Cerpen : What!!?

Nama Pena : boy lolita

Sudah lama gadis bernama Umayra berbaring di atas katil. Tenang fikirannya mendengar mainan muzik piano kesukaannya. Tambahan pula segala kerja yang perlu dilakukannya sudah lama selesai. Dia tersenyum sendiri.

‘ Bukankah best kalau lelaki idaman aku mainkan piano spesel untuk aku…,’

Umayra mula berangan-angan. Tetapi dia tahu ia tak akan terjadi kerana dia tak pernah sekalipun bercinta. Walaupun umurnya sudah menginjak 25 tahun!. Dia memang gadis menyedihkan. Tambahan pula mamanya akan menjodohkannya dengan seorang anak Datuk.

Mungkin bagi orang lain merasakan dia cukup bertuah tetapi dia langsung tak rasakan begitu. Mengapa atas dasar perniagaan papa dia harus berkorban. Hatinya telah lama memprotes tetapi ibu bapanya masih tak menyedari. Sungguh menyedihkan.

Umayra takder banyak adik-beradik. Jadi, cuma ada Mak Som, orang gajinya sajalah dia mengadu masalah. Mamanya langsung tak mahu dengar alasan.

——————

” Mama tak mau dengar alasan lagi. Mau tak mau kamu kena kawin dengan anak Datuk Razlan jugak. Mama dengan papa tak kira. Ini untuk future kamu dan bakal company kamu jugak.”

” Tapi mama, Myra tak kenal die….macam mana nak duduk sebumbung, sekatil kalau tak kenal die ma…”

” No more excuse. Muktamad jawapan mama!” mama berpaling daripadanya.

——————–

Umayra tersentak dari lamunannya kerana telefon bimbitnya berbunyi.

” Myra, kenapa lambat pick up fon tu? Ko berangan, erk?” suara rakan baeknya, Nana di corong telefon. Umayra menggaru kepalanya yang tak gatal. Macam mana Nana boleh tahu?

” Takdelah. Ko yang pikir pelik-pelik. Apehal ko tepon aku malam-malam? Ngigau ke?”
Umayra ketawa. Entah apa yang lawaknya. Aneh gadis ini.

” Esok kita window shopping nak tak? Aku boring siot!”

Umayra termangu seketika. Teringat janjinya dengan mama untuk membeli hantaran pengantin. Tetapi tak salahkan beli dengan kawan baek….

” Deal! Pukul baper?”

Dengan gembira Nana membalas, ” 10.30 pagi tau. Aku ambik ko. Jangan ko bangun lewat pulak. Ko tu kena praktis bangun awal. Maklumlah nak dapat room mate baru…” Nana ketawa memerli. Umayra sekadar merengus.

” Aik?! Marah, ke? Jangan marah-marah. Nanti cepat tua. Cik abang bley lari tau…”

” Ko ni kalau tak kacau aku memang tak sah hidup ko, ye! Kena batang hidung ko baru tau” dengan geram Umayra membalas.

” Bagus gak. Dapat anak Datuk tu…..untung hidup aku tau” Nana ketawa lagi. Akhirnya Umayra mengalah.

” Yelah….Yelah…. Aku chouw dulu. Babai…” Umayra memutuskan talian.

Dia kembali semula ke dalam dunianya. Dia leka berangan-angan sehingga terlelap. Bila terlelap entah tak tau.

——————

Nana dengan ceria sekali melangkah masuk ke dalam Mid Valley sedangkan Umayra mempamerkan muka bosan. Bosan kerana asyik ke situ hampir setiap minggu. Nana yang menyedari muka ‘boring’nya Umayra tertanya-tanya.

” Apesal dengan ko ni? Buat muka 10 sen pulak. Kita datang ni nak lepas tension. Bukannya nak boring-boring,” Umayra sekadar mengangkat bahu.

” Ko tak boring ke hampir tiap-tiap minggu kita ke sini? Asyik-asyik tengok pemandangan yang sama jer…..?” katanya sambil berjalan ke arah eskelator. Dari belakang Nana hanya menurut.

Nana menggeleng. Selama ini Umayra cukup suka ‘window shopping’ di situ. Tetapi kenapa hari ini Umayra boleh ‘boring’ pula. Nana menggaru kepalanya.

” Apa-apa jerlah. Ko tunggu kat atas. Aku nak beli ais krim kat situ,” Nana pun melangkah pergi.

Umayra berjalan-jalan ingin mencuci mata. Tiba-tiba barulah dia tersedar bahawa butik pakaian yang sering dia kunjungi telah bertukar kepada kedai alatan muzik. Seperti ada tarikan yang telah menariknya untuk masuk ke dalam.

Biola, harmonika dan gitar klasik ditatapinya lama. Kagum betul dengan alatan muzik itu. Petikan muzik piano tiba-tiba diperdengarkan. Tersentak dirinya daripada pemerhatiannya.

Matanya meliar mencari punca muzik itu. Kedai yang cukup besar dan agak terselindung menyebabkan dia sukar mencari punca muzik itu. Itu muzik kesukaannya, Endless Love dipetik daripada drama korea Autumn In My Heart.

Sekian lama dia tercari-cari barulah dia terjumpa gerangan yang memainkan muzik itu. Seorang jejaka yang sungguh kacak sedang memetik piano. Umayra terpegun seketika sambil menghayati muzik itu hingga ke akhirnya. Dia leka sehinggakan tidak sedar muzik sudah lama terhenti.

” Asyik betul awak dengan muzik yang saya mainkan tu!” jejaka itu menyapa. Umayra tersentak.

Mata mereka bertembung lama. Tiada siapa antara mereka mengalihkan pandangan itu. Umayra tersedar bahawa dia telah merenung jejaka itu lama.

” Saya Umayra.” Dia menghulurkan salam perkenalan.

” Haziq,”

Tangan mereka bertaut. Umayra tersenyum manis. Aik! sejak bila Umayra menjadi seorang yang manis?

” Awak ke yang mainkan muzik tu?” Alahai….sudah terang nak lagi bersuluh!

Haziq ketawa, ” habis tu saper lagi? Yang tadi awak tengok saya memetik piano takkan awak tak perasan?”

Umayra malu sendiri.

” Meh saya bawa awak keliling kedai saya ni. Lagipun awakkan pelanggan saya,” tawar Haziq ramah. Umayra menggeleng.

” Taklah. Saya bukan nak beli pun. Cuma saja saya nak tinjau-tinjau. Kedai ni gantikan butik dulu ke?”

Haziq menggangguk, ” em… diaorang jualkan tapak ni. Saya ambillah. Baru lagi kedai ni…nama kedai pun tak decide lagi.”

Umayra melemparkan senyuman. Ternyata pemuda ini cukup gigih membuka kedai alatan muzik memandangkan risikonya besar. Dia menuruti langkah Haziq dari belakang. Sambil berjalan sambil itu juga Haziq menerangkan tentang alatan muzik.

Umayra memandang Haziq kagum. Haziq mempunyai pengetahuan yang agak luas tentang alatan muzik. Tanpa dia sedari sudah 30 minit dia bersama Haziq dalam kedai muzik itu. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi.

” Hello….” Umayra menyapa.

” Hantu ko Myra. Aku dah tunggu ko lama ni. Ko pegi mana? Dah naik kematu dah kaki aku ni. Kalau ko tak datang dalam masa 10 minit, aku tak mau teman ko beli hantaran, tau!” Nana cuba mengugut lantas mematikan telefon.

Umayra serba salah untuk tinggalkan kedai alatan muzik itu.

” Haziq, saya kena pergi dululah. Kawan saya dah call ni,” Haziq menggangguk manis dan melambai kepadanya.

—————–

Umayra penat mendengar leteran mama. Semuanya serba tak kena apatah lagi gara-gara aduan Nana kepada mama. Tega juga Nana me’report’kan pada mama tentang perkenalannya dengan Haziq.

Dia berbaring di atas katil setelah memasang muzik petikan piano. Tenang rasanya. Tetapi dalam diam dia terfikir mengapalah Nana selalu mencari ‘pasal’ dengannya. Nak kena betul minah itu. Macam manalah dia boleh ada kawan macam itu…..

————-

” Oooo….. sekarang ni, kamu dah pandai menggatal, ye!” kata mama dengan lantang. Dahinya Umayra berkerut.

” Bila pulak Myra menggatal nih…. Saper yang gtau mama nih..Ish..Ish..Ish..” dia menggeleng kepalanya. Saperlah yang bawa cerita,ni?

” Macam mana mama tahu toksah kamu nak menyibuk. Macamlah mama tak tahu apa yang kamu buat di luar! Spy mama kata kamu bukan main mesra dengan kawan laki baru. Ooooo…. Cepat sungguh kamu percaya kat die,” mama mencekak pinggang. ” Mana mama dan papa nak letak muka kalau jadi apa-apa dekat kamu? Terlanjur, ke?”

Umayra tersentak. Tuduhan mama terlalu melampau. Walaupun dia suka berkawan dengan lelaki, tak pernah dia membuat perkara tak baek. Dalam hati, dia merintih.

” Sudahlah mama. Myra penat. Myra nak tido…..” Umayra melangkah pergi. Satu persatu anak tangga dinaikinya. Lemah longlai langkahnya sebijik macam tak makan seminggu.

Dari jauh, mama memerhati. Sakit hati betul dengan anak dara sorang ini. Sudahlah nak kahwin tetapi perangai macam budak-budak. Bukan senang nak jaga anak dara. Baek jaga sekandang kambing. E..Eheh! Kenapa pula nak dibandingkan dengan kambing?

—————

Dicapainya bantal lalu ditekup mukanya. Tanpa disedari, air matanya mengalir bak gunung berapi yang memuntahkan laharnya. Umayra jarang menangis tetapi tuduhan mama yang cukup mengguriskan hatinya tak dapat ditelan mati.

‘ Kejam ko Nana! Takpe-takpe ada ubi ada batas!’

Hampir luruh jantungnya apabila pintu biliknya diketuk kuat. Fuh…nasiblah tak kena ‘heart attack’. Baru saja nak melayan perasaan (cewah!) ada saja makhluk tuhan yang men’kacau’. Dia merengus lalu mengesatkan air mata.

Umayra sempat lagi mencapai bedak ‘compact’ lalu ditempeknya di bawah mata. Bukan untuk melawa. Cuma nak hilangkan kesan sembap pada bawah mata. Kemudiannya dia membuka pintu.

” Adape Mak Som?”

“Okey ke nih? Mak Som tengok lebam jer mata tu…. Teriak erk!” dengan loghat utaranya Mak Som bertanya.

” Em…Okey jerlah. Myrakan dah besa. Ini Myralah, si iron lady yang kebal. Don’t weri Mak Som”

Mak Som tersenyum. Tiba-tiba saja pandangannya menjadi gelap. Badannya terhuyung-hayang dan….

————-

Cahaya putih menyilaukan mata. Aduh! Kepalanya terasa berat betul. Terasa seseorang sedang memangku dan mengusap rambutnya. Dia cuba tatapi dengan lebih jelas.

Haziq!! Dia terbangun.

” Macam mana awak bley pangku kepala saya? Saya di mana nih?” tanya Umayra cemas.

Otaknya sudah terfikir bukan-bukan. Dia lantas memandang bajunya. Tak tertanggal, bahkan masih elok lagi. Renyuk pun tak!

” Awak tiba-tiba pengsan di taman tadi. Awak tak cukup tido,erk?”

” Saya? Taman? Sejak bila saya di taman? Bukan ke saya masih di rumah?” Dahi Haziq berkerut.

” Baru tiga puluh minit kita jumpa awak bley lupa? Awak ada amnesia, ke?” Haziq tersenyum ‘macho’ ” Peliklah awak nih….”
Uamyra tersengih. Baru dia teringat. Dia berjumpa dengan Haziq untuk melepaskan ‘tension’ gara-gara kes semalam hingga tak cukup tidur. Alih-alih ‘terpaksa’ juga dia tidur dalam pangkuan Haziq. Wakaka!

” Awak ni berat juga, ye. Nampak jer slim tapi bila angkat, mak aih…..berat giler”

” Mana ade. Saya selalu exerciselah”

” Yelah tu….Eh, awak! Awak nak tak…..” sengaja Haziq biarkan ayatnya tergantung.

” Apa!”

” Saya mainkan piano dekat awak. Awak kata dulu, piano bley mendamaikan”

Umayra gembira. Ternyata Haziq betul-betul memahami berbanding yang lain. Dia segera menggangguk.

Seketika kemudian,

Mainan piano didendangkan Haziq cukup membuatkan dia hampir terlena. Mujur Haziq tak tahu. Kalau tak, pasti Haziq merajuk. E..ehh, besar pun nak merajuk.

Haziq memainkan dengan indah sekali. Bait-bait muzik yang dimainkan diikuti dengan jelas. Tersengguk-sengguk Umayra. Lantas, Umayra menepuk bahu Haziq tanda berhenti. Tiba-tiba,

‘ Kurr..kurr…’ perut Umayra melalak merdu.

” Ops, sorry! Saya laparlah. Jom gi makan kat food court,” Haziq menggangguk lalu menunjukkan ‘thumb up’.

Mereka berjalan beriringan ke ‘food court’ di dalam Mid Valley. Tanpa disedari, mereka diperhatikan dari jauh.

” Bagus! Misi berjaya”

—————-

Sebulan kemudian,

Hatinya mula memprotes hebat. Sekejap lagi dia akan diserahkan kepada orang lain. Kelak, dia bukan lagi tanggungan mama dan papa. Terasa seperti bola lah pula dipas-pas.

Bibirnya yang merah bak delima disentap geram. Wajahnya langsung tak mempamerkan apa-apa reaksi walaupun ramai yang kuat mengusiknya. Mak andam pula sibuk nak ‘make-up’nya. Dia rimas dengan semua itu.

” Okey, siap! Cantik giler…..macam puteri kayangan,” puji mak andam. Sengaja dia memaniskan muka.

Umayra memandang ke arah luar tingkap yang dibuka luas sedepa. Pandangannya beralih ke arah katil yang dihias antik. Tiba-tiba dia mendapat idea gila.

” Bley tak korang suma keluar…. I nak sendiri jap,” pintanya kepada semua tetamu dalam bilik.

Satu persatu tetamu keluar sambil berbisik-bisik. Apa nak dibuatnya? Setelah dia pastikan semuanya selamat, cepat-cepat dia mencapai selimut dan mengikat mati sebanyak empat ikatan. Kemudiannya diikatnya pada tiang katil lalu melemparkan ke luar tingkap.

” Mama cabar Myra, erk! ” dia tersenyum jahat.

Perlahan-lahan dia menuruni menggunakan selimut itu. Aksinya sebijik macam cerita Mya Zara di kaca tv. Umayra pun memang peminat drama leleh itu. Banyak kali diulangnya.

Susah betul dia menuruni mengikut selimut itu. Tambah lagi, biliknya di tingkat tiga. Pakaian pengantinnya yang sendat lagi mengetatkan membuatkan dia lagi susah bergerak lasak. Kalau diikutkan mahu saja dia bernikah berpakaiannya baju dan seluar. Senang cerita.

Akhirnya sampai juga di atas tanah. Dia tersenyum bangga. Tak sangka gadis kota sepertinya boleh berlagak seperti kera. Walaupun dalam kekalutan, telefon bimbitnya tak lupa dibawa. Lantas dia menelefon Haziq.

” Hello Haziq. Ni saya ni. Awak di mana?”

” Saya ada kat Mont Kiara nih. Apesal? Rindu ke?”

” Bley tolong ambik saya dekat bus stop yang dekat dengan rumah saya tu? Important ni” dalam diam dia berharap.

Haziq terkejut, ” Bukan ke awak nak nikah hari ni?”

” Awak ni, janganlah banyak tanya. Just ambik saya. Saya tunggu tau!”

Umayra mematikan talian. Kini dia bersiap sedia untuk berlari pula. Lantas, dia menyelak gaun pengantinnya separas betis lalu berlari keluar mengikut pintu pagar belakang. Mujur, tiada sesiapa di situ. Dengan ala-ala pelari pecut wanita, dia berlari ke arah bus stop. Kalau ditengok dari jauh, persis seperti orang gila. Yalah, ada ke orang berlari memakai gaun pengantin.

Dari jauh, dia sudah terlihat kereta hitam milik Haziq. Dia tersenyum dan kemudiannya memasuki kereta itu. Tiba-tiba dahinya berkerut.

” Pak Mat! Macam mana Pak Mat di sini?”

Rahang Umayra hampir terjatuh. Pak Mat, pemandu ayahnya berada di dalam kereta Haziq! Dia seakan-akan tak percaya.

” Yelah, Pak Matlah. Oooo…nak lari, ye! Nasib baek Haziq pesan pada Pak Mat untuk standby dekat bus stop ni,”

Umayra terkejut. Arahan Haziq?! Apa hak Haziq masuk campur urusannya! Dia merengus dan bersedia untuk keluar. Pak Mat mengunci pintu kereta secara automatik.

” Pak Mat! Bukak pintu ni! Saya nak pegi”

” Tak boleh!” tegas Pak Mat sambil menggeleng.

” Apesal pulak? Pak Mat takde hak nak larang saya. Lagipun takkan Pak Mat nak saya kawin laki yang entah saper!”

Pak Mat memulakan pemanduannya tanpa mempamerkan sebarang reaksi. Umayra hampir menangis. Inikah pengakhiran hidupku? Dia terfikir. Siapa lelaki yang begitu malang mendapatkan Umayra? Persoalan itu tidak terjawab hingga kini.

Pak Mat dengan tenang terus memandu memasuki ke sebuah masjid, tempat berlangsungnya akad nikah.

” Turunlah….jangan lari tau. Bodyguard papa kamu banyak tu,”

Umayra keluar dari kereta. Tiba-tiba tangannya dipaut lantas dicubit. Umayra berpaling. Mama!!

” Ooo…anak mama nak lari,ye! Jangan nak mengada-ada. Bukannya mama nak kawinkan kamu dengan orang jahat, ke. Anak datuk pulak tu!” dengan pantas, mama menariknya masuk ke dalam masjid.

————–

” Aku terima nikahnya Nur Umayra bt. Abdullah dengan mas kahwinnya RM80 dibayar tunai,”sekali lafaz sahaja pengantin lelaki itu. Suara itu menyebabkan diri Umayra terasa kosong. Pandangannya kosong, hatinya kosong dan jiwanya kosong.

Tanpa disedari, air matanya laju mengalir. Dirinya bukan lagi tanggungjawab mama dan papa bahkan diserahkan kepada suami barunya. Kelihatan orang di sekelilingnya berbisik-bisik senang. Dalam diam, mereka mengusik pengantin perempuan merangkap Umayra. Seronoklah tu! Fikir mereka…

Tetapi apa yang mereka tahu tentang hatinya. Umayra tak mahu memperlihatkan dirinya lemah lantas mengesat air mata. Sehingga sekarang dia masih belum pernah melihat batang hidung suaminya itu. Hatinya tiba-tiba gubra. Siapakah suaminya? Gemuk atau kurus? Kacak atau hodoh? Jangan-janagn hodoh. Hatinya berdoa dijauhi semua itu.

Langsir berona kuning cair di hadapannya membataskannya melihat upacara akad nikah itu. Badannya mula berpeluh. Tiba-tiba langsir itu terselak. Umayra tertunduk ke lantai kerana tak sanggup berhadapan saat itu.

” Hulurlah tangan. Suami nak sarung cincin tu!” tegas mama. Hatinya mula kecut.

Tangannya terketar-ketar menghulurkan. Sejuk rasanya. Air matanya menitis lagi tatkala cincin yang bertatahkan berlian itu selamat disarungkan. Dengan terpaksa dia merelakan suaminya mengucup dahinya. Tetapi dia masih tak sanggup menatap wajah suaminya. Dengan kiraan satu, dua, tiga, dia mula mengangkat muka.

” What!!!? Awak, Haziq!” suaranya bergema seluruh masjid. Semua penonton tercengang melihatnya sedangkan Haziq tersenyum manis. Tiba-tiba pandangannya menjadi gelap dan berpinar-pinar dan akhirnya dia……………

P/S: Amacam?? Okey tak?? Jangan segan2 untuk memberikan komen anda………

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: