Cerpen : Cinta Terkebil-Kebil

Nama Pena : mambogurl

Jam tangan Adidas yang cantik terletak di pergelangan tangan kiri dibeleknya. Cool! Baru pukul 9.10 pagi. Presentation start pukul 10.30 pagi. So, sekarang aku boleh pergi melantak dulu! Hanim tersenyum. Puas dengan hanya memikirkan apa yang bakal disantapnya sekejap lagi.

Kaki Hanim laju menuju ke Cafeteria Desasiswa Fajar Bakti. Tak jauh sangat la dari Dewan Kuliah U, tempat dia buat taik mata tadi. Bila teringatkan koew teow thng kat Café Fajar Bakti ni, kecur air liur! Makin laju kaki ini menapak ke sana. Rugi dua orang sahabat baiknya, ‘Amalina si mulut murai’ dan ‘Hajar control cun’ tak de sama. Kalau diorang ada, lagi best! 2 in 1! Melantak sambil bergossip! Hehe…

*****

Adus… apehal ramai pulak makhluk time nih! Hampir 15 minit dia menunggu, barulah pinggan koew teow thng beralih ke tangannya! Baunya… perghhh! Tak leh lawan wooo…. Koew teow thng versi USM… Siang malam asyik termimpi-mimpi maknya cina tukang masak keow teow nih! Hong Kong mali ooo…

Hanim segera menuju ke satu sudut yang dilihatnya ada meja kosong. Sebelum orang lain duduk, baik dia cepat! Tiba-tiba… Buk! Ada menda suam-suam panas di belakangnya. Makin lama makin merebak, makin lama dia rasa belakangnya makin panas…. Segera dia meletakkan pinggan dan gelas yang masih belum berusik itu kat atas meja couple merpati dua sejoli mana ntah. Dan… what? Rupa-rupanya…

“Oi! Buta ke? Mata tu letak mana?” Mamat yang terlanggar Hanim tadi tu terkebil-kebil macam ayam berak kapur. Beberapa orang students hanya memandang gelagat mereka berdua. Sepinggan mee goreng mamat tu dah selamat melakukan pendaratan kecemasan dengan tepat sekali di badan belakang Hanim! Mau dia tak hangin! Dah le ni first time dia ayu-ayu gitu dengan blouse ala-ala Madhuri Dixit punya style… Walhal ni blouse pinjam jer…. Hajar control cun punya blouse! Hehe! Pakai pun sebab ada presentation kejap lagi. Kalau tak, tobat dia tak pakai!

“Sorry, tak sengaja! Saya ganti balik mee goreng tu ye… jangan marah…” Mamat tadi segera mengangkat pinggan yang dah tertiarap ke lantai. Merpati dua sejoli tadi tu dah blah ke mana ntah. Yang tinggalnya cuma dua gelas kosong milik merpati tadi, milo ais dan makanan yang Hanim tumpang letak kat meja couple tadi tu berdating….

“Apehal lak nak ganti mee goreng tu! Tu mee goreng awak… Tapi baju saya nih, nak buat macam mana?” Mamat tu garu kepala… Dan Hanim pun garu kepala gak! Ye lah.. kejap lagi ada presentation, takkan nak masuk lecture hall dengan kesan mee goreng kat belakang baju ni! Ya ampunn… semerbak baunya!

“Macam ni lah… saya bayar awak duit untuk dobi baju tu. Kira 0-0 lah ye…”

Ha… banyak cantik! Geram Hanim dibuatnya. “Cuba awak tengok jam tu, dah pukul berapa? Kejap lagi pukul 10.30 saya ada presentation. Kalau setakat lecture biasa, saya skip dah. Ini assessment tau! Mana sempat saya nak balik hostel nak tukar baju! Jauh tau!”

“Hostel awak kat mana?” Dahi mamat tu berkerut.

“Desasiswa Indah Kembara.” Mata Hanim mencerlang!

“Macam ni lah… awak pakai baju Ida dulu. Kejap eh saya call dia.” Mamat tu menyeluk poket jeansnya dan mengeluarkan handset.

“Saya nak makan dulu. Saya lapar sangat… Dari petang semalam saya tak makan apa-apa lagi!” Suaranya yang menyinga tadi mendatar. Kehabisan tenaga kut! Hanim bergerak dari situ tanpa menghiraukan muka mamat yang dari tadi tak henti-henti terkebil-kebil, tengah guna handset pun tak habis-habis terkebil-kebil jugak! Dia segera beralih ke meja tadi, konon-konon nak makan la keow teow thng yang sah-sah dah sejuk tu, ngan milo ais yang memang confirm dah cair aisnya… Tapi… What?

“Arghhhh…..” Hanim menjerit… Bagai menjemput beberapa pasang mata lagi untuk menonton ‘slot khas sandiwara semasa’ mereka berdua. Waa… sedih gila nih! Kucing nih pun satu. Dalam banyak-banyak pinggan sisa makanan kat atas meja-meja di café ni, apehal pulak kau gi cium pinggan aku! Aku tengah kebulur nih tau tak! Baik kau lari, kalau tak, aku makan kau tu meow! Hanim merempan!

“Alamak… saya ganti makanan awak ye…” Mamat tadi panik! Terkebil-kebil dan terus terkebil-kebil!

*****

“Erk, maaf ye susahkan Kak Ida. Akak pinjamkan saya apa-apa baju sudahlah. Saya nak cepat nih. Kejap lagi saya ada group presentation.” Dah pukul 10.15 pagi. Maknanya aku ada 15 minit aje lagi! Maut… Ini dah kira kes syurga di pintu neraka ni! Hanim berpeluh.

“Hanim nak cepat ke?” Angguk. Laju!

“Erm… pakai yang ni lah! Kalau yang lain nak kena iron dulu. Tak sempat pulak karang.” Aznilda yang dipanggilnya Kak Ida mengambil satu set baju dan tudung dari almari pakaiannya dan menghulurkan padanya. Terbeliak dua biji mata ini melihat baju tersebut. Oh my god… I’m a dead duck…. Ah! Persetankan.

*****

Pintu Dewan Kuliah U dikuak perlahan. Dia cuba intai-intai sikit… Cantik! Line clear! Semua lampu dewan ditutup sebab ada presentation menggunakan projektor di depan. Dalam keadaan gelap, Hanim menuruni tangga auditorium itu perlahan-lahan sambil mencari kelibat ahli kumpulannya. Mana lah beruk-beruk mak yeh ni duduk! Sedang matanya liar melilau mencari si Pejoy, Een dan Uda… Bukk! Dia dah pun selamat jadi nangka busuk tersungkur kat tangga tu! Celaka sungguh! Hatinya menyumpah! Nasib baik gelap. So, orang tak perasan sangat la. Yang perasan cuma hantu-hantu yang duduk kat tepi tangga tu je la. Hari ni hari apa ye? Apsal nasib hari ni semacam jer….

“Awak ok?” Tanya sorang mamat. Hanim melihat muka mamat tu. Dalam samar-samar, macam pernah tengok! “Sini, duduk sini dulu. Kejap lagi diorang nak buka lampu DK ni semula. Presentaion Group 1 dah nak habis tu!” Mamat tu dengan selamba menarik tangan Hanim ke arahnya. Dia lihat sebelah tempat duduk mamat tu memang kosong pun. Lantas Hanim menghenyak bontotnya ke kerusi itu. Buku lali kaki kanannya rasa sakit ya amat! Terseliuh agaknya.

Hanim berpaling ke kanan melihat mamat tersebut. “Hah?” Hanim terkejut biawak! Biawak pun boleh terkejut tengok aku time nih! Cepat-cepat Hanim menutup pintu mulutnya yang ternganga bulat dek kerana terkejut melihat mamat terkebil-kebil tadi tu! Alah… tak kan korang dah lupa kot. Mamat mee goreng yang asyik terkebil-kebil tadi tu! Ok, kita sambung cerita.

“Awak lagi?” Spontan mereka berdua bersuara.

Adus keciknya dunia…. Mamat mee goreng terkebil-kebil tadi tu satu kuliah ngan aku rupanya. Apehal selama ni aku tak pernah perasan pun! Hanim mengomel sendirian.

“Awak ok?” Mamat tadi berbisik. Suasana dewan kuliah yang senyap sunyi itu menyebabkan mamat tadi terpaksa membataskan suaranya.

“K.O.!” Balasku pendek. Memang aku tengah K.O. pun! Mana tak nya… ini lah 1st time seumur hidupnya datang ke kelas pakai skirt labuh dengan kemeja pendek. Warna merah pulak tu! Warna yang paling dia takut sekali nak pakai! Dah le skirt labuh ni warna putih, ada bunga besor-besor kaler merah… adus… sungguh menonjol sekali! Rasa macam traffic light pun ye jugak! Mamat ni punya pasal le nih! Yang paling dia hangin sekali, mamat ni dari tadi asyik usha je. Yang betulnya, dia pun usha mamat tu jugak! Sebab, kalau tak salah pandangan matanya, handsome jugak mamat nih! Hehe… aura gedik sudah mari…. Ya ampun.. Hanim mengulum senyum.

*****

‘Smack that.. all on the floor… smack that… give me some more…’

Lagu Smack That nyanyian Akon berkumandang di corong telinga Hanim. Tetiap kali dia datang berjogging di Tasik Harapan dalam kampus ni, MP3 player model antik yang layak masuk muzium ni dah jadi kewajipan! Itu pun MP3 player yang dimenanginya dalam peraduan teka silang kata dua tahun lepas!

Sambil berlari-lari anak dan menggerak-gerakkan tangan untuk memanaskan badan, matanya sempat menjamu babak-babak filem Hindustan di tepi Tasik Harapan ni. Tasik ni, banyak tuntung. Tuntung-tuntung kat sini pun malu nak nengok adegan-adegan cinta remeo dan juliet yang dipentaskan oleh students kat sini. Hehe… Yang sebetulnya, dia pun tumpang sekaki ngan tuntung-tuntung tu semua…

“Hanim! Slow la…” Satu suara sumbang menyapa Hanim dari belakang. Amalina, mek klate rupanya.

“Kata tak nak jogging tadi!” Bila masa mek klate mulut murai ni datang ke sini? Tadi time aku ajak, ye ye kata sayang nak tinggal katil… Hanim mengomel dalam hati.

“Weh… mano buleh dok mari… kawe nok cuci mato jugok… ingak mu sore ya nok cuci mato!” Pekat sungguh loghat Kelantan minah ni! Tapi jangan tak tahu, Amalina mek klate ni kalau speaking omputeh, berhabuk habis…

“Hajar dok mari samo?” Hanim tiru mek klate ni punya loghat. Bunyi macam orang siam cakap je.. Haha..

“Ada group discussion!” Kami pun berlari-lari anak di sekeliling tasik harapan. Ala-ala anak itik terkedek-kedek pulang petang. ‘Itek gembo-gembo… aye kedek-kedek bilo tembo…’ Macam dalam lagu dendangan AtoZ tu. Begitulah gayanya.

“Ina, malam karang teman aku gi Fajar Bakti jap!” Hanim teringat akan pakaian Aznilda yang dipinjamnya beberapa hari lalu.

“Male ni aku nak nengok TV. Tak mboh ah…” Amalina menggeleng.

“Alah… citer tu kul 10, sebelum citer tu start, kita gi ah… teman ah aku kejap..”

“Ok ah.. kul 9! Tapi mu nak wat gappo gi Fajar Bakti?’ Kening mak cik tu sedikit berkerut. Berfikirlah konon!

“Aku nak pulangkan baju Kak Ida yang aku pinjam tu.”

“Oh.. baju hok come tu! Aku berkene sunggoh la ke baju tu Hanim… nanti tanyo ke Kak Ida ye beli mano baju tuh, deh?” Memang cantik baju tu! Cuma… merah sangat la mak ngah! Kalau aku pakai balik kampung, mau kerbau sekampung tu kejar aku! Hanim tersenyum.

“Mamat hok mu kato handsome tu gano?” Kuat sungguh ingatan mek klate ni!

“Hmmh.. dia tu satu kuliah ngan aku! Tapi aku tak perasan pun!” Serius.. memang tak pernah nampak mamat tu sebelum ni!

“Laa… sungguh?” Hanim mengangguk. Laju!

*****

“Aja… kita stop dulu lah… penat nih…” Hanim terus baring di lantai gelanggang tennis. Lantak lah.. pagi-pagi macam ni, bukannya ada orang pun! Bebudak kat sini, hujung minggu kalu, semuanya sibuk membuta.

“Jom la main lagi satu game.” Hajar control cun dah kalah satu game ngan aku! Of course lah ratu tennis USM tu nak balas dendam! Haha…

“Dah… tak kuasa aku! Jom breakfast?”

“Ala… aku dah janji ngan Abang Im nak breakfast ngan dia sebelum gi library karang…. Sorry eh!” Hajar mengenyit matanya.

“It’s ok… Kalo cam tu, jom ah balik. Esok kita sambung game tadi! Jangan harap lah kau nak menang! Ini jaguh kampung atap tau!”

“Ah… kau belum tengok pukulan tenis tahap dewa peringkat ketujuh aku! Siap kau esok pagi! Hari ni aku tersilap teknik je! Jomlah aku hantar kau balik bilik!” Hajar memiliki sebuah kereta Kancil, hadiah dari ibunya tahun lalu.

“Tak pe, aku nak exercise kaki sket.. Al maklumlah… dah naik dua kilo.. hehe…” Tu la, asyik menumpang naik kereta si Hajar je.. tak exercise langsung! Yelah, kan senang bila nak keluar merayau tiap kali hujung minggu. Tak payah berpusu-pusu tunggu bas. Tak payah berebut-rebut naik bas. Alasan!

Kancil si Hajar mencicit laju meninggalkan gelanggang tennis USM. Kaki aku pula berdecit-decit menapak balik ke hostel. Tu la… tadi jual mahal… Hanim mengeluh.

Hujan turun renyai-renyai mula membasahi bumi. Adus… hujan oh hujan… apasal la kau tak tunggu aku sampai hostel dulu…Time aku tengah terkedek-kedek nak balik bilik, time tu lah hujan nak turun. Apalagi… Hanim yang mengaku dirinya jaguh kampung atap ni pun mula buka langkah seribu la sambil berpayungkan raket tenis yang sah-sah tak boleh diharap buat berlindung!

Dalam dia berusaha gigih membawa badan yang berat bersihnya telah pun bertambah sebanyak dua kilo tu, tup tup! Berdebuk! Ya Allah…. Benda apa pulak yang dok parking tengah-tengah laluan ni! Hujan yang semakin menggila lebatnya menyukarkan Hanim melihat dengan lebih teliti. Yang dia tahu, kakinya sakit sangat sebab tergeser di jalan tar sebentar tadi akibat terjatuh.

“Arghh…” objek tadi mengerang! Hah! Kalau dah berbunyi tu… maknanya… bukan objek lagi dah!

“Tolong saya…” Objek tu meminta tolong. Isk! Dah tahu itu manusia, lagi dipanggil objek!

Dengan gagah perkasa aku tanggung manusia itu kembali ke bumi. Opss… itu versi komik. Ini versi real. Hanim tau it’s damn impossible untuk dia angkat makhluk ni ke mana-mana tempat berhampiran untuk berteduh. Hujan yang tadi rintik-rintik, tetiba je dah menggila. Hanim pun naik gila sama! Memandangkan dia memang genius sejak lahir, segera dia berlari ke pondok tukang kebun USM ni. Nasib baik la lebih kurang 20 meter je dari tempat makhluk tu tidur. Apa lagi, disurungnya makhluk tu dengan troli angkut sampah ke pondok tukang kebun tu tadi. Tukang kebunnya entah ke mana. Hanim alihkan makhluk yang sah-sah dari kaum Adam itu ke pangkin kayu. Hidup lagi ke idak? Mampos….

“Tolong…” Sah! Hidup lagi! Maknanya aku bukan pembunuh. Hanim menarik nafas lega. Cepat-cepat dia lap muka budak lelaki tu. Kot-kot lemas dengan air hujan tadi. Seketika dia terpempam… Mak! Inikan mamat mee goreng tu! Yang asyik terkebil-kebil tu! Adus… apa kejadahnya pula kali ni! Nafas mamat mee goreng tu semacam! Dadanya berombak-ombak naik turun naik turun. Tanpa Hanim sedari, dia sendiri pun rasa macam nak tercungap-cungap!

“Awak sakit jantung ke?” Soal Hanim dengan slumber.

Geleng…

“Awak ada athma ke?”

Angguk. Lemah….

“Awak bawa ubat?”

Geleng…

Hanim mempunyai tugasan penting sekarang! Demi negara yang tercinta, dia berlari pecut 400 meter kehadapan melepasi garisan belang hitam-putih dan itu dia… gol!!!!! Hanim dah pun sampai le ke Desasiswa Fajar Bakti, atau lebih tepat lagi, depan bilik Aznilda, teman wanita mamat tadi tu. Sebab pompuan ni la satu-satunya makhluk yang dia tahu ada hubung-kait sulam-menyulam dengan mamat mee goreng terkebil-kebil, yang tidak diketahui namanya.

“Kak Ida…” Aznilda masih lagi dengan muka seposen… baru bangun tidur la tuh!

“Eh! Hanim. Masuklah. Awal bangun pagi?”

“Saya…” Hanim tarik nafas… “Saya semput… nak ubat….”

“Hah?” Bulat biji mata Kak Ida!

“Eh silap… boy friend Kak Ida tengah semput. Sekarang kat pondok tukang kebun kat sana. Kak Ida ada ubat?”

“Ada .. ada… jom kita pergi!” Aznilda dengan t-shirt ala-ala baby doll dan seluar khakis paras lutut segera mengambil sesuatu di dalam almarinya dan meluru keluar mencari Kelisanya. Lega! At least tak payahlah aku pecut lagi… Orang main bola sepak pun tak penat macam aku ! Hanim menarik nafas lega sekali lagi.

*****

Semenjak dia kenal mamat mee goreng terkebil-kebil nih… hidupnya dah makin tak tenteram! Aku geram! Ya… aku memang geram! Ini semalam punya cerita. Hanim flash back kisahnya.

Dalam dia tengah syok-syok beratur beli tiket wayang… “Akak… cerita Nana Tanjung 2 pukul 4 petang satu!” Hanim menghulurkan duit warna merah.

“Tak! Kasi dua!” Sampuk satu suara alien dari belakang. Hanim berpaling. Alien itu berada betul-betul di belakangnya! Alien punya mamat! Siapa nak nengok wayang dengan kau! Alien tersebut dengan selamba biawaknya mara ke kaunter dan membayar duit tiket. So, nak tak nak, dia pun tengok la jugak cerita tu dengan mamat tu! Isk!

Pagi ni pulak, nak dijadikan cerita… Di suatu pagi yang damai… Damai apanya… hujan bukan main lebat lagi! Tadi masa dia tengah bersiap-siap, mendung je. Bila dia mula nak menapak ke DTSP, terus broomm… hujan turun! Alamak… kena marathon la pulak! Beberapa orang pelajar telah pun memulakan acara merentas desa mereka. Hanim pula, masih terkinja-kinja membuat perkiraan. Nak ke kuliah ke, nak sambung tido je kat asrama? Kalau ke kuliah, boleh dapat tips untuk ujian pertengahan semester tak lama lagi. Tapi, itu Amalina si mulut murai boleh uruskan. Kalau sambung tido, bess gak nih! Hanim pun apa lagi, terus berpusing untuk kembali ke asrama. Dalam masa dia berpusing itulah muncul seorang trojan berbaju hijau kepala itek menariknya kembali ke jalan kebenaran, iaitu jalan menuju ke dewan kuliah! Adus…. Aku hempuk mamat ni karang! Hanim merempan.

“Apa awak buat nih!” Hanim protes. Tapi hanya di mulut sahaja. Dia tetap berada di bawah payung yang sama dengan mamat tersebut. Kalau dia bertindak ‘ganas’ mungkin dia akan basah. Oleh yang demikian, Hanim terpaksa mengikut rentak mamat itu.

“Jangan banyak cakap, kita cuma ada seploh minit je lagi. Kalau awak membebel, tak sempat pula!” Mamat tersebut menarik Hanim agar turut sama berlari-lari anak ke DTSP, dewan kuliah yang boleh menempatkan entah berapa ribu orang pelajar.

‘Masihkah kau ingat.. kita berlari-lari… di kaki langit… mencari pelangi…’ Lagu popular kumpulan Kopratasa berkumandang dalam kotak fikiran Hanim. Celaru! Dia memandang wajah mamat tersebut. Hahaha…. Hanim mengulum senyum! Dalam hujan pun tak habis-habis dengan aksi terkebil-kebil!

*****

“Awak… nanti konvo, awak nak hadiah apa dari saya?” Aznil menyoal Hanim semasa mereka menapak pulang ke asrama masing-masing di suatu petang. Genap empat bulan sejak detik mereka berdua berkenalan. Baru minggu lepas dia tahu nama sebenar mamat tersebut. Itupun selepas berbual panjang dengan Aznilda. Hmmh, memang dah dijodohkan kot. Aznil dan Aznilda. Sepadan! Hanim celaru! Kalau Aznil dan Aznilda ialah pasangan kekasih, habis apa pula hubungan dia dengan mamat tu? Sehingga kini, mereka bukan kawan, bukan musuh, apatah lagi kekasih. Hubungan tak bernama ini menyesakkan fikiran Hanim.

“Saya nak awak lenyap dari muka bumi nih buat selama-lamanya!” Tegas! Malas nak layan!

“Aduh… terpaksalah saya menuntu ilmu dengan angkasawan negara Dr. Syiekh Muzaffar dan Mejar Dr. Faiz macam mana nak jadi angkasawan! Baru boleh tiggalkan bumi ni.” Mamat mee goreng yang suka terkebil-kebil tu tersengih. Lawak la konon!

*****

“Hanim, kau baca paper semalam?” Amalina menyoal. Mereka berjalan beriringan bersama Hajar ke DTSP, tempat mereka bertiga bersama-sama pelajar lain akan ditauliahkan sebagai graduan USM.

“Tak, aku baru balik dari Singapore semalam. Balik rumah tak sampai sejam, tu pun pasal nak ambil baju konvo hari ni. Terus bergegas ke sini. Awal pagi tadi baru sampai.”

“Oh… patutlah kau tak tahu.” Hajar muram.

“Kenapa? Ada gossip panas ke?” Hanim tertanya-tanya. Exited! Yelah, dah lama tak bergossip!

“Aznil dengan kembar dia accident. Kat depan USM ni ha… kembarnya meninggal di tempat kejadian. Aznil pula…” Dump! Dunianya gelap! Apa benar Aznil lenyap dari muka bumi ini bagai dipinta? Hanim terjelepuk di pintu dewan!

*****

Selepas tiga tahun Hanim meninggalkan USM, dia sengaja kembali melawat kampus yang banyak dilakar kenangan indah. Dah banyak berubah! Malah dia sendiri pun dah banyak berubah. Dulu student, kini dia merupakan seorang chemist di sebuah jabatan kerajaan. Dulu selekeh, sekarang dah boleh digelar awek cun! Hehe.. perasan sendiri betul!

Entah sedar atau tidak, kaki Hanim melangkah ke café yang pernah menjadi saksi suatu ketika dahulu. Saksi kepada babak-babak sandiwara yang menemukan dia dengan Aznil, mamat mee goreng yang suka terkebil-kebil! Senyum.

Apa khabar agaknya Aznil. Dia terputus hubungan dengan Aznil sejak hari konvokesyen tiga tahun lalu. Hari konvokesyennya berlalu di dalam wad hospital. Pengsan sehari akibat terkejut mendengar khabar duka dari rakan-rakannya, Amalina dan Hajar. Aznilda yang dipanggilnya Kak Ida rupanya kembar si Aznil, bukan teman wanita Aznil. Kak Ida meninggal dalam kemalangan tersebut. Aznil pula cedera parah dan dirawat di HKL setelah pihak Hospital Pulau Pinang mendapati pesakit tersebut perlu dibedah secara khas kerana tulang rusuknya yang telah menusuk sebahagian dari paru-paru kanannya. Hajar pernah memberitahunya Aznil menyambung pelajaran peringkat Sarjana di Australia, sambil mendapatkan rawatan di sana.

Bukk! Ada menda sejuk-sejuk meliputi belakang baju kurungnya. Arghh!

“Awak!” Mereka sama-sama terkejut. Sama-sama tertawa. Di hadapan Hanim kini ialah Aznil, mamat yang careless! Dulu mee goreng, sekarang jus oren pulak!

“Awak, dah lama saya cari awak!” Lancar pertuturan yang terbit dari mulut jejaka tersebut. Bersih mukanya. Makin handsome!

“Awak buat apa pula di USM ni?” Rasa terkejut dipertemukan semula dengan seseorang yang selalu berada dalam ingatannya masih belum hilang. Seperti sejarah berulang kembali! Lupa sebentar akan bajunya yang basah sejuk tu!

“Saya bakal pensyarah di sini,” ujar Aznil. “Awak dah kahwin?”

“Ha? Kenapa tanya?” Hanim pening. Dalam banyak-banyak soalan yang wujud dalam dunia ini, kenapa soalan cepumas itu juga yang ditanya!

“Sebab saya nak ajak awak kahwin dengan saya!”

“Ha? Kenapa saya?” Terkedu.

“Awak… masa kita study kat USM dulu, asyik awak je yang bantu saya, selamatkan saya tiap kali saya semput nyawa-nyawa ikan, jaga saya di hospital masa saya kena tahan di wad… walhal kita bukannya baik sangat pun. Tapi saya yakin kita ni memang dijodohkan untuk bersama! Malah arwah kembar saya si Aznilda tu pun pernah beritahu saya yang kita ni sebenarnya boleh ngam! Kali ni, biarlah saya pula yang jaga awak seumur hidup ni.” Ujar Aznil dengan tenang dan lancar. Penuh keyakinan! Buktinya, mamat mee goreng ini tidak lagi terkebil-kebil!

Adoi mak… cair beb…. Hanim tak tahu apa nak dikata, apa nak dibuat! Hanya anggukan sahaja yang mampu diberi sebagai jawapan. Café Fajar Bakti yang menjadi tempat pertemuan mereka, kini café itu jugalah yang menjadi saksi lamaran diterima. Hanim gembira. Haruman jus oren yang membasahi belakangnya menyelubungi suasana petang itu. Memberi aroma kepada detik permulaan perhubungan mereka yang kini sudah bernama.

*****ABIS DAH*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: