Novel : Butakah Cinta 1 , 2

Nama Pena : Zamita Syaqis

BAB 1

Deruan ombak membelah pantai. Angin yang bertiup dingin menyentuh tubuh Ainul yang sedang leka mamandang pantai. Dia menguis-guis kulit cengkeram di atas pasir putih dengan ibu jari kakinya. Begitu asyik dia ketika itu. Terasa ingin mengelami keseronokkan sang burung-burung yang terbang berkeliaran mencari makan. ‘Seronoknya…kalau lah aku boleh terbang seperti burung. Bebas kemana saja. Alangkah bahagianya,” ainul berbicara sendiri.

Begitulah keadaan Ainul Mardhiah selepas kematian bonda tercinta. Setiap hari dia akan ke pantai. Tempat yang selalu dia dan arwah bondanya, Puan Marlia berkunjung. Puan Marlia atau lebih di kenali Mak Mar di kalangan penduduk kampung Tanjung Karang. Mak Mar adalah seorang anak terbuang. Terbuang dari menjadi ahli keluarga Tan Sri Mahmud Omar. Mak Mar telah dihalau dan tidak di anggap sebagai ahli keluarga Tan Sri Mahmud lagi.

Kerana cintanya terhadap lelaki miskin bernama Halim, menjadikan Mak Mar sebagai anak yatim piatu sehingga ke akhir hayatnya. Dan sehingga kematian Mak Mar, Ainul Mardhiah tidak mengetahui asal-usul bondanya. Semua di rahsiakan oleh Halim. Semua demi kebaikan Ainul Mardhiah. Demi anak tunggalnya, Halim sanggup memikul semua tanggungjawa menjaga Ainul Mardhiah. Ainul Mardhiah lambang cinta sucinya dan bukti cintanya kepada Marlia sehingga akhir hayat.

“Ainul!!Jom kita balik. Dah lewat ni. Esok kita datang lagi,” laung Halim nun jauh di tebing gigi pasir.

“Ok, Ainul datang,” laung Ainul Mardhiah.

Halim dari jauh melihat anaknya berjalan menghampirinya. Dia menghulurkan tangan. Tangan disambut. Mereka beriringan berpimpin tangan meninggalkan kawasan pantai cenang. Setiap hari Halim akan membawa Ainul Mardhiah ke pantai itu. Di situ banyak kenangan mereka tentang Marlia. Hampir 2 tahun pemergian Marlia ke rahmatullah. Namun kehadiran Marlia sentiasa dirasai berada bersama-sama mereka.

*******************

Di situasi yang sama, Tan Sri Mahmud Omar ketika ini sedang sakit tenat. Segala perubatan moden hingga ke traditional tidak dapat mengubati penyakit yang dihadapi nya. Ya , penyakit menanggung rindu. Penyakit yang di cari sendiri. Kerana hasutan dia menderita. Derita yang tiada kesudahan. Dia amat menyesali di atas segala kesalahanya. Kerana kekesalan itu dia mencari semula anaknya Marlia yang telah di buang.

Namun pencariannya hampir 15 tahun hanya sia-sia walaupun sudah mengupah penyiasat. Ingin disiarkan di akhbar akan menjatuhkan maruah sendiri. Akhirnya terseksa sendiri menanggung rindu. Rindu pada anak yang tidak pernah menyakitinya, yang tidak pernah membantah tingkahnya, yang tidak pernah melawan setiap percakapanya. Marlia memang anak yang baik, lemah-lembut dan seorang yang cantik. Tersangat cantik.

Kerana kecantikkan dan kebaikkannya itulah telah dicemburui oleh adiknya sendiri Madiha. Perwatakakan Madiha yang keras kepala, kasar, suka melawan cakap orang tua dan suka memberontak apabila kemahuannya tidak di penuhi, tidak disenangi semua orang. Dan Marlia sebagai seorang kakak sentiasa beralah dengan Madiha. Bagi Marlia air di cincang tidak akan putus.

Sifat kebaikkan Marlia amat disenangi oleh Halim. Halim ketika itu bekerja di rumah Tan Sri Mahmud sebagai tukang kebun. Dia menggantikan tugas ayahnya, Pak Seman yang telah uzur. Kerana kebaikan dan pertolongan dari Tan Sri Mahmud, Halim dapat menghabiskan pelajaranya walaupun setakat SPM saja.

Namun peristiwa yang berlaku 25 tahun dahulu masih segar di ingatan Tan Sri Mahmud. Kerana desakkan dan hasutan dari Madiha, dia telah bertindak melulu tanpa usul periksa. Setelah hampir 10 tahun peristiwa hitam itu berlaku barulah kebenarannya terbongkar. Semuanya terbongkar apabila diari milik Madiha di jumpai oleh Tan Sri Mahmud bersama-sama dengan bukti-bukti yang lain.

Bab 2
25 tahun dahulu……….

“Tangkap dia. Jangan bagi dia lari. Nanti kita belasah dia cukup-cukup. Kurang ajar. Berani kau buat onar dengan anak majikan kau sendirinya ye. Dasar orang miskin, merempat tak sedar diri. Ha!! Pegang dia. Biar aku ajar dia ni. Eeii…geram betul aku tengok muka tapir ni,”Borhan tidak sabar untuk membelasah Halim.

Halim ketika itu baru selesai menunaikan solat asar telah di kejutkan dengan adegan yang dia sendiri tidak tahu kenapa. Dia dipegang oleh 2 orang lelaki yang dia tidak kenali. Hanya seorang saja yang amat di kenalinya, Borhan. Borhan yang sememangnya mempunyai hasad dengki kepadanya. Borhan dengki kerana Marlia tidak membalas cintanya

“Kenapa ni?Apa sebenar yang telah berlaku?Kenapa ni Borhan?Apa yang aku dah buat sampai kau buat aku macam ni?Macam aku dah buat salah besar,”Halim minta kepastian. Dia masih bingung dengan situasi sekarang.
” Eh..dia ni, sudah tahu bercanda pula, sudah tahu bertanya pula. Pandai la kau ye. Buat tak tahu konon. Biasa la…orang dah buat salah tak kan nak mengaku kan?”bentak Borhan. Kemarahannya sudah mendidih.

“Apa yang tahunya? Aku tak buat salah. Memang la aku tak tahu . Aku baru selesai solat , mana aku tahu apa yang berlaku,”bela Halim

“Erk eleh..nak tunjuk alim konon. Hei!! Boleh pergi mampus la dengan alim kau tu. Dah kawan-kawan, bawa dia jumpa Tan Sir. Biar Tan Sri hukum dia. Biar dia rasa,” arah Borhan kepada kawannya, Hakim dan Zul.

Mereka bertiga membawa Halim berjumpa dengan Tan Sri Mahmua. Di heretnya Halim seperti kain buruk. Habis kotor dan koyak baju melayu Halim. Badan Halim di penuhi darah kesan dari calar-calar di badanya. Mereka bertiga memang tidak berperikemanusiaan. Mentang-mentanglah mereka orang kaya, suka-suka mereka berbuat begitu kepada Halim. Sungguh kejam perbuatan mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: