Cerpen : Tatkala Hati Mula Berbisik

Nama Pena : aimi haqim

Kelihatan seorang gadis sedang sibuk mengemas bilik dan membuang beberapa barang yang sudah tidak diperlukan lagi. Setiap barang diletakkan mengikut jenisnya. Hampir setengah jam berlalu. Bilik tidur kembali kemas dengan barang-barangnya yang lebih tersusun daripada beberapa bulan yang lalu.
‘Ermm… dah kemas. Tapi… dekat mana nak letak barang-barang ni? Buku-buku ni buku agama. Yang ini kertas-kertas soalan, yang ini buku-buku yang tak guna, yang ini dah tak guna. Adus… gi mana ya mau bikin sama ini-ini benda?’ Syahirah berbicara dalam hati sambil tangannya bergerak mengikut arahan dari mindanya.
Syahirah menuju keluar dari biliknya. “Ma, ada kotak kosong tak? Syira nak buang buku-buku yang dah tak digunakan ni,” Syahirah bersuara sebaik sahaja ternampak mamanya di halaman rumah.
“Pergilah tengok dalam stor tu. Ini tak, semuanya nak bertanya,” mama menjawab sambil menyiram pokok bunganya.
Syahirah bermasam muka sambil melangkah ke bilik stor.

*********************

Syahirah hanya memandang kosong keluar jendela biliknya. Namun dia berharap akan terlihat sesuatu yang menarik perhatiannya pada petang itu.
‘Kan bagus kalau ada ‘mamat’ handsome lalu dekat sini petang ini?’ Syahirah bermonolog dalam hati.
“Woi, kau intai siapa tu?” jergah Zaeim, satu-satunya abang kepada Syahirah.
Jergahan itu nyata memeranjatkan Syahirah. Sambil memandang ke arah abangnya, dia mengurut-urut dadanya beberapa kali. “Apsal menjerit macam tu? Buat aku terperanjat je.”
“Dah tu. Kau terhendap-hendap macam pengintip tu kenapa? Dah tak ada kerja lain? Kalau tak ada pergi tolong mak dekat dapur tu,” tambah Zaeim lagi.
“Ish, kau nikan. Suka hati aku la nak mengintip siapa pun.”
“Suka hati kau la. Tapi kalau kau nak ngintip ‘mamat’ handsome… jiran sebelah tu ada la,” usik Zaeim sambil tersenyum penuh makna.
Dengan muka berkerut, Syahirah berkata, “Bukan ke si budak Afiq sebelah ni kecik lagi? Bila masa pulak ada orang besar yang tinggal kat sebelah ni. Yang ada pun pakcik sebelah je.”
“Itulah kau. Tiap-tiap petang dok mengintip pun tak tau lagi ke yang ada ‘mamat’ duduk kat sebelah rumah kita ni. Bukannya si Afiq tu… ada sorang lagi.”
“Yerk? Ada erk?” ujar Syahirah bersama mimik mukanya.
“Sudahlah. Kalau aku asyik cakap dengan kau… sampai esok pun takkan habis. Tak sudah-sudah dengan ‘mamat-mamat’ dia tu. Tapi satu pun tak sangkut.” Dengan selamba Zaeim berkata untuk menyakitkan hati Syahirah.
“Teruk punya abang. Macam ni ke rupa abang? Bukan nak bagi sokongan moral tapi kutuk adik dia lagi adalah. Ingat muka tu handsome sangat ke? Macam lah ramai sangat ‘makwe’ dia tu.” Syahirah bersuara agak keras dan kuat sehingga mampu di dengari di luar rumahnya.
Zaeim tergelak besar. Sasarannya mengena. Dia tahu akan ke’sensitiviti’ adiknya itu bila bercakap tentang teman lelaki.
Tanpa Syahirah sedari ada sepasang telinga sedang mendengar setiap bibit kata Syahirah sambil memandang ke arah rumahnya untuk mencari siapakah pemilik suara itu.
Setelah Zaeim berlalu, Syahirah memandang kembali ke luar tingkap dan terpandang seorang lelaki sedang memandang ke arah rumahnya sambil mengerutkan dahinya.
‘Adui… takkan suara aku kuat sangat? Malunya… tak guna punya abang. Buat jatuh saham aku je.’ gerutu Syahirah dalam hatinya. Selepas itu, Syahirah menutup jendela lalu berlalu pergi.

**************

“Ma, Syirah pinjam kereta jap erk? Nak pergi beli barang jap,” Syahirah berkata sambil mengambil kunci kereta mamanya di atas meja konsual.
“Kalau mama cakap tak boleh pun, Syirah amik jugakkan?”
Syahirah hanya tersenyum lalu salam mamanya sebelum keluar. Sudah menjadi kebiasannya setiap kali keluar bersalam dengan mama dan abahnya terlebih dahulu.
“Jangan pergi lama sangat. Mama nak guna petang nanti. Bawa kereta tu jangan laju sangat. Syirah baru dapat lesen kereta. Ingat tu,” Puan Maria sempat berpesan kepada anak perempuannya sebelum anaknya hilang dari pandangan.
Syahirah menunjukkan isyarat ‘okey’ menggunakan tangan.

Radio di pasang kuat sehingga menenggelamkan bunyi telefon bimbit Syahirah yang sudah beberapa kali berbunyi.
Kereta yang dipandu Syahirah berhenti di lampu isyarat. Ketika itu barulah Syahirah perasan bahawa telefon bimbitnya berbunyi. Dengan pantas Syahirah memasang fon telinganya. Panggilan di jawab.
“Helo,” ringkas Syahirah bersuara.
“Hai Syirah, buat apa? Banyak kali aku call baru angkat,” kedengaran suara Husna dihujung talian.
“Sorry, aku tengah drivelah. Kau yang buat aku jadi kelam kabut nak pakai fon telinga ni. Habis rosak tudung aku.”
“Macam mana pulak tudung kau boleh rosak? Kau ni memang pelik betullah,” ujar Haliza penuh kehairanan.
“Bukanlah. Habis tak jadi tudung aku. Faham tak?” Syahirah bersuara agak marah.
“Oo.. ok, ok.”
“Dahlah. Aku nak drive ni. Nanti aku call kau bila dah sampau rumah. Ok daa~.”
Syahirah mematikan talian. Tumpuannya ditumpukan ke arah jalan raya.

**********************

Syahirah keluar petang itu untuk bermain dengan adik bongsunya. Sedang leka dia bermain, kedengaran bunyi enjin kereta dimatikan di halaman rumah jiran sebelahnya.
Tindakan biasa oleh manusia apabila telinga mendengar sesuatu lantas di hantarkan signal ke otak menerusi neuron lalu dengan pantas otak memberikan isyarat ke bahagian yang sepatutnya untuk memberikan reaksi. Syahirah memalingkan pandangannya untuk melihat. Kelihatan seorang lelaki turun dari kereta.
Berpakaian seperti baru pulang dari kerja. Syahirah memandang tanpa berkedip tapi dahinya berkerut hairan.
‘Siapa pulak ‘mamat’ ni? Tak pernah aku nampak pun,’ Syahirah bermonolog dalam hatinya.
“Handsome gak. Tak putih sangat. My taste…” ujar Syahirah sambil tersenyum.
Mata Syahirah terarah ke pergelangan tangannya. ‘Pukul 6.45,’ getus Syahirah lagi.
“Abang balik pukul 6.45 petang, erk? Ok.” Sambil tersenyum penuh makna, Syahirah berjalan masuk ke dalam rumah sambil memengang tangan adiknya supaya turut mengikut rentaknya.

******************************

“Aku hairanlah Una. Kenapa tiba-tiba je abang tu mengelak dari ternampak aku? Dah la dia bagi aku harapan. Yang dia bagi respond kat aku kenapa? Aku pelik betullah,” Syahirah menyuarakan ketidakpuasan hatiku kepada Husna.
“Manalah aku tahu. Kalaulah aku ni, ‘nujum pak belalang’…. dah lama aku tolong kau dapatkan jawapan bagi setiap ‘persoalan’ kau tu,” Husna berkata dengan menggunakan isyarat tangannya.
Syahirah mula mengeluh. Pandangannya dilemparkan ke arah laut yang luas. Husna hanya melihat gelagat kawannya itu sambil menggelengkan kepalanya.
‘Dulu frust dengan Zul. Sekarang ini tengah ‘angau’ dengan ‘abang’ yang entah asal-usulnya tu. Dah la nama ‘abang’ tu pun tak tau. Pening aku dengan minah seorang ni. Bila dah suka tu suka sangat, bila dah benci tu jangan dikatalah. Nak tengok muka pun tak sudi,’ getus Husna dalam hati kecilnya.
Husna bersuara beberapa minit kemudian, ” Kau nak dengar tak pendapat aku?” tanya Husna sambil memandang tepat muka Syahirah.
Syahirah terkejut dengan tindakan Husna itu. Hanya anggukan sahaja jawapan yang diberikan oleh Syahirah.
Husna membetulkan kedudukan supaya menhadap betul-betul di hadapan Syahirah. “Aku rasa kau patut lupakan je abang tu.”
Pendapat yang diberikan oleh Husna menyebabkan Syahirah mendegus kuat. Syahirah memandang ke bawah sambil tangannya menguis-nguis pasir.
“Kau patut bagitau dekat aku awal-awal tentang pandangan kau tu,” Syahirah tiba-tiba bersuara agak keras sambil memandang muka Husna. Husna agak terkejut dengan reaksi yang diberikan oleh Syahirah dan mendorong badannya kebelakang sedikit.
Sambil memejamkan matanya kerana masih terkejut, Husna berkata sambil mengetap giginya tanda marah, ” Boleh tak… kalau kau tak buat aku terkejut macam tu?”
“Eh, salahkan kau pulak. Dah kau tu memang cepat lemah semangat. Orang sentuh bahu kau tiba-tiba pun kau dah terkejut. Aku rasa kau patut pergi jumpa ustaz buat berubat.”
Husna menjadi marah. Kini dia mengambil tempat di sebelah Syahirah dan bukan lagi dihadapan Syahirah.
“Sekarang ni, kita bukan bercerita tentang masalah aku. Tapi kau tu. Sekurang-kurangnya masalah aku boleh diselesaikan tanpa rasa sakit dan perit. Tapi masalah kau tu kalau nak diselesaikan kena lalui saat yang sangat perit dan pedih,” Husna membalas sindiran Syahirah dengan nada menekan.
Syahirah menarik muka masam. Kedua-duanya diam buat seketika.
Beberapa minit kemudian, Syahirah bersuara kembali. “Jom balik. Tak elok duduk dekat tepi laut waktu maghrib.”
Syahirah bangun diikuti Husna lalu beredar dari situ.

**************************

Waktu beredar dengan pantas. Pejam celik pejam celik, Syahirah akan melangkah ke dunia barunya. Ke sebuah alam yang lebih mencabar baginya. Lagi seminggu sahaja lagi Syahirah akan berada di rumah. Selepas itu, dia akan melangkah kaki ke salah sebuah kolej matrikulasi.
Dalam kesibukan itu telah membuatkan dia terlupa seketika kepada seseorang yang bertakhta di dalam hatinya. Tanpa dia sedari juga, seseorang sedang memerhatikannya dari jauh. Seseorang itu telah mula merinduinya.

“Ma, Syirah keluar jap. Pinjam kereta,” Syahirah berkata dari jauh sambil tangannya mengambil kunci kereta di atas meja konsul.
“Cepat balik Syirah. Malam ni kita dah janji nak makan sama-sama,” dengan pantas mamanya memberi arahan sebelum anak perempuannya itu hilang di balik pintu utama rumah.

Kereta Toyota Wish di pecut laju tanpa arah tujuan. Setelah beberapa kali berpusing di tempat yang sama, Syahirah mengubah haluan ke arah Lumut.
Kereta di parkirkan dan Syahirah turun dari kereta. Langkahnya longlai menuju ke arah laut. Helaan berat dilepaskan. Tinggal dua hari saja lagi dia akan melangkah masuk ke kolej tapi masih ada suatu perkara yang masih tidak diselesaikan. Masih menghantui fikirannya sehingga kini.
Secara spontan tangan Syahirah menggaru kepalanya yang tidak gatal sebelum melemparkan pandangan ke arah pulau yang berdekatan jeti itu. Tanpa di sedarinya, seseorang sedang menghampirinya dari arah belakang.
“Termenung jauh nampak? Takkan belum pergi dah teringat kat rumah?” kedengaran suara seorang lelaki dari arah belakang.
Suara itu sudah cukup membuatkan Syahirah terkejut lalu melatah. Syahirah mengalihkan pandangannya dan mengalihkan posisi badannya supaya dapat melihat gerangan empunya suara sebentar tadi sambil mulutnya membebel marah.
“Dah la salam pun tak bagi dah tu buat orang terkejut lak tu.”
Syahirah terkejut besar apabila melihat gerangan empunya suara yang betul-betul berada dibelakangnya.
“Amboi, kuatnya membebel. Tu baru dengar dari mulut belum yang kat dalam hati.”
Muka Syahirah merah padam. Pandangannya dilemparkan ke arah lain serta merta. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa bergocaknya perasaaan Syahirah ketika itu. Setelah beberapa minit berkeadan seperti itu, Syahirah bertindak beredar dari situ. Namun dihalang oleh lelaki itu.
“Ni nak ke mana pulak ni? Dah la biarkan abang cakap sorang-sorang je,” ujar lelaki itu lembut sehingga boleh membuat Syahirah terbuai indah.
“Siapa abang aku? Setahu aku, abang aku tengah belajar kat KL. Sorry you got a wrong person. So, could you please let me go,” balas Syahirah tegas dalam cubaan mengawal perasaannya ketika itu.
Dengan segera Syahirah cuba melarikan diri dari terus berada di situ.
“So this is what you want? You have take something from me and then you just want to go like that? Did you think that I would let it go like that. Just like what you did know?” bertalu-talu soalan keluar dari mulut abang itu setelah Syahirah melangkah beberapa langkah dari dia.
Langkah Syahirah terhenti seketika. Degup jantungnya mampu membuatkan sesiapa yang sakit jantung pengsan di situ jua.
Syahirah berpusing ke arah abang tersebut. “I don’t know what you mean. I won’t know. This is what I want. Such a crazy guy.”
“Ya, I’m such a crazy guy. I crazy because of you. You make me become crazy and then you want me to let it. This is not what I want.” Abang tersebut menjawab dan membuatkan Syahirah terhenti dari terus melangkah buat kali ketiga.
Kesabarannya sudah memuncak. “Then what you want? Just tell me, I’ll give what you want and let me go now.” Tempik Syahirah. Selamatlah orang tidak ramai di situ untuk menyaksikan adegan tersebut.
“Did you really will give me what ever I want?…” ujar abang tersebut perlahan-lahan sambil melangkah menghampiri Syahirah. Syahirah hanya mengangguk kecil.
“…. I want you, to be my someone special until you finish your study. Then, I’ll propose you to become my queen until the end of my life. Would you do it for me?”
Syahirah membeliakkan matanya mendengarkan perucapan itu. Suasana menjadi senyap seketika. Tiba-tiba kedengaran suara halus ketawa dibelakang Syahirah sambil berkata, “Ala.. terima jela. Bukan senang tau orang laki nak propose kat depan orang macam ni. Betul tak Abang Li?”
Syahirah terkejut lantas memandang ke belakang. Husna dan Aband Din berada di belakangnya.
‘Ni bila pulak la dorang ada dekat belakang ni? Malunya aku.. hanya Tuhan yang tahu.’ Getus Syahirah sambil tangan kanannya memengang sebelah muka.
Terasa ada tangan memegang bahu Syahirah membuatkan dia terkejut. “Apa lagi kau tunggu? Apa yang kau nak ada kat depan kau ni.”
Dengan pandangan marah, Syahirah memalingkan mukanya ke Husna perlahan-lahan.
“Tah Syirah ni, terima jela. Bukan senang tau cik abang Li kita ni nak mengaku macam ni. Dekat depan public plak tu,” ujar Abang Din lagi.
“Macam mana………” belum sempat Syahirah menghabiskan kata-katanya Husna menyampuk dengan berkata, “Abang Li ni, abang sepupu aku lah. Dia tumpang ke dekat rumah jiran sebelah kau tu. Dia ni memang dah lama syok kat kau. Cuma penakut nak ngorat kau.”
Serentak Husna dan Abang Din gelak.
“Tah kau ni Li. Kan senang kalau kau ngorat dia dari mula-mula lagi tanpa buat idea kau yang kurang ni. Selamat Syirah tak couple ngan orang lain dalam tempoh kau nak kumpulkan kekuatan kau nak luahkan kat dia,” tambah Abang Din lagi dengan pelbagai aksi badan.
“Jadi selama ni aku cerita kat kau tu…” Syahirah hilang kata-kata. Malunya tidak tertanggung lagi. Husna hanya mengangguk berkali-kali.
“Dah cukup korang sakat kita orang?” ujar Abang Li setelah lama berdiam diri dengan muka merah menahan malu dan marah.
Dengan serentak Husna dan Abang Din mengangguk dalam ketawa.
“So, macam mana? Syirah setuju tak?” Li berkata sambil memandang tepat ke arah muka Syahirah.
Lama Syahirah berfikir sebelum berkata.
“Dengan syarat.”
“Apa dia?” ujar Li tidak sabar.
“Jangan buat Syirah macam ni lagi. Malu sangat.” Syahirah tersenyum malu.
Husna dan Aband Din sudah melompat gembira. Macam diaorang pulak yang merasai suasana itu. Li tersenyum tidak terhingga.
“Insya-Allah. Sampai bila-bila pun, abang akan jaga Syirah.”…………

*ini karya pertama saya.., sila komen untuk membaik pulihkan lagi.
Sekian, terima kasih… ^_^ .

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: