Novel : Aisyah humaira 1

Nama Pena : ilhanurani

BAB1

Sudah sebulan lebih dia duduk di rumah, makan, tidur, kemas rumah, memasak,kalau hendak di ceritakan panjang jugak aktivitinya tetapi langsung tak mendatang hasil maksudnya kalau semua kerja dia buat ada upah pasti lumayan pulangannya ini tidak yang dia dapat lebihan isi pada badannya.Huh! merunsingkan betul! Aisyah Humaia bingkas bangun dari katil lalu dia berdiri betul-betul menghadap kelendar yang tergantung di dinding papan biliknya. Dia cuba membilang hari. Hurm..lagi 2 bulan dia akan konvo..hehehe tak sabar rasanya nak pakai jubah dan topi yang sudah lama diidamkannya. Lepas tu ambik gambar dengan abah dan mak. Dia memejam mata membayangkan hari bahagia itu akan tiba. Dia juga dapat merasakan betapa gembiranya abah dan mak disaat dia naik ke pentas untuk mengambil segulung ijazah. Sesaat kemudian senyum manis hilang dari seulas bibir mongel itu. Kerja! Sekarang bukan senang nak dapat kerja, lihat sajalah kalau ada iklan jawatan kosong pasti bersusun-susun orang yang beratur untuk di interview meskipun hanya menjawat jawatan pembantu takbir am rendah. Inikan dia berkelulusan ijasah sarjana muda Syariah kalau setakat kerja mengajar kafa alamat tak berbayarlah duit pinjaman aku tu..sudahlah berangan nak belikan abah kereta baru nak di gantikan dengan kereta ’KQ’ tu..dengar nombor plat dia pun dah lama inikan usianya,namun kereta itulah banyak berjasa pada dia sekeluarga, dengan kereta tulah abah menghantarnya dan adik-adik ke sekolah hingga ke menara gading.
” syah nanti ghejalah ngan kerajaan..senang sikit” Aisyah Humaira tersenyum mengingati kata-kata mak.
“awatnya mak?” loghat utara tetap sebati dengannya bila berbicara dengan keluarga.
” bukan apa…gheja pun tetap,tua-tua esok tak payah dah dok pikiaq pasai duit ni sebab ada pencen” dia ketawa senang hati. Mak suka ingatkan hari tuanya. Abah pulak hanya berpesan kerjalah dengan cara yang halal, rezeki yang halal semoga keberkatan itu sampai ke anak cucu. Dia tahu abah tak kisah apa saja pekerjaannya yang penting halal bagi abah keberkatan itu penting sebab itu abah suka hidup sederhana yang boleh dipakai, pakai. yang bolah diguna, gunakannya. Membazirkan amalan syaitan.
“syah..oo aisyah…” lamunannya terhenti dek kerana pangilan emak. “buka jap pintu ni ha…”
“ya mak..syah nak buka la ni..” dia menyahut sambil membuka menarik penyelak pintu. “awatnya mak?” soalnya sebaik shaja wajahAzizah tersembul di ruang pintu itu.
” Meh keluar jap..cuba tengok sapa yang mai..”
“sapanya mak?” soalnya sambil mengaru kepala yang tidak gatai itu. Aisyah Humaira melangkah keluar dari bilik tidurnya membuntuti belakang Azizah ke ruang tamu namun sempat juaga dia mencapai kain tudung yang tersangkut di badan kerusi lalu disarung ke kepalanya bukan apa takut tetamu yang datang itu bukan muhrimnya atau lelaki ajnabi. Dia mengukir senyuman disaat wajahnya disapa dengan raut wajahyang pernah dulu dikenalinya tetapi sudah agak lama raut wajah kedua-dua insan itu menyepi dari ingatannya. Mama Dina dan papa Mansor! Buat apa mereka kemari? Kali ini membawa hajat apa pulak? Nak ’pos’ anak lagi ke? Kalau kali ni hajat nak ’pos ’ anak juga baik bagi kahwin dengan aku..hehehe..bukan apa takut-takut nanti silap jaga kena cekup lagipun anak dia bukan budak-budak lagi,rasanya dah boleh pegang tittle bapak budak apa?????
” apa yang tercegat kat situ lagi syah salam la dengan mama Dina.”arah mak sambil menolak lembut tubuhnya kedepan berhadapan dengan insan yang bernama mama dina. Dia tunduk menyalami tangan mulus itu belum sempat dia mencium tangan itu tubuhnya diraih ke dalam dakapan wanita bergaya itu. Bau haruman minyak wangi ester lauder menusuk rongga hidungnya.
“aisyah macam mana sekarang?” soal Datin madina sebaik sahaja meleraikan pelukan sambil kedua belah tangannya memengang pipi Aisyah Humaira.
“syah sihat..tengah tunggu konvo,mama dina?” Datin madina membalas senyumannya kemudian dikucup kedua belah pipinya.
“mama Dina sihat sayang, rindu benar mama dina dekat kamu tau..makin lawa kamu ye…” lawa? Yeke? Hurm…ni petanda nak buat menantu ni..alahai mama Dina ni datang nak merisik ke? Aisyah Humairah hanya tersengih.
” papa mansor sihat”
“papa macam nilah syah..”Datuk Mansor tersenyum di hujung kata. Sedap matanya memandang raut wajah mulus dan polos itu. Senang hatinya mendengar sapaan dari Aisyah, budak itu cukup dengan sifat peramahnya dan sopan-santunnya.
“cantik anak kau Zah..dulu masa kecik-kecik comot jer..” Dia melihat Abah tergelak sebaik sahaja mendengar pujian dari Datin Madina.
“Dah besar si Aisyah ni pandai la dia menjaga penampilan diri lain la kecik-kecik dulu..” Datuk Mansor menyampuk.
” cantik apanya Dina oii..pemalas bukan main budak ni” dia tahu mak memang tak pernah bagi muka. Pantang ada yang memuji pasti dikutuk tak sempat nak naik saham terus jatuh tergolek bila dengar mak membalas dengan kutukan. Mak memang tak pandai nak promote anak sendiri la…Aisyah Humaira hanya duduk bersimpuh di hujung kusyen rotan, nak buatkan air mak dah awal-awal hidangkan untuk tetamu itu. Dia hanya menjadi pemerhati dan pendengar setia. Terhibur juga mendengar cerita-cerita lama mereka sesekali dia akan menjadi bahan usikkan ’ bila nak makan nasi minyak kau Zah?’ faham-faham sendirilah kalau ayat itu dipersoalkan. Apa Motif mama Dina dan papa Mansor datang kemari? Alah..mungkin saja datang melawat kawan lama sebab rindu atau bertanya khbar sihat ka tidak. Apalahkau ni syah..perasan lebih macam la orang berkenan sangat nak merisik. Aisyah Humairah tersenyum. Dia tiba-tiba teringat anak yang pernah ’diposkan’ oleh mama dina dan papa Mansor. Khairul Elham Wajdi,nama itulah yang dulu sentiasa bermain di mindanya kerana budak yang ber khairul Elham Wajdi itu juga dia terpaksa berkongsi kasih mak dan abah sudahlah sebelum ini kasih sayang dibahagi tiga, untuk dia, ali, asma’ itu dia tak kisah sangat ali dan asma ’ adiknya tapi khairul Elham Wajdi bukan abang dia atau sepupu dia baik bapa sedaranya lansung tak ada kena mengena dengan hidupnya tup-tup muncul sebagai watak utama pulak dalam kehidupannya seharian sepanjang zaman kanak-kanaknya. Ya! Dia pasti Khairul Elham Wajdi sekarang sudah membesar menjadi anak teruna yang ’gantang’. Tengok mama Dina dan papa Mansor sama-sama cantik sama-sama padan pasti acuannya menjadi. Jangan tersiap kacuk sudah..he.he.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: