Novel : Gila Kau 30

Nama Pena : Dia Adila @ Dyadila

Pagi ini dia memilih untuk berehat di rumah. Lagipun dia sudah mengambil dua orang pekerja baru untuk butiknya. Kerja semakin ringan tapi butiknya itu perlu dipantau juga setiap hari. Malah hari cuti macam ni lebih ramai yang akan masuk ke Laifa butik. Intan menghidu udara yang nyaman, tumbuhan hijau yang memenuhi tamannya mambuatkan dia lebih segar.

‘yang kau sayang..sayang padamu . yang kau puja yang kau sayang bukan diriku’ suara nyanyian itu membuatkan shah semakin merapatkan dirinya ke pagar pemisah antara rumahnya dengan jiran kesayangan maknya.

“haiii lama tak nampak sedap suara” Intan berpaling. Dia kenal suara itu. Rindu pulak dia pada suara itu. Rindu? Hishhh..

“laaa…kan bagus kalau awak tak nampak saya mesti hidup awak lebih amankan”

“ni yang aku suka pasal kau..tahu je apa yang bermain di kepala hotak aku ni” shah kelihatan santai hari ini. Maklumlah hari ahad.

Intan mencebik, mamat poyo ni sengaja nak kenakan dia. Ada saja nak cari pasal pagi-pagi. Intan berjalan perlahan perlahan menuju ke pagarnya membuka peti surat. Beberapa keping surat ditarik keluar.

“amboii banyaknya surat” Intan membiarkan saja suara itu tanpa mengendahkannya.

“Intan” Mak Siti memanggil dari pintu rumah. Dapat dilihat wanita itu dengan jelas melambai-lambai ke arahnya.

“ya Mak Siti”

“Mari masuk rumah Makan mee goreng special”

“ehhh tak apalah mak Siti Intan dah sarapan”

“makan apa?” shah hanya memandang Maknya dan Intan yang berbual tanpa menghiraukan dia ada di situ.

“rotilah tu” teka Mak Siti apabila Intan terdiam lama.

“dah mari sini, mana eloknya makan roti tu tak kenyang langsung”

Intan tak dapat menolak permintaan Mak siti. Nampaknya dia gagal mempertahankan pembohongannya.

“tulah menipu, berdosa tau” sempat shah berbisik apabila Intan melintasinya.

“suka hatilah” marah Intan.

Mak Siti menyenduk mee ke dalam pinggan Intan. Shahrul sudah duduk bertentangannya turut sama menghulurkan pinggan kosongnya. Aik bukan ke dia dah makan tadi? . mak siti tersenyum. Mata anaknya dilihat seakan bersinar.

“Intan makan jangan malu-malu”

“entah jangan malu-malu buat macam rumah orang ek” gurau shah, Intan menjulirkan lidahnya. Sempat dia melihat kening shah yang berkerut melihat aksi spontannya itu.

“Intan tak pergi mana-mana hari ni?”

“emmm tak tahu lagilah mak cik mungkin petang nanti tengok-tengok butik” besemangat Intan menghabiskan mee di dalam pinggannya bukan sebab lapar tapi malas dia berlama di rumah itu, rasa tak selesa.

“kalau Intan tak keberatan bolehlah ikut mak siti”

“nak pergi mana Mak Cik?”

“pergi rumah farid…lagipun Ummi ada”

“hah..ummi ada…naklah dah lama tak jumpa ummi, bila tu mak Siti nak pergi?”

“emm lepas ni bolehlah kita pergi” Intan mengangguk tanda setuju. Ada rasa rindu di hatinya pada wanita yang dipanggil ummi.

Mak siti sudah bersiap sedia, dia membetulkan tudung yang terletak di kepalanya. Bau haruman Boss membuatkan dia berpaling. Shahrul sudah siap memainkan kunci kereta di tangan sambil menuruni tangga. Senyuman anaknya dipandang pelik.

“aik nak ke mana anak mak ni?”

“laaaa…kata tadi nak pergi tengok ummi”

“bukan tadi Shah kata ada hal lain ke?”

“mana ada mak ni, habis tak akan shah nak biar mak naik bas” senyuman maknya membuatkan shah mengaru kepalanya.

Panggilan dari luar membuatkan Mak siti tidak meneruskan pertanyaannya. Mungkin Intan yang memanggilnya. Shah mengikuti langkah mak siti.

“Mak cik dah siap?”
“dah Intan…amboii comelnya anak Mak cik ni” pujian itu melahirkan senyuman manis di wajah intan, namun senyuman itu mati apabila melihat wajah di tepi mak siti.

Shah menjeling beberapa kali ke arah Intan yang duduk di sebelahnya, haruman yang dipakai oleh Intan menyegarkan. Shahrul tersenyum bangga apabila Intan akur dengan arahannya.

“habis tu naik kereta siapa?”

“laa naik kereta akulah”

“oklah mak siti naik kereta saya, biar shah naik kereta dia..jomlah”

“ehhh nak buat apa bawa kereta banyak-banyak, nak pergi tempat yang sama? Dah naik kereta aku je”

“masalahnyakan saya dengan mak siti yang nak pergi? Awak sibuk tu buat apa?”

“masalahnya kau nak pergi mana?”

“rumah faridlah”

“farid tu siapa?” Intan diam.. matanya tajam menikam wajah shah. Dia tahu shah sengaja menyakitkan hatinya.

“hahh sudah ni nak pergi ke nak bergaduh ni?” Mujurlah maknya datang, dan yang pasti dia menang.

“ni kenapa senyum sorang-sorang?”

Peristiwa tadi hilang dari mindanya , Farid di depannya dipandang sekali imbas, Farid sudah mengambil tempat di depannya mengisi kerusi yang sememangnya kosong.

“kau menung apa? Ingat perempuan mana?” usik Farid.

“kau ingat dalam kepala hotak aku ni ada perempuan je macam kau?”

“manalah tahu..apa mimpi kau datang rumah aku ni?” pertanyaan Farid membuatkan dia menjeling.

“macam nak halau aku je”

“kau ni kadang-kadang macam perempuanlah. Cakap sikit marah merajuk, itu ayat tanya tahu tak bukan ayat penyata”

“entah aku mimpi kau bersanding semalam tu yang aku datang” giliran shah pula mengenakan sepupu kesayangannya itu.

“hahh itu maknanya mesti kau yang bersanding dulu sebelum aku” ketawa farid kuat.

“malas aku lawan kau ni cakap mesti nak menang je tak sia-sia kau jadi peguam syariah..tapikan akupun pelik juga kenapa kau tak ada special lagi? Sekurang-kurangnya aku pernah bertunag kau tu habuk pun tak ada”

“entahlah bila hari-hari aku berdepan dengan kes penceraian, perebutan anak aku jadi takut nak kawin. Macam baru-baru ni aku dapat kes anak jadi rebutan mak ayah dia kesian budak tu” farid meluahkan rasa hatinya. Memang itu yang sering menganggu hasratnya intuk berumah tangga.

“ajal, maut, jodoh dan pertemuan kita di tangan tuhan..kau tak boleh samakan hidup kau dengan kes-kes klien kau tu”

“amboi kau ni nasihatkan aku nombor satu..kau tu pun sama juga dua kali lima” shah ketawa lagi. Terasa nasihatnya sia-sia.

“kalau susah-susah sangat kau masuk Mutiara Holding je..tolong aku yang banyak kerja ni” sudah beberapa kali tawaran itu di berikan kepada Farid tapi sepupunya itu asyik menolak.

“aku sayang dan cintakan kerjaya aku sekarang”

“emmm dah agak dah jawapan copy paste” shah mencebik. Jawapan yang sama akan diberikan oleh farid.

Rumah banglo dua tingkat milik Farid memang cantik, lengkap dengan dekorasi taman yang sangat cantik. Apa yang lebih menarik minatnya adalah kolam ikan yang terletak tidak jauh dari tempat mereka duduk. Farid memang seorang yang mementingkan keindahan. Sama dengan sikap nenek, Ummi dan Maknya. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

“aku sukalah tengok taman kau ni cantik” puji shah. Farid tersenyum entah keberapa kali dia menerima pujian dari tetamu yang datang.

“kau jangan nak lari tajuk ek”

“tajuk pe?”

“kau tu umur dah berapa bila lagi nak kawin? Ni bukan soalan dari aku ek tapi soalan yang aku dapat dari madam kita dua orang dekat dalam rumah tu”

“haii aku rasa soalan tu sepatutnya soalan untuk kau bukan aku” dia tanhu soalan itu datangnya dari ummi dan maknya.

“aku pulak”

“laa umur kita bukan jauh manapun, kalau aku kena kau mesti kena jugakan”

“sebab aku kenalah aku nasihatkan kau ni, kalau kau kawin mesti aku terselamat dari serangan peluru bebelan dua madam tu” farid sudah tersenyum sinis.

“emmm bagus kau punya idea tu, nak selamatkan diri sendiri aku jadi mangsa ek”

“tulah namanya tektik”

“banyaklah kau punya tektik” ketawa mereka bersatu.

“kau dengan Intan macamana?”

“macamana apa?”

“kau tak ada perasaan ke dengan Intan tu?” pertanyaan Farid membuatkan jantungnya berdegup kencang.

“hishh kau tak ada apa-apa, dah tak akan ada apa-apa”

“emmm kalau tak ada apa-apa tu mesti ada apa-apa” Farid cuba mengorek hati sepupunya. Dia kenal sangat shahrul Iskandar. Seoarang yang paling susah berkongsi perasaannya dengan orang lain.

“along, abang shah makanan dah siap”

Perbualan mereka terhenti. Jeritan Aina dari muka pintu mengagalkan rancangan Farid untuk mendesak shahrul. Shahrul tersenyum tahu niat sebenar Farid membuatkan dia lebih dahulu bangun meninggalkan Farid dalam teka teki.

“cite apa yang seronok sangat Mak awak tu?”

“entah cite pasal bakal menantu kot”

Intan tersenyum mendengar apa yang lahir dari mulut shah. Dia dan shah sudah lama tunggu di kereta tapi dari cara Mak siti yang berbual dengan Ummi seperti lama lagi mereka akan tercegat di situ.

” Farid tadi kemana ek”

“ada hal katanya tadi tak tahu pulak ke mana..kenapa kau tanya dia?”

“tak ada apa”,

shah memandang Intan yang bersandar di kereta. Dia sudahpun duduk di tempat memandu dengan pintu kereta yang masih terbuka. Wanita itu nampak santai hari ini dengan jeans biru lusuh dipadankan dengan T shirt lengan panjang hitam sedondong dengan tudung yang dipakai.

“dua beradik ni kalau dah jumpa jangan haraplah sekejap” shah merungut perlahan. Melihat ummi dan maknya asyik berborak. Tadi kata nak balik.

“tak apalah mungkin banyak cerita yang nak di bualkan lagipun tadi sibuk siapkan makan, mana sempat nak bersembang”

“kau tak ada date ke hari ni?”

“entah mungkin ada mungkin tak ada” balas Intan acuh tak acuh.

“macam tu pulak?”

“macam tulah” Intan meninggalkan shah menuju ke arah dua orang wanita yang sedang ketawa. Shah hanya memandang lenggong wanita itu meninggalkannya, dia tersenyum.

Suasana suram malam membuatkan matanya masih belum mengantuk. Dia memanggil ibunya beberapa kali. Kedengaran sayup-sayup suara itu dari arah dapur. Laju langkahnya menuju ke arah yang sama.

“mak buat apa ni?” shah duduk di depan maknya yang sedang asyik melakukan sesuatu.

“tak ada apa saja kemaskan dapur ni sikit”

“tulah mak orang suruh pakai orang gaji tak nak…shah tak sukalah mak buat benda-benda ni lagi, cukuplah mak buat selama ni”

“alaa bukannya susah sangat pun..lagipun mak tak nak orang gaji tapi menantu, masa tu tak payahlah mak buat semua ni”

” hah..mak nak suruh menantu mak jadi orang gaji?? Hish-hish ni zaman ibu mertuaku ni” shah mula mengusik maknya.

Jelingan maknya membuatkan shah mematikan tawanya. Dia melangkah mengambil gelas dan menuju ke peti sejuk. Air oren jus diteguk perlahan. Maknya masih sibuk menyusun pinggan mangkuk ke dalam almari sederhana besar.

“kalau ada Intan ni mesti dia tolong”

“emm..habis kenapa anak angkat sayang mak tu tak tolong?” terdetik hatinya lama nama itu tidak meniti di bibirnya.

“dia ada dating..mak tengok tadi lelaki hensem jemput dia” sengaja dia membakar hati anaknya.

Shahrul terdiam, cuba memikirkan siapa yang bersama Intan hatinya sudah menduga mesti Lokman. Selain lokman tak pernah dia melihat lelaki lain bersama Intan. Bercintakah mereka?, mungkin Lokman memang kekasih dia?. Bermacam-macam soalan bermain di mindanya ketika itu.

Dalam hatinya bersyukur apabila melihat pertama kali wanita itu memakai tudung, walaupun tidak pernah mulutnya memuji namun dia akan tenang apabila matanya berlabuh di wajah mulus milik Intan. Cantik. Satu perkara yang tak pernah di akui di depan mana-mana manusia termasuk maknya sendiri.

***

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: