Novel : Adakah Diriku Di Hatinya? 1

Nama Pena : Muzzy_blue

“Zura,tadikan Faris ada bagitau aku something.Nak tau tak?”tanya Dahlia.
“Tak.”jawabku ringkas.
“Ala,kau kena tau jugak.”
“Apa kene-mengena aku dengan budak tu?”aku buat2 bodoh.
“Dia ada cakap sesuatu mengenai kau.”
“Dia cakap ape?”
“Dia cakap dia sukakan kau,Zura.Kau tak seronok ke ada secret admire?”Aku menggelengkan muka tanda tidak.
“Zura,kau ni muka cantik.Ramai orang sukakan kau.Tapi perangai kau ni,hishh…entahla.Nak aku katakan tak elok,kau baik.Nak katakan elok tak jugak.Cubala kau jaga sikit perangai kau tu.Orang dah suka,dia boleh buat blur je.Kalau perangai kau x macam ni,aku confirm,kau mesti kau dah bercouple.”leter Dahlia.

Aku mengeluh kecil.Dia ni memang suka membebella.Nak cabut telinga aku dengar.Marahku dalam hati.Melihat aku yang seperti acuh tak acuh mendengar leteran yang dianggap \’nasihat\’ itu,Dahlia terus berleter dengan suara yang lebih kuat.Aku hanya mampu duduk diam mendengar leteran Dahlia sebelum dia menguatkan lagi suaranya sehingga satu kolej ni dengar.

Apabila aku terlihat kereta Proton Perdana V6 memasuki perkarangan kolej,aku menjerit di dalam hati.Pak Mat,you are my hero!You save my ears!Thank you!Dengan senyuman yang terukir di bibirku,aku menggalas beg lalu bangun dari tempat dudukku.
“Cik Dahlia,driver saya dah datang.Saya balik dulu.Assalamualaikum.”ucapku dengan lembut lalu terus meniggalkan Dahlia yang termangu-mangu.Setelah aku masuk ke dalam kereta,aku terus melihat ke arah Dahlia.Padan muka kau.Asyik berleter je sampai tak tau apa yang dah jadi kat bumi.Dahlia..Dahlia..

********************

“Mak,Zura dah balik.”kataku sebaik sahaja memasuki banglo yang besar milik Dato\’ Zairi.
“Zura,mak ada masak lemak kuning yang kamu suka tu.Nanti makan ye.Petang karang kita keluar dengan ayah.”balas Datin Rafidah.
“Buat apa?”tanyaku selepas duduk di sofa di ruang tamu banglo itu.
“Ayah kamu kata nak jumpa rakan kongsi dia.Dia suruh bawak keluarga.Lagipun,dia ada sorang anak tunggal macam kamu.Lelaki.Manala tau nanti dia boleh jadi menantu mak.Kamu tinggal sebulan je lagi belajar kat kolej tu.Apa salahnya?”usik Datin Rafidah.
“Ish,mak ni.Ke situ pulak perginya.Nantila dulu mak.Zura tak puas lagi jadi remaja.”bantahku.Aku terus menaiki anak tangga menuju ke bilikku.
“Suka hati kamulah.Zura.Tapi mak nak kamu tahu yang mak ni nak sangat timang cucu sebelum mak mati.”
Langkahku terhenti seketika.Entah bagaimana kata2 mak membuat hatiku tersentuh.
“Mak,kalau ada rezeki,mak dapatlah cucu.”kataku cuba menyedapkan hatiku yang dihimpit rasa bersalah.Aku tidak tahu bagaimana caranya aku dapat mencari seorang lelaki yang aku ingini.Memang betul cakap Dahlia.Ramai lelaki2 di kolejku yang menyukaiku,tetapi tidak seorang pun daripada mereka yang aku cintai.

Di dalam bilik aku asyik memikirkan tentang permintaan mak.Aku masih lagi berasa bersalah kerana tidak dapat memenuhi kehendaknya.Baiklah.Aku sudah membuat keputusan.Selepas usiaku menigkat 24 tahun,aku akan mencari lelaki yang aku idamkan.Aku tidak peduli apa yang harus ku harungi.Kehendak mak harus ku penuhi.

********************

PETANG ITU.

“Itu pun anak dan isteri saya.”kata ayah sambil menghalakan jarinya ke arah aku dan mak.Kami duduk di sebelah ayah.
“Assalamualaikum Datuk.”tegur mak.
“Waalaikumsalam.Apa khabar?”balas Datuk Syafiq.
“Baik.Kenalkan,ini anak saya Zuratul Aqilah.”aku hanya mampu tersenyum.
“Wah,cantik jugak anak kau ye Zairi.”puji Datuk Syafiq.
“Kau tengokla sape bapaknye…”gurau ayah.Mereka semua tergelak kecuali aku.Aku tidak suka pertemuan orang2 tua macam ni.Aku lebih suka berjumpa dengan rakan2 ku.Disitu barulah aku boleh tertawa dengan gembira.Bukannya macam sekarang.Semua yang aku tunjukkan,semuanya palsu.Aku senyum konon-kononnya aku gembiralah.Padahal..tak langsung.Bosannya!
“Eh,mana anak dan isteri Datuk?Tak nampak pun.”mak tiba2 bertanya.
“Diorang sampai lambat sikit.Ada hal katanya.Haa!Itu pun diorang!Panjang umur.”kami bertiga terus menghalakan kepala kami ke arah pintu masuk Restoran Paradise Nite.

bersambung…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: