Novel : Pertemuan 17

Nama Pena : kayaizzat

Saat Cinta Bersemi

Zaky cepat-cepat melompat ke tengah sawah. Dapat dilihatnya Amani seperti tercungap-cungap kerana sawah yang tiada pokok padi penuh dengan air. Zaky melangkah penuh gagah mahu menyelamatkan putri hatinya. “Amani……………taka pa-apa ke?”. Zaky melihat wajah ayu Amani dipenuhi lumpur. Dia gagal menahan tawanya. “Ha…..ha…..ha……,macam tepung gomak”. Amani jadi geram melihat telatah Zaky. “Orang dah jatuh bukan tahu nak menolong,tak kesian langsung kat orang” . “Dahlah jatuh tadi macam nangka busuk. Muka lak dah macam orang asli Amazon,kah………kah…..kah”. “Abang ni memang tak ada belas kasihan langsung,apa salahnya tolong selamatkan Amani dulu,ni tak……….sedap-sedap mulut je ketawakan orang”. Sepantas kilat Amani menolak tubuh sasa Zaky ke dalam air. Kali ini Amani pula yang ketawa bagai mahu pecah perut. “Hah padan muka…………rasakan”. Amani cepat-cepat ke tebing batas sawah. Sakit hatinya mengenangkan sikap abang Zaky.

“Ya Allah…………………..Zaki,apa yang engkau buat kat tengah sawah tu!!!!!!!!!. Kau ni buat malu emak je. Dah tua bangka pun nak main lumpur dalam sawah tu. Eh Amani………………apa kena pulak ni”. Bebola mata Mak Eton besar membulat.” Amani……….apa Zaki dah buat kat kau nak”. Mak Eton ke tepi batas sawah lalu menarik aku naik ke atas. “Eh…………tak ada apa-apalah Mak Eton. Tadi hah…………masa Amani tunggang basikal nak hantar kuih yang mak buat,tiba-tiba basikal Amani terbabas kat sawah tu. Masa abang Zaky nak tolong Amani,dengan dia-dia sekali masuk kat sawah tu!!!!!!!!!”. Mak Eton mengeleng-gelengkan kepalanya. “Amani taka pa-apa ke!!!!. Masuk ke bilik air cepat. Nanti Mak Eton ambilkan baju Zakiyah. Zaki cepat naik…………buat apa lama-lama dalam tu. Lintah banyak. Tengok badan tu penuh lumpur. Awak tu doktor. Malulah sikit”. Omelan Mak Eton membuatkan abang Zaky tersenyum beruk. “Padan muka”. Aku menjelirkan lidahku ke arahnya. Abang Zaky mengambil segumpal lumpur lalu mencampakkan ke arah ku. Malang tak berbau bila lumpur itu terkena muka Mak Eton. “Betuah punya anak”. Aku menekan-nekan perut ku menahan tawa. Abang Zaky memalingkan wajahnya ke puncak Ledang. “Baling lah lagi,tu Pak Imam Basri baru balik pekan. Kalau kena imam lagi beskan”.

Sebaik sahaja Mak Eton berlalu,abang Zaky memalingkan wajahnya ke arah aku. “Amani ni nakal,nanti kalau kita dah nikah,siap abang kerjakan Amani”. “Eh cik abang…………..tolong sikit ya,siapa pula yang nak nikah dengan awak. Jangan perasan ya”. Aku meninggalkan abang Zaky sendirian di tengah sawah namun telinga ku menangkap ucapan indah dari abang Zaky. “Amani………………..I Love You”. Langkah ku berhenti tiba-tiba. “Abang ni memang gilalah. Tak malu ke orang lalu lalang kat tengah jalan tu”. “Biar apa kata Amani,cinta abang pada Amani tetap akan subur di hati”. Lidah ku kelu untuk berkata-kata. “Eh Zaki……………buat apa main lumpur. Dah buang tebiat ke”. Lidah abang Zaky kelu saat mendengar suara Imam Basri. “Eh ayah……….tak ada apa-apa,cari barang jatuh tadi”.

“Kok ya pun cari barang jatuh,tak kan sampai tak berbaju dan berseluar pendek je. Kan tu aurah. Tak elok kalau dipandang orang. Dah cepat naik”. Abang Zaky cepat-cepat meredah lumpur untuk ke tebing. Sesungguhnya saat ini hati ku bergetar hebat bila pandangan kami bersatu. Ternyata tubuh abang Zaky yang kekar kelihatan amat seksi sekali. Mujur aku masih punya tahap kesabaran yang tebal. Aku cepat-cepat beristifar berkali-kali. “Abang……..pergi ke bilik air cepat,malu kalau orang tengok awak tak berbaju”. Abang Zaky sekadar tersengih seperti kerang busuk. Sempat abang Zaky menyapa aku saat dia melintas di hadapanku. “Amani jatuh cinta dengan abang ya!!!!”. Aku mengambil selipar jepun yang dipenuhi lumpur lalu membaling ke arah abang Zaky. “Pap”. Selipar yang ku baling tepat mengenai mukanya.

“Zaki…………….apa lagi ni. Cepat mandi” “Nak mandi kat mana?. Mak Eton menepuk dahinya 2 hingga 3 kali. “Dalam bilik mandi kat luar la. Amani akan mandi kat dalam. Jangan nak buang tebiat”. Aku cepat-cepat mengatur langkah menuruti mak Eton. “Nanti lepas mandi makan kat sini ya. Mak Eton dah siap masak”. “Nanti mak marah………..balik lewat”. “Lupa mak Eton nak cakap,tadi Mak Eton dah telefon mak Amani.”. Aku mencapai kain basahan yang telah disediakan oleh mak Eton.

Selesai mandi,aku menyarungkan baju mlik Zakiyah ditubuhku. Ternyata pakaian milik adik abang Zaky itu amat bersesuaian dengan tubuhku. Sedang aku membelek-belek baju milik Zakiyah,tiba-tiba abang Zaky masuk ke ruang dapur lalu terlanggar tubuhku. Gementarnya hatiku bila aku jatuh betul-betul di dada bidang abang Zaky yang tak berbaju. Aku tersenyum malu dengan kejadian yang tak disangka. “Ma…….ma……maafkan abang”. Aku cepat-cepat berdiri agar kelakuan kami tidak disalah ertikan oleh orang lain.

“Amani……………..Zaki,ke sini cepat. Ayah dah balik ni. Mari kita makan bersama-sama”. Aku segera ke meja makan. Ketika aku sampai ke meja makan,Mak Eton sedang sibuk menyenduk nasi untuk Imam Basri. “Duduk Amani…………..jangan malu-malu. Dah lama Amani tak makan kat sini. Dulu masa kecik-kecik boleh katakana tiap-tiap hari Amani makan kat sini”. Di depan Mak Eton aku cuba bersikap sesopan mungkin. “Duduk Zaki,apa lagi yang tercegat tu!!!!”. Abang Zaky duduk betul-betul di hadapanku.

Saat pandangan kami bersatu,hatiku diasak rasa rindu yang memebara. Terasa nasi yang ku kunyah tidak terasa enaknya. Pandangan mata abang Zaky kali ini benar-benar menyentu hatiku. Biasannya menjentik perasaanku. Sesungguhnya Tuhan memang maha agung,rasa cintaku yang sering berombak-ombak akhirnya tersenyum. Baru kini aku mengakui…..sebenarnya aku terlalu menyintai abang Zaky. Rasanya sudah masanya aku menyambut salam cinta abang Zaky. “Amani……….makan nasi itu,buat apa kuis-kuis je. Tak sedap ke!!!!!!!!!”. Aku kaget mendengar suara Mak Eton. “Sedap”.

Ku perhatikan abang Zaky pura-pura memandang ke tempat lain. “Amani tambah…………………abang ambilkan”. “Dahlah Zaki jangan nak mengatal depan mak ni,yang awak tu suruh orang makan tapi awa pulak tengok makanan tu buat apa?. Kalau dah gatal sangat,nanti mak dan ayah pinangkan”. Mulut abang Zaky terngangga besar dan mukanya yang putih menjadi merah padam. Ku lihat imam Basri hanya tersenyum sinis.

“Yalah bang,jangan lama-lama,lambat-lambat nanti melepas lagi. Abang gak yang gigit jari”. Aku memandang wajah Zakiyah yang muncul tiba-tiba di belakangku. “Eh…………..Zakiyah dari mana”. “Dah sah abang ni mabuk cinta kan mak. Eh cik abang yang kacak,dah lupa ke tadi abang gi mana?. Baru je nampak kak Amani,hati dah jadi tak karuan. Abang gi mana,lama tau adik tunggu abang kat depan sekolah tadi……………..”. Zakiyah memuncungkan mulutnya. “Ya Allah,abang lupa nak jemput adik tadi. Maaf ya”

“Kan Kiah dah cakap mak,kahwinkan abang cepat. Selagi tak kahwin..macam-macam hal akan dibuatnya. Abang Zaky mencubit lengan Zakiyah. “Lebih-lebih lah tu”.

“Kak Amani………….terlanjur kakak kat sini,Kiah nak cita banyak perkara pada akak. “Kiah………………..”. Abang Zaky membutangkan matanya. “Apa dia Kiah”. “Akak nak tahu,abang ni dah jiwang karat dengan akak. Akak tahu tak,kat bilik dia,beg duit dia dan apa juga barang dia semuanya ada gambar akak. Dalam bilik tu………….abang cuci gambar akak besar-besar. Nak tidur dia tengok gambar akak,nak gi kerja dia tengok lagi gambar akak,nak makan tengok gambar akak. Senang kata dia dah syok gila kat akak lah………”. Aku tersenyum mendengar penjelasan Zakiyah. Saat ini aku mula menyedari betapa agungnya cinta abang Zaky untuk ku.

“Kiah………………dahlah tu,makan cepat. Sejuk nanti tak sedap”. Abang Zaky menarik nafas lega. Kami meneruskan suapan . Namun kata hatiku amat kuat,cintaku untuknya sudah bisa tersenyum dan tertawa. “Sedap betul masakan Mak Eton,dah lama Amani tak rasa”. “Kalau nak rasa masakan Mak Eton hari-hari,cepat-cepatlah jadi menantu kami”. Muka ku merah padam mendengar selora Mak Eton. Kali ini wajah abang Zaky amat manis sekali. Sempat dia menguis kaki ku menggunakan kakinya. “Mak Eton,Imam,Amani balik dulu ya. Lama-lama nanti mak marah”. Sebelum pulang ke rumah Mak Eton memberikan aku mangkuk tingkat. “Terima kasih Mak Eton”.

“Zaki……………..hantar Amani balik,hujan masih menitis. Kesian pulak dengan menantu ayah ni”. Sekali lagi muka ku merah padam. Kali ini Imam Basri pula yang memanggang muka ku. Macam biasa,abang Zaky mempamerkan senyuman manisnya. Abang Zaky cepat-cepat mengambil kunci keretanya. Sebaik sahaja abang Zaky menghidupkan enjen keretanya,aku segera meluru ke pintu kereta abang Zaky tetapi di tegak olehnya. “Tunggu abang…………kan hujan tu. Nanti demam abang gak yang susah”. Kami berjalan beriringan ke pintu kereta. Abang Zaky membuka pintu kereta dan aku pun terus masuk ke dalam perut kereta.

Perjalanan dari rumah abang Zaky ke rumahku tidak memerlukan masa yang lama. Namun begitu,dapat ku rasakan perjalanan itu terlalu panjang. Aku menjadi tidak karuan. Hatiku bergetar kencang. “Abang……terbukakah lagi hati abang untuk menerima Amani?”. Soalan ku yang meluncur keluar dari kerongkongku membuatkan abang Zaky memberhentikan keretanya tiba-tiba. Abang Zaky merenung wajahku. Aku menundukkan wajahku. Terasa getar hatiku semakin gagah. “Adakah abang bermimpi atau tersalah dengar?”. Biar apa pun jawapan abang Zaky,kali ni aku perlu meluah isi hati. Cukup lama aku memendam hati. Rasanya sudah masanya aku bahagia seperti orang lain.

“Abang tak bermimpi atau tersalah dengar. Sudikah lagi abang menerima cinta Amani?”. Ku lihat wajah abang Zaky menjadi sayu. Air matanya mula merembas di pipinya. “A………..Amani,dari dulu hingga kini,Amani tetap di hati abang. Abang tak akan berpaling sama sekali. Hanya Tuhan yang tahu macam mana teguh dan tingginya cinta abang”. Kali ini air mataku yang mengalir deras. Hatiku dipagut rasa bahagia yang amat sangat.

Abang Zaky segera membuka pintu kereta. Dalam hujan yang semakin melebat,ku perhatikan abang Zaky berdiri di tebing tali air. Tidak ku duga,lelaki yang ku cintai sujud ke bumi menadah kesyukuran. Terharunya aku melihat pelakuan lelaki itu. Senduku tidak tertahan lagi. Hujan semakin lebat. Aku mengambil payung yang berada di tempat duduk belakang. Aku segera membuka pintu kereta. Bersama rintik hujan yang semakin menganas,aku hampiri abang Zaky. “Abang…………..terima kasih kerana menerima cinta Amani”. Abang Zaky mendongakkan wajah tampannya. Air mataku kian deras.

“Amani……………terima kasih kerana akhirnya menerima cinta abang”. Air mata kami bersatu. “Abang……………hujan makin lebat,dahlah tu. Nanti kalau abang sakit,Amani juga yang susah. Amani tak sanggup kehilangan abang lagi”. Saat hujan masih lebat,aku dan abang Zaky beriringan ke kereta. Aku menadah kesyukuran yang tidak terhingga kerana akhirnya cintaku berbunga jua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: