boleh keluar ke?” Tanya Ika sedikit pelik. Azlan mengangguk sambil tersenyum.

” Hari ini aku nak berangkat ke Jepun…Nak jumpa mak aku di sana… Aku rasa biarlah aku tinggal dengan mak aku…Sementara aku masih hidup ni…” Azlan berkata perlahan.

” Sebenarnya semua ni berpunca daripada aku… Aku tahu yang Nisa cintakan Hanif tapi api cemburu mengatasi segala-galanya… Malam tu aku ada telefon Hanif dan memberitahu bahawa aku dan Nisa saling mencintai… Yang sebenarnya aku nak mereka berdua putus hubungan dan bolehlah aku mendapatkan Nisa…Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya…Nisa semakin jauh dari aku…” Suara Azlan kedengaran sayu.

” Sebelum Nisa pergi…Aku ada tanyakan pasal Hanif… Dia kata, dia tetap cintakan Hanif walaupun Hanif sekarang sudah membencinya… Dia juga tidak menyalahkan siapa-siapa atas apa yang berlaku…Dia yakin Hanif akan faham suatu hari nanti yang semua itu cuma salah faham…Tapi masa itu aku tak ada kekuatan untuk berterus terang dengan Nisa tentang perbuatan aku…Aku rasa malu…Malu kerana telah menyusahkan orang yang selama ini telah menjaga aku semasa aku sakit…” Setitis air mata Azlan jatuh menandakan bertapa menyesalnya atas perbuatannya. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati Hanif.

” Hanif…maafkan aku atas segala kesalahan aku…Aku menyesal sangat-sangat kerana merosakan hubungan kau berdua…” Hanif hanya mengangguk. Tidak mahu memanjangkan perkara yang sudah berlaku. Yang penting Azlan sudah mengaku akan kesalahannya. Tiba-tiba Hanif tersedar akan sesuatu.

“Eh…Kejap… Azlan kata ‘sebelum Nisa pergi’…Maksudnya apa? Nisa ke mana?” Tanyanya pantas. Azlan terdiam. Begitu juga Ika. Masing-masing membisu seribu bahasa.

***

Nisa menyorong bagasinya sambil mencari-cari kelibat Ika. Hatinya tidak sabar-sabar untuk bertemu Ika. Tiga tahun sudah dia meninggalkan bumi kelahirannya bermakna sudah tiga tahun juga dia tidak melihal wajah Ika, sahabat karibnya itu.

“Nisa…” Tiba-tiba dia terdengar seseorang melaung namanya. Dia memerhati sekeliling, mencari orang yang empunya suara itu. Tiba-tiba dia terpandangkan seseorang. Seseorang yang sudah lama dirinduinya.

” Nisa…Apa khabar?” Hanif memulakan perbualan. Terasa janggal pula bila berdepan dengan Nisa yang kini sudah semakin cantik pada pandangan matanya. Sesungguhnya dalam tempoh tiga tahun ini dia tidak pernah melupakan gadis itu. Dia sering ternanti-nanti bilakah masanya gadis itu akan pulang sehinggalah semalam Ika memberithunya yang Nisa pulang hari ini.

” Baik Alhamdulillah…Ika mana?” Tanya Nisa. Hatinya bedebar-debar bila berdepan dengan Hanif. Lelaki itu sudah berubah kini. Semakin segak dan agak berisi.

” Ika….Dia…” Hanif tidak jadi meneruskan katanya apabila terpandang seorang lelaki yang juga menyorong bagasi memanggil nama Nisa.

” Abang…Kenapa lambat?” Tanya Nisa sedikit manja. Abang? Hanif terkedu. Takkan Nisa dah…

” Oh…Ya…Abang kenalkan…Ini Hanif …Kawan Nisa…” Lelaki itu tersenyum sambil menghulurkan salam.

” Najmi…” Hanif mengangguk sambil tersenyum.

” Hmm…jom lah…Nanti lambat pula sampai rumah…” Kata Nisa memecah kesunyian. Najmi tersenyum. Begitu juga Hanif.

” Marilah saya hantar awak berdua…” Hanif berkata tiba-tiba.

” Eh, tak pe ke?” Najmi menyuarakan kebimbangannya.

” Eh, tak apa… Lagi pun saya dah mohon cuti hari ni…” Kata Hanif bersungguh-sungguh. Nisa hanya tersenyum. Akhirnya mereka bertiga sama-sama melangkah keluar dari lapangan terbang. Sepanjang perjalanan Hanif hanya mendiamkan diri. Hatinya tertanya-tanya sama ada lelaki yang di panggil Nisa ‘abang’ itu hanya abang atau suaminya. Hendak bertanya, macam tak kena aje. Akhirnya hatinya bingung sendiri.

” Kenapa awak nak jumpa saya hari ni?” Nisa bersuara juga akhirnya setelah lama mereka mendiamkan diri.

” Sebenarnya saya…err…Saya…” Hanif tidak tahu bagaimana hendak memulakan pertanyaan yang selama ini membelengunya.

“Awak apa?” Nisa mengerutkan dahinya.

” Er…Si…Siapa sebenarnya Najmi pada awak?” Nah! Akhirnya terpacul juga pertanyaan itu dari mulut Hanif.

” Dia…Suami saya…Kami kahwin lima bulan yang lalu…” Nisa menunduk.Hanif terdiam. Tidak sangka akan kenyataan yang baru didengarnya sebentar tadi. Nampaknya penantiannya selama tiga tahun itu sia-sia belaka. Ah, salahnya juga kerana tidak mencari Nisa di bumi Australia itu.

” Kami kenal dah dua tahun… Abang Najmi memang baik…Bersamanya saya rasa selamat… Tanpa sedar saya sudah jatuh cinta padanya…Saya minta maaf…” Kata-kata Nisa menikam jauh ke hatinya. Sekali lagi dia tewas. Tiba-tiba Hanif bangun dari kerusi yang di dudukinya. Dengan pantas dia melangkah pergi. Dia tidak sanggup lagi mendengar kata-kata Nisa. Hatinya diburu seribu penyesalan. Kalaulah dia mahu mendengar penjelasan Nisa ketika itu mungkin cinta Nisa masih untuknya. Kali ini cinta Nisa memang benar-benar beralih arah. Bukan terhadap Azlan tetapi kepada Najmi. Dia pasrah…Mungkin Nisa bukan untuknya.

***

Setiap kali terkenangkan peristiwa itu hati Hanif di geletek rasa lucu. Dia sudah mampu tersenyum kini. Hatinya terasa begitu lapang. Di rasakan beban yang selama ini membelengunya sudah hilang di telan masa. Dia kembali teringat akan peristiwa yang berlaku kira-kira empat bulan yang lalu…

” Hanif…Awak nak pergi begitu saja ke?” Tanya Nisa. Gadis itu kini sudah berada di depannya. Hanif bingung.

” Habis…Awak nak saya buat macam mana? Nak ucapkan tahniah kepada awak ke? Sudahlah…Biarkan saya sendiri…” Hanif sudah berkira-kira untuk pergi dari situ.

” Awak pasti ke yang dia tu suami saya?” Hanif terdiam. Dia mengerutkan dahinya sedikit. Tidak pasti apa maksud Nisa sebenarnya.

“Awak ni kan selalu sangat percaya cakap orang…Lain kali cubalah siasat dulu…” Nisa kini menunjukan jari manisnya sebelah kanan kepada Hanif. Kosong. Tiada cincin kahwin di situ.

” Dia sebenarnya abang saudara saya… Kebetulan dia balik hari yang sama dengan saya… Jangan risau…Dia dah ada teman wanita…” Nisa tersenyum sambil mengenyitkan matanya.

” Maknanya tadi…Awak main-mainkan saya ya?” Tanya Hanif. Dia masih tidak percaya yang Nisa masih mahu bergurau dengannya saat itu. Hampir sahaja dia kehilangan separuh dari nyawanya atas pengakuan Nisa sebentar tadi. Nisa tidak berkata apa-apa sebaliknya hanya ketawa besar. Rancangannya untuk mengenakan Hanif berjaya.

” Hanif…Awak ni satu pun tidak ada yang berubah… Suka sangat percaya tanpa menyiasat terlebih dahulu…” Hanif hanya tersenyum. Malu pula rasanya bila Nisa begitu mudah mengenakannya.

“Nisa…Kenapa mesti tiga tahun? Lama tau Hanif tunggu…” Hanif menyuarakan pertanyaannya setelah mereka kembali duduk di bangku tempat mereka duduk tadi.

” Nisa nak hukum Hanif… Hanif sendiri yang tak nak layan Nisa…kan? Hanif yang sendiri kata yang Hanif nak lupakan kewujudan Nisa…”

” Maafkan Hanif, Nisa…Hanif tak tahu nak buat apa masa tu..Hanif keliru…Hanif takut akan kehilangan Nisa…Hanif tak sanggup nak hadapinya sedangkan Hanif betul-betul sayangkan Nisa…Cintakan Nisa…” Nisa hanya tersenyum. Dia sudah mengetahui semuanya. Bahkan sudah lama dia mengetahui akan hal yang sebenarnya cuma dia senghaja tidak mahu pulang. Lagipun dia mahu menghabiskan pengajiannya di sana dulu. Cuma berita kematian Azlan yang di terimanya beberapa bulan yang lalu membuatnya sedih. Walauapa pun kesalahan Azlan terhadapnya dia sudah memaafkan semuanya. Lagipun salahnya juga kerana tidak mahu berterus terang pada Hanif terlebih dahulu.

” Nisa…Hanif cintakan Nisa… Sudikah Nisa menjadi penyeri hidup Hanif sampai bila-bila? Sudikah Nisa bersama Hanif disaat susah mahupun senang?” Kali ini Nisa terkedu. Hanif kini sudah bersedia untuk menyarungkan cincin di jari manisnya. Perlahan-lahan dia mengangguk. Setitis air matanya gugur.

“Abang…Kenapa termenung?” Pertanyaan Nisa membuat Hanif tersentak sedikit. Entah sudah berapa lama di berdiri di balkoni bilik mereka. Nisa kini sudah memeluknya dari belakang. Dengan pantas Hanif memusingkan tubuhnya dan memeluk isteri yang baharu sahaja di nikahinya sebulan lalu.Nisa hanya tersenyum.

“Abang…Nisa nak abang tahu yang Nisa sayang sangat kat abang…sampai bila-bila pun abang tetap Nisa sayang…” Hanif tersenyum,membalas pelukan isterinya.

” Sayang..I love you…Abang janji akan jaga Nisa selagi abang masih hidup…Abang tak akan sia-siakan Nisa lagi…Abang tak nak kehilangan Nisa…Nisa lah satu-satunya bagi abang…Cinta dan kasih abang hanya untuk Nisa…Dulu…Sekarang… Dan selama-lamanya…” Setitis air mata Nisa gugur. Bertapa Hanif begitu menyayanginya. Dalam hati dia berdoa agar hidup mereka sentiasa di bawah rahmat ALLAH selalu.

I’ll be loving you forever…
Deep inside my heart you’ll leave me never…
Even if you took my heart and tore it apart…
I would love you still,forever….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: