Novel : Kerana Kau 15

Nama Pena : Dia Adila @ Dyadila

“Macamana?” adam duduk di depannya sambil memandang tepat wajah yang sentiasa serius sejak akhir-akhir ini.

Fariz mengeleng perlahan. Dia sendiri tak tahu macamana nak mengambarkan situasi di rumahnya sekarang. Keluarga Datuk Mansur bukan lagi seperti dulu. Dia boleh nampak betapa sendunya wajah mama yang terpaksa menahan perangai pelik anak tirinya barunya itu. Apa yang menjadi masalahnya mama hanya diam walau apapun yang dilakukan ayuni. Itu yang bermain di fikirannya.

“entah aku rasa mungkin ada rahsia lagi di sebalik cerita mereka”

Dahi adam berkerut. “maksud kau?” tanya adam kembali. Dia kemabali memandang ke arah Fariz yang kusut.

“aku rasa macam dia yang berkuasa dalam rumah tu bukan lagi papa, mama lagilah apa dia cakap semua betul”

“Ayuni macamana?”

“emmm makin menjadi aku tengok dia. Semalam bertengkar lagi dengan Aleyya dan aku rasa dia sengaja buat semua tu” Adam mengangguk setuju. Bukan dia tak tahu semuanya dilaporkan oleh aleyya Cuma dia ingin mendengar cerita dari sebelah pihak lain.

“emmm lupakanlah pasal dia, hahh macamana siasatan projek melati tu?”

“aku rasa ada kaitan dengan Encik karim…sebab apa saja akaun yang dia lepaskan mesti ada masalah” duga adam. Itulah yang bermain di fikirannya sejak seminggu lalu. Sejak itu dia memerhatikan gelagat Encik karim dan seperti ada yang tak kena.

Fariz mengeluh perlahan ” kalau dialah yang terlibat memang masalah besar Neraca Holding simpan dia, mana kau tahu ada yang tak kena dengan akaun syarikat?” Fariz bersuara lagi.

“kalau aku cakap kau mesti tak percaya”

“kenapa?” Fariz kelihatan tak sabar. “aku dapat satu surat yang suruh aku tengok balik akaun syarikat 5 tahun ni..memamng pada mulanya aku macam tak ambik tahu tapi bila aku dapat surat tu buat kali kedua aku dah rasa macam ada tak kena” Fariz terdiam lama. cuba menganalisa apa yang dikatakan Fariz.

“siapa yang bagi surat tu dekat kau?”

“entah aku pun tak tahu? Tapikan Riz aku rasa dia mesti tahu selok belok Neraca Holding, kalau tak macam mana dia boleh tahu no. Siri bilik aku kecuali dia pun….”

“yes!!! Kecuali diapun ada kaitan dengan Neraca Holding”

“mungkin juga orang penting syarikat” duga Adam lagi membalas tekaan Fariz.

“tapi apa motif dia?” fariz bertanya bodoh. “itu kita kena siasat lagi kalau Encik karim terlibat aku rasa mesti ada dalang disebalik semua ni, tak mungkin dia mampu buat semua ni sendiri. Aku yakin dia hanya kuli” adam persis membongkarkan satu kes pembunuhan, tiada riak gurauan di wajah mereka. Kali ini mereka serius.

“pening aku adam..Neraca tak pernah ada masalah macam ni sebelum ni, dan aku rasa kita kena bertindak cepat”

“tak apa kita kena atur dulu strategi macamana nak pastikan Si karim tu masuk dalam perangkap” mereka sama-sama mengangguk faham.

***

“heeeiii kau sengaja cari pasal dengan akukan? Mana dia pulangkan balik?”

“apa yang kau menyalak macam anjing ni?” Marah Ayuni. Sengaja membakar hati Aleyya yang sudah kemerahan menahan marah.

“apa yang bising sangat ni?”

“mama tengoklah dia pakai baju Leyya”

“Leyya apa yang nak bising sangat…baju lain kan banyak”

“tapi papa beli baju tu untuk Leyya, Leyya pun sayang nak pakai” jelasnya lagi,

“leyya tak apalah lagipun Kak Ayuni pinjam sekejap je” pujuk Datin Normah persis memujuk anak yang baru berusia 5 tahun. Namun hakikatnya dia sendiri faham perangai anak bongsunya itu.

Ayuni tersenyum kemengan di tangannya sekali lagi Datin Normah meninggalkan rasa tak puas hati pada anak perempuan kesayangannya.

“itu pasu kesayangan Datin…hadiahnya dari datuk” petah Bibik bercerita tentang majikannya. Ayuni mencebik

“cantik juga pasu ni” Ayuni merapati pasu kaca yang terletak cantik di meja sudut berhadapan dengan sebuah cermin besar.

“ibu bilang harganya berpuluh ribu” jelas Bibik lagi. Tangannya terus mengelap meja.

Ayuni tersenyum. Cantik. Dia memerhatikan pasu yang begitu hampir dengannya. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Peraggggggghh…kaca berderai ke lantai. Bibik berlari mendapatkan Ayuni. Dia terkedu. Ayuni menayang wajah bersalah.

“bibik Ayuni tak sengaja”

“aduhhhh bagaimana ni…bisa dimarahi ni”

“kenapa bibik?” satu suara bertanya risau. Bulat mata Datin Normah apabila melihat pasu kesayangannya sudah hilang rupa.

Ayuni tersenyum, mengingatkan peristiwa pagi tadi membuatkan hatinya senang . terbayang wajah sayu perempuan itu membiarkan pasunya mencium lantai. Dia terus berjalan berdekatan Kolam renang yang menjadi tempatnya sejak dua hari lalu. Sejak peristiwa 300 ribu dia tidak lagi ke Neraca Holding.

Sepanjang dia berada di mahligai indah Datuk mansur, tidak pernah sekalipun wajahnya terlukis senyuman. Hidupnya kosong langsung tidak menempatkan apa-apa perasaan di hatinya. Apa yang ada Cuma rasa ingin menag setiap kali beradu nilai kasih antara insan dalam rumah ini. tangannya memetik air kolam yang jernih. Rindunya aku.. tapi pada siapa?

“jangan termenung?” Adam duduk di kerusi rehat. Ayuni hanya memandang sekilas. Sejak rahsia identitinya terbongkar dia tidak lagi Ayuni yang mudah berbual mesra.”kenapa sunyi?” tanya lelaki itu lagi. Hanya Adam yang rajin memulakan kata dengannya yang lain hanya sepi. Mungkin takut atau yang pastinya mereka benci dengan kehadiran dia di sini.

“sunyi?” ketawa kecil Ayuni kedengaran. “sunyi tiada dalam kamus hidup saya, kalaupun sunyi itu ada mungkin saya sendiri dah tak tahu macamana rasanya”

“kenapa awak mesti menjauhkan diri dari keluarga awak?” teka Adam. Lama dia ingin bertanya soalan itu kepada Ayuni, walaupun sudah hampir semua cerita didengar dari Aleyya.

“saya tak ada keluarga dan tak mungkin ada”

Ayuni bangun dari duduknya. Untuk berdepan dengan lelaki ini tak mungkin akan menyelesaikan masalah. Setiap pertanyaan akan menambahkan sesak nafasnya. Membuatkan hati bertambah sakit. Teringat permintaan datuk Mansur semalam yang ingin dia kembali ke pejabat. Dari semalam lagi otaknya lgat berfikir cadangan lelaki itu. Lelaki yang menyebabkan dia lahir ke dunia dengan satu kesakitan, kesepian dengan dendam.

“tapi awak ke sini kerana mereka keluarga awakkan?” soalan itu membuatkan langkahnya terhenti. Dia berpaling, kelihatan ada senyuman di bibir lelaki itu.

“saya datang ke sini bukan sebab keluarga tapi sebab hutang yang sepatutnya dijelaskan 20 tahun dulu” keras nada ayatnya. Cukup membuatkan senyuman Adam kaku. Matanya tajam menikam wajah adam, kalau adam sebahagian dari keluarga ini maka adam juga sebahagian dari kebenciannya.

“apa maksud awak?”

Ayuni senyum sinis “itu bukan urusan awak” putusnya. Dia terus melangkah meninggalkan adam dalam persoalan.

Ayuni melintasi ruang makan, kelihatan Datin Normah sedang membantu Bibik mengemas meja makan. Sempat matanya menjeling ke arah wanita itu. Sengaja langkahnya diperlahankan, meneliti gerak geri wanita berbaju merah itu.

Datin Normah dapat merasakan makna renungan anak barunya itu.”ayuni nak makan?” lembut suara itu bertanya.

“tak payah kalau aku nak aku ambik sendiri” Katanya keras.Dia terus berlalu.

Bibik memandang wajah sayu Datin Normah, dia pelik melihat anak baru majikannya itu kasar terlalu suka menyakitkan hati Datin sekeluarga, tapi bila mereka berdua, baik pulak lagaknya. Adakah Ayuni berlakon semata-mata? Keras sangatkah hatinya.

“sabar aja ya Datin, saya rasa ayuni baik sekali budaknya cuma…”

“emmm tak apa bibik jangan risau saya sayang dia” ucapnya perlahan sambil meneruskan kerja. Sayang?? Ya memang itulah perasaannya, dia seorang ibu, dia tahu Ayuni dahagakan kasih sayang seorang ibu.

***

Fariz membuka butang bajunya, terasa rimas dalam jam ini terpaksa mengenakan pakaian formal. Tali leher dibiarkan tersangkut tapi sudah dilonggarkan. Dia duduk di sofa sambil melepaskan keluhan berat. Sekarang ni banyak masalah yang dihadapi neraca holding. Malas masalah dalaman juga menyebabkan ada antara klien yang lari ke syarikat lain. Tapi semuanya masih berjalan lancar. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi esakan dari arah dapur. Pelik.

“mama kenapa mama menangis ni?”

Pantas airmata yang mengalir disapu dengan hujung baju. “ehh mana ada mama menangis” ada nada sendu di hujung kata-katanya,

“kenapa mama menangis?” sekali lagi soalan yang sama diajukan

“bila Riz balik mama tak perasanpun bunyi kereta?” Datin Normah cuba mengubah topik mereka.

Fariz mengigit bibir geram, yakin tiada siapa si rumah kecuali…”ini mesti kerja perempuan tu, memang nak kena” kaki Fariz melangkah laju meninggalkan mamanya di dapur.

Kakinya berhenti di depan pintu bilik tamu. Tali leher dirukai kasar, dibiarkan longgar seakan ingin melepaskan marah yang bersarang di hati. Pintu itu diketuk kuat macam nak tercabut.

“weiii apahal masuk bilik orang ni?” marah ayuni. Ketika itu dia baru saja keluar dari bilik air. Dia cuba menahan rasa terkejutnya.

“apahal kau kata? Apa yang kau buat dekat mama aku?” tanyanya kuat.

Ayuni selamba. Wajah bengis Fariz dipandang dengan ekor mata. Entah apa yang merasuk lelaki itu tak pernah sejak dia tinggal di sini lelaki itu membuka mulut tapi hari ni nak memekik-mekik macam orang gila. Dia duduk bersandar di sofa yang terletak di hujung biliknya.

“apa masalah kau sebenarnya?”

“apa masalah kau sebenarnya?” giliran ayuni pula meninggikan suara. Mata mereka bertentangan. Fariz menahan geram wajah tak bersalah ayuni menambahkan rasa marahnya.

“apa yang kau dah cakap dengan mama?”

“cakap apa?”

“jangan nak buat tak tahu, kalau kau tak buat apa-apa kenapa mama menangis?” soal Fariz lagi, mukanya tegang menahan marah. Kehadiran Fariz tidak dihiraukan.

“kau jangan sampai aku terpaksa bercakap dengan tangan” Fariz mencengkam kuat tangan ayuni namun wanita itu tetap berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

“sakitlah!!!ehhh apa ni lepaslah” dia cuba menarik tangannya tapi pegangan itu semakin kuat. Dia masih menahan sakit.

“apa kau buat dekat mama aku?” tekingan kuat Fariz membuatkan Ayuni sedikit terkejut. Dia masih berusaha menarik tangannya. “hahhh mama kau kan pergilah tangan dia sendiri apa kaitannya dengan aku” suara Ayuni turut meninggi.

“kurang ajar punya perempuan” pang!!! Tangan Fariz singgah di pipi mulus ayuni. Kedua mereka terdiam.

“Ya Allah Riz apa ni..” Datin Normah sudah menarik Fariz menjauhi ayuni. Wanita itu masih tunduk. Ayuni meraba pipinya, bibirnya terasa senggal, hah darah?!.

Fariz memandang tepat ke arah Ayuni, ada sedikit kesal lahir tiba-tiba melihat wajah sayu Ayuni. Bukan lagi wajah tak berperasaan yang selalu terhias di wajah wanita itu sebelum ini. wajah keruh ayuni dipandang lama.

“apa dah berlaku ni Fariz, Ya Allah Ayuni tak apa-apa?” Datin Normah cuba menyentuh tangan ayuni, pantas tangan itu ditepis. “baik kau bawa anak kau ni keluar, berambus aku cakap..berambus..” pekikkan kuat ayuni bergema di ruangan bilik.

“Ayuni..aku…” Fariz cuba bersuara.

“keluar!!!!” sekali lagi dia menjerit kuat. Datin Normah menarik tangan anaknya laju keluar dari bilik ayuni. Sebalik sahaja mereka keluar pintu ditutup kuat.

***

“ayuni makan sekali..” Datuk Mansur tersenyum bahagia melihat anaknya turun pagi ini.

“tak apalah tak lapar lagi..” balasnya sambil takpun memandang ke arah mereka yang ada di ruang makan. Fariz memandang sekilas tubuh ayuni yang membelakangi mereka.

Datuk Mansur tetap tersenyum, tahu sangat jawapan yang akan keluar dari mulut anaknya itu, ya anak yang tak pernah memanggilnya papa, ayah atau apa juga panggilan yang melambangkan ikatan mereka. ” Ayuni kenapa bibir tu?” ada kelainan pada wajah indah milik anaknya.

“ayuni papa tanya ni?” Datuk Mansur menegaskan persoalannya, dia bangun dari tempat duduknya mendekati ayuni. Datin Normah berpaling kepada Fariz yang menunduk, aleyya yang tak tahu apa-apa masih meneruskan minum paginya. Apa saja hal yang berkaitan dengan perempuan itu bukan urusannya.

“tak ada apa-apa” jawabnya malas. “habis kenapa bibir ni boleh luka macam ni sekali?”

“emmm jangan kata jatuh dari tangga sudah” sampuk Aleyya, sengaja suaranya dikuatkan. Datin Normah menampar perlahan bahu anaknya memberi arahan supaya dia tak ikut campur.

“Ayuni cakap dengan papa, kenapa ayuni boleh luka macam ni?” datuk Mansur meneliti luka di bibir anaknya. Macam kesan kena tampar. Tapi…

“tak ada apa-apalah, sakit ni sikit kalau nak dibandingkan sakit dekat sini” jarinya diarahkan ke arah dada. Datuk mansur tunduk, faham apa yang cuba disampaikan Ayuni. Tak habis lagikah rasa hati anaknya itu.

Fariz memandang mata mamanya, hanya mereka yang tahu apa berlaku semalam, kenapa ayuni tak ceritakan pada papa yang semua itu disebabkan dia?. Kenapa Ayuni hari ini mendiamkan diri bukankah memang itu yang dia nak selama ini?. tiba-tiba dia diburu rasa bersalah.

“kenapa ni ayuni, cuba cakap dengan papa” pujuk Datuk Mansur lagi.

Ayuni melangkah laju meninggalkan ruang itu. Dadanya terasa sesak. Lagi lama dia disitu semakin dia terhimpit dengan satu perasaan yang dia sendiri tak tahu.

***

“apa hal kau nak jumpa aku ni?” adam mengambil tempat bertentangan dengan Fariz. lelaki itu nampak kusut.

“weiii..Fariz??”

“tak ada apa saja nak belanja kau minum” ada nada sayu di hujung ayatnya.

“haiii lain macam bunyinya tu..kalau bukan sebab bulan jatuh ke riba tak akan sebab kucing tumbuh tanduk kot?…kau ni kenapa ni macam ada masalah aku tengok?”

“entahlah tetiba aku rasa bersalah pada seseorang”

“hah!!rasa bersalah?? Betul ke kau ni Fariz Iskandar?” Adam meletakkan telapak tangannya di dahi Fariz “kau demam ke?” tanyanya lagi.

“aku oklah”

“kau serba salah dengan siapa ni?” adam mula serius. Dia dapat merasakan yang Fariz serius kali ini. Bukan lagi gurauan.

“aku pun tak tahu tapi apa yang pasti aku rasa aku macam dah buat satu kesalahan besar tapi taklah besar manapun” satu persatu peristiwa yang berlaku malam tadi diceritakan kepada adam.

“What?? Kau tampar dia?”

“habis tak akan aku nak biarkan dia buat mama aku macam tu”

“habis tu Ayuni macamana?” Fariz menggeleng perlahan.

“ke kau ada hati dengan dia?” duga Adam. Tiba-tiba hatinya bertanya sendiri.

“hishhh kau ni…aku rasa bersalah sebab tersalah cakaplah bukan sebab lain jangan nak buat andaian tak betul, tapi aku rasa memang patut aku tampar dia”

“emmm…bukan andaian Cuma bertanya…apa susah kau minta maaf esok dengan dia habis cerita, ingat Riz kekerasan tak boleh selesaikan masalah” cadangan adam membuatkan Fariz mencebik.

“kenapa pulak aku kena minta maaf dengan dia? Sepatutnua dia yang berterima kasih dengan mama aku”

“pulak macam tu, mama kau tak ada pun tampar dia?yang kau pulak lebih-lebih kenapa?” tanya adam lagi tak setuju dengan perbuatan Fariz. Terbayang wajah mulus Ayuni yang kemerahan akibat penangan temannya itu.

“aku rasa ada lagi rahsia yang tak mama simpan, sampai dia menitis airmata. Aku tak pernah tengok mama aku menangis dari aku kecik sampailah sekarang ni, tapi malam tadi dia menangis, hati siapa tang hangin masa tu”

“papa kau ada?”

“nasib baik papa aku tak ada kalau ada aku juga yang kena, papa aku sayang sangat budak tu”

“anak dia Riz mestilah dia sayang” Fariz tersentak. Kata-kata Adam membuatkan dia berpaling pada teman baiknya itu

Ya Ayuni anak papa, dia ada haka ke atas papa tapi dia tak ada hak ke atas mama. Aku tak akan biarkan sesiapa sakiti hati wanita yang dan menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Tidak sama sekali.

“oklah aku nak balik” fariz bangun dari kerusinya. Air di atas meja langsung tak di sentuh.

“haiii tadi kata nak belanja minum? Ni nak balik pulak”

“kau minum air aku tu je lepas tu kau bayar..ok aku pergi dulu..” Adam mengaru belakang telinganya. Last-last aku juga yang kena. Dia meletakkan duit RM10 di atas meja lalu berlari mendapatkan Fariz yang tidak jauh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: