Novel : Antara Benci dan Rindu 36

Nama Pena : Ida Farisya

“Abang Rizal!” Panggil Nina sebaik sahaja kami keluar dari kamar tidur. Aku sudah terasa menggeletar seluruh seluruh badan. Terasa tidak terpanggung kepalaku untuk memandang ke depan. Hanya lantai menjadi tempat persinggahan mataku.
Suara-suara bising antara Yusrizal dan beberapa orang pekerja hotel tadi senyap tiba-tiba. Tentu mereka sedang memerhatiku. Apa reaksi mereka aku tidak tahu kerana mataku tidak disitu. Yang aku tahu hanya menunduk. Terasa amat segan dengan penampilanku ini.
“Macam mana abang? Cantik tak Kak Ifa?”
“Cantik. Cantik sangat!!” Tubuhku semakin bergegar apabila terdengar suara Yusrizal yang terlalu dekat. Tahulah aku bahawa suamiku itu sudah berdiri dihadapanku. Semakin ghairahlah mataku memandang lantai. Bukan tidak berkeinginan untuk menempatkan mataku pada wajah kacak suamiku, tapi aku takut!
Tiba-tiba aku terasa ada sesuatu dibawah dagu dan memaksa wajahku mendongak. Walaupun keberatan aku menurut jua. Merelakan pandangan mataku berbalas dengan renungan mata suamiku. Pada waktu itu sedarlah aku bahawa hanya kami berdua sahaja yang tinggal di dalam suite ini. Entah bila Nina dan teman-temannya meninggalkan kami aku tidak tahu. Itulah akibatnya jika terlalu asyik memandang lantai.
“You\’re so beautiful honey,” ujar Yusrizal dengan nada yang cukup perlahan dan menggoda. Matanya pula memandangku dari atas ke bawah. Seram sejuk aku dibuatnya.
“Kenapa ni? Diam je. Tak suka?”
“Tak, bukan macam tu. Saya cuma tak selesa dengan pakaian macam ni. Macam seksi sangat,” terangku. Yusrizal kelihatan tersengih.
“Tak salahkan seksi depan suami? Dapat pahala lagi. Abang suka tengok Ifa pakai macam ni.”
Memanglah! Lelaki mana yang tidak suka dengan perempuan seksi. Apatah lagi yang tampil seksi itu adalah isterinya sendiri. Sedangkan aku pula yang serba-salah kerana rasa tidak selesa bila berhadapan dengan renungan nakal dan liar suamiku itu.
“Abang faham perasaan Ifa. Tak biasa lagi memanglah macam tu. Bila dah biasa nanti, tak pakai baju pun tak ada masalah dah,” kata Yusrizal dengan selambanya sambil menjungkitkan keningnya. Terbeliak mataku mendengarnya. Pantas perutnya kucubit.
“Aduh, sayang! Pantang cakap sikit mesti kena cubit. Adik beradik ketam batu betullah Ifa ni.”
Aku ternganga. “Apa awak cakap?” Sesekali lagi tanganku cuba mencari sasaran. Tapi Yusrizal lebih pantas bertindak. Jemariku digenggamnya erat. Aku cuba menarik tanganku kembali. Tapi tidak berjaya. Sekali lagi aku mencuba. Namun masih jua tidak berhasil. Yusrizal tersenyum nakal. Lalu tanganku di bawa ke bibirnya. Aku tertunduk malu.
“Malu lagi?” Sekali lagi wajahku didongakkan. “Abang suka tengok Ifa malu-malu macam ni. Nampak cute sangat. Rasa macam nak cium-cium aje pipi tu.”
“Rizal……” Wajahku semakin memerah bila diusik begitu. Terus tubuhku dipusing membelakanginya. Tidak terpandang wajahnya saat ini. Aku benar-benar malu. Sudahlah segan dengan penampilan seksiku ini. Ditambah pula dengan usikan suamiku, makin membuatkan aku tidak senang duduk. Namun, jauh disudut hatiku ada bunga-bunga indah sudah mula berputik.
Yusrizal tidak menunggu lama untuk memujukku. Tubuhku dipeluk erat dari belakang. Dagunya diletakkan di bahuku yang tidak beralas. Saat itu dadaku bergetar hebat.
“Merajuk ke?” Aku menggelengkan kepala. Menafikan!
“Habis tu kalau tak merajuk kenapa tak nak tengok muka abang ni? Tak baik tahu tarik muncung macam tu depan suami.”
“Yang awak tu tak habis-habis nak kenakan saya, elok sangatlah tu?” Balasku dengan nada merajuk. Dalam masa yang sama aku cuba melepaskan lingkaran tangannya yang erat di pinggangku. Tetapi Yusrizal tidak membenarkan. Hatiku resah bila diperlakukan begitu. Ditambah pula hembusan nafasnya di leherku terasa begitu menggoda. Kalau berterusan begini, aku bimbang gelora hatiku tidak dapat ditahan lagi.
“Okaylah. Abang minta maaf. Janji tak buat lagi. Tapi esok lusa tak tahulah.” Yusrizal ketawa kecil lewat kata-katanya.
“Tengok tu!” Bentakku.
“Okay, okay. Kali ni abang serius.” Yusrizal memusing tubuhku menghadapnya. “Jangan merajuk okay? Malam ni kan birthday Ifa. Sepatutnya Ifa kenalah senyum. Tak nak masam-masam macam ni. Tak comel dah,” ujar Yusrizal sambil jemarinya bermain-main dengan rambutku yang berjuntai di dahi. Aku hanya membiarkan sambil mataku tidak lepas dari wajah kacak suamiku itu. Entah mengapa malam ini Yusrizal kelihatan lebih kacak dari sebelumnya. Aku tidak tahu kenapa. Dia nampak bergaya sekali dengan T-Shirt putih di dalam dan berkot warna senada dengan dress yang kupakai.
“Come honey. I want to show you something.” Tanganku ditarik menuju ke meja makan yang telah dihias cantik. Sudah tentu hasil tangan pekerja-pekerja hotel yang bersama Yusrizal di luar tadi. Sekali lagi aku terharu.
“Here honey, your favourite. Chicken chop!” Aku memerhati hidangan di atas meja. Tidak banyak makanan yang ditempah Yusrizal. Yang ada hanyalah sepinggan Chicken Chop, Mushroom Soup dan juga minuman. Tidak dilupakan kek yang sudah pun tinggal separuh. Mingkin telah dibahagikan kepada pekerja-pekerja hotel tadi.
“Thanks Rizal, sebab susah-susah buat suprise untuk saya.” Ucapan terima kasih untuk kali yang kedua aku lafazkan. Sesungguhnya aku amat berhargainya.
“Thanks aje?” Yusrizal bertanya sambil tersenyum sumbing. Dari senyumannya aku sudah dapat mengagak bahawa dia punya maksud tersirat.
“Habis tu?”
“Tak ada hadiah apa-apa ke?”
“Hadiah apa-apa tu apa?” Aku bertanya bingung.
Tiba-tiba Yusrizal menghulurkan pipinya kepadaku. Aku serba-salah hendak menunaikannya. Tapi itulah jua yang dipinta suamiku tanda aku menghargai kesungguhannya menyediakan semua ini. Lalu, bibirku singgah di kedua belah pipinya.
Yusrizal tersenyum senang sebaik hajatnya kupenuhi. “Thanks honey.”
Kemudian dia bergerak ke kerusi dan ditariknya untukku. Tanpa banyak soal aku pun duduk. Terasa seperti seorang puteri saja bila dilayan begitu.
“Okay, dah boleh makan.”
Kami makan ditemani alunan muzik yang begitu merdu. Menjadikan suasana begitu romantis sekali. Tiada suara yang keluar baik dariku atau pun Yusrizal. Masing-masing hanya menumpukan perhatian pada hidangan di depan mata. Namun begitu, mataku sempat mengesan pandangan tajam Yusrizal terhadapku. Segan aku dibuatnya.
“Janganlah pandang saya macam tu Rizal. Saya seganlah.”
Yusrizal sedikit tersentak dengan teguranku. Mungkin tidak menyangka yang aku sedar akan perlakuannya itu. “Aii, takkan nak pandang isteri sendiri pun salah?”
“Memanglah tak salah. Tapi cara awak pandang saya tu lain macam aje.”
“Lain macam apa pulak? Abang cuma menikmati keindahan ciptaan Tuhan saja,” balasnya tidak mahu mengalah. Aku tahu walau beribu kali aku menegur, Yusrizal akan tetap begitu. Lalu, aku hanya mengambil langkah tidak kisah walaupun hakikatnya jantungku berdetak kencang.
Selesai makan Yusrizal mengajak aku menari pula. Pada mulanya aku menggeleng tidak mahu. Tidak pernah aku menari bersama lelaki.
“Tak naklah.”
“Laa..kenapa?”
“Saya…saya…tak pandai menari.” Alasan yang kukira agak kuat juga. Berharap suamiku itu memahaminya dan tidak mengajakku menari lagi. Namun, harapanku hanya tinggal harapan. Yusrizal tetap berkeras.
“Tak pandai menari tak apa. Abang boleh ajarkan. Come.” Tanganku sudah ditariknya. Aku tidak punya pilihan melainkan hanya menurut.
Aku berdiri kaku dihadapannya kerana tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku langsung tidak punya pengalaman menari berpasangan. Yusrizal yang memahami, lantas mencapai kedua belah tanganku dan melingkarkan di lehernya. Kemudian tangannya mencapai pinggangku lalu ditarik rapat ke tubuhnya. Tidak berapa lama kemudian tubuhku dan tubuhnya digerakkan mengikuti alunan muzik. Agak pincang sedikit gerakanku pada pertama kali. Tapi lama kelamaan tarianku sudah semakin baik.
“See? Tak susahkan sayang?”
Aku hanya tersenyum. Tarian slow begini memang tidak sesukar yang aku bayangkan. Namun, yang sukar sekarang ialah jarak wajahku yang tidak sampai sejengkal dengan wajahnya. Hingga hembusan nafasnya yang hangat menampar-nampar wajahku. Denyutan jantungku juga sudah tidak menentu. Aku tidak berani menentang pandangannya. Seperti biasa pandangan mataku direndahkan.
“Sayang?” Panggil suamiku. Aku mengangkat wajah. “Abang bahagia sangat malam ni. Abang macam tak percaya. Yang berada dalam pelukan abang sekarang ni adalah isteri abang sendiri. Sudah lama nantikan saat-saat macam ni sayang. Terima kasih,” ucap Yusrizal.
“Sepatutnya saya yang mengucapkan terima kasih pada awak Rizal sebab dah susah-susah sediakan semua ni untuk saya.”
“Sayang suka?”
Aku menganggukkan kepala. “Suka sangat,” jawabku jujur. “Tapi kenapa awak sanggup bersusah-susah macam ni, Rizal? Sedangkan ucapan selamat hari lahir juga sudah lebih dari cukup pada saya.”
“Ifa nak tahu kenapa?” Sekali lagi kepalaku diangguk seperti burung belatuk. “Because I love you! So much!” Aku sedikit tersentak. Bukan tidak pernah aku mendengar ungkapan sebegitu keluar dari mulutnya. Sudah kerap kali. Tapi entah mengapa ungkapan cintanya kali ini begitu mengusik jiwa. Serta-merta tarian kami terhenti.
“Demi cinta itu abang sanggup lakukan apa saja untuk membahagiakan sayang. Cukuplah abang mensia-siakan sayang dulu. Abang tak mahu melakukan kesilapan yang sama. cukuplah sekali. I love you so much!”
Duniaku seakan melayang-layang entah ke mana bila mendengar luahan rasa suamiku itu. Lidahku kelu. Tidak mampu berkata apa-apa. Hanya mataku yang terus menyelam ke dasar anak mata milik Yusrizal. Cuba mencari-cari keikhlasan dari ucapannya itu.
Tiba-tiba aku terasa bibirku disentuh hangat. Lama sekali. Saat itu tubuhku seperti patung yang tidak bernyawa. Hanya mampu membiarkan sentuhan itu. Tapi lama-kelamaan aku merasa sentuhan itu semakin menyesakkan jiwaku. Entah kuasa apa yang merasukk sehingga menyebabkan bibirku turut memberi tindakbalas. Makin membuatkan Yusrizal berani. Tanpa melepaskan bibirku, tubuhku yang sedikit menjauh ditarik rapat ke tubuhnya lalu dipeluk erat. Tanganku pula kembali merangkul lehernya. Segenap pelosok bibirku dijamahnya. Dan aku juga melakukan perkara yang sama.
Namun keasyikan itu tidak lama bila tiba-tiba aku tersedar. Mata yang terpejam kembali membulat. Pantas aku menolak keras dada Yusrizal menjauhiku.
“Kenapa sayang?” Yusrizal bertanya, kebingungan.
Aku tidak mempedulikan pertanyaannya. Perasaan keliru dan kesal benar-benar menyelubungi hatiku. Tanpa menunggu lama aku berlari mendapatkan kamar tidur. Tapi suamiku lebih pantas. Lenganku disambarnya dan menyebabkan langkah kakiku mati.
“Rizal please, lepaskan saya.”
“Tak, abang takkan lepaskan Ifa lagi. Ifa hak abang.”
“Tolonglah Rizal, saya merayu pada awak. Lepaskan saya.”
“Say you love me.”
“No, I don\’t!”
“I know you love me.”
“No!” Aku masih cuba melepaskan cengkaman tangannya di lenganku. Namun, aku tidak berdaya.
“You love me! You need me!” Pekik Yusrizal.
“No!”
“Kalau Ifa tak cinta dan perlukan abang, habis yang tadi tu apa? Bukankah ciuman tu bermakna Ifa perlukan abang?”
“Tak, saya tak perlukan awak!”
Tanganku direntap kasar sehingga menyebabkan tubuhku terlontar di dalam pelukannya. Aku cuba menolak dadanya menjauhi tubuhku. Enggan diriku dipeluk erat begitu.
“Rizal, let me go!”
Yusrizal memegang kedua belah pipiku, kasar. “Say you love me!”
“No! Saya tak cintakan awak!” Aku turut memekik. Tiba-tiba Yusrizal menjamah rakus bibirku. Sehingga membuatkan aku lemas sendiri. Akhirnya tubuhku terkulai layu dalam pelukan hangat suamiku. Aku menangis teresak-esak di dadanya. Dengan penuh kasih sayang Yusrizal membelai-belai rambutku yang mengurai.
“Abang tahu Ifa cintakan abang sayang. Tolonglah jangan menafikannya lagi. Tolong jangan siksa perasaan abang lagi, sayang. Please say you love me.”
“I love you Rizal. I love you so much.” Akhirnya keluar juga ungkapan keramat itu dari mulutku. Sesuatu yang terlalu sukar untuk aku ungkapkan. Biarlah! Aku pun sudah tidak mampu menanggungnya lagi.
Yusrizal yang mendengarnya pantas memegang kedua belah pipiku. Memaksa mataku menentang matanya.
“Betul ke ni sayang? Abang tak silap dengarkan?”
Aku menggelengkan kepala. Aku memang cintakan dia. Dan aku harus kuat untuk melafazkannya. Biarlah aku merendahkan egoku hari ini supaya aku tidak kehilangannya di kemudian hari. Perlahan-lahan bibir Yusrizal mengukir senyuman. Dan wajahnya berubah ceria. Pantas tubuhku dibawa ke dalam pelukannya. Wajahku dikucup bertalu-talu.
“Ohh Ifa, I love you too. I love you so much!”
Aku membalas pelukannya erat. Terasa tidak mahu dilepaskan lagi. Aku bahagia berada di dalam pelukan ini. Aku tidak mahu rasa bahagia ini dibawa pergi dariku lagi.
“Tolong jangan tinggalkan saya lagi Rizal. Saya tak sanggup nak menghadapinya lagi. Cukuplah sekali,” ujarku dalam tangisan.
“Tak sayang, abang takkan tinggalkan Ifa lagi. Ifa milik abang selamanya. Terima kasih sayang kerana mengucapkannya.”
Perlahan-lahan Yusrizal merenggang tubuh kami. Aku memandangnya hairan. Sedangkan lelaki itu hanya tersenyum manis. Ibu jarinya pula mengesat air mata yang masih bersisa di pipiku.
Sekali lagi bibirku dikucup mesra. Aku sudah mengelak lagi. Malah aku turut membalasnya. Merasa betapa manisnya dua bibir bertaut dengan hati yang rela dalam ikatan yang sah. Aku benar-benar merelakan. Dan aku juga turut merelakan bila tiba-tiba tubuhku didukung dan dibawa ke kamar. Tuntutan janjiku pada Yang Esa sudah menjelma. Dan aku dengan rela hati akan menunaikannya. Malam itu benar-benar meninggalkan kesan yang tidak akan aku lupakan ke akhir hayatku. ‘Malam pertama’ku bersama suami yang kucintai.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: