Cerpen : Kau Musuh atau Cintaku

Nama Pena : s@r@ sAsSy gUrLz

Atiq duduk bersendirian di tepi pandai. Hatinya sakit mengenang sikap ibunya yang ingin berkahwin sekali lagi. Bukankah ibu perlu sayang pada arwah ayah seorang sahaja. Kenapa perlu mencari ganti arwah ayah. Itu yang dia tidak boleh terima.
“Baby, kat sini rupanya kamu. Penat akak cari.” Dia tidak langsung berpaling ke arah suara yang menyapanya. Dia sudah tahu siapa.
“Buat apa akak datang sini?” Sinis sahaja nadanya.
“Hai, marah dekat ibu sampai akak pun dapat tempiasnya.” Rungut Azila.
“Sebab akak pun setuju ibu kahwin sekali lagi.” Tambah Atiq lagi.
“Baby, baby… Kamu belum dewasa sepenuhnya lagi. Sebab tu kamu tak faham.” Baby adalah panggilan manja dirinya. Hanya ibu dan Kak Azilanya sahaja yang memanggilnya dengan gelaran itu.
“Umur 22 tu tak cukup dewasa lagi ke kak?” Masih tidak berpuas hati.
“Dewasa itu bukan bergantung pada tahap umur seseorang tu Bee, tapi tahap kematangan dan pemikiran seseorang.” Jelas Azila. Berdepan dengan Atiq memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Mujurlah dia hanya mempunyai seorang adik. Kalau ramai adik yang berperangai seperti Atiq, alamatnya bengkaklah saraf otaknya memikirkan cara untuk memujuk.
“Sebab ibu dan kakak sering anggap Baby macam budak kecik. Akak lupa agaknya yang adik akak dah besar.” Mukanya masam tanpa senyuman. Namun kecantikkan masih terselah walau tidak tersenyum.
“Macam manalah akak nak ingat kalau panggil pun Baby lagi.” Azila cuba meleraikan kekusutan yang melanda. Namun Atiq sedikit pun tidak tergelak dengan jenakannya.
“Sampai hati ibu lupakan ayah.” Mengalir air matanya bila menyebut tentang ayah. Dia memeluk erat lututnya. Dia benar-benar rindu dengan ayahnya.
“Ibu kahwin dengan uncle tak bermakna ibu akan lupakan ayah.” Terang Azila. Itu dia sangat pasti. Dia tahu betapa dalamnya kasih ibu buat ayah.
“Habis tu, kenapa perlu kahwin lain.?” Soalnya lagi. persoalan itulah yang menghantui benaknya.
“Kamu tak faham Bee. Ibu sunyi duduk sorang-sorang. Dia pun perlukan teman.” Entah berapa kali dia perlu mengulangi ayat yang sama agar Atiq faham dan berhenti dari berfikir yang bukan-bukan.
“Baby kan ada. Kenapa pulak ibu nak sunyi.” Bentaknya.
“Mungkin sekarang Baby ada tapi akan datang bila Baby dah kahwin, tinggal ibu sorang-sorang. Tak kesian kat ibu ke Bee.” Pancing Azila
“Kalau macam tu, Baby sanggup tak kahwin. Biar Baby duduk dengan ibu sampai ke tua.” Azila mengeleng-gelengkan kepalanya melihat kedegilan Atiq.
“Habis tu bila Bee dah tua pulak macam mana? Bee ingat ibu setuju dengan cadangan Bee yang tak masuk akal ni?” Suaranya kedengaran agak tegas berbanding tadi.
“Sedangkan bila abang Arif pergi outstation pun akak dah rasa sunyi. Inikan pula ibu yang kehilangan ayah.” Sambung Azila lagi.
“Kenapa semua orang tak faham Bee? Kenapa mama curang? Tak cukup ke kasih sayang yang ayah beri dulu?” Jerit Atiq seperti hilang kawalan. Berbicara tentang ibunya, memang membuatkan Atiq sedikit beremosi. Bukan sedikit rasanya.
Azila mengucap panjang. Kalau bukan diingatkan bahawa Atiq ini adiknya, mahu sahaja ditampar mulut Atiq yang lancang itu. Namun, dia masih cuba bersabar. Tugasnya sebagai pendidik membuatkan dia berlajar banyak bersabar.
“Baby, sebenarnya hidup ini tidaklah sesusah mana. Kita hanya perlu bersyukur dengan apa yang kita ada dan reda dengan apa yang kita tak ada. Kalau kita asyik fikir tentang kekurangan yang kita ada, hidup ini akan menjadi sempit. Siapa yang tak nak bahagia? Dalam dunia ni, siapa yang bercita-cita untuk sedih. Tak ada orang yang nak Bee.
Percaturan telah Allah tetapkan. Sebenarnya Allah mahu mendidik kita yang masih muda ini untuk lebih mengenal kehidupan ni. Ibu sendiri tidak pernah terfikir yang dia nak berkahwin lagi. Tapi ALLAH bukakan pintu hati ibu untuk kali kedua. Supaya dia dapat menikmati kehidupannya yang telah dikorbankan untuk membesarkan kita Bee.
Bee pernah terfikir yang Bee akan hidup sorang didunia ini tanpa teman? Mesti tak pernahkan. Macam tu jugak dengan Ibu. Dia kehilangan suami pada usia yang muda. Ayah dah lama pergi Bee. Tapi ibu di sini berhak untuk bahagia. Dan sebagai anak, sanggup Bee tengok ibu hidup sorang-sorang tanpa teman? Sanggup Bee pentingkan diri Bee sendiri?” Giliran dia pula yang menitiskan air mata.
Dia jadi insaf mendengar kata-kata kakaknya. Mungkin kerana peranannya sebagai pendidik memberikan banyak pengalaman buat kakaknya. Mungkin jua kerana naluri keibuan yang turut dimiliki oleh Azila menjadikan dia lebih memahami kehendak ibu berbanding dirinya yang masih belum berumahtangga.
Teresak-esak Atiq menangis di dalam pelukan kakaknya. Azila turut menangis. Namun tidaklah seteruk Atiq.
“Mesti ibu kecewa dengan Baby kan?” Itulah soalan pertamanya selepas merenggangkan pelukan.
“Tak. Ibu faham yang anak dia yang sorang ni tak matang lagi.” Usik Azila sambil ketawa apabila melihat muncung sedepa milik Atiq.
“Baby bukan apa, Baby takut kalau-kalau lelaki tu lukakan hati ibu.” Terang Atiq.
“Ibu pasti tahu sesuatu yang baik untuk diri dia kan?” Itulah soalan. Itu jugalah jawapannya. Akhirnya Atiq mengangguk tanda bersetuju dengan kakaknya,
“Baby, untuk menjadi peguam yang baik, Baby kena jadi anak yang baik dahulu. Barulah urusan dunia ini akan berjalan lancar.” Nasihat Azila itu akan Atiq ingat sampai bila-bila.
“Jom kita jumpa ibu.” Ajak Atiq. Hatinya yang panas tadi sudah pun sejuk. Rasa menyesal pula kerana meninggalkan rumah secara tiba-tiba. Tentu ibu merisaukannya.

***
Lagi dua minggu majlis pernikahan ibunya. Atiq turut membantu apa-apa yang patut. Entah kenapa hatinya berasa berdebar-debar sahaja. Mungkin ini adalah penangan bakal suami ibunya.
Buat pertama kalinya mereka akan berjumpa dengan kedua-dua buah keluarga. Kata ibu, uncle Nazim merupakan seorang ahli koporat. Pernah berkahwin dan juga bercerai dengan bekas isterinya lima tahun yang lalu.
Uncle Nazim mempunyai 3 orang anak. Kesemuanya adalah lelaki. Dan berita yang paling tidak dapat dia terima ialah, anak sulung uncle Nazim merupakan salah seorang penuntut di tempatnya dalam kos Undang-undang sepertinya.
Adakah dia mengenali anak Uncle Nazim. Dia sendiri tidak pasti. Bila ditanya, ibu menjawab dia terlupa bertanya tentang nama anak sulung Uncle Nazim kerana sering dipanggil Along sahaja.
Atiq bermain dengan anak saudarannya yang berusia 2 tahun. Mukanya saling tidak tumpah seperti muka Abang iparnya. Cuma matanya sahaja yang diturun dari kakaknya. Bulat dan berbulu mata lentik.
“Aliff, jangan main kat situ.” Tegur Atiq apabila melihat Aliff yang ingin keluar dari muka pintu. Cepat-cepat Atiq mendapatkan Aliff yang tiba-tiba terjatuh. Dia duduk di tepi tempat Aliff terjatuh. Tidak sedikit pun Aliff menangis.
“Kan auntie dah cakap. Tak nak dengar.” Ujar Atiq sambil mencubit kedua-dua belah pipi Aliff. Aliff menjerit marah.
“Assalamualaikum.” Atiq mendongak apabila mendengar suara orang memberi salam.
Perlahan-lahan dia bangun sambil mengendong Aliff. Matanya jatuh pada seorang lelaki yang berusia mungkin di awal 50-an.
“Kamu ni Atiqah yerk?” Soal lelaki itu meminta kepastian, Atiq mengangguk tanda mengiakan. Pastinya lelaki di hadapannya ini ialah bakal ayah tirinya iaitu Uncle Nazim dan di belakang Uncle Nazim itu pastilah anak-anaknya. ‘Tapi kenapa cuma ada dua orang?’ Soalan itu hanya diutarakan di dalam hati sahaja.
“Eh, dah sampai. Baby, kenapa tak jemput masuk.” Entah dari mana ibu muncul. Ibu tersenyum senang menyambut kedatangan ahli keluarga barunya. Bagainama pula dengan dirinya. Entah, dia sendiri tidak mempunyai jawapannya.
“Baru je sampai.” Ujar Uncle Nazim sambil tersenyum memandang Atiq. Atiq turut membalas senyuman itu. Namun agak hambar. Dia menghalakan pandangan ke arah kedua-dua anak lelaki Uncle Nazim. Kata ibu, anaknya yang sulung sama umur dengannya. Anak yang kedua berumur 19 dan sedang menuntut di matrikulasi dan yang bongsu berumur 15 tahun.
Andaiannya, mungkin yang memakai baju merah itu adalah anaknya yang bongsu yang bersekolah di tingkatan 3 memandangkan dialah yang paling pendek. Dan yang seorang lagi itu mungin yang tengah. Yang sedang menuntut di matrik. Tapi Atiq tidak dapat mengesan anak Uncle Nazim yang sulung. Mungkin tidak datang agaknya.
“Eh, Along tak datang sekali?” Soal ibu sambil menebarkan pandangan matanya ke arah pintu.
“Ada kat luar?” Jawab anaknya yang tengah.
“Atiq, tolong pergi panggilkan. Boleh kita makan sama-sama.” Entah kenapa tetapi dia dapat merasakan yang dia seakan-akan disisihkan sahaja. Kenapalah tidak disuruh budak-budak itu yang memanggil abangnya sendiri.
Tapi mungkin ibu menyuruhnya memandang dia berdiri berhampiran dengan pintu. Lagi pun, bukankah mereka itu tetamu mereka? Atiq cuba untuk tidak berfikiran yang bukan-bukan.
Atiq memandang ke arah lelaki yang membelakanginnya itu. Dia mengaru-garukan kepalanya yang tiba-tiba terasa gatal. Bahasa apa yang sesuai digunakan untuk memanggil lelaki dihadapannya itu. Nama lelaki itu sendiri tidak diketahuinya.
“Er…” Lidahnya kelu untuk meneruskan kata apabila lelaki di hadapannya itu menoleh. Untuk seketika dia tergamam. Sungguh, dia kenal dengan lelaki di hadapannya ini.
“Jadi kaulah anak perempuan tu?” Kasar dan sinis sahaja bunyinya.
“Perempuan mana yang kau maksudkan?” Soalnya pula.
“Jadi perempuan gatal tu mak kau?” Pedih sungguh telingannya mendengar ayat yang keluar dari mulut Nazrin. Ya, dia kenal dengan Nazrin yang merupakan rakan sekelasnya. Lagipun, siapa yang tidak kenal dengan lelaki ini. Nazrin terkenal dengan sikap sombong dan tidak berprekemanusiaan.
“Jangan sibuk nak mengelarkan mak aku gatal. Gatal ayah kau, kau tak nampak pulak?” Jawab Atiq kembali. Memang inilah layanan yang selayaknya buat Nazrin.
“Kalau mak kau tu tak terhegeh-hegeh dekat ayah aku, tak adanya ayah aku nak melayan.” Memang dia sengaja ingin mencari nahas dengannya. Atiq sudah hilang sabar.
“Jaga sikit mulut kau.” Giginya diketapkan. Tanda cuba mengawal rasa marah yang mula menular.
“Kalau aku tak jaga, kau nak buat apa?” Ucap Nazrin dengan gaya menganjing. Nafas Atiq turun naik menahan marah. Kalau ikutkan hatinya yang panas, ingin saja ditampar si Nazrin ini dikala ini.
“Aku tahu sangat rancangan kau dan mak kau. Kau cuba nak kaut harta ayah aku kan? Dasar perempuan tak tahu malu.” Suaranya tidak ditinggikan. Namun melalui kata-katanya sahaja sudah cukup membuatkan hati Atiq berbahang.
“Buat pengetahuan kau, mak aku tak tahu menahu dalam hal ni. Hmm, baguslah kalau kau dah tahu. Aku harap kau boleh berjaga-jagalah selepas ni. Kau peluklah harta kau tu kuat-kuat yerk. Nanti rindu pulak kan. Aku akan kikis sampai kau dan ayah kau jadi papa kedana.” Sengaja dia ingin menyakitkan hati Nazrin. Entah apalah yang dia mengarutkan. Mustahil dia ingin berbuat begitu.
“Aku dah agak. Mesti ini tujuan korang kan.” Sangkaan Nazrin itu salah sama sekali. Tidak pernah terlintas sedikit pun dia terfikirkan tentang harta. Dia bersetuju ibu berkahwin hanya semata-mata kerana kebahagian ibu.
“Kau ingat aku teringin nak berabang tirikan kau? Dahlah sombong, angkuh pulak tu. Kau ingat, harta kau tu boleh bawak masuk kubur ke? Tak salah kan kalau harta ayah kau yang banyak tu kau bagi sikit kat aku bila ayah kau dah mati nanti.” Terkejut betul Nazrin mendengar kata-katannya. ‘Mungkin dia ingat bahawa aku akan benar-benar mngotakan apa yang aku cakap.’ Yang Atiq tahu, dia benar-benar ingin menyakitkan hati Nazrin.
Baru sahan Nazrin ingin membuka mulut untuk membalas namun suara ibu memadamkan niatnya.
“Hei, korang berdua. Nanti-nantilah berkenalannya. Masuk dalam dulu makan.” Jerit ibu dari muka pintu. Atiq tersenyum ke arah ibunya. ‘Ibu, orang macam ni kita tak payah kenal pun, Baby dah tahu dia macam mana.’ Desis hatinya.
Nazrin berlalu sambil sempat melanggar bahu Atiq. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia membaling batu ke arah Nazrin yang berjalan di hadapannya. Tetapi kerana ibu masih lagi memandang ke arah mereka, Atiq mematikan niatnya.
Atiq berpura-pura memandang ke arah lain apabila melihat Nazrin bersalaman dengan ibunya. Nampak sangat riak kepura-puraannya.
Nazrin berdiri di tepi meja makan. Dia menjadi was-was untuk makan. Entah-entah ada racun dalam makanan yang sedang dimakan oleh ahli keluargannya.
“Jangan risau. Terlalu awal nak letakkan racun dalam makanan tu.” Suara Atiq perlahan sahaja namun ianya masih jelas di pendengaran Nazrin.
Atiq tersenyum sambil duduk di kerusi yang masih kosong. Dia memandang ke arah sekelilingnya. Ada sinar bahagia dalam anak mata ibu. Namun adakah ini ialah kebahagiaan yang sebenar atau hanya satu kepura-puraan.
Hatinya menjadi takut mengenangkan tentang kehidupan yang bakal dijalaninya nanti. Dia tidak sangka bahawa Nazrin akan menjadi abang tirinya. Apatah lagi melihat kebencian yang meluap-luap Nazrin pada ibunya. Dia takut kalau ibunya diapa-apakan.
Namun segera dia beristifar beberapa kali. Nazrin menuntut dalam bidang undang-undang sepertinya. Satu profesion yang menuntut mereka menegakkan keadilan. Tidak mungkin Nazrin akan melakukkan sesuatu yang buruk kepada ibunya.
Walaupun mereka satu kelas. Namun Atiq tidak pernah mengenali Nazrin. Lelaki itu sering memencilkan diri. Dia tidak begitu bergaul dengan pelajar lain. Sikapnya kelihatan agak sombong dan angkuh.
Namun Nazrin rapat dengan beberapa orang pelajar lelaki di dalam kelasnya. Atiq juga pernah melihat Nazrin memarahi seorang pelajar perempuan yang meluahkan perasaannya padanya. Teresak-esak perempuan itu menangis. Sejak itu Nazrin dikenali sebagai seorang yang tidak berprekemanusiaan.
Sebagai seorang bakal peguam, dia melihat Nazrin seperti menanggung satu masalah yang berat. Dia dapat melihat kesedihan di raut wajahnya. Kesedihan yang tidak tertanggung. Dan hanya dia sahaja yang tahu.

***
“Saya tak setuju!” Bentak Nazrin dan Atiq hampir serentak. Mereka sekarang terpaksa berhadapan dengan pensyarah kerana tidak berpuas hati kerana telah digandingkan dalam satu kumpulan.
“Perlu ke saya mendapatkan persetujuan daripada kamu berdua?” Soal Encik Fadrul yang memang terkenal dengan ketegasannya dalam membuat keputusan.
“Saya minta kali ini sahaja Encik Fad. Tolonglah, saya tak mahu satu kumpulan dengan Nazrin.” Sifat beraninya seakan hilang apabila berada di hadapan Encik Fadrul. Tapi kalau bukan dia sendiri yang bersuara, siapa lagi yang akan membantunya.
“Maaf. Saya tak dapat tunaikan permintaan kamu berdua. Tiada krompomi dalam hal ini. Korang kena sedar, bila berhadapan dengan reality sebenar, kamu tidak dapat memilih kehendak kamu sendiri. Sama ada kamu mahu atau tidak, kamu tetap kena melakukan.” Tegasnya.
Atiq menjeling ke arah Nazrin yang berdiri di sebelahnya. Tidak langsung kelihatan Nazrin ingin merayu kepada Encik Fadrul untuk pertukaran kumpulan. Hanya dia sahaja yang beria-ria.
“Tapi kita boleh pilih orang yang serasi untuk kita berkerjasama kan?” Atiq memberanikan diri. Dia bakal peguam. Dia perlu berani bersuara.
“Cik Atiqah, bila kamu memilih untuk memilih orang serasi untuk berkerjasama, kamu tidak akan mendapat bukti atau fakta yang kukuh kerana kamu cepat berpuas hati dengan apa yang kamu dapat.
Namun jika memilih untuk berkerjasama dengan orang yang tidak serasi dengan kamu, pendapat kamu akan bercanggah. Pelbagai andaian yang akan kamu dapat sebelum mendapat bukti atau fakta yang sebenar. Ada bezanya bukan?
Lagipun, kamu ingat bidang guaman ini ibarat cinta ke yang memerlukan keserasian. Keserasian atau persefahaman tidak penting. Yang penting adalah bukti.
Sudah, jangan buang masa kamu dengan merayu kepada saya. Kamu sendiri tahu bahawa saya tidak akan melayan hal yang remeh temeh macam ni. Apa-apa pun, saya menantikan performance yang terbaik dari kamu berdua. Good luck.”
Atiq keluar dari bilik Encik Fadrul dengan wajah yang sunggul. Sakit betul hatinya. Sejak ibunya berkahwin lain, dia terpaksa duduk serumah dengan Nazrin. Di rumah mengadap muka dia, di kelas mengadap muka dia. Lebih malang lagi kena satu kumpulan dengan dia. ‘Serabut betul hidup aku!’
Kakinya melangkah ke arah meja-meja bulat yang sedang diduduki oleh teman-temannya yang lain. Sebu sungguh hatinya melihat teman-temannya yang dari awal-awal lagi sudah menunjukka muka simpati.
“Atiq, alang kepalang kita dah jadi satu kumpulan. Aku ada cadangan untuk kaji kes apa? Apa kata kalau kita kaji kes seorang anak tiri yang berusaha untuk mendapatkan harta ayah tirinya. Macam mana? Ok tak?” Atiq tidak menunggu lama untuk menjawab. Dengan pusingan 360 darjah dia berpusing
Pang!!!! Cepat sahaja tangannya yang runcing hinggap di pipi milik Nazrin. Seketika Nazrin terkesima. Namun tidak lama apabila dia turut melempang Atiq. Semua yang ada disekeliling mereka terkejut beruk.
Rakan-rakan mereka yang sedari tadi menonton mula menapakkan diri ke arah mereka berdua.
Mata Atiq membahang dengan kemarahan. Nazrin juga tidak kurang hebatnya. Mereka saling berlawan mata.
“Apa masalah kau sebenarnya?” Tengking Atiq. Nafasnya tercungap-cungap menahan marah. Dalam pada waktu yang sama, dia ingin mengawal air matanya daripada mencurah. Dia memang bertekad untuk tidak menangis. Air mata hanya akan membuatkan dirinya kalah dengan Nazrin.
“Masalah aku ialah kau. Kau yang mendatangkan masalah pada aku!” Balas Nazrin dengan suara yang lantang. Kini, banyak sudah mata-mata yang memandang ke arah drama sebabak yang tidak berskrip itu. Ada yang berhenti semata-mata untuk menyaksikan pertengkaran di antara Atiq dan Nazrin.
“Sebenarnya hidup kau yang bermasalah. Masalah kau ialah, kau tak boleh tengok orang lain bahagia.” Balas Atiq. Memang kesabarannya tidak pernah wujud untuk Nazrin.
“Memang kau bahagialah dapat tinggal kat rumah besar. Almaklumlah, orang miskin macam kau ni mana pernah dapat kesenangan yang macam tu kan. Dasar miskin tak sedar diri!” Ramai yang mula berbisik apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Nazrin.
“Semiskin-miskin aku, ahli keluarga aku tak ada yang berlaku curang!” Atiq sedar yang dia tidak sepatutnya bercakap hal peribadi seperti itu di hadapan khalayak ramai. Namun, akal fikirannya sudah tidak dapat berjalan dengan baik. Sebab itu, rahsia yang tersimpan sudah tidak bergelar rahsia lagi.
“Kurang ajar!” Sekali lagi tangan Nazrin sudah terangkat untuk menampar Atiq untuk kali kedua.
“Hei, kamu berdua. Masuk pejabat saya sekarang jugak.” Arah Encik Fadrul yang entah bila sudah berada berdekatan dengan perlajar yang berkumpul. Tangan Nazrin kembali jatuh ke bawah. Dia mendengus marah.

***
Atiq termenung panjang di bangku meja. Serabut kepalannya memikirkan hal yang telah berlaku dan hal yang akan berlaku dalam hidupnya. Dia memicit-micit kepalanya yang sakit. Berat akal fikirannya untuk berfikir, berat lagi rasannya rasa bersalah yang ditanggung.
Hanya tuhan yang tahu debaran hatinya apabila dipanggil oleh Encik Fadrul tadi. Dia takut kalau-kalau pergaduhannya dengan Nazrin akan sampai ke pengetahuan ibunya. Tetapi mujurlah Encik Fadrul hanya memberikan amaran. Segalanya mujur…
Dia akui, dia tidak sepatutnya membongkarkan rahsia Nazrin kepada pengetahuan umum. Penyesalan yang menghimpit tidak dapat melegakan hatinya sendiri. Dia masih ingat betapa marahnya Nazrin pada Nizam.
“Kenapa kau bocorkan rahsia keluarga kita pada orang luar. Kau tak malu ke?” Marah Nazrin sambil mencekak leher baju milik Nizam. Terkebil-kebil Nizam yang baru pulang dari sekolah itu melihat kemarahan Alongnya.
“Rahsia apa?” Soalnya takut-takut.
“Rahsia apa kau tanya?” Nazrin menghadiahkan Nizam satu tumbukan di muka.
“Nazrin, apa yang kau buat ni?” Mujurlah ketika itu dia ada di rumah. Kalau tidak, tak tahulah nasib Nizam. Dia menolak Nazrin yang sedang menghimpit Nizam yang sedang terbaring lemah.
“Kau jangan masuk campur. Kalau tak…” Nazrin menundingkan jari terlunjuknya. Nada suarannya berbaur amaran.
“Kalau tak kenapa? Kau nak pukul aku pulak?” Cabar Atiq. Tidak cukup bergaduh di kampus, mereka menyambung pergaduhan di rumah pulak.
“Kalau kau tak rasa puas dapat penampar aku tadi, kau boleh tambah lagi. Kalau tak nak, sila ketepi.” Arah Nazrin. Sedikit pun Atiq tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Dia masih mahu melindungi Nizam.
“Kenapa kau pukul dia? Kau nak bunuh dia ke?” Hairan juga dia dengan Nazrin. Bukannkah hubungan mereka adik beradik amat baik.
“Kalau membunuh tu tak menjadi satu kesalahan, orang pertama yang aku akan bunuh ialah kau.” Jerit Nazrin.
“Sebab ia menjadi satu kesalahanlah kau tak buat kan? Habis tu, kau ingat kalau pukul adik sendiri tak salah ke?” Kali ini, dia menggunakan cara seorang peguam untuk menyelesaikan masalah. Bukan dengan sikap membabi buta seperti yang berlaku di kampus tadi.
“Eh, yang kau menyibuk kenapa? Suka hati akulah. Kau tu orang luar.” Sakit pula hatinya mendengar kata-kata Atiq yang berbau teguran.
“Bila aku dah menjadi salah seorang daripada ahli keluarga kau. Aku bukan lagi orang luar. Dan orang yang kau pukul tu bukan sahaja adik kau tapi adik aku jugak. Walaupun hanya sekadar adik tiri.” Dia membantu Nizam yang sedang mengerang kesakitan. Simpatinya tumpah di situ.
“Mungkin sebab aku tak ada adik, sebab tu aku mudah jatuh sayang pada adik-adik kau. Tapi sayang, abang dia sendiri yang sanggup membelasah adiknya sendiri.” Sambung Atiq lagi. Matanya dihalakan ke arah Nazrin. Tiada lagi riak kemarahan. Yang ada cuma kesayuan.
Dengan langkah longlai, Nazrin meninggalkan mereka berdua. Setelah membantu Nizam duduk di sofa, dia bergerak ke arah almari untuk mencari peti kecemasan. Tangannya ligat membersihkan luka di bibir Nizam yang pecah akibat ditumbuk.
“Akak minta maaf sebab mungkir janji.” Tuturnya perlahan,
“Akak tak sedar bila akak dah mula melebihi batasan yang sepatutnya. Dan kamu pulak yang menjadi mangsa.” Atiq menyambung ayat apabila melihat reaksi Nizam yang hanya mendiamkan diri.
“Zam tak salahkan akak. Memang Zam yang salah. Zam tak patut beritahu rahsia keluarga Zam pada orang lain.” Nadanya memang berbau penyesalan. Atiq hanya terkaku membisu.
“Tapi Zam cuma cuba nak ringankan penderitaan Along. Dia dah banyak menderita kak. Lepas mama bercerai dengan papa, dia dah tak macam dulu. Dia dah banyak berubah. Semuanya berpunca bila mama dan papa bercerai.
Orang cakap yang mama kami curang dengan papa. Memang papa tak pernah cakap pasal keburukan mama tapi kami dengar dari mulut mama sendiri yang dia cakap yang dia sayang lelaki lain. Entah macam mana cerita ni boleh tersebar kat sekolah Along. Dia selalu kena ejek dan disisihkan dari kawan-kawan. Sejak tu, dia mula menghindarkan diri dari orang lain. Yang ada hanyalah apa yang dia sedia ada.
Banyak kali dia cuba nak satukan semula mama dan papa tapi papa macam dah tawar hati dengan sikap mama. Sebab tu, bila papa ambil keputusan untuk kahwin lain, Along tak suka. Dia tak suka kalau ada perempuan yang rampas tempat mama.” Dia mengeluh berat. Dan kembali menyambung kata.
“Zam cerita semua ni bukan untuk membanggakan Along depan akak. Walaupun sebenarnya Zam bangga sangat dengan Along. Dia dah banyak derita kak. Dia kesepian. Jadi, orang yang selayaknya menyerikan kembali hidup Along ialah akak. Bukan Zam atau angah.” Atiq dilanda kehairan apabila mendengar kata-kata dari Nizam.
“Kenapa Zam cakap macam tu?” Dia bersuara setelah agak lama mendiamkan diri untuk memberi laluan kepada Nizam untuk bercerita.
“Sebab dah lama Zam tak tengok Along bersemangat seperti tadi. Sebelum ni, dia suka duduk dalam dunia dia sendiri. Dia tak hiraukan sekeliling dia. Tapi bila dengan akak, dia macam kembali bersemangat macam dulu-dulu. Kembali menjadi Along yang dulu.” Terang Nizam.
“Apa yang nak dihairan sangat Zam. Dia kan tengah practis nak jadi lawyer. Mestilah selalu berdebat dengan akak. Kalau tak tumpullah dia nanti.” Jelas Atiq.
“Maksud saya, Along macam sukakan akak.” Kata-katannya tidak lagi berkias.
“Jangan nak merepek. Akak baru dapat penampar dia pagi tadi.” Seloroh Atiq sambil tangannya mengemas kembali peti kecemasan. Nizam ketawa kecil.
“Along tu kan pelik. Agaknya macam tu cara dia meluahkan perasaan kowt.” Andaian Nizam itu tidak memberi apa-apa makna kepada Atiq.
Dia bangun berlalu namun masih sempat mengingatkan kepada Nizam agar merahsiakan hal ini daripada pengetahuan ibu dan papa. Dia tidak mahu kedua orang tuanya itu risau dengan karenah anak-anak yang tidak pernah penat untuk menyusahkan ibu bapa.

***
Sejak hari itu, Atiq cuba mengawal perasaan marahnya dengan Nazrin. Dia tidak melayan jika Nazrin seakan-akan cuba mencari gaduh dengannya. Dia cuba berlajar bersabar untuk tidak cepat melatah dengan situasi.
Kerja-kerja berkumpulan juga berjalan dengan agak lancar. Mujurlah Nazrin seorang yang professional. Tidaklah dia bersikap sambil lewa atau main-main. Atiq tidak menafikan bahawa Nazrin selalu datang dengan idea-idea yang bernas.
Sehabis daya Atiq cuba mengawal nada suarannya agar tidak kelihatan seperti ingin mencari gaduh. Dan memberikan kerjasama yang sangat baik. Akhirnya kerja kumpulan yang sepatutnya dihantar pada minggu hadapan, telah pun siap 90%. Cuma menunggu untuk semakan kali terakhir sahaja.
“Atiq, kau dengan Along kau tu macam ok je? Ok ke tak sebenarnya?” Soal Ainul pelik.
“Entahlah.” Atiq sendiri tidak punya jawapan untuk soalan Ainul.
“Ada gaduh-gaduh lagi?” Soalnya lagi.
“Mestilah ada. Tapi tak adalah adengan tampar menampar macam hari tu. Just gaduh lawan-lawan mulut je.” Jelas Atiq.
“Hmm, kau tak ada apa-apa perasaan ke dekat dia?” Entah kenapa, soalan itu pula yang timbul.
“Apa yang kau merepek ni. Aku tak ada apa-apa perasaan sayang pun pada dia.” Jawab Atiq bersungguh-sungguh.
“Aku tak cakap pun perasaan sayang. Maksud apa-apa perasaan tu mungkin perasaan benci.” Ah sudah. Dia sudah terperangkap dengan si Ainul yang memang terkenal dengan memadan-madankan orang ni.
“Pandai kau nak perangkap aku kan?”
“Maknanya, kau memang ada perasaan kat dia?” Ainul meminta kepastian.
“Aku rasa aku tak ada jawapannya.” Jawapan Atiq itu membuatkan Ainul tersenyum.
“Kau selalu cakap. Seorang peguam sering menegakkan fakta. Sama ada jawapan ya atau tidak. Sesuatu fakta tidak boleh menjadi kemungkinan atau dipendekkan cerita, tak ada jawapan.
Maknanya dalam kes kau ni, kau keliru. Dan seorang yang keliru ini sebenarnya sedang jatuh cinta kerana cinta menjadikan kita keliru dalam membuat keputusan.” Atiq mencebik mendengar kata-kata Ainul yang meniru gaya seorang peguam.
“Tapi kau kena tahu. Tak semua soalan ada jawapannya.” Tambah Atiq pula.
“Cuba kau jawab macam tu dalam Court. Agak-agaknya, apalah reaksi hakim tu kan?” Geram sungguh dia melihat kelakuan Ainul yang memainkannya.
“Sekarang kita bukan dalam court kan?”
“Memanglah bukan dalam court sebab aku ni bukannya nak jadi peguam. Aku nak jadi penulis.” Bangga sungguh Ainul dengan cita-citanya.
“Tapi aku rasa, kau lebih sesuai jadi penceramah je sebab kau kan banyak cakap.” Cadang Atiq.
“Pandailah kau.” Cebik Ainul.
“Aku memang pandai.” Sambil kepalannya terangguk-angguk.
“Ya aku tahu. Sebab tu ada anak murid kau datang.” Ujar Ainul sambil mulutnya dimuncungkan ke arah beberapa orang rakan kelas Atiq yang menghampiri meja yang mereka duduki.
“Hai Atiq. Aku menganggu ke?” Soal Dayang sambil tersengih.
“Memang menganggu.” Usik Ainul. Atiq tergelak kecil.
“Tak adalah. Jangan percaya cakap Ainul ni. Dia memang ada gangguan mental sikit.” Tambah Atiq pula. Ainul menumbuk lembut bahu Atiq.
“Hmm, aku nak tanya sikit tentang kes Carlill v Carbolic Smoke Ball Co Ltd. Kau boleh terang kat aku dengan lebih jelas tak?” Memang itulah kebiasaannya. Dia jarang menangkap dengan cepat apa yang pensyarah ajarkan. Dan Atiqlah yang akan menjadi guru kedua padanya.
Ada masanya, dia merasakan bahawa dia tidak layak menjadi seorang peguam kerana ciri-ciri seorang peguam mestilah cepat peka dengan persekitaran keadaan. Namun dia perlu menunaikan harapan ayahnya. Kerana itu dia sedaya upaya cuba bertahan.
“Boleh, apa salahnya. Sambil-sambil tu, boleh aku study sekalikan.” Atiq membetulkan kaca matanya sambil mula memberikan penerangan dengan lebih jelas kepada Dayang. Dan adakalanya Dayang menyampuk untuk bertanya soalan.
“Thanks Atiq. Nasib baik ada kau.” Dayang mula mengemaskan kertas-kertas miliknya.
Atiq cuma tersenyum. Sudah biasa dengan ayat terakhir Dayang.
“Aku pasti, satu hari nanti, kau pasti jadi seorang peguam yang hebat.” Tambah Dayang lagi. Pujian itu memang lahir dari hatinya yang ikhlas. Atiq malu-malu. Tidak biasa dilimpahi dengan pujian. Dalam hatinya dia berdoa agar kata-kata Dayang itu akan menjadi satu kenyataan pada masa hadapan.

***
“Auntie, lepas ni Auntie tak payahlah susah-susah kemaskan bilik saya.” Ujar Nazrin memulakan mukadimah.
“Alah, ibu tak kisahlah. Lagipun, bukan susah pun.” Jawan Puan Aini ramah. Namun air muka Nazrin kelihatan tegang.
“Saya tak suka kalau ada orang sentuh barang saya.” Suaranya mendatar sahaja namun Puan Aini sudah mula merasa tidak enak.
“Along jangan risau. Ibu tak sentuh apa-apa pun.” Puan Aini seakan-akan cuba menenangkan Nazrin yang seakan-akan mula panas.
“Tapi saya tetap tak suka.” Suasana ketegangan sudah mula menghimpit.
“Ibu minta maaf. Ibu tak tahu.” Dari anak tangga, Atiq melihat adengan drama antara Nazrin dan ibunya. Hatinya seakan mula terbakar apabila melihat cara Nazrin berinteraksi dengan ibunya.
“Jangan bahasakan diri Auntie ibu sebab dalam dunia ni saya hanya ada seorang wanita yang melahirkan saya yang saya panggil mama.” Kata-kata sinis Nazrin itu seolah-olah membakar telinga Atiq. Tangannya sudah mula mengepal penumbuk.
“Along tak suka Ibu kahwin dengan papa Along?” Soal Puan Aini sambil tetap membahasakan dirinya sebagai ibu.
“Dalam dunia ni, hanya ada seorang wanita sahaja yang layak menjadi isteri papa. Dan orang itu adalah mama. Bukan Auntie.” Jeritnya lantang. Bagai bergegar jantung Puan Aini apabila mendengar jeritan Nazrin.
“Kehadiran Auntie dah merosakkan peluang mama untuk balik pada papa. Auntielah penyebab kenapa papa tak balik pada mama. Ini semua salah Auntie.” Sambung Nazrin apabila melihat Puan Aini seakan-akan kaku melihatnya.
“Ibu tak tahu Along. Kalau ibu tahu, bukan macam ni jadinya.” Airmatannya sudah mula mengalir. Terasa bersalah kerana mengambil hak kebahagiaan yang Along sentiasa harapkan.
Nazrin sudah menjadi tidak menentu apabila melihat air mata Puan Aini yang gugur sebuti dua di pipi. Bibirnya seakan ingin memohon maaf di atas keterlanjuran kata-katannya tadi. Tapi hatinya melawan keras.
Pantas kakinya melangkah ke dapur. Dia ingin lari dari segalanya. Lari daripada melihat air mata ibu tirinya. Dalam diam sebenarnya, dia mengakui bahawa Puan Aini melayannya dengan sangat baik. Malah, layanan yang diberikan melebihi layanan daripada mamanya sendiri.
Dia sudah mula sayang dengan Puan Aini. Namun ada sesuatu dalam dirinya yang melarang dia mengasihani Puan Aini. Lagi pula, dia takut kalau-kalau kasih sayangnya pada Puan Aini melebihi dari kasihnya pada mama. Itulah perkara yang paling dia takuti.
“Puaslah hati kau kan, dapat buat ibu aku menangis.” Terkejut sungguh Nazrin disapa oleh satu suara secara tiba-tiba. Namun dia kenal dengan suara itu. Lantas dia berpaling ke arah tempat Atiq berdiri.
“Bukan masalah kau.” Sungguh, dia tidak ada mood untuk bertikam lidah dengan Atiq ketika ini.
“Huh, bukan masalah aku? Dengar sini, ia akan menjadi masalah aku bila ia melibatkan ahli keluarga aku.” Kali ini, dia tidak akan sekali-kali akan memberi muka kepada Nazrin.
“Kau nak pergi mana tu? Aku belum habis cakap lagi.” Jerit Atiq apabila dia melihat Nazrin yang seperti ingin meninggalkan dapur.
“Kau cakaplah sorang-sorang.” Balas Nazrin sambil sedikit pun tidak memandang Atiq.
“Kurang ajar.” Seraya itu Atiq mengambil telur yang berada di atas peti lantas dia berlari ke arah Nazrin dan mengetukkan telur itu di atas kepala Nazrin. Dengan sekali ketuk sahaja, telur itu sudah pecah.
“Apa ni?” Jerit Nazrin sambil cuba menyapu sisa-sisa telur yang mula mengalir di matanya. Atiq tersenyum puas. Sekarang, barulah hatinya lega.
“Inilah salah satu cara untuk mengajar orang yang kurang ajar macam kau.” Sinis sahaja suara Atiq.
“Siapa kau nak ajar-ajar aku?” Tengkingan Nazrin itu tidak sedikit pun menakutkan Atiq.
“Sebab mak bapak kau tak ajar kau, biar aku yang tolong ajarkan.” Tengking Atiq pula.
Tiba-tiba Nazrin mencekik leher Atiq mengunakan kedua-dua belah tangannya. Atiq yang nyata terkejut cuba merengangkan tangan milik Nazrin yang kemas di lehernya. Tidak disangka pula begini reaksinya.
“Lepaslah.” Sedaya upaya dia cuba bersuara. Nafasnya sudah mula semput. Kakinya cuba memijak kaki Nazrin. Namun hampa kerana ia tidak mendatangkan apa-apa hasil.
“Along! Apa yang Along buat ni? Along nak bunuh Kakak Baby ke?” Entah dari mana datangnya Nizam. Terkejut sungguh dia melihat aksi Alongnya yang sedang mencekit leher kakak tirinya. Sedaya upaya dia cuba meleraikan pergaduhan antara mereka berdua.
“Memang patut Along bunuh perempuan ni. Bila dia datang, semuanya musnah. Mama tak dapat balik lagi. Semuanya sebab perempuan ni!” Suaranya jelas dan lantang. Rasanya, seisi rumah sudah dapat mendengar jeritannya.
“Kak Baby tak salah apa-apa Along. Along, bukan macam ni cara untuk selesaikan masalah. Lepaskan Kak Baby Long… dia dah tak boleh bernafas ni…” Pujuk Nizam lagi. Masih belum berputus asa. Dia tahu bahawa abangnya kecewa. Terlalu kecewa.
Air mata Nazrin menitis. Dia terlalu sedih mengenangkan bahawa mamanya tidak akan pulang lagi. Pautannya sudah mula longgar.
“Along, lepaskan Atiq!” Kali ini, bukan suara Nizam yang menyapa, tetapi suara Datuk Nazim. Serta merta dia melepaskan Atiq. Cepat-cepat Puan Aini mendapatkan Atiq yang tercungap-cungap.
Segera matanya beralih ke arah papanya yang memandangnya dengan mata yang mencerlang. Dia tahu bahawa papa marahkannya. Namun, adakah dia salah kerana ingin membawa pulang kembali mamanya ke pangkuan papa. Salah ke? Seseorang, tolonglah beritahu jawapannya.
“Kamu sedar tak apa yang kamu buat ni?” Tengkingan Datuk Nazim lebih kuat daripada jeritan Nazrin tadi.
“Salah ke kalau saya nak mama saya balik semula pada keluarga kita? Salah ke?” Bukan niatnya untuk menderhaka. Namun dia perlukan jawapan.
“Salah. Sebab papa tak nak terima perempuan curang.” Jawapan Datuk Nazim membuatkan hati Nazrin umpama dihiris dengan belati tajam.
“Tak adakah ruang kemaafan untuk mama? Besar sangat ke salah dia?” Bela Nazrin. Puan Aini, Atiq dan Nizam hanya memilih untuk melihat sahaja pertelingkahan antara bapa dan anak itu.
“Papa dah lama maafkan mama. Tapi untuk terima mama kembali, papa tak sanggup. Bukan sekali peluang yang papa bagi pada mama. Telalu banyak Long… sampai papa dah mampu lagi untuk menyandang title sebagai lelaki dayus. Cukuplah apa yang papa terima. Untuk mengulangnya kembali, papa dah tak sanggup. Tak sanggup untuk berhadapan dengan kekecewaan lagi Long.” Tidak seperti tadi. Kali ini, nada suaranya lirih sekali. Mengetuk naluri hati yang mendengar untuk mencurahkan simpati.
Nazrin tidak menunggu penjelasan lagi. Telinganya sudah tidak dapat bertahan lagi untuk mendengar. Hatinya sudah tidak berdaya lagi untuk menanggung luka. Kakinya diatur tanpa arah tuju. Tangannya mencapai kunci kereta yang berada di atas meja kopi. Dia keluar membawa sekeping hati yang berdarah.
“Atiq tak apa-apa?” Soal Datuk Nazim sambil mencangkung menghadap Atiq yang bersandar lemah di badan Puan Aini.
Dia tidak berdaya untuk berkata-kata. Terasa menyesal pula kerana mengikut kata hati yang marah hingga menyingkap kembali luka lama. Luka hati Nazrin di atas retaknya kasih papa dan mamanya.
“Atiq minta maaf.” Pohonnya dengar nada yang pelahan. Suaranya seakan sukar untuk keluar. Namun digagahkan jua. Air matanya jatuh sebutir dua.
“Bukan salah Atiq. Bukan juga salah Along. Yang salah hanyalah papa.” Luah Datuk Nazim. Dia mengahalakan mukanya ke arah lain. Gusar kalau-kalau air matanya menitis di hadapan Atiq.
Atiq faham dengan tindakan Ayah tirinya. Dia memalingkan muka ke arah ibunya yang hanya mampu tersenyum hambar. Sudah terlewatkah kebahagian untuk mereka kecapi? Terlalu mahalkah harga sebuah keredaan itu sehinga merobek hati insan lantas kecewa lalu berubah warna.
Mungkin ada hikmahnya di atas setiap kejadian yang berlaku. Apatah lagi, tuhan tidak akan pernah mempersia-siakan ketabahan seorang insan. Adakalanya, Allah menguji sesebuah hubungan agar mereka dapat mengeratkan kembali hubungan yang renggang. Satu hari, pasti akan terjawab jua.

***
Atiq baru sahaja ingin turun ke bawah untuk melegakan tekak yang dahaga. Namun niatnya terbantut kala telinganya menangkap perbualan di antara ibu dan ayah tirinya. Pantas, dia memasang telinga untuk mendengar dengan lebih terperinci.
“Berpisah! Awak jangan main-main Ani.” Soal Datuk Nazim inginkan kepastian. Terkejut sungguh dia mendengar permintaan isterinya kali ini. Atiq yang curi-curi dengar juga turut melopong.
“Saya tak main-main bang. Saya rasa inilah yang terbaik untuk semua.” Tersekat-sekat suarannya akibat menangis.
“Tak. Saya tak setuju.” Bangkang Datuk Nazim.
“Abang sendiri tengok kan macam mana Atiq dengan Along gaduh tadi. Dia orang tak bahagia kita kahwin bang.” Dia tidak perlu mendengar dari isterinya. Dia sendiri sudah tahu.
“Tapi ada jalan penyelesaian yang lain Ani. Bukan dengan cara berpisah.” Pujuk Datuk Nazim.
“Cara apa bang? Boleh abang beritahu saya.” Pinta Puan Aini.
“Kita fikirkanlah sama-sama.” Bukan jawapan itu yang diingini oleh Puan Aini.
“Saya sayang anak-anak abang. Saya dah anggap dia orang macam anak saya sendiri bang. Apatah lagi, saya ni tak ada anak lelaki. Tapi saya tak sanggup tengok Along bersedih. Hati saya pun dapat agak yang Atiq tak bahagia bang.
Bila Atiq tak bahagia, saya rasa serba salah pada arwah suami saya. Saya takut dia tuduh saya pentingkan kebahagiaan saya melebihi kebahagian Atiq. Padahal saya terima abang dulu sebab saya fikirkan dia. Saya takut kalau-kalau dia ketandusan kasih sayang dari seorang ayah. Entah-entah, saya dah buat keputusan yang salah.” Mengalir air mata Atiq mendengar kata-kata ibunya.
\’Tak ibu, ibu buat keputusan yang betul. Cuma Baby yang tak dapat memahami ibu.\’ Desis hatinya. Rupa-rupamya, ibunya tidak pernah melupakannya. Hanya dia sahaja yang sering berfikiran yang bukan-bukan.
Dia baru berkira-kira untuk pergi namun tiba-tiba tangannya tertempuh freme gambar yang terletak di meja sisi. Tiba-tiba dia menjadi gelabah tidak terkira. Takut kalau-kalau ibu dan ayah tirinya dapat menangkap dia sedang mengintip perbualan mereka.
\’Apa aku nak buat ni?\’ Fikirnya sendiri. Sedang dia berfikir-fikir, tiba-tiba mulutnya ditekup oleh tangan seseorang. Terkejut badak dia dibuatnya. Dia meronta minta dilepaskan.
“Shy… jangan menjerit kalau tak nak ibu dan papa tau.” Dia kenal suara itu. Siapa lagi kalau bukan Nazrin. Tidak jadi dia ingin terus meronta.
“Siapa tu?” Soal ayah tirinya dari dalam bilik.
Tanpa berlegah masa lagi, Nazrin menarik tangan Atiq untuk melarikan diri dari ditangkap oleh ibu bapanya. Atiq tidak pula menghalang, baginya tindakan Along itu adalah satu tindakan yang bijak.
Tercungap-cungap mereka akibat berlari sewaktu menaiki tangga ke tingkat tiga. Mujur mereka sempat melarikan diri. Kalau tak, dia sendiri tidak dapat memikirkan akibatnya.
“Kenapa kau pandang aku macam tu?” Soal Nazrin kehairanan. Nadanya tenang sahaja. Tidak pula menampakkan reaksi marah.
“Tangan aku kau tak reti nak lepas?” Soal Atiq sambil memadang tangan kanannya yang masih berada di dalam gengaman milik Nazrin.
“Ops, sory. Tak perasan pulak.” Malu sungguh rasanya ditegur sebegitu. Namun dia masih berpura-pura tak tahu.
“Kau pun curi-curi dengar jugak?” Soal Atiq malas berfikir yang bukan-bukan. Padahal hatinya sendat menanggung debaran di dada.
“Tak. Aku cuma nak tengok apa yang kau buat je? Manalah tahu kalau-kalau kau tengah skodeng. Bolehlah aku tumpang sekaki.” Seloroh Nazrin selamba. Atiq yang mendengar pula ternganga.
“Eei, tak senonoh betulah kau ni.” Balas Atiq. Tidak perasan bahawa mereka sudah menjadi terlalu ramah. Tidak sedar bahawa mereka adalah musuh ketat. Semuanya seakan-akan berubah.
“Hehehe.. aku gurau jelah.” Ujar Nazrin tersengih-sengih. Tiba-tiba sepi menyapa sanubari. Seolah-olah mereka baru tersedar dari mimpi yang panjang.
“Er, aku nak minta maaf pasal hal siang tadi. Aku sedar yang aku agak melampau.” Pohon Nazrin. Atiq pula mula ragu-ragu melihat keramahan Nazrin yang tidak pernah diterima.
“Aku ikhlas minta maaf ni. Aku tak reti nak berlakonlah.” Jelas Nazrin tanpa dipinta. Atiq sudah mula tersenyum.
“Manalah tau kalau-kalau ada kamera wakenabeb kat sini kan.” Tambah Atiq pula. Akhirnya mereka sama-sama tergelak.
“Sekarang, kita buang yang keruh, ambil yang jernih yerk.” Pohon Nazrin. Ada riak kekesalan yang bermumkin. Ada keikhlasan yang terpancar.
“Friends.” Atiq menghulurkan salam sambil tersenyum panjang.
“You are not my friends.” Kata-katanya dipangkah. Salamnya juga tidak disambut. Atiq kelu sendiri.
“Mestilah sebab kau ni adik tiri aku.” Jelas Nazrin apabila melihat air muka Atiq yang berubah.
“Pandai kau kenakan aku kan.” Puji Atiq sambil memperli.
“Along.” Nazrin memperkenalkan diri lantas menghulurkan salam.
“Atiq a.k.a Baby.” Jawab Atiq seraya menyambut huluran salam Nazrin.
“Baby lagi. Kau ni sebenarnya dah layak jadi mak baby dah.” Gurau Nazrin ingin mengenakan Atiq.
“Jangan nak mula yerk.” Ujar Atiq memberi peringatan.
“Okey, okey… aku gurau je.” Takut juga dia apabila mendengar peringatan daripada Atiq tadi. Kalau boleh, dia tidak mahu ada apa-apa persengketaan dengan Atiq lagi.
Segala kesulitan yang melanda, dia akan cuba meredainya. Menerima sesuatu yang hadir dalam hidupnya sekarang. Melepaskan segala yang bukan menjadi muliknya. Akhirnya hatinya mendapat ketenangan setelah bibirnya mampu mengukir senyuman.

***
Atiq memulaskan tombol pintu bilik Nazrin. Dia ingin mengambil buku yang alongnya pinjam daripadanya semalam. Ada kerja yang perlu dilakukan merujuk buku tersebut. Matanya menilau-nilau mencari kelibat Nazrin. Takut juga kalau-kalau Nazrin ada di dalam bilik. Mujurlah Nazrin tak ada.
Tangannya mula membelek-belek buku-buku yang terdapat di rak buku milik Nazrin. Memang tidak dinafikan yang Nazrin gemar membaca. Sebab itu koleksi buku-bukunya sudah tidak ada ruang lagi di dalam rak sehingga menyebabkan ianya bersepah-sepah di atas lantai.
“Ish, buku bersepah-sepah.” Omel Atiq sendirian. Dengan keluhan kecil, Atiq dengan sukarelanya menyusun buku-buku yang bertaburan di atas meja study dan di atas lantai. Namun matanya tiba-tiba terpacak pada sebuah buku berwarna hitam.
Ianya bukan buku ilmiah tapi seperti sebuah diari. Tiba-tiba tangannya seakan-akan gatal untuk menarik buku itu keluar dari rak buku. Dengan berhati-hati, dia membelek helaian-helain diari hitam itu.
Atiq mula membaca helaian-helaian permulaan diari. Tertulis berbagai cerita tentang kisah silamnya ketika di sekolah. Ada ketikanya mendatangkan gelak ketawa, namun tidak kurang juga kisah yang menyayat hati.
Tangannya mula melangkau helaian diari. Jauh dari masa silam Nazrin. Dia ingin mengetahui apa yang dicoretkan oleh Nazrin dalam masa yang terdekat ini. Manalah tahu kalau-kalau dia dapat mengoret rahsia Abang tirinya itu.

Cantiknya dia….
Kepetahannya menyerlah sekali….
Rambutnya yang bergelung itu kelihatan sangat cantik apabila ditiup angin…
Aku mula rasa sayang pada dia….

Atiq terseyum membaca coretan Nazrin. Rupa-rupanya, dalam diam Nazrin ada menaruh hati pada seorang perempuan. Tapi siapa? Dia menyelak lagi. Menyambung pembacaan.

Setelah mama pergi,,,
Aku patah hati…
Tapi ada dia…
Tapi,,,
Hati aku patah lagi….

Atiq berfikir sendiri. Apa maksud ayat yang ditulis oleh Nazrin ni. Adakah cintanya ditolak oleh sang gadis. Dia ingin membaca lagi namun suara Nazrin yang berada di muka pintu membantutkan niatnya. Terkejut sungguh Atiq dibuatnya.
“Apa kau buat kat bilik aku ni?” Soal Nazrin sambil melangkah ke arah tempat Atiq berdiri.
“Terkejut aku.” Sambil mengusap dadanya yang tadi terperanjat.
“Aku nak ambil buku yang kau pinjam semalam. Lepas tu aku tengok buku-buku kau ni bersepah sangat. Jadi aku tolonglah susun. Tapi aku terjumpa diari kau ni. Jadi aku bacalah.” Ulas Atiq tanpa sedikit pun riak bersalah. Dia tahu yang Nazrin tidak akan memarahinya. Sejak mereka berbaik, jarang sungguh mereka bergaduh.
“Baca diari orang bukannya nak minta maaf.” Omel Nazrin sambil merampas diari yang dipegang oleh Atiq. Dia memandang ke arah lain, dia malu kerana Atiq telah membaca coretan hatinya. Dia takut kalau-kalau Atiq sudah mengetahui kebenarannya yang berjaya disembunyikan selama ini.
“Wei, kau tak bagi tahu aku pun yang kau ada syok kat sorang perempuan. Berilah tahu kat aku siapa budak tu.” Pujuk Atiq sambil merengek-rengek manja. Nazrin tidak nafikan bahawa Atiq seorang yang manja orangnya.
“Buat apa bagi tahu kat kau.” Soal Nazrin. Nampaknya, Atiq belum baca sesuatu yang tidak sepatutnya dibaca.
“Manalah tahu kalau aku boleh tolong apa-apa ke.” Jawab Atiq sambil mengambil tempat di sebelah Nazrin yang sedang duduk di atas katil.
“Apa yang kau boleh tolong?” Tanya Nazrin.
“Mungkin aku boleh tolong beritahu kat dia yang kau sukakan dia.” Yakin sungguh dia dengan jawapannya.
“Betul.” Nazrin memohon kepastian. Dia sudah tekad ingin memberitahu segala kebenarannya kepada Atiq saat ini juga. Dia tidak kisah dengan jawapan yang bakal dia terima. Yang penting, dia harus berterus terang.
“Betullah. Bukan boleh kaya pun kalau menipu kau.” Tambah Atiq. Nazrin memberikan diari hitamnya kepada Atiq. Dia menyuruh Atiq membaca helaian yang telah ditandakan.

Aku ingin menjadi anak yang baik…
Tapi aku gagal untuk melakukannya…
Aku ingin menjadi Along yang baik…
Tapi aku tetap tak mampu…
Aku ingin menjadi kekasih yang sempurna…
Tapi aku gagal lagi….
Susah untuk aku bencikan dia…
Setelah semua ruang kasih aku hanya dikhaskan untuk dirinya…
Aku selalu berharap dia akan selalu berada di sisi aku…
Tapi bukan dengan cara macam nie…
Aku tak boleh terima hakikat nie…
orang yang aku sayang jadi adik tiri aku…

Terjatuh diari yang sedari tadi berada di gengamannya. Atiq terpaku. Tubuhnya terasa kaku. Akalnya membeku untuk berfikir. Lidahnya kelu seribu bahasa.
“Sekarang kau dah tahu kan siapa yang aku suka. Aku cinta dia sangat, sangat, sangat. Tapi aku tak mampu untuk memilikinya sebab dia adik tiri aku.” Luah Nazrin. Suaranya yang tenang bukanlah gambaran hatinya yang sebenar. Hakikatnya, hatinya dihimpit berbagai rasa.
“Kau jangan main-main?” Keras nadanya. Dia tidak suka kalau-kalau Nazrin hanya sekadar bercanda untuk mengenakannya.
“Demi Allah aku tak main-main.” Serius nada suaranya.
“Kenapa aku?” Soal Atiq.
“Kalaulah aku ada jawapannya, aku sendiri akan berusaha untuk tak sayang pada kau Tiq. Masalahnya, aku sendiri tak tahu bila masa aku mula sayang kau dan kenapa aku sayang kau. Semuanya berlaku tanpa kesedaran aku.” Jawapan Nazrin itu menghentak naluri Atiq.
“Ini ke motif kau berbaik dengan aku?” Soal Atiq meminta kepastian.
“Tak. Aku berbaik dengan kau sebab aku tak nak tengok Auntie sedih dan aku nak cuba anggap kau macam adik aku sendiri. Tapi malangnya aku gagal.” Naazrin masih setia menjawab.
“Kau masih cintakan aku?” Bergetar nadanya namun digagahkan juga untuk mendapatkan jawapan.
“Hanya Allah yang tahu betapa aku cintakan kau Atiq.” Atiq berpaling dari terus memandang Nazrin. Terasa malu mendengar jawapan Nazrin. Nazrin dihadapannya kini kelihatan lebih romantik dan meremangkan bulu romanya.
“Lupakan aku.” Putus Atiq. Sebenarnya, dia sendiri bingung memikirkannya. Untuk menerima abang tiri sendiri, ia tidak semudah yang disangka. Pasti ianya akan mendapat tentangan daripada ibu dan papa.
Tapi untuk menolaknya pula, dia tidak mempunyai kekuatan. Dalam diam sebenarnya dia sudah mula jatuh sayang pada Nazrin. Namun dia sendiri tidak tahu adakah sayangnya seperti seorang adik kepada abangnya ataupun sayang untuk kekasihnya.
“Kalau aku boleh lupakan kau, dah lama aku buat Atiq.” Nazrin seakan-akan ingin memberontak apabila mendengar jawapan Atiq tadi.
“Aku tak kira. Keputusan aku muktamad.” Atiq sudah mula bangun dari duduknya. Nazrin ikut turut bangun.
“Kau tak sayang kat aku?” Satu soalan mudah tapi seperti boleh membawa maut. Atiq berpaling.
“Aku sayang kat kau. Tapi sayang dari seorang adik untuk seorang abang sahaja. Tak lebih tak kurang.” Jawab Atiq agak gugup. Dia sendiri tidak pasti akan kebenaran jawapannya.
“Tapi sayang aku pada kau berlebih-lebih Atiq. Tak berkurang sedikit pun.” Penjelasan demi penjelasan hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Atiq memejamkan matanya untuk mengumpul kekuatan yang beransur hilang.
“Terimalah hakikat yang kita tak boleh bersama. Tak semua cinta tu harus bersatu. Adakalanya, ia lebih baik jika berasingan.” Kali ini, dia tidak menunggu lama. Cepat sahaja kakinya melangkah pergi meninggalkan bilik Nazrin.

***
“Atiq, aku rasa kan, kau ada perasaan sayang pada dia.” Sendat sungguh nafasnya mendengar kata-kata Ainul.
“Tak habis lagi ke?” Matanya terus mendarat di mata milik Ainul.
“Bila pulak kita bermula?” Perangkap Ainul pula. Sebagai seorang sahabat, dia tahu dimana letaknya kelemahan Atiq. Bukankah ada kata yang pernah bahawa kawan adalah lebih dasyat dari musuh kerana sahabat kita tahu akan kelemahan diri kita sendiri.
“Boleh tak kau jangan cuba nak perangkap aku.” Atiq mohon pelepasan.
“Tak boleh.” Jawab Ainul cepat-cepat.
“Okey, kenapa kau cakap yang aku ada perasaan pada mamat tu?” Soal Atiq ingin tahu.
“Aku agak.” Jawab Ainul ringkas.
“Hello kawan, mana boleh macam tu. Perasaan agak-agak kau tu, tak boleh membawa kepada apa-apa fakta pun.” Ainul sudah mengangak yang Atiq akan membalas dengan jawapan sebagai seorang peguam.
“Come on, aku tahu macam mana seorang peguam berkerja. Tapi aku bercakap daripada seorang sahabat kepada seorang sahabatnya. Tak ada kene mengena langsung dengan kerjaya kau.” Penjelasan Ainul tetap tidak memberi kepuasan kepada Atiq.
“Walau macam mana pun, kau tak boleh smash aku macam ni.” Bentak Atiq.
“Alah, macam peguam jugak kan. Dia main agak-agak dulu sesuatu kes, lepas tu dia pun cari fakta berdasarkan andaian yang telah dibuat dan barulah dia mendapat fakta yang sebenar. Betul tak?” Atiq tidak ada perasaan untuk menjawab. Lalu, Ainul menyambung kembali hujahnya yang tergendala.
“Macam tu jugak dalam kes kau. Memang sekarang aku main agak je, sebab andaian tulah yang membuatkan aku nak tanya kau ni. Untuk mendapatkan fakta yang lebih jelas.” Atiq mengaru-garu kepalannya yang tidak gatal.
“So, apa keputusan yang kau dapat.” Malas betul dia ingin melayan peguam yang tidak bertauliah seperti Ainul ini.
“Kemungkinan besar kau suka pada dia.” Atiq tersenyum mendengar jawapan Ainul.
“Kemungkin tu tak boleh diguna pakai dalam court nanti Ainul.” Tegur Atiq.
“Agaknya kau lupa yang kes jatuh cinta mana boleh fight di mahkamah.” Sekarang giliran Ainul pula yang tersenyum panjang. Atiq terkaku sendiri.
“Dia beritahu yang dia suka kat aku.” Entah kenapa dia mula membukakan rahsia yang tidak ada seorang pun yang mengetahuinya.
“What! Really?” Tidak sedar bahawa nada suaranya menjadi terlalu tinggi. Atiq meletakkan jari terlunjuk di bibirnya. Tanda menyuruh Ainul diam. Nanti tak pasal-pasal kecoh satu kolej.
“Bila dia beritahu kau?” Nadanya kembali perlahan. Dia memandang ke sekeliling. Mana tahu kalau-kalau ada telinga yang curi-curi dengar perbualan hangat mereka ini.
“Dua minggu lepas.” Ainul melopong mendengar jawapan Atiq. Ada tanda tidak berpuas hati.
“Dah dua baru nak beritahu aku.” Ujar Ainul berpura-pura marah. Atiq hanya tersenyum. Malas ingin melayan rajuk buatan milik Ainul.
“Tu pun mujur aku nak beritahu.” Sakat Atiq.
“Eee, jahat betullah kau ni.” Ujar Ainul seraya menampar lembut bahu temannya itu. Akhirnya ketawa mereka bersatu. Namun masih lagi dalam keadaan terkawal.
“So, apa jawapan kau?” Soalnya tidak sabar.
“Aku rasa, kau pun tahu jawapannya kan?” Sengaja Atiq ingin bermain tarik tali apabila melibatkan soal perasaan.
“Hmm, aku ada dua jawapan. A, kau memang tak sukakan dia langsung. B pulak, kau memang sukakan dia tapi takut nak terima sebab dia abang tiri kau.” Simpul Ainul sambil menghalakan pandangan ke arah Atiq.
“Jawapan aku C. Aku sukakan dia tapi aku hanya menganggap dia sebagai abang aku sahaja.” Entah betul atau tidak jawapan yang diberi. Dia sendiri tidak pasti.
“Kau ni, selalu lari dari landasan. Aku suruh pilih A tau B je tapi tiba-tiba kau bagi aku jawapan C. Nampak sangat kau dah tak betul. Dan biasanya, orang yang tak betul ni, dia tengah dilamun cinta tau.” Namun kata-kata Ainul tidak mendapat apa-apa reaksi daripada Atiq. Nyata, Atiq sedang termenung.
“Atiq, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” Suaranya sengaja ditinggikan untuk mengejutkan Atiq yang sedang leka mengelamun.
“Kau cakap apa tadi?” Soal Atiq malu-malu. Segan pula kerana ditangkap sedang berangan.
“Kalau padi, cakap padi. Jangan biar dia tertanpi-tanpi. Kalau benci cakap benci, jangan biar dia ternanti-nanti.” Ainul mencedok kata-kata itu melalui lirik lagu. Namun diubah sedikit supaya Atiq dapat menangkap maksudnya.
Entah mengapa, kata-kata yang diucapkan Ainul tadi seperti meresap ke dalam akal hingga menusuk kalbu. Dia bersandar lemah pada kerusi. Atiq betul-betul rasa ingin demam. Demam diserang cinta.

***
Atiq membetulkan posisi badannya yang terasa tidak selesa. Kesejukan penghawa dingin membuatkan Atiq merengkok kesejukan. Kepalanya terasa berpinar-pinar. Dadanya menahan rasa mual yang tiba-tiba mencengkam.
Dia bangun dari pembaringan. Dia merasa dahinya dengan belakang tangan. Panas. Dia bangun untuk ke tandas. Tangannya memicit-micit kepalanya yang seakan-akan berpusing-pusing. Sekejap tangannya mendarat di dada. Menggosok dadanya untuk menahan rasa muntah yang mula menghimpit.
Atiq berjalan terhuyung-hayang. Tangannya cuba mencapai pemegang tangga. Tiba-tiba kepalanya seakan-akan berpusing-pusing. Pegangannya terlepas. Sedikit lagi dia ingin jatuh ke tangga namun tiba-tiba ada tangan menariknya ke dalam sebuah pelukan.
“Atiq, kenapa ni?” Soal Nazrin cemas. Mujur dia sempat menyambar tubuh gadis ini. Jika tidak, pasti Atiq sudah terjatuh.
“Kau demam ke?” Satu soalan yang memperbodohkan diri sendiri. Bukankah dia dapat merasa bahang kepanasan badan Atiq yang berada di dalam pelukannya sekarang.
Tiba-tiba tangan Atiq menolak lembut badan Nazrin. Tekaknya terasa loya yang teramat sangat. Tanpa berfikir panjang, Atiq menunduk lantas memuntahkan segala rasa loyanya di atas kaki Nazrin.
Sesudah itu, dalam tidak sedar Atiq terus menyandarkan kepalanya ke dada milik Nazrin. Kini, Nazrin pula membeku dan terkaku.
“Dalam banyak-banyak tempat, kenapalah kau muntah kat kaki aku.” Bebel Nazrin tidak berpuas hati. Dia memandang ke arah kakinya yang penuh dengan muntah Atiq. Dalam pada masa yang sama, dia memegang badan Atiq agar tidak terjatuh.
Dia berfikir sendiri tentang bagaimana caranya untuk membawa Atiq ke dalam bilik sedangkan kakinya kotor dilimpahi muntah Atiq.

Atiq membukakan matanya perlahan-lahan. Dia memegang dahinya yang dilapik tuala basah. Dia masih belum dapat berfikir apa yang telah berlaku. Siapa yang meletakkan tuala di atas dahinya?
Atiq bangun dari pembaringan. Dia merasa sangat lapar. Matanya memandang ke arah jam loceng yang berada di meja sisinya. \’Dah pukul 3 pagi rupa-rupanya. Lama jugak aku tertidur.\’ Desis hatinya.
Dia turun dari katil. Atiq ingin mencari sesuatu di dapur memandangkan perutnya bergendang-gendang minta diisi. Atiq malangkah malas ke muka pintu. Terkejut sungguh dia melihat sekujur tubuh yang sedang tidur di hadapan pintu biliknya.
\’Apa Along buat kat sini?\’ Namun soalan itu hanya sekadar diutarakan di dalam hati. Tangannya mengongcang-goncangkan badan Nazrin yang tidur beralaskan lantai semata-mata.
Hatinya tiba-tiba jatuh kasihan.
“Kau dah bangun?” Soal Nazrin sambil menutup mulutnya yang menguap. “Pukul berapa dah sekarang ni?” Soal Nazrin lagi. Dia dapat mengangak yang hari masih awal memandangkan rumahnya masih gelap.
“Pukul 3.” Jawab Atiq ringkas.
“Pukul 3. Habis tu kenapa kau bangun. Pergilah sambung tidur.” Arahan Nazrin itu tidak mendapat perhatian dari Atiq.
“Kau pulak, kenapa tidur kat depan pintu bilik aku ni? Dah tak ada tempat dah kau nak tidur.” Perli Atiq selamba. Sudah jarang mereka dapat berbual seperti ini selepas peristiwa Nazrin meluahkan perasaan kepadanya.
“Kau kan demam, manalah tahu kalau-kalau kau nak apa-apa ke? Sebab tulah aku tidur kat sini.” Jelas Nazrin. Pada asalnya, dia tidak berniat pun untuk tidur di hadapan bilik Atiq, namun entah bila masa dia terlelap. Dia sendiri tidak sedar sehingga dikejutkan oleh Atiq.
“Macam mana kau tahu aku demam?” Soal Atiq bingung. Masih belum ingat apa-apa.
“Soalan yang bagus. Kau tak ingat ke yang kau hampir nak jatuh tangga. Lepas tu sedap-sedap je muntah kat atas kaki aku. Lupa?” Ujar Nazrin mengingatkan Atiq.
“Bila?” Entah mengapa soalan itu pulak yang terkeluar dari bibirnya. Yang nyata, dia memang tak ingat apa-apa.
“Tahun lepas.” Perli Nazrin. Bengang rasanya bercakap dengan orang yang tengah mamai ni. Atiq mengaru-garu kepalanya yang tiba-tiba rasa gatal. Manalah tau kalau-kalau cara itu dapat mengembalikan ingatannya.
“Dahlah, tak yah fikir. Tadi kau tengah mamai, memanglah kau tak ingat.” Nazrin sudah mula ingin bangun dari duduknya. Dia mengeliat kecil membetulakan urat-urat sarafnya yang lenguh akibat tidur di atas lantai.
“Tapi aku tak nak tidur.” Rengek Atiq manja. Dia ikut turut berdiri.
“Pulak.” Ujar Nazrin sepatah.
“Aku laparlah.” Rungut Atiq.
“Alah, dah nak pagi ni. Kau makan pagi esok je lah.” Nazrin berpaling menuju ke biliknya.
“Aku nak makan sekarang.” Muncungnya dipanjangkan sedepa. Bengang pula bila hajatnya tidak diikuti. Sekarang giliran Nazrin pula yang mengaru-garukan kepalanya.
“Yalah-yalah. Kau masuk bilik dulu. Biar aku tengok kalau-kalau ada benda yang boleh makan kat dapur.” Arah Nazrin. Entah mengapa, berhadapan dengan Atiq membuatkan dia kalah serba-serbi. Mungkin inilah kuasa cinta.
Atiq tersengih senang. Dia suka mendapat layanan yang istimewa daripada Nazrin. Sekarang, dia sudah mendapat jawapan kepada persoalan hatinya. Jawapan yang bukan datang dari keraguan tetapi dari dari kepastian yang teramat sangat.
Sambil menunggu Nazrin membawakan makanan. Atiq baring di atas katil. Agak lama juga dia menunggu sehingga menyebabkan matanya kuyu semula. Lantas, dia tertidur dengan perut kosong.
Nazrin tiba dari dapur membawa sedulang makanan. Dia mengambil masa yang agak lama kerana memasak bubur untuk Atiq mengenangkan tidak ada apa-apa makanan untuk dimakan.
Dia tersenyum melihat Atiq yang sedang nyenyak tidur. Tidak sampai hati pula dia ingin mengejutkan Atiq. Merasakan kesejukan penghawa dingin, Nazrin mencapai selimut seraya menutup tubuh milik Atiq.
Nazrin meletakkan dulang makanan itu di tepi meja sisi. Manalah tahu kalau-kalau Atiq terjaga dan ingin makan. Sejenak, matanya jatuh pada seraut wajah gadis kesayangannya. Tangannya jatuh di atas kepala Atiq dan menepuk-nepuk lembut.
“Selamat malam sayang.” Ucap Nazrin sambil tersenyum.
***
“Baby, ibu ada sesuatu yang nak bagi tahu pada Baby.” Ujar ibunya secara tiba-tiba. Atiq menghalakan pandangan ke arah ibunya. Tanda memberi perhatian.
“Pagi tadi ada orang masuk meminang.” Terkejut sungguh dia mendengar pengkhabaran daripada ibunya.
“Masuk meminang? Siapa?” Soal Atiq.
“Alah, saudara kita jugak. Tapi mungkin Atiq tak kenal.” Jelas ibunya.
“So, ibu cakap apa? Hmm, mesti ibu cakap yang anak ibu masih belajar lagi. Lambat lagi nak fikir soal kahwin. Betul tak?” Atiq membuat kesimpulan sendiri.
“Tak betul sebab ibu dah terima pinangan tu.” Jawapan ibunya bagai menghiris jantungnya.
“What!” Terkejut sungguh ibunya mendengar jeritan anak bongsunya. Atiq juga tidak sedar yang jeritannya kuat sungguh.
“Ibu tak patut buat macam tu.” Kali nadanya kembali seperti biasa.
“Kenapa pulak tak boleh? Baby anak ibu. Mestilah ibu tahu siapa yang layak untuk anak ibu.” Hampir tercekit dia mendengar penjelasan ibunya kali ini.
“Tapi Baby tak suka.” Lirih nadanya memohon pengertian.
“Alah, Baby mesti suka punya pada budak tu. Dia baik tau.” Ulas ibunya lagi.
“Baby tetap tak suka.” Atiq seakan-akan ingin memberontak.
“Kenapa? Baby suka kat orang lain?” Kali ini giliran ibunya pula yang bertanya. Atiq hanya mampu menjawab melalui anggukan. Kepalanya juga hanya mampu menunduk. Tidak berani memandang ke arah ibunya.
“Siapa?” Puan Aini ingin meminta kepastian.
“Kalau Baby cakap, ibu jangan marah Baby.” Ujarnya perlahan.
“Kalau tak cakap, macam mana nak tahu ibu marah ke tak.” Jawab Puan Aini.
“Along.” Perlahan sahaja namun masih mampu ditangkap oleh Puan Aini.
“Atiq sedar tak apa yang Atiq cakap ni?” Atiq mengetap bibir. Dia pasti ibunya kini sedang marah kerana apabila ibunya sedang marah padanya, ibunya akan memanggil namanya dengan nama sebenar. Bukan dengan nama manja.
“Ibu dah janji tak kan marah kan?” Ujar Atiq. Dia terasa seperti ingin menangis sahaja.
“Kalau Atiq nak bersama dengan Along, ibu akan berpisah dengan papa.” Kata putus Puan Aini seperti tidak dapat diterima oleh Atiq.
“Tak boleh ke ibu terima Along jadi menantu ibu?” Soal Atiq tiba-tiba.
“Along tu anak tiri ibu. Ibu tak sanggup nak terima dia jadi menantu. Nanti orang cakap, macam dah tak ada orang lain yang boleh dibuat menantu sampai anak tiri sendiri pun jadi.” Kali ini, airmatanya tidak dapat dibendung lagi.
“Sejak bila pula ibu pandai pedulikan kata-kata orang hingga mengetepikan permintaan anak sendiri?” Bukan niatnya ingin melawan. Namun dia geram dengan sikap ibunya yang melebihkan orang luar berbanding anak sendri.
“Sejak anak ibu dah tak pandai nak kongsi rasa hati dengan ibu hingga menyebabkan ibu rasa seperti orang luar.” Seraya itu, Puan Aini pergi meninggalkan Atiq yang termanggu-manggu sendirian.
Atiq mengesat air matanya yang masih bersisa di pipinya. Lantas dia berlari ke arah bilik Nazrin. Dia perlukan Nazrin saat ini.
“Kau buat apa ni?” Soal Atiq kehairanan apabila melihat Nazrin yang sedang memasukkan barang-barangnya ke dalam kotak.
“Berkemas.” Jawab Nazrin sepatah.
“Aku tahulah kau tengah berkemas. Tapi cara kau kemas ni macam nak pindah je.” Atiq meluahkan rasa hatinya.
“Memang aku nak pindah pun.” Sekali lagi Atiq terkejut besar. Nasib baiklah dia tidak mempunyai sakit jantung, kalau tidak sudah lama dia jalan agaknya.
“Kenapa nak pindah?” Tanya Atiq.
“Sebab dah tak ada apa-apa dalam rumah ni.” Nazrin masih ligat mengemas tanpa memandang sedikit pun ke arah Atiq.
“Apa maksud kau tak ada apa-apa. Habis tu aku ni apa?” Geram sungguh dia denga sikap Nazrin yang seperti endah tak endah dengan kehadiran dirinya.
“Bukan ke kau suruh aku anggap kau macam adik tiri aku je. Dan itulah yang aku tengah buat sekarang ni. Mungkin bila aku jauh dari kau, akan membuatkan aku jauh dari cinta aku.” Masih belum memandang ke arah Atiq.
“Sejak bila pulak kau pandai ikut cakap aku? Dulu bukan main lagi ayat manis. Tapi rupa-rupanya masam belaka.” Keras nadanya. Kali ini, dia berjaya membuatkan Nazrin memandangnya. Seketika, mata mereka saling bertentangan.
“Baiklah kalau macam tu, biar aku yang pindah sebab rumah ni bukan rumah aku. Kau tak payahlah susah-susah berkemas. Biar aku sahaja yang pergi.” Putus Atiq muktamad.
Nazrin terkesima. Tidak menyangka bahawa Atiq akan membuat keputusan secara mendadak begini. Dia terduduk. Mencari ruang untuk bernafas. Dia buntu sama ada ingin mengejar Atiq atau membiarkan sahaja gadis itu.
Atiq berlari ke belakang rumah. Dia duduk di bangku taman yang telah tersedia. Dia menangis teresak-esak. Hatinya sakit mengenangkan sikap ibunya yang mengambil keputusan tanpa meminta persetujuan daripadanya.
Hatinya terguris melihat sikap Nazrin yang tidak mempedulikannya langsung. Dia telah kehilangan dua insan yang amat disayangi. Pada siapa lagi dia ingin mengadu membawa diri ketika hati sedang dilanda badai.
“Atiq, kenapa menangis ni?” Soal Datuk Nazim yang muncul entah dari mana. Cepat-cepat Atiq mengelap air matanya yang tumpah di pipinya. Walau sedaya upaya dia mengesat sisa air matanya, ia tidak dapat menutup matanya yang agak sembab akibat menangis.
“Atiq tak nak kongsi dengan papa?” Pujuk Datuk Nazim. Tangisannya sudah reda namun sedunya masih ada. Dia tidak tahu bagaimana bentuk cerita yang boleh disampaikan kepada ayah tirinya. Dia mula terasa rindu pada arwah ayahnya.
“Atiq rindu kat ayah.” Apabila menyebut nama ayah, ianya tidak dapat membendung air matanya daripada mengalir. Dia menangis lagi.
“Tentu ada sebab kan kenapa Atiq rindu pada ayah?” Soal Datuk Nazim tenang.
“Kalau ada ayah, tentu hal macam ni tak kan terjadi.” Jawab Atiq sambil mengesat air matanya yang jatuh sebutir dua.
“Hal yang macam mana maksud Atiq?” Soalnya tidak faham.
“Tentu ayah tak akan benarkan ibu menerima pinangan orang tanpa meminta persetujuan Atiq.” Atiq masih setia menjawab.
“Atiq tak setuju dengan pinangan ni?” Soal Datuk Nazim terkejut.
“Apa yang membuatkan papa ingat Atiq akan bersetuju?” Soal Atiq bengang. Namun nadanya masih dalam keadaan terkawal.
“Papa ingat Atiq setuju. Along tak beritahu pulak yang Atiq tak sukakan dia.” Ulas Datuk Nazim tanpa berselindung apa-apa.
“Apa maksud papa?” Hanya tuhan yang tahu debaran yang ditanggung setelah mendengar kata-kata papa.
“Papa ingat Atiq sukakan Along.” Atiq mengeleng-gelengkan kepalanya tanda masih tidak faham.
“Apa kena mengena Along dengan kes orang meminang saya?” Tanya Atiq lagi.
“Lah, orang yang masuk meminang kamu tu papa, wakil kepada Along. Atiq tak tahu ke?” Pelik sungguh dengan kelakuan anak tirinya itu.
Kali ini, Atiq betul-betul terasa ingin pengsan setelah mendengar kata-kata ayah tirinya. Jadi apa maksud kata-kata ibu tadi? Ya Allah, tolonglah betulkan keadaan yang dah mula tak betul ni.
“Atiq, kat sini rupanya kamu.” Muncul ibu yang tercungap-cungap menahan nafas. Dan di belakang ibu pula ada Nazrin.
“Apa maksud semua ni? Boleh seseorang jelaskan pada Atiq.” Ujarnya seraya berdiri. Ibu dan Nazrin saling berpandangan.
“Baby, orang yang masuk meminang kamu tu ialah Along. Sengaja ibu uji Baby sama ada Baby sayang atau tidak pada Along. Maafkan ibu sebab tipu Baby tadi.” Puan Aini memeluk anak perempuan kesayangannya.
“Sekarang, korang selesaikanlah apa yang belum selesai. Tapi, papa tak nak dengar sebarang pertengkaran. Kalau tak, papa cancell semuanya.” Puan Aini tegelak mendengar ugutan suaminya itu. Perlahan-lahan, mereka berdua meninggalkan Atiq dan Nazrin.
“Kau pun bersubahat sama?” Soal Atiq geram sambil cuba menahan malu yang mula mendatang.
“Kalau aku tak buat macam tu, sampai bila-bilalah aku tak kan dapat kau.” Jawab Nazrin jujur.
“Kau jahat.” Ujarnya seraya menumbuk-numbuk dada Nazrin. Namun tidak lama kerana sekejap sahaja tangan Atiq sudah berada di dalam gengaman Nazrin. Akhirnya, mereka saling bertatapan.
“Aku buang rasa malu aku dengan mengambil keputusan untuk memberitahu ibu. Memang mula-mula ibu terkejut, tapi dia boleh terima. Aku yang suruh ibu cakap macam tu kat kau. Sebab aku nak kan kepastian. Kepastian sama ada kau sayang pada aku atau tak.” Terang Nazrin.
“Dan akhirnya kau mengaku pada ibu yang kau sayangkan aku. Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya aku.” Tambah Nazrin lagi setelah Atiq hanya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.
“Dan hanya Allah yang tahu macam mana terlukanya hati aku bila ibu cakap yang dia tak boleh terima kau jadi menantu. Sedangkan kau sedang gembira waktu tu.” Kini giliran Atiq pula yang bersuara.
“Macam tulah yang aku rasa Atiq. Tapi luka yang aku tanggung lebih lama daripada apa yang kau rasa.” Atiq hanya menunduk apabila mendengar luahan Nazrin kali ini.
“Tapi kenapa kau nak pindah?” Tiba-tiba sahaja dia teringat akan hal yang satu itu.
“Ibu dengan papa yang suruh.” Jawab Nazrin ringkas.
“Kenapa?” Soal Atiq tidak faham.
“Alah, nanti apa pulak kata orang kalau dia orang tahu yang bakal suami isteri duduk satu bumbung. Jadi perkara itulah yang ibu cuba elakkan. Lagi pun, aku pun takut gak. Takut kalau-kalau aku tersalah masuk bilik nanti.” Ujar Nazrin nakal. Atiq jadi malu sendiri. Dia ingin mencubit Nazrin tetapi tidak boleh kerana kedua tangannya masih lagi belum dilepaskan oleh Nazrin.
“Tangan aku ni kau tak reti-reti nak lepas ke?” Soal Atiq geram.
“Tak.” Jawab Nazrin sambil tersengih-sengih.
“Nak apa pulak ni?” Soal Atiq bagai sudah mula memahami maksud Nazrin.
“Aku nak dengar kau cakap yang kau cintakan aku.” Atiq menggigit bibirnya.
“Kalau aku tak nak.” Soal Atiq kembali.
“Aku tak kan lepaskan tangan kau.” Ugut Nazrin sambil tersengih-sengih.
“Eee, mengada-ngada betullah kau ni.” Rungut Atiq.
“Biarlah.” Banyak pula jawapn Nazrin.
“Okey, aku cintakan kau. Puas hati?” Ujarnya sambil menjenggilkan matanya. Seraya itu, pautan tangannya dilepaskan.
“Tak puas. Aku akan puas bila dapat kau.” Sakat Nazrin lagi.
“Eee, tak senonoh betullah.” Geram sungguh dia dengan Nazrin. Lantas dicubit-cubit badan Nazrin dengan sepenuh tenaganya. Cepat-cepat Nazrin berlari daripada terus menjadi mangsa cubitan Atiq.
‘Dulu aku keliru sama ada kau musuh atau cintaku. Tapi kini aku sedar, aku menyintaimu disaat aku memusuhimu.’ Bisiknya nakal.
Cinta pandang pertama ibarat jantung dipanah petir tetapi cinta seumur hidup umpama jasad dan nyawa. Anggaplah pasangan kita itu adalah yang terbaik untuk kita sedangkan dia taklah baik sangat. Tapi mungkin dia terbaik untuk kita sebab kita pun bukannya baik sangat.
Lantaran jika kita sudah mempunyai pasangan, itulah yang terbaik untuk kita walaupun penuh dengan cacat celanya. Namun anggaplah kecacatan itu sebagai keistimewaan pada pasangan kerana sempurna itu hanyalah milik ALLAH.

p/s: ini adalah cerpen kedua selepas Awekku gengsternyer!!!!
Hope pembaca puas hati dengan cite ni yerk…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: