Cerpen : Cinta itu bukan milik kita

Nama Pena : asri alwi

“Entahlah kenapa. Aku tak sihat. Aku rindu dia. Aku tak boleh hidup tanpa dia. Aku perlukan dia. Aku tak boleh tengok orang lain berada di sisi dia selain aku. Aku sunyi. Aku kesepian. Tiap-tiap malam aku menangis mengenangkan dia. Aku perlukan dia.”

Terkelu Sazri mendengar jawapan tersebut daripada Zafrul. Lain yang ditanya, lain pula jawapan yang diberinya. Sazri tidak mampu berkata apa-apa untuk menenangkan perasaan Zafrul. Sebelum ini, Zafrul nampak seperti mampu untuk mengawal keadaan setelah mahligai yang dibina bersama gadis yang dicintai itu berkecai. Akhirnya, perassan cemburu, sayang, derita, dan sedih itu terluah jua. Zafrul merupakan pelajar tingkatan 4 yang baru sahaja masuk ke sekolah Sazri.

“Zafrul…… Bersabarlah dengan dugaan ini. Teruskan lah hidup kau dengan cahaya kehidupan yang baru. Belakang Zafrul diusap mesra untuk menenangkan perasaan sahabat karibnya itu yang sudah pun bercucuran air mata. Bahu Zafrul terjungkit-jungkit menahan sendu. Sazri turut menumpang sedih dengan nasib sahabatnya itu. Mana tak nya, Sazri dan Zafrul sudah bersahabat sejak kecil lagi. Segala kegembiraan dan juga kesedihan dikongsi bersama bagaikan isi dengan kuku.

“Sudahlah ,jangan menangis lagi. Kau buat aku turut sedih tau tak.” Sazri kehilangan kata-kata. Tidak tahu bagaimana untuk meredakan tangis Zafrul yang semakin menjadi-jadi. “Aku tak tahu apa yang perlu nasihat pada kau sebab aku sendiri pun belum pernah rasa diri dicinta. So ,aku tak dapat nak selami perasaan kau. Tapi, sedikit sebanyak aku tahu kau sebenarnya kesunyian dan kekosongan.”

“Mungkin kot. Aku rasa kalau sekarang ni ada seorang gadis lain yang sayang kat aku dan care pasal aku, maybe aku tak akan jadi macam ni……” Luah Zafrul lagi. Tapi kali ini, sedunya semakin reda.

“Ha…! Kalau macam tu….aku kena cari seorang makwe baru untuk kau, amacam?” cadang Sazri dengan ikhlas. Serta merta wajah Zafrul yang kepiluan itu menjadi merah dan terukir sebuah senyuman malu.

“Banyak la kau. Memandai je. Zafrul mengesat sisa air mata yang bersisa di pipinya itu. Eh! Apa salahnya kan? Asalkan kau bahagia. Aku pun boleh tumpang gembira gak nanti.” Sazri ketawa lagi dan diikuti Zafrul. Lega hati Sazri melihat Zafrul sudah ceria kembali.

————————————-

“Morning beb. Dah lama ke kau tunggu aku? Minta maaf la beb, aku tunggu turn untuk iron baju tadi. Kenapa tak pergi ambil makanan lagi kat kaunter tu? Ujar Sazri. ” Tak la lama sangat. Aku pun baru je masuk dewan ni. Aku tak lalu la nak makan hari ni. Kau sahajalah yang pergi makan. Aku tunggu kau.” Jawab Zafrul dengan muka yang lesu.

“Hei…..jangan la buat muka monyok je kat sini. Tak lalu aku nak makan nanti. Ceria la sikit. Lupakan je benda yang yang dah lepas.” Risau Sazri melihat Zafrul yang mencuka. Zafrul cuba tersenyum namun senyuman yang dibuat-buat itu terasa pahit bertambah masam. Pada pagi itu, mereka telah berjanji untuk makan tengah hari kat meja yang sama di dewan makan. ” Zafrul, kau nak kenal tak dengan seorang minah ni. dia budak form kita gak. Tapi dia….dia…dia….tapi memang cun la. Macam mana, kau nak tak kenal dengan dia?” Cadang Sazri. Niatnya ikhlas agar ada seorang ‘teman’ yang dapat mengisi kekosongan dalam hati Zafrul. Ketika itu, Sazri terbayang wajah Farisya di layar matanya. Padanya Farisya adalah seorang gadis yang terbaik untuk Zafrul.

“Pandai la kau ni eh! Carikan untuk aku konon. Kau tu dah berpunya ke? Cari lah untuk diri sendiri dulu.” Zafrul cuba menyembunyikan keinginannya. Tapi gelodak hati Zafrul dapat dikesan oleh Sazri dengan mudah.

“Hei…bukannya kau tak tahu. Aku ni kan agen cari jodoh!” Sazri melawak dan mereka berdua ketawa dengan gembiranya. “Hmmmm…dah lama ke dia pegang status ‘single’ tu? Soal Zafrul yang semakin berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. “Lama tak lama sangat la. Apa yang aku tahu, dia tak pernah couple lagi sejak dulu.” Terang Sazri. ” Macam mana kau tahu?” Soal Zafrul lagi. “Ala, mana tak nya,dia tu aku dah kenal dulu daripada kau. Rumah pun duk dalam satu row perumahan pula tu. Aku kenal sangat la dia tu. Jangan risau la.” Jawab Sazri kepada Zafrul. “Emm…aku kenal tak dia tu? Ujar Zafrul dengan sebuah senyuman yang menawan.

Aik! Berminat nampak. Kau tak kenal kot dia tu. Dia pemalu sikit. Lagipun dia tu kurang bergaul sikit dengan lelaki. Ala, balik dorm nanti aku send kat kau gambar dan nombor telefon minah ni kat kau. Amacam? Nak tak? Sure kau tergoda punyalah.” Zafrul teruja dan mereka berdua ketawa lagi buat ke sekian kalinya.

…………………………………………………………………………

JATUH CINTA…..

Keesokkan harinya, terdapat sekeping surat yang telah dilipat kemas dan diselit di bawah plastik pembalut meja. Sazri menyangkal itu merupakan surat daripada Farisya. Dia membuka lipatan surat dengan penuh cermat. Kemas tulisannya.Surat itu dibacanya.
Saz, awak ada bagitahu pasal saya
ke kat kawan awk?
-Farisya-
Muka Sazri berubah menjadi risau. Dengan rasa takut, Sazri pergi berjumpa dengan Farisya dan menceritakan hal sebenar kepada Farisya. Risau juga hatinya jika Farisya akan marah kepada kerana tiba-tiba sahaja kenalkan dan bercerita tentang dia tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu. “Emm, saya tak kisah sebenarnya. Tadi pun saya ada terima surat dia kat atas meja saya. He’s nice. Saya bolehnya terima dia jadi kawan saya. Thank Saz.” Sazri cuba untuk tersenyum. Tapi sebenarnya dia amat cemburu bila Farisya menyebut ‘he’s nice’.

“You’re welcome. Dia hensem kan? Awak mesti jatuh cinta bila face to face dengan dia bila-bila masa nanti. Sazri cuba memancing minat Farisya supaya jatuh hati pada Zafrul. Jika itu yang terjadi, hatinya amat gembira kerana boleh menolong Zafrul untuk ceria kembali.

“Cinta saya bukan pada rupa paras, tapi pada hati yang tulus dan ikhlas. Cinta itu tidak boleh dijual dan dibeli begitu sahaja. Ia tidak ternilai.” Tutur Farisya. Sazri rasa serba salah dengan butir bicara yang keluar dari mulut Farisya itu. Bila difikirkan semula, mungkin Farisya ingin berhati-hati dalam memilih pasangan hidupnya.

………………………………………………………………………………..

KONFLIK…

“Sazri, lawak betul la dia tu.” Perkataan pertama Zafrul di pertemuan mereka semasa riadah petang itu. Mereka jarang bertembung. Kali terakhir mereka bersua adalah di dewan makan waktu makan tengah hari tempoh hari. Disebabkan masing-masing dihambat dan dikejar dengan bebanan kerja di kelas dan juga dalam badan kepimpinan.

“La….apa yang lawaknya dengan si Farisya tu?” Tanya Sazri. Zafrul menyambung kembali tawanya. “Emm…entahlah. Tapi memang kelakar la minah tu. Seronok dapat berkawan dengan dia.” Ungkap Zafrul dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir. Sazri gembira mendengar khabar itu. Sazri berharap perkara itu akan berterusan tetapi, selepas beberapa hari……

“Sazri…tunggu aku jap. Ada something aku nak tanya kat kau.” Jerit Zafrul kepada Sazri semasa dalam perjalanan ke surau. “Kenapa ni? Macam ada yang tak kena je.” Soal Sazri dengan pelbagai pertanyaan di fikirannya itu. “Tension! Farisya dah tak reply surat aku! Dah la tak tegur pun aku sekarang ni. Kenapa ye?” ternganga Sazri mendengar apa yang dinyatakan oleh Zafrul tadi. Kenapa Farisya jadi seperti itu. Itu sahaja soalan yang berlegar-legar di kepala Sazri. “Beb..cuba kau ceritakan lebih lanjut tentang diri dia. Aku nak kenali dia dengan lebih rapat lagi!” Ujar Zafrul.

Seminggu sudah pun berlalu. Semenjak Sazri memperkenalkan Zafrul kepada Farisya, hubungan Sazri dengan Farisya seakan semakin jauh. Tiada lagi teguran, tiada lagi surat, tiada lagi request. Kadang-kadang Sazri seakan rindu pada Farisya. Adakah Farisya akan merindui diri ini?

Ah! Tak mungkin. Kalau Farisya rindu padanya, sudah pasti Farisya akan contact aku dengan surat atau berjumpa dengan aku. Sazri sedar dia hanya bertepuk sebelah tangan. Lagipun dia tidak sepatutnya berperasaan begitu sedangkan dia telah menemukan Farisya dengan Zafrul. Zalimnya aku. Getus hatinya. Sazri gembira bila melihat air muka Zafrul yang tidak muram seperti dahulu lagi. Wajah Zafrul kini semakin ceria dan sentiasa senyum. Lega hatinya melihat perubahan pada diri Zafrul.

Tiba-tiba lamunan Sazri itu dikejutkan apabila bahunya diterpa. Rupa-rupanya Zafrul berada dibelakangnya. “Kenapa termenung-menung memanjang ni? Ada yang tak kena ke? Soal Zafrul. Sazri cuba menyembunyikan apa yang berlaku.

“Tak ada apa-apa la. Cuma teringat kat rumah sahaja. Rindu la. Kau ni kenapa pulak? Gembira bangat aku nampak. Menang duit sejuta ke?” Sazri cuba berselindung. “Mana tak gembiranya. Tadi Farisya ajak aku makan sekali kat kantin. Apa lagi, terima je la. Comel la dia time tu. Comel bangat sih.” Jawab Zafrul dengan girangnya. Sazri terkesima. Terkejut. Tiba-tiba wujud perasaan cemburu di hati. Bila tersedar yang dia sememangnya hanya bertepuk sebelah tangan , segera dilontarkan jauh perasaan cemburu yang baru hendak bermukim di hatinya.

“Wah! Syok la kau. Termakbul juga doa kau nak face to face dan berbual dengan dia tanpa surat macam biasa dengan si Farisya tu.” Sazri cuba berlagak tiada apa-apa yang berlaku. Dia tidak mahu Zafrul mengesan apa-apa dari nada suaranya yang tiba-tiba berubah itu.

Kring….kring….loceng sekolah berbunyi. “Ok la. Aku nak masuk kelas dulu ni. Nanti marah lak cikgu kimia aku tu. Em, nanti kita jumpa lagi. Banyak yang aku nak kongsi dengan kau apa yang kitorang borak tadi.” Pinta Zafrul sambil menepuk-nepuk bahu Sazri lalu berjalan meninggalkannya seoarang diri di bawah pokok tanjung. “Hmmmm…” keluh Sazri. Serta merta Sazri menjadi lesu. Fikirannya menjadi kosong dan dia tekad untuk terus melempar jauh rasa cintanya terhadap Farisya.

………………………………………………………………………………

CINTA TERHALANG

Sebulan telah pun berlalu. Sazri menjalani hidup dengan bahagianya. Dia perlu tabah untuk menghadapi semua dugaan ini. Biarlah Zafrul bahagia di sisi Farisya. lagipun, tujuannya memperkenalkan Zafrul pada Farisya adalah supaya Zafrul tidak lagi terus merasa kesunyian dan kesepian keseorangan. Dia gembira melihat Zafrul bahagia.

Tetapi dalam masa yang sama, dia seolah-olah tidak dapat menerima apa yang telah dia sendiri lakukan. Betapa hipokrit dirinya. Membohongi perasaannya sendiri. Setiap hari Zafrul menceritakan kepadanya segala perkara yang berlaku antara dia dengan Farisya. Dalam masa itu juga, beberapa surat yang diberikan kepada Farisya juga tidak dibalas. Biarlah hubungannya dengan Farisya renggang. Dia redha untk kebahagiaan Zafrul.

Pada tengah hari itu, sebelum pulang dari sekolah, dia menerima surat daripada Farisya. Surat itu berbunyi,

“Saz, saya nak berjumpa dengan awak pada
petang ini di tempat biasa. Ada hal mustahak
yang perlu awak tahu. Awak mesti datang.
Saya tunggu.”

-temanmu-

Hanya itu sahaja ayat yang ditulisnya. Pernyataan itu terus berlegar-legar di kepala Sazri. Petang itu, Sazri bergerak pergi tempat itu. Tempat yang dimaksudkan itu ialah di pangkin belakang dewan lama.

“Apa tujuan Farisya mahu berjumpa dengan aku?” Tiba-tiba sahaja nak berjumpa. Hal mustahak apa yang ingin disampaikannya? Berita gembirakah? Adakah dia mahu memberitahu aku mengenai hubungannya sekarang dengan Zafrul?” Soalan demi soalan berputar-putar dibenak fikirannya. Namun tiada jawapan yang ditemui untuk menjawab semua persoalan itu.

Sewaktu Sazri berlegar-legar di sekitar dewan,dia sudah nampak kelibat Farisya yang berada di tempat duduk rehat tepi dewan itu. Sazri melangkah perlahan menghampiri dengan seribu satu persoalan yang belum terjawab.

“Assalamualaikum…..,” Sapa Sazri.

“Waalaikumsalam…” Jawab Farisya dan terus berpaling. Dilihatnya Sazri yang sungguh bergaya petang itu dengan berbaju t-shirt hijau muda. Warna kesukaan Sazri. Walaupun muka Sazri nampak kepenatan kerana terpaksa bertungkus-lumus untuk menjayakan satu majlis yang bakal diadakan tidak lama lagi, Sazri tetap nampak tenang dan segak dimatanya. Dia amat merindui hubungan mereka yang erat dulu.

“Saz, awak tetap segak seperti dulu.” Terkesima Sazri mendengar kata-kata itu dari mulut Farisya. Seingatnya, Farisya tidak pernah memperkatakan sedemikian sebelum ini. Sazri hanya tersenyum mendengar pujian itu dan segera Sazri mengubah topik.

“Farisya, hal mustahak apa yang awak nak bagi tau kat saya? Penting sangat ke sampai tak boleh tulis dalam surat je. Ha! Saya tahu…..awak nak bagi tahu kat saya yang awak nak terima untuk bercinta dengan Zafrul kan?” Sazri cuba berseloroh bagi mengendurkan suasana yang tegang. Tapi, Farisya tidak memberikan sebarang reaksi.

“Eh! Kenapa ni? Awak ada problem ke dengan Zafrul? Cerita la kat saya. Mana tahu saya boleh tolong.: Farisya menarik nafas panjang dan menghembuskannya laju. Mengeluh. Kemudian bangkit dari pangkin dan melangkah dua tapak ke hadapan. Sazri bingung melihat kelakuan Farisya. Farisya tidak pernah berkelakuan sedemiakian. Farisya seorang yang ceria. Hairan Sazri melihat kelakuan sahabatnya itu. Masalah apakah yang ditanggung oleh temannya itu?

“Saz,…kenapa awak buat saya macam ni? Apa saya dah buat Saz? Saya minta maaf kalau saya ada buat salah kat awak. Saya tahu Saz. Saya tahu yang saya ni banyak kekurangan. Adakah orang macam saya ini tidak boleh bercinta? Saz, kenapa awak tak balas setiap surat saya sebelum ini. Sejak awak kenalkan Zafrul kepada saya, hubungan kita dah semakin renggang. Awak menjauhkan diri daripada saya. Kenapa Saz? Kenapa?”

“Dulu saya pernah tanya kat awak, if you mind, saya kenalkan Zafrul kat awak. Awak kata awak tak kisah. Malah awak kata yang awak happy dapat kenal dengan Zafrul. now, you try to blame me!

“Saya memang tak kisah berkawan dengan Zafrul. tapi, tu tak bermakna saya kawan dengan dia, awak boleh tinggalkan saya.” Serentak dengan itu Sazri memandang tepat pada anak mata Farisya. Cuba mencari maksud yang tersirat di sebalik ayat yang terkeluar dari mulut Farisya.

“Tinggalkan awak? Apa maksud awak Farisya?” Saya….saya…saya sukakan awak Saz.” Akhirnya terluah jua kata-kata keramat itu. Farisya lega apabila meluahkan perasaannya pada Sazri. Biar Sazri tahu bahawa dia amat menyukai lelaki itu.

Serentak dengan itu, Sazri terus berdiri.” You can’t. Awak tak boleh mencintai dua lelaki dalam satu masa. Lagipun, kan itu perbuatan yang salah. Perempuan mana boleh berduakan lelaki.

“No! saya Cuma suka kat awak seorang sahaja, Saz.” Farisya menegaskannya sekali lagi. Namun nadanya kali ini lebih lembut berbanding sebelum ini.

“How about Zafrul? Zafrul sukakan awak. Dia tidak boleh hidup tanpa awak.” Terang Sazri. Farisya membetulkan tudungnya untuk beberapa kali.

“Kenapa awak tolak cinta saya, Saz?” soal Farisya dengan lembut. Sazri tidak terus menjawab. Dia melangkah beberapa tapak ke hadapan. Sesekali Sazri menyisir rambutnya itu ke belakang.

” Farisya, sebelum ini awak tak pernah memberitahu kat saya yang awak sukakan saya. Kenapa baru sekarang awak nak ungkapkan. Saya akui, memang sebelum ini juga saya ada menyimpan perasaan tersebut kat awak. Tapi, waktu itu, saya tengok awak tidak pernah memberi perhatian pada saya. Jadi, saya buat andaian yang awak memang tak ada perasaan pada saya. Dan pada masa itu juga Zafrul sedang kesunyian. Jadi, saya cuba kenalkan dia pada awak supaya dia tidak kesunyian. Dan mungkin awak boleh jatuh hati pada Zafrul.” panjang lebar Sazri menerangkan keadaan sebenarnya.

“You’re wrong, Saz. Saya takut waktu itu. Saya takut saya hanya bertepuk sebelah tangan. Saya terfikir, adakah awak akan suka pada saya sebab saya ni banyak kekurangannnya. Namun, saya sedar yang kerana itulah saya hanya layak untuk orang lain, right?”

“Farisya,…maafkan saya sekali lagi. Saya tak pernah bermaksud untuk memperlekehkan awak. Never! I don’t mean it. Saya tak pernah kisah awak ni sempurna atau sebaliknya. Saya ikhlas dengan perasaan saya. Tapi itu sekarang semuannya dah terlambat.”

“Belum lagi. Kita boleh beritahu Zafrul……….” “No!” Pantas Sazri memintas cadangan Farisya. Why not?” Putus harapannya yang baru nak berkembang.

“Saya susah payah carikan couple untuk Zafrul, saya nak tengok dia gembira. Saya tak mahu tengok dia bersedih, muram, mengenangkan kenangan silamnya. Susah payah saya gembirakan dia dan sekarang awak nak saya lukakan perasaan Zafrul. No way!” Tegas jawapan dari Sazri.

“Awak mempergunakan saya, Saz?” “Farisya,saya yakin awak pasti akan jatuh cinta pada Zafrul. Percayalah! Dan saya harap awak dapat jaga hati dia. Jangan kecewakan dia. Saya tak nak tengok dia bersedih lagi, cukuplah hubungannya yang lepas musnah. Jangan musnahkan lagi impian dia, Farisya. Saya yakin, awaklah orang yang boleh membahagiakan Zafrul.”

“Saz awak memang baik pada Zafrul. Bertuah Zafrul dapat kawan macam awak.Tapi dalam masa yang sama, awak seorang yang kejam.Awak sanggup biarkan hati awak terluka semata-mata untuk melihat kawan awak gembira. Awak telah lukakan hati saya, Saz. Awak kejam!” Walaupun nada Farisya lembut tapi ia cukup meninggalkan kesan di hati Sazri.

“Maafkan saya, Farisya. Mungkin…..cinta itu bukan milik kita.” Tertumpah jua air mata dari kolam air mata milik mereka berdua

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: