Novel : Cinta seni 1

Nama Pena : sculpture girl

Syakirah memandang sekeliling kawasan hostel yang didudukinya di dalam kawasan university sains Malaysia.asrama yang didudukinya sekarang diberi nama desasiswa Aman Damai,bersebelahan dengan desa Indah Kembara,dibelakang hostel ini terdapat stadium usm. Syakirah meninjau ke arah gelanggang hoki apabila dia terdengar bunyi pemukul menangkis bola berwarna kuning,terdengar juga suara-suara orang yang sedang bercakap kemudian disambung ketawa,kelihatan ramai pelajar lelaki sedang bermain hoki,dia memerhatikan lelaki berambut warna keperangan . pandai mamat nie main hoki,hatinya terdetik .Lama dia memerhatikan lelaki itu,walaupun wajahnya tidaklah jelas memandnagkan jauh tapi kirah dapat rasakan lelaki itu memang mempunyai pakej-pakej lelaki idaman perempuan,dia mematikan khayalannya,dia segera mengambil bakul baju disebelahnya,sebelum dia melangkah masuk ke blok ko7 sempat dia menyentuh bajunya yang disidainya diampaian,matanya sedikit mengecil menahan dari terikan matahari diwaktu pagi.Sudah sebulan dia berada diusm,hidupnya memang benar-benar berubah dari segi fizikalnya,kehidupannya tidak lagi seperti berada disekolah dulu,jika dahulu dia puan Aishah yang membantu.kini hidupnya memang benar-benar berubah,semua kerja dilakukan sendiri,jika encik Razlan dan puan Aishah ada pastinya mereka berbangga kerana anak bungsunya perempuannya sudah reti membuat kerja rumah sendiri.Dia berkhayal,sebulan baginya sudah cukup lama untuk dia berjauhan dengan keluarga.Arghh…rindunya kat ibu kat abah,ape lah dieorang buat sekarang,mesti abang tengah manja-manja dengan ibu abah,ar…i hate “jeritnya didalam hati.Dia terlampau rindu akan keluarganya tapi kerana cita-citanyalah dia menapak diusm ini.tidak apa lah kirah hanya 3 tahun saja,sabar je…3 tahun tu tak lama pejam celik sekejap dah 3 tahun,yang penting kau boleh jadi artist and cikgu seni yang terkenal. Rich and famous like artist barat,damien.bisik hatinya memujuk dirinya yang gundah.
Pintu diketuk beberapa kali,menyebabkan Syakirah sedikit terkejut,segera dia melangkah lalu membuka pintu.Diela berada didepannya.
“Ade ape diela?”Tanya Kirah melihat Diela tersenyum sengih
“Tak de,kiteorang nak ajak kau pergi gig malam minggu ni,kalau kau nak ikut r”ujar Diela lalu masuk ke bilik Syakirah tanpa dijemput,tanpa di duga Diela terus membuka roti coklat yang Syakirah letak dimeja makan yang sebenarnya meja untuk belajar.namun memandangkan hanya dia dan kak ash sahaja yang berada didalam bilik itu,mereka berdua sepakat untuk menjadikan meja itu meja untuk mereka menjamu selera.
“sape yang drive car?”Tanya syakirah
“Ekin lah,family die ade belikan die kereta”spontan Diela dengan mulutnya mengunyah roti,dia berbaring dikatil Syakirah,Syakirah hanya mendiamkan saja perangai kawannya itu,baginya Diela merupakan orang yang terdekat dengannya kerana Diela orang pertama yang dikenalinya selain sue yang semamngnya satu sekolah dengannya dahulu.
“em kalau macam tu ok je lah kot,sekurang-kurangnya tak lah bosan malam minggu aku,”ujar Syakirah bersetuju.
Diela tersenyum lebar tidak menampakkan gigi cuma pipinya naik sehingga menyepetkan matanya ,kelihatan comel sekali,memang tidak dinafikan diela memang cantik walaupun kulitnya tidak seputih syakirah,ala sawo matang itu lah kelebihannya,bersikap manja dan mengambil berat tentang kawan memang amat disenangi Syakirah.
Mereka berbual sejenak,sementara menunggu kepulangan kak ash yang masih belum balik dari makmal bio di fakultinya yang panggil school.sesekali Syakirah memandang ke skrin lattopnya ketika mendengar Diela bercerita,terdengar suaranya Syakirah menyambut dengan gelak ketawa kerana cerita yang dikatakan Diela.
==============================
Seperti biasa Syakirah bangun dan mengemas bilik.jam menunjukkan pukul 9 pagi,masih awal,pastinya kawannya yang lain masih dibuai mimpi,maklum sajalah tadi malam mereka tidak tidur sampai ke subuh menyiapkan assignment berkumpulan,dia melihat jadual waktunya,jari telunjuknya melurut di jadualnya dari atas melurut ke kebawah,matanya tertumpu pada kotak bertaip hari juamaat,kelas pukul 3 lmt 100 after that kite de titas,ujarnya sendirinnya. Dia berdiri dikerusi belajarnya untuk mengambil buku latihan lmt 100 dan buku rujukan titas dirak-rak buku yang disediakan untuk memudahkan pelajar-pelajar menyusun buku.
Dia tersenyum apabila dia terpegang buku berkulit kuning dan biru, ditariknya dengan berhati-hati supaya buku-buku teori seni yang menebal tebal itu tidak terjatuh.Dia melompat dari kerusi lalu duduk,beg-beg sandangnya tersangkut di meja belajarnya ,dibelek Dia memilih beg yang sesuai untuk dibawanya hari ini.
“ha yang warne purple nie,sesuai untuk hari jumaat”ujar Syakirah bersendirinya.dia terkesima .Dia menoleh ke katil kak ash,baru dia tersadar rupanya kak ash sudah tiada didalam bilik,hari jumaat memang susah untuk melihat kak ash melekat dibilik,kelas pada hari itu lah kak ash paling sibuk dengan kuliah dengan di makmalnya ,sibuk mengkaji tentang virus penyakit yang sedang melanda dunia iaitu h1n1.memang menakutkan Syakirah. Syakirah menekan suis lattopnya,waktu-waktu begini memang sesuai untuk dia melihat laman ELEARNING.USM di laman web http://www.usm.com untuk mengambil nota-nota yang diberikan encik Shahrizal serta masuk bahagian forum.Masih teringat lagi minggu ke empat dimana encik Shahrizal mengajar tentang arca.sculpture?oh yang lecture yang cute-cute itu yang botak tu,favourite lecture Diela,bisik hatinya lalu dia ketawa kecil.teringat kawan-kawannya yang tergila-gilakan lecture lograt kedah itu.memang tidak dinafikan lecture itu memang banyak kelebihan,tapi hanya satu yang tdiak disukainya,botak,ey…not my taste..ujar Syakirah sendiri.Syakirah memang suka mengelamun,biasalah orang seni katakan,dari perangainya sudah kita ketahui.Syakirah mematikan khayalanya,fikirannya lebih focus kepada isi maklumat skrin lattop.Deria melihatnya tertumpu pada skrin lattop,tangan kanannya asyik melarikan tetikus berwarna putih yang mengeluarkan cahaya merah dan sesekali berwarna biru apabila ditekan.
Sesekali dia menyanyi mengikut lagu kumpulan indieband iaitu bunkface bertajuk fine.
COZ WE WILL BE FINE
IN MATTER OF TIME
SUBJECT TO MY MIND
AS WERE CROSSING THE LINE
DIRECTIONS TO SEE
PERFECTION TO BE
A PAIN OF A KIND
ALWAYS CRASHING ON ME
SUFFERCATE, TIME, MATTER I’LL BE FINE
TODAY…

Tersenyum sendirian dia dapat menyanyi,sudah lama dia tidak pergi menyanyi di Family box Johor,teringat lagi ketika dia dizaman persekolahan memang seronok melepaskan tension di Family box bersama Tasha,Lia,Zita, dan Ben,Lan dan Rizal.Rizal?dia teringatkan Rizaln.tanganya tadi yang ligat melarikan tetikus terhenti.em…ape la die tengah wat kat UM tu…mesti tengah melayan peremmpuan-peremmpuan cun kat sane…die tu bukan boleh, semua die nak try,rungut Syakirah.dia sudah masak sangat perangai bekas kekasihnya itu,memang pantang melihat gadis lawa,tapi sehingga kini dia tidak tahu mengapa Rizal begitu suka akannya,hendak diikutkan dia bukanlah pakej yang diinginkan Rizal,dia sendiri dulu pernah terdengar Rizal berkata dengan Ben dan Lan,Rizal hanya minat gadis yang tinggii ,cantik dan pandai bergaya.

Syakirah melihat jam diskrin latopnya dipenjuru kanan sebelah atas,memandangkan sudah bertahun-tahun dia menggunakan lattopnya berjenama acer,sudah pelbagai perkara yang telah diubah suainya,apatah lagi ketika dia masih ditingkatan 6 bawah kawan rapatnya Zita sudah masuk ke kolej cosmopoint muar,Johor mengambil jurusan grafik peringkat diploma,banyak perkara diajarnya dengan percuma Syakirah mendapat ilmu tentang perisian komputernya.Memang dia berasa beruntung sekali,kawan-kawanya semua mempunyai kemahiran,dia apatah tidak kurang handal didalam melukis,memang itu lah kelebihan yang amat dimanfaatkan sehingga dia sanggup menjadi pelajar usm didalam bidang yang susah untuk mencari kerja namun dia tekad dia mahu menjadi yang paling terbaik,dia mahu mengikut jejak langkah ibubapanya.Jam menunjukkan pukul 2.20,terbeliak matanya yang sedikit sepet.

“argh…dah lambat! lom mandi lagi”ujar Syakirah sedikit menjerit.Syakirah bangun .kedengaran kaki kerusi bergeser dengan lantai.segera dicapainya tuala dan bakul kecil khas disediakan untuk peralatan mandinya.Dia bergegas ke toilet asramanya.Lattop dibiarkan terbuka hidup.
Selesai dia mandi,dia masuk kebiliknya semula,jam sudah menunjukkan pukul 2.35.hendak tidak nak,dia kena cepat bersiap,sekejap lagi pasti ada yang mengetuk pintu dan itu pastinya sue.baru disebut dalam benaknya,kedengaran orang mengetuk pintu.

“masuk Sue”ujar Syakirah dengan nada kuat.

Sue masuk “ya Allah belum siap lagi kau Kirah”Sue terkejut melihat Syakirah terkial-kial membutangkan baju kemejanya.

“biase r Sue kalau dah mengadap lattop semua lupe”ujar Syakirah tersengih.bergegas dia membuka almari mengambil sikat rambut lalu disikat .Rambutnya dibiar lepas memandangkan masih basah.hari ini dia langsung tidak dapat menghias mukanya,hanya miyak wangi silky girl saja yang dapat dihambur sedikit ketubuhnya.Baunya sangat lembut.

“dah jom Sue”ujar Syakirah memakai kasut conversesnya

“ish minah nie,tak menyempat,itu lah lambat lagi”ngomel Sue memandang Syakirah yang hanya tersenyum

Syakirah tahu memang salahnya,tapi apa boleh buat memang sudah terlambat.Dia hanya mengharap Puan Chuah belum masuk ke kelas lagi.Syakirah dan Sue berjalan menuju ke dewan kuliah menuju ke tingkat 2 untuk pergi bilik toturial 111.Sedang Syakirah dan Sue tergesa-gesa.secara tidak sengaja Syakirah telah terlanggar seorang lelaki yang sedang berjalan bersama seorang wanita.

“aduh”ujar Syakirah memegang dahinya terkena bahu seseorang,berkerut dahinya menahan sakit.Dia meneruskan langkahnya walaupun pergerakan langkahnya perlahan.

“woi pempuan buta ke?”laung ezzudin memarahi Syakirah yang langsung tidak menoleh.

Syakirah terhenti dia berpaling,apabila dia mendengar kata-kata kasar itu.

“sorry saya tak sengaja,”ujar Syakirah memandang lelaki itu,meminta maaf.memang salahnya kerana tergesagesa sehingga terlanggar orang.Rasa sakitnya membuatnya kepalanya berdenyut-denyut,mungkin akan menimbulkan benjol dahi kanan.kulitnya yang putih melepak menjadi merah.

“sorry sorry .ey budak kecik nie , mak ko dulu tak bedung ko ea?,jalan pun tak betul”ujar ezzudin menengking Syakirah.Kedengaran Ezzudin mengomel tidak berhenti-henti.Matanya terbeliak marah,rasa tidak puas hati dengan minta maaf yang dilafazkan Syakirah.

Syakirah menjeling,terasa panas hatinya,dia tidak boleh membiarkan kata-kata lelaki ini,mulanya dia melembut ,ya memang salahnya,dia sudah minta maaf,namun lelaki ini telah melibatkan ibu pula.ini tidak boleh dibiarkan.

“woi,mulut tu jage sikit ea,aku kan dah minta maaf kan,ape lagi kau nak?kau bukan luke ke pe…”ujar Syakirah meninggikan suaranya ,matanya tajam memandnag wajah Ezzudin yang memandangnya.kelihatan merah dahinya ditutup dengan tangan kanannya menahan sakit.Marahnya tidak boleh dibendung sekiranya seseorang mengatakan tentang ibubapanya.Dia merasakan orang itu telah menghina ibubapanya..

“kirah dah lah,jangan gaduh kite dah lambat dah nie,jom”Sue mnegajak Syakirah,dia kenal sangat Syakirah sekiranya ada yang mencari pasal dengan gadis bertubuh kecil ini,tidak akan selesailah jawabnya perang mulut ini.segera ditariknya lengan Syakirah agar berjalan dan melupakan kejadian yang sedang berlaku ini.

“woi mane nak lari,woi belum selesai lagi r,aku nak ganti rugi”jerit Ezzudin spontan ,entah mengapa hari itu dia begitu marah sekali sedangkan peristiwa tadi hanyalah tidak disengajakan.

“kepale otak kau bejambul,pergi beli insurans dulu la,”ujar Syakirah menjerit,hendak saja dibaliknya dengan kasut converse saiz 4nya itu, tapi fikirannya masih waras tidak mungkin dia mahu membaling,nanti dia hendak pakai apa,pastinya lelaki itu mengambil kasutnya.

“dah Kirah ,kau nie,dah la mamat tu cam kau,kau makin lawan plak,lupe la tu dah masuk kelas lambat”ngomel Sue,berkerut dia dengan perangai kawannya ini.Nama saja perempuan tetapi perangai mengalahkan lelaki.dia menggeleng-geleng melihat Syakirah yang baru teringat akan kelasnya.

“ha a kelas,aduh,pasal si jahanam itulah aku lambat,mudah-mudahan puan chuah tak marah”ujar Syakirah mendaki tangga sambil menadah tangan agar doanya termakbul

Kepalanya masih terasa pening dicampur sakit,masuk ke kelas kelihatan puan chuah sedang mengajar,Syakirah mengeluh,sememangya dia sudah terlambat.tidak pernah dia terlewat seperti itu,hatinya meluap-luap kemarahan terhadap lelaki yang telah membuatkan dia terlambat.

“em sorry puan chuah we late,”ujar Sue tersengih takut jikalau puan chuah memarahi mereka berdua kerana terlambat.sue memandnag ke arah Syakirah yang masih memegang dahinya.
“no problem”
“thanks you madam”ujar Syakirah.mereka menarik nafas lega apabila mendengar kata-kata Puan Chuah .Syakirah dan Sue duduk dibaris belakang,semua memandang mereka sehinggalah mereka duduk,

“asal”tanya Syakirah garang apabila Tuan Kamarul yang duduk disebelahnya asyik melihatnya.Rasa tidak selesa hatinya,sudahlah Tuan Kamarul itu mempunyai ciri-ciri lelaki yang diinginkan Syakirah.
Tuan Kamarul tersentak.Dia menunjukkan dahinya menggunakan pensel.matanya masih menumpu pada Syakirah.Segera Syakirah meraba dahi kanan,terasa benjolan kecil.segera dia menoleh sue yang baru ingin menumpukan perhatian pada puan chuah yang sibuk mengajar.
“sue”ujar Syakirah ,lengan sue digoyang-goyangkan.
Sue memandang,lalu menunjukkan riak muka menanya.berkerut wajah sue.Syakirah menyelak rambutnya yang sengaja menutup dahinya yang berbenjol.
“merah benjol kirah”bisik Sue ,matanya terbeliak,sesekali matanya melihat dahi Syakirah.terasa lucu pula melihat benjol tersebut.dia tersenyum menahan ketawanya.kesian juga dia dengan kawannya ini,ada-ada saja yang terjadi.

sila komen cerita saya nie..maklum sajalah baru nak belajo nak uat cerpen bersiri…hu3

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: