Novel : Dia atau Aku? 1

Nama Pena : Hana_Aniz

Episod 1

“Seronok? Puas hati?” bisikan berbaur sinis Fauzan membuatkan aku terpaku. Suaranya kedengaran dekat di cuping telingaku. Terasa nafasnya di leherku. Aku memandang sekeliling. Cuba mencari kekuatan. Nafasku tarik.

“Apa maksud awak?” aku bertanya. Getar suaraku mebuatkan Fauzan tergelak sinis. Semakin sinis.

“Buat-buat tak tahu ke.. or memang dah tahu?!” aku tersentak. Tangannya yang sudah melingkari pinggangku hanya mampu kupandang sahaja. Semuanya lakonan. Setakat mengaburi mata sanak saudaranya yang melihat kami ketika itu. Kononnya mesra! Aku semakin sakit hati. Dari saat kami diijabkabul lagi Fauzan mula bersikap sinis.

“Kalau awak tak suka dengan perkahwinan ni, kenapa awak terima pula? Awak boleh tolak kalau awak tak nak. Sekarang ni awak nak salahkan saya pula?!” aku melawan tapi masih ditahap bisikan. Takkan nak menjerit pula? Aku leraikan pegangan tangan Fauzan dipinggangku dan berpusing menghadapnya. Kesabaran aku pun ada tahapnya Fauzan! Lantang kata hatiku. Fauzan memegang bahuku kuat. Pasti itu tanda protesnya kerana aku berani melawan. Kami bertentang mata. Menghamburkan amarah tanpa mengucapkan kata-kata.

“Kau jangan cabar kesabaran aku..!” semakin kuat cengkaman Fauzan dibahuku. Terasa sakit sampai ke hulu hati. Aku berkerut menahan sakit. Ini ke Fauzan yang aku kenal? Saat aku mula mengenalinya, dia kelihatan begitu lembut, sopan dan penuh dengan karisma yang tersendiri. Malahan, aku telah jatuh cinta padanya semenjak dari zaman persekolahan lagi! Kami seronok berbual. Bermain bersama. Mempunyai impian yang sama. Segalanya bersama. Tapi semenjak Fauzan melanjutkan pelajaran di UK dan pulang ke Malaysia sebulan yang lalu, semuanya berubah. Daripada segi karakter mahupun penampilannya sekarang. Tidak dapatku nafikan sememangnya Fauzan semakin segak, bergaya dan kacak. Namun, itu bukanlah kelebihan yang buatku terpikat padanya! Mana Fauzan yang aku kenali?

Benar kata orang, berkawan bertahun-tahun lamanya bukanlah satu tempoh yang cukup untuk kita mengenali seseorang. Terutamanya lelaki. Sikap mereka yang sebenar hanya akan ditonjolkan sebaik mereka mempunyai komitmen yang besar. Contohnya berkahwin.

“Saya ta..k..”

“Fauzan, Yana… apa lagi buat kat situ? Punyalah orang mencari-cari kamu berdua, kat sini rupanya? Pergi layan tetamu. Tu hah… nenek kamu dah datang. Pergi sambut cepat! Kesian nenek. Dari jauh dia datang.” Aku terdiam. Tak sempat menghabiskan ayatku. Aku senyum pada ibu mertuaku. Tidak mahu dia mengesyaki apa-apa.

“Ya, umi. Nanti Zan dengan Yana pergi sambut.” Fauzan bersuara malas. Namun pegangannya dibahuku masih juga tidak dilepaskan.

“Tak ada nanti-nanti. Pergi sambut sekarang. Tetamu pun dah ramai yang nak balik tu.” Lantas umi bergerak ke dapur. Baru aku perasan. Sejak dari akad nikah tengah hari tadi, aku tidak menolong umi apa-apa. Baik memasak mahupun menghias rumah. Aku hanya duduk di bilik menyesali tindakanku.
“Saya pergi tolong umi kat dapur” aku melepaskan pegangan Fauzan dibahuku dan melangkah pergi. Baru selangkah, lenganku ditarik dan menyebabkan aku terdorong ke arah Fauzan. Batang hidungku terkena bahunya.

“Aduh! Sakitlah.. Awak nak apa lagi?” aku menggosok-gosok hidungku yang sakit.

“Siapa suruh kau pergi dapur?” keras suara Fauzan. Tangan kirinya mengusap-usap hidungku. Berharap mungkin dapat mengurangkan kesakitanku. Terpamer wajahnya yang kebimbangan. Tangan kanannya pula erat memeluk pinggangku. Sekejap, aku terpana. Dalam kekerasan ada kelembutannya. Hatiku yang marah menjadi menjadi damai tiba-tiba. Ish… cepat sangat aku cair ni! Mukaku menjadi merah.

“Sakit sangat ke?” mungkin Fauzan perasan muka aku kemerahan dan sangkanya aku serius sakit. Jarinya masih lagi mengusap-usap hidungku. Dan sekali-sekali jarinya tersasar mengusap bibirku. Aku menahan debaran yang menggila.

“Tak… dah tak sakit dah..” aku cepat-cepat menjauhkan diri. Takut dia perasan hati aku yang kala itu sedang berlagu indah. Tapi kenapa dia cepat sangat berubah? Tadi emosinya marah, sekarang emosinya.. tak tahu la aku nak describe.

“Abang Zan ni, tak habis nak bermanja lagi ke?” mukaku bertambah merah terdengar kata-kata Damia, sepupu Fauzan berumur 9 tahun. Berdiri disebelahnya Daniel, adik Damia. Terkebil-kebil mata Daniel, memandang aku dan Fauzan.

“Akak janganlah sibuk!” Daniel memarahi kakaknya. Kemarahan Daniel menyebabkan Fauzan ketawa. Aku hanya tersenyum menutup maluku. Fauzan masih lagi tidak melepaskan pinggangku. Malah makin erat. Aku terkejut. Segera aku menahan dadanya.

“Betul cakap Daniel. Akak ni sibuk je!” kedengaran lagi sisa tawa Fauzan.

“Abang kan baru je kahwin, mestilah nak manja-manja dengan isteri abang yang cantik ni.” Fauzan memandangku. Aku cepat-cepat menuundukkan wajah. Malu. Fauzan berubah skelip mata! Tadi bukan lagi memarahi aku. Sekarang, ibarat suami yang romantik!

“Akak, kak Yana cantikkan? Danny nak kahwin lah dengan girl macam kak Yana ni.” Pujian Daniel membuat aku semakin malu. Waduh kok… cukup-cukuplah menguji iman aku yang tersedia nipis ni. Ya Allah…

“Danny nak kahwin ke? Lambat lagi lah dik. Adik kecik lagi. Entah-entah tak ada sesiapa yang nak dekat adik.” Terkekeh-kekeh Damia mengusik Daniel. Daniel hampir-hampir sahaja menangis. Memang Daniel agak berbeza dengan kakaknya yang sedikit lincah dan suka mengusik orang. Dia lebih bersifat pendiam, sensitif dan memerhati.

Aku cepat-cepat melepaskan pelukan Fauzan dipinggangku dan berlutut memeluk Daniel. Konon-konon ingin memujuk. The truth is, aku sengaja lari dari terus merasakan debaran yang semakin tak nak berhenti. Huhuhu… Fauzan memandangku. Ah…persetankan.

“Danny suka akak ke?” aku menunjuk diriku. Daniel mengangguk.

“Kalau macam tu, pedulikan kak Mia. Danny teman akak pergi dapur nak? Boleh kita makan muffin. Yummy!” aku tersenyum melihat anggukan Daniel yang agak bersungguh-sungguh tu. Comel kot!! Aku ketawa di dalam hati. Sedari tadi, Fauzan hanya memerhatikan aku. Aku bangun dan memimpin Daniel ke dapur tanpa mempedulikan panahan mata Fauzan.

“Mia nak ikut kak Yana jugak!” Damia berlari mendapatkanku.

“Yana tolong umi di dapur kejap” cuba mempamerkan sifat isteri yang ingin memohon izin suami. Hakikatnya, aku cuma acting depan Datin Aziah merangkap kawan baik ibu metuaku yang berjalan melalui kami. Tidak salah aku katakan bahawa Datin Aziah telah memerhatikan aku dan Fauzan sedari tadi.
“hmm..pergilah..” Fauzan menggosok-gosok kepala Daniel sebelum dia turut melangkah pergi ke arah tetamu di luar.

********************************************************************************************************

Aku terduduk di katil. Melepaskan lelah selepas penat melayan tetamu yang datang. Aku memandang sekeling. Memerhati setiap penjuru dan ruang bilik yang baru sahaja aku diami. Rona hijau lembut menenangkan fikiranku seketika. Sekilas aku terpandang frame gambar. Gambar suamiku bersama seorang perempuan. Muda dan cantik. Juga memakai tudung sepertiku. Riak wajah mereka mempamerkan kebahagiaan. Mesranya tangan Fauzan memeluk bahu perempuan itu. Hatiku tersayat.. terasa tewas tiba-tiba. Aku memang tak layak untuk Fauzan..

Aku merenung kembali frame itu. Menfokus ke wajah perempuan yang berjaya memenangi hati Fauzan. Macam.. tiba-tiba aku jadi teringat akan sebuah renungan yang tajam daripada salah seorang kawan Fauzan semasa di khemah tetamu tadi. Perempuan yang sama!! Awek Fauzan ke? Antara sedar tak sedar, kakiku melangkah ke arah frame tersebut. Belum sempat aku angkat frame tersebut, pintu bilik ditolak dari luar. Alamak.. Fauzan! Cepat-cepat aku berlari ke meja solek dan mencapai sikat. Pura-pura ingin menyikat rambut. Aduyai.. Tudung pun tak buka, action nak sikat rambut pulak! Aku ketuk kepala dengan sikat yang aku pegang.

“Aduh…” aku menggosok kepala yang terasa pedih. Itulah.. buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali.

“Kau kenapa?” Fauzan bertanya. Mungkin perasan akan kekalutan aku kala itu.

“Tak.. tak ada apa-apa..” lantas aku bangun dan bergerak ke bilik air. Terasa rimas dengan dress pengantin yang terlekat di tubuhku sejak maghrib tadi. Aku mengerling ke arah jam. Ya Allah.. dah pukul 2.35 pagi ke? No wonderlah aku rasa penat sangat.

“Lepas mandi, jangan tidur lagi. Banyak perkara yang kita perlu bincang.” Kata-kata Fauzan bagaikan di angin lalu. Aku mencapai tuala dan lantas masuk ke bilik air.

Fauzan sudah terlelap di atas katil sebaik sahaja aku keluar dari bilik air. Fuh.. Selamat. Memang aku saje lambat-lambatkan keluar dari bilik air. Malas nak dengar fauzan membebel tentang pernikahan kami yang tak dirancang ni. Dah tahu sangat apa yang nak dibincangkan. Mesti kontrak yang macam dalam novel tu. Lagi pula aku hanya berkemban. Lupa nak bawa pakaian semasa masuk bilik air tadi.

Perlahan-lahan aku melangkah ke almari. Siap berjengket-jengket. Takut-takut kalau tiba-tiba Fauzan tersedar. Ish.. Nape pula nak berjengket-jengket ni? Ini bukan rumah kampung la. Dalam samar-samar malam yang hanya ditemani lampu tidur sebelah katil, aku mencari bajuku yang telah Mak cik Esah gantungkan dalam almari.

“Ish.. mana ni?? Kenapa semua baju lelaki je?” aku menyelongkar, menyelak segala baju, kemeja dan tali leher yang tergantung. Laci-laci juga aku buka. Mana lah tahu kot-kot Mak cik Esah simpan dalam laci. Masih lagi dalam keadaan senyap dan berhati-hati. Sesekali aku menjeling ke arah Fauzan yang sedang tidur.
‘Memang tak ada kot!’ aku menggumam. Sekarang aku sudah ke posisi melutut. Aku buka laci yang terakhir. Harap-harap ada dekat dalam tu.

“tak ada! Tak ada! Mane mak cik Esah letak ni?” tanganku buru-buru menyelongkar walaupun aku tahu terang-terangan tiada di situ. Terasa hendak menangis.

Takkan nak berkemban je?

Takkan nak mintak dekat kak Farah? Farah adalah kakak sulung Fauzan merangkap kak long@ipar aku.

Takkan nak pakai baju tadi balik? Gilos apa pakai baju pengantin bawa tidur. Huhuhu…

Aku memeluk lutut. Terasa mata dah pedih-pedih tahan ngantuk. Sempat lagi aku melihat jam. Terkebil-kebil mata aku cuba memproses dalam samar-samar cahaya. Nak dekat 3.30 pagi? Ya Allah… bantulah aku.

“Kau buat apa tu?” kerana dek terkejut, aku lantas berdiri. Bukk!! Dahiku terhantuk dengan bucu pintu almari yang aku terlupa nak tutup tadi.

“Aduh..!!” aku terduduk balik. Tanganku menggosok-gosok dahiku laju. Pedih. Lagi terasa pedih saat jariku tersentuh tempat terhantuk tadi. Terasa seperti ada cecair yang mengalir. Takkan darah kot. Mata aku terkelip-kelip saat Fauzan buka suis lampu. Berpinar-pinar.

P/s: Assalamualaikum.. my first trial. saya tau citer cm ni byk. tp.. enjoy baca je lah ye?? pliz komen untuk saya perbaiki lagi.. pape pun, terima kasih sudi baca dan komen..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: