Novel : Diary Cameilia 1

Nama Pena : illi leeya

“Apa yang berlalu tu biarlah berlalu,miel” kata Farah kepada teman karibnya itu sambil merenung wajah Camielia Aleeya yang kelihatan keruh memikirkan masalah yang dihadapinya itu.Gadis berdarah kacukan Melayu-Pakistan itu berpaling ke arah rakannya sambil menghelakan nafas yang agak kuat.

“Kau ingat senang eh Far, nak lupakan semua tu dalam sekelip mata.Kau tau tak aku tak boleh terima semua nie. Tentang apa yang dibuatnya ke keluarga aku, dekat aku.” Miel bersuara.

“Tapi walau apapun dia tetap bapa kau, bapa kandung kau. Tak baik kau cakap macam tu kat dia. Okay, cuba kau fikir apa perasaan bapak kau bila dia tau kau marah marah cam nie, mesti dia sedih.” Farah cuba mententeramkan Miel walaupun dia tahu yang dia tidak akan berjaya. Farah, rakan karib Miel sejak dibangku sekolah lagi,selalu menasihati Miel jika Miel dilanda masalah. Mereka berdua bagaikan isi yang tidak dapat dipisahkan dengan kuku. Yang telah tercipta sejak azali oleh Maha Pencipta dan akan selamanya kekal bersama. Miel merenung tajam ke arah Farah. Terkumat kamit mulutnya cuba memulakan bicara.

“Far, manusia mana yang tak marah, tak sedih, tak kecewa bila dapat tahu yang bapak dia kahwin satu lagi. Let’s say u are in my shoes, what will you do? Just stand still like an innocent person, looking at your mom crying all day and night? Kau tau tak mama aku selalu cakap jangan terlalu bergantung kepada manusia yang selalunya berdusta setiap kali berbicara. Hanya Allah yang kita dapat bergantung harap dan meminta pertolongan. Selama ini aku terlalu mempercayai bapak aku. Pernah sekali aku dengar bisikan-bisikan teman kolej kita cakap yang bapak aku nikah satu lagi, tapi aku tak percaya sebab aku yakin bapak aku bukan macam tu. Tapi, tengoklah sekarang apa yang terjadi, orang yang aku percaya, tempat aku meluahkan masalah, sendiri yang telah meragut kepercayaan yang selama ini bersemadi teguh di dalam hati aku.” Miel berbicara panjang.

“Jadi sekarang ni kau nak salahkan takdir,nak salahkan ALLAH?” Farah bertanya.

“Tak lah sampai macam tu.Tapi….

“Miel, listen, macam yang aku cakap tadi, apa yang berlalu biarkan berlalu. Forget about yesterday, and not to worry about tomorrow, okay.Kau kena ingat no matter what, ALLAH is with you.Lagipun bapak kau dah pun ceraikan perempuan tu kan. Apa yang kau nak fikirkan lagi?Kau jangan sampai masalah kau ni affect exam kita nanti.” Farah memotong kata-kata Miel.

===========*******==============

Duuummmpppp.”Alamakk,macam mana lah aku tak leh nampak kereta yang ada kat depan nieh.” Ngomel Miel. Itulah bahananya tak tumpukan perhatian semasa memandu. Miel menyumpah-nyumpah dirinya kerana sedang memikirkan nasihat dan perbualannya bersama Farah minggu lepas.
Syed Adam Danish membuka pintu kereta Buggati Veyron, kereta kesayangannya.Dia ke belakang dan lihat bumper belakang keretanya kemek.”Hish,kereta aku sikit punya mahal,tak kan langgar sikit pun dah jadi macam nie.Sapa la si ‘bijak’ yang dah langgar nie.Haiz!” Rungut Adam.
Miel keluar dari tempat duduknya dan terus mengatur langkah ke arah lelaki yang berpakaian segak,bermata biru dan yang telah menjadi ‘mangsa’ kecuaiannya.Dia berdoa di dalam hati agar lelaki itu tidak memarahinya.

“Sorry,” Hanya satu patah perkataan yang dapat diucapkan oleh Miel.Sebenarnya dia ingin menerangkan keadaan yang sebenarnya tetapi apabila terpandang akan muka masam mencuka lelaki itu,niatnya terus terbantut.Huh.”Habislah aku kali nie.” Bisik Miel dalam hati.

“Look! What have you done?! Do you know how much this car costs?Around three million bucks !” Terang Adam dengan mimik muka ketidak puas hati sambil menunding jari ke arah keretanya.

“Hek eleh mamat nie,aku dah mintak maaf tu terima ja la.Ada aku tanya kereta kau berapa juta ka,berapa Billion ka?Sibuk ja nak bagitau.” Hati Miel mengomel.

“Hah, kenapa diam?Dah langgar kereta orang buat tak tahu pulak.Tak pun awak terkejut dengar kereta saya semahal tu.Aah, itulah lain kali bawa kereta tu berhati-hati, jangan terhegeh-hegeh.So, sekarang macam mana?” Adam bersuara angkuh.

“Ish, mamat nie, aku diam, dia melampau pulak!” Marah Miel dalam hati.

“Encik, untuk pengetahuan encik, hanya orang gila tidak siuman saja yang mahu langgar kereta orang lain tau.Anyway, I already said sorry.What else do you expect me to say?Can’t you just accept it? And by the way, Encik….” Bicara Miel terhenti di situ.

“Adam.” Adam bersuara,faham apa yang dimaksudkan oleh Miel.

“A’ah.And by the way Encik Adam, for your information, saya boleh ganti berapa pun kerugian yang dialami oleh kereta encik yang MAHAL tu.” Miel meneruskan bicara dan sengaja ditekankan perkataan ‘mahal’ supaya Adam tahu yang dia bukanlah sesengkek mana.

“Eh, perli orang pula.Untuk pengetahuan awak juga, kereta saya ini terlampau mahal sehinggakan tidak ternilai harganya.And I know, orang biasa macam awak nie tak akan mampu untuk bayar kerugian kereta ini,tahu!” Adam membebel dengan nada yang sombong dan bongkak.

“Huh, so, sekarang ini awak nak beritahu saya yang saya tak payah bayarlah semua kerugian awak itu?!” Soal Miel separuh menjerit. Dia sudah hilang sabar terutama sekali apabila ada orang yang berani menghinanya.Tambahan lagi, dengan deruman kuat kereta-kereta, motosikal serta lori yang menambahkan lagi kesakitan di hatinya.

“Okay, Fine!” Miel bersuara lagi lalu meluru ke kereta BMW Sportsnnya. Tetapi sebelum dia terlupa, dia mengeluarkan sekeping kertas dan menulis sesuatu di atasnya dan kembali berjalan ke arah Adam yang mukanya sudah merah padam menahan marah, mungkin, lalu memberikan kertas yang tertera tertulis nama serta nombor telefonnya.Sebenarnya Miel agak khuatir nanti Adam si ‘bongkak’ menfailkan saman di atas kemalangan yang melibatkan kereta MAHALnya itu.

Adam menghempaskan badannya ke atas tilam.Masih terngiang-ngiang suara lantang perempuan yang memarahinya tadi.Sebelumnya, belum pernah dia diperlakukan sebegitu rupa.Hampir-hampir imejnya tercalar hanya kerana perempuan.Nasib masih menyebelahi dirinya kerana teman-temannya tidak berada bersama ketika kemalangan itu terjadi.Jika tidak, mana nak diletak mukanya.Bawah tilam? Bawah katil? Huh. Masakan tidak, Adam dikenali sebagai seorang lelaki yang hebat, berkarisma, mewah, tampan dan dikagumi hampir seluruh warga universiti.
“Berani betul dia marah aku! Apa dia ingat dia tu hebat sangat.Dia belum kenal aku siapa,‘Adam The Great’!” Adam merungut sendirian sambil memuji-muji dirinya.

“Aku akan pastikan perempuan itu sedar siapa aku sebenarnya dan menyesal di atas perbuatan dia. Tapi macam mana? Ish, nie yang susah sikit nie. A’ah….” Adam mematikan kata-katanya sambil tersenyum.
Adam mengeluarkan sekeping kertas yang diberikan oleh perempuan itu sebentar tadi.Di atasnya tertera nama serta nombor telefon perempuan itu.

“Camielia Aleeya.Herm, sedap juga nama, tapi perangai macam ‘hantu’.Tunggulah kau Camielia, aku akan balas perbuatan kau sehingga kau menyesal.”Adam berkata sambil mendail nombor telefon sahabat karibnya, Ezrain.

“Wassup! Apa kes call orang pagi-pagi buta nie.Hoi, hari ni hari rehat aku, kan.Kau dah pun janji tak kan kacau aku.Pa hal?” Bebel Ezrain panjang.

“Awal pagi kau cakap.Eh,kau tau tak sekarang dah pukul berapa?” Giliran Adam berbicara.

“Herm,pukul berapa?” Ezrain mencelah.

“Sedap hati kau tanya aku pukul berapa.Kau ingat aku ni ‘alarm clock’ kau ka apa?Dah pukul dua lebih kau tau tak.Tidur sampai tak ingat dunia.Patutlah girlfriend kau yang keliling ‘leher’ tu lari.” Adam berseloroh sambil ketawa.Sempat juga matanya mengerling kertas yang menjadi tujuan dia menelefon Ezrain.

“Oh,dah Zuhur eh.Hee,maklumlah aku kalau bom Hiroshima meletup sebelah telinga aku pun tak akan dengar punya.Ok,Encik Syed Adam Danish b.Tan Sri Syed Kamal,let’s straight to the point.Kau call aku nie nak apa?Nak minta kebenaran merisik adik aku ka?” Ezrain sudah pun bangun sambil memegang tuala,menuju ke bilik air.

“Banyak lah kau punya merisik.Aku nie tak lah sampai gelojoh sangat sampai nak kahwin adik kau yang umur baru setahun jagung tu.Aku tak boleh cakap dalam telefon,can we meet?”

“Emm,petang karang aku ada kerja,malam boleh la.Jumpa di mana?

“Ok ok,tempat biasalah.Bye.” Adam sudah pun mematikan telefon bimbitnya.Dia kembali melihat kertas yang dipegangnya dari tadi.”Tunggulah kau Camielia,kau akan tahu aku siapa sebentar lagi.” Hati Adam berkata.

==================*******==============

“Heee, mamat ‘bongkak’ tu buat rosak mood aku ja.Yang minah nie pergi mana? Janji pukul 4.30,ntah ntah isya’ nanti baru dia sampai pa!” Miel sudah pun menghentak hentakkan kakinya di lantai sambil merenyuk-renyuk menu di atas meja Restoran Kopitiam yang dilawatinya hampir satu jam.Sudahnya, Miel tersedar yang pelayan di restoran itu sedang melihatnya dengan muka berkerut-kerut.”Huh,mesti dia ingat aku gila. Sah Far tak datang nieh” Ngomel Miel dalam hati.Lambat-lambat dia bangun untuk membayar bil.Dia berjalan ke kereta sambil merungut-rungut tentang rakannya itu.

“Siap kau,Far.Aku jumpa kau kat kolej,aku lenyek-lenyek muka kau.Huh!” Miel sudah pun meluncur laju di atas jalan raya untuk pulang ke rumah.Lagaknya persis di ‘Formula One’ di atas jalan raya.Seperti mahu berlumba dengan semua kereta di situ.Mungkin, dia marah di atas ketidakhadiran Farah atau mungkin kerana si ‘bongkak’ itu.Herm,dia pun tidak pasti.
“Assalamualaikum ma, Nek Minah.Ma,ma.Mana pergi semua orang?Mama, Nek Minah!” Miel memanggil mamanya dan Nek Minah,orang gaji di rumah itu sebaik sahaja dia tiba di rumah banglo dua tingkat itu.

“La,mana pergi semua nie.Nek!” Miel separuh menjerit.

“Hish,apa jerit-jerit nie Miel.Nek ada sini,kat dapur.” Nek Minah melaung dari arah dapur.

“La,napa nek tak sahut masa Miel panggil tadi?” Miel sudah pun muncul di muka pintu dapur.Dia bersandar di tepi pintu dapur sambil tersenyum melihat Nek Minah.

“Nek tak dengar Miel panggil tadi. Nek keluar kejap pergi ambil pucuk rebung kat belakang nak buat ulam.” Nek Minah menjawab pertanyaan Miel.

“Em nek,mama mana nek?Tadi Miel panggil, ma tak sahut pun.” Miel bertanya sambil melucutkan tudungnya,

“Ala, mama kamu tak kan tak tahu,Miel.Ke butik la,ke mana lagi.” Nek Minah menjawab sambil memotong bawang untuk ditumis.

“Oh,bukan mama cuti eh hari ni, nek?” Miel bertanya lagi.Ketika itu,dia sudah pun di depan peti sejuk mengambil minuman untuk menghilangkan dahaga yang dari tadi ditahannya.Terbantut hajatnya untuk memberitahu mamanya yang dia terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan lampu depan keretanya pecah.

“Entah la.Mama kamu cakap ada pelanggan yang buat apa tu,apenmen,openmen?Tak baik mungkir janji katanya.” Nek Minah berkata sambil berkerut-kerut mukanya menerangkan perkataan sebenar.

“Haha.Oppointment la, nek.Emm, nek dah makan? Lapar la.” Meletus ketawa Miel mendengar Nek Minah menyebut perkataan ‘Oppointment’ itu.

“Emm,dah.Tunggu Miel lama sangat nak balik, nek makan dulu.Miel makan dah ka?Sibuk tanya nek nie?Nanti Miel jatuh pengsan,susah nek nak mengangkatnya.Kamu tu bukannya ringan sangat.” Nek Minah menjawab sambil berseloroh.
“Amboi nek, Miel nie ringan ja tau 48 kg je.Ringan pe nek.Emm, nek teman Miel makan eh.Boring la makan sorang sorang.” Miel sudah membuat muka seposennya.

“Dah dah, tak payah buat muka kesian. Ye la, ye la, nek temankan.Ah, pergi bubuh nasi. Tak kan tak larat kot.”

Miel sudah pun tersengih-sengih sambil memegang pinggan untuk menyenduk nasi.Selalunya, Miel akan makan tengah hari bersama keluarganya, tapi memandangkan hari ni waktu makan tengah harinya terlajak akibat kemalangan itu,terpaksalah Miel makan seorang.Lagipun, dia sudah biasa makan bersama orang gajinya, Nek Minah yang sudah dianggap seperti nenek kandungnya sendiri.Tak sampai hati rasanya dia memanggil Nek Minah sebagai ‘orang gaji’ kerana orang tua itu terlalu baik baginya.Nek Minah lah yang telah menjaga Miel dan kakaknya semasa ketiadaan mama dan baba Miel di rumah.

Pagi tu,Miel bergegas bangun untuk ke kelas.Dilihat missed call di handphone sudah sepuluh kali oleh Farah.Pasti temannya orang pertama yang kalut pada pagi itu melihat dia tiada di dalam kelas.”Ish,macam mana lah aku boleh lupa nak pasang alarm nie.” Miel sudahpun mengenakan seluar slack putih bersama blouse hitam berserta tudung.Semalam, selepas solat isya’, ada seorang lelaki yang menghantar mesej mahu berkenalan.Mulanya, Miel tidak mengendahkannya, tetapi lelaki ‘gila’ yang digelar Miel itu terus menganggunya.Lelaki itu mendakwa yang dia mengenali Miel padahal Miel tidak pula mengenali lelaki yang mengelar dirinya, Rain.Terpaksalah Miel melayan mesejnya sehingga awal pagi.

“Hish, ‘hujan’ mana lah yang terhegeh-hegeh hantar mesej semalam, nak berkenalan dengan aku.Sebab dia lah aku bangun lambat.” Miel merungut marah sambil menuruni anak tangga.

“Amboi, macam kilat turun tangga.Marah dekat sapa tu?” Tiba-tiba mama bersuara dari bawah sambil menyediakan sarapan pagi di atas meja.

“Emm, tak de apa lah, mama.Oklah mama, dah lambat nak pergi kelas. Assalamualaikum” Miel sudah pun berlari mengambil kunci kereta dan terus pergi ke garaj kereta .

“Eh, tak mau makan dulu ke? Nie ma dah siap semua nie.Ah,Miel apa kena dengan lampu kereta Miel? Mama tengok pecah teruk.” Tanya mama sambil menuruti langkah Miel ke muka pintu.

“Tak ma, dah lambat. Nanti prof marah.Emm,pasal kereta tu nanti balik Miel cerita eh ma eh.Bye.” Miel menjawab sambil melambai dan mempamerkan tanda ‘flying kiss’ ke mamanya.Keretanya sudah pun meluncur laju keluar rumah.

Mama masuk kembali ke dalam rumah.Seketika kemudian, baba Miel muncul di ruangan makan.

“Apa kena dengan Miel tu? Riuh rendah sekampung?” Baba bertanya sejurus dia mengambil surat khabar untuk dibaca dan duduk di meja makan untuk bersarapan.

“Biasalah, budak tu lambat ke kelas lagi la.Ba tak tengok lampu depan kereta dia pecah teruk?” Tanya mama sambil menyenduk mee goreng ke dalam pinggan untuk diberikan kepada baba.

“Ha, tu la semalam tengok.Ingat nak tanya dekat mama, ma dah tidur, nak tanya Miel, dia ada dalam bilik. Apa kena dengan kereta dia tu?” Baba bertanya kembali sambil menghirup kopi.

“Katanya nanti dia pulang dia nak cerita.Lambat nak ke kelas dia cakap tadi sampai tak sempat.” Mama menjawab.

=================*******=================

Miel membuka pintu bilik kuliah.Ternyata pensyarahnya belum datang.Miel menarik nafas lega.Dari jauh, Miel sudah dapat melihat temannya, Farah seperti cacing di dalam kain, tidak boleh duduk diam.

“Eh, kau ke mana ah?Lambatnya kau sampai.Nasib baik pensyarah tak sampai lagi.Dia tu dah la garang bak ‘singa’.Kalau tak, apa aku nak jawab dengan dia?” Farah bertanya laju dengan suaranya seperti ‘speaker’.Hampir satu kelas mendengarnya.

“Wo,wo.Kau rileks boleh tak.Kalau kau dah terlebih rileks bagi lah aku tarik nafas aku dulu.Nie tak, tanya soalan macam Mami Jarum.” Miel menjawab sambil melabuhkan punggung di atas kerusi yang dianggapnya tidak berapa empuk.

“Hee,hee.Hah,dah habis tarik nafas kan? Dah cukup oksigen kan? Ok, sekarang sila jawab soalan aku.” Farah tersengih sambil mukanya menunjukkan muka minat untuk mendengar penjelasan Miel.

“Before that, apasal kau tak datang kat Kopitiam tu?Kau tau tak aku tunggu kau lima tahun dekat situ.Dah berlubang punggung aku dibuatnya.Dah tu tak call cakap sorry pula tu.Agak-agak lah sikit.At least, telefon la cakap kau tak boleh datang.Hampir-hampir aku dianggap gila oleh pelayan restoran tu sebab duk geram dekat kau.” Miel berleter panjang sambil menonjolkan wajah marahnya.

“Ala, Miel pasal tu.Aku nak minta maaf sangat-sangat.Aku memang nak beritahu yang aku tak dapat pergi sebab mak cik aku accident.Tup.Tup, battery pula dah habis.Dah tu dekat hospital, aku sibuk nak uruskan hal mak cik aku tu sampai lupa dekat kau.Sorry eh.Sorry.” Farah menerangkan keadaan sebenar sambil menunjukkan muka bersalahnya.

“Emm, ye la tu.Nasib baik melibatkan keluarga kau.Kalau kau cakap pasal boyfriend kau, kau tak datang mau aku tembak kau dengan senapang Gorila.Emm, macam nie, aku lambat sebab lupa nak pasang alarm.Malam tu pula ada seorang mamat gila duk kacau aku.Minta nak berkenalan.Dia cakap dia kenal aku padahal aku tak kenal pon dia.” Giliran Miel pula menerangkan keadaan yang sebenar kenapa dia terlewat ke kelas.

“Huish, secret admire kau ke? Hee,hee, kawan aku sorang nie dah ada peminat la.Wei,dengar sini orang orang kam…..

“Hish,kau nie mulut tempayan betui la.Diam la sikit.” Miel sudah pun menutup mulut Farah dengan kedua-dua belah tangannya.Terkebil-kebil mata Farah,tidak sangka Miel akan bertindak begitu.

“Ye la.Ye la.Kau nie, kok ya pun nak tutup mulut aku nie, tak payah la tekan sampai nak luruh gigi aku nie ha.” Farah menempis tangan Miel sambil memegang mulutnya.

“Tak kisah lah.Emm, Far aku ada cerita nak beritahu nie.Pasal benda yang aku nak cerita dekat restoran itu hari tu lah.Tapi janji jangan heboh-hebohkan pula.Tak pasal pasal aku kena jail.” Miel separuh berbisik.

“Hah, apa cita? Kau jangan bagitau aku yang kau bunuh orang pulak? Ntah-ntah kau dah gusti mat ‘bangla’ yang kerja kat KFC yang selalu ngorat kau tu.” Farah bertanya laju sambil membuat wajah selambanya.

“Emm, banyaklah kau punya mat bangla. Kalau aku nak gusti pun, aku nanti gusti kau dulu tahu!” Miel menjegilkan biji matanya sambil menolak kepala Farah.

“Kau tau tak yang sebelum aku jumpa kau tu, aku accident…”

“Kau accident dengan siapa? Tak nampak tanda-tanda kau accident pun? Elok ja kau datang kuliah.” Farah pantas memotong kata-kata Miel.

“Hei, kau sabar sekejap boleh tak? Cuba bawa bertenang.Nie tak, tahu nak menyampuk cakap orang je.Aku accident dengan seorang lelaki.Nama dia Adam.Bawa kereta Buggati Veryon pula tu.After accident tu, dia duk perli yang aku nie sengkek sangat sampai tak dapat bayar kerugian kereta dia lah.Aku apa lagi, naik hantu lah.Aku blah dari tempat tu without paying anything.Then, I gave him my name and number.Kau tahu apa, he was just so annoying!” Miel berbicara panjang.

“Huish,dasyat kau.Macam gangster jalanan lah.Tak sangka aku, kau akan tinggal dia seketul macam itu.Kesian dia.Kejam betul la kau nie.Hensem tak dia?Kalau hensem aku nak mengorat.” Farah bertanya, mengharap.

“Hensem. Hensem sangat.” Miel menjawab.

“Macam atuk kau!” Miel menyambung lagi dengan nada geram.

“Ala kau nie.Serious la sikit.Untung sabut boleh millionaire aku.Dapatlah aku merasa beg Louis Vuitton yang aku hendak sangat tu.” Farah sudah menyelak halaman buku yang sedari tadi dipegangnya sambil tersenyum.

“Nie, kalau kau kebulur sangat mahu beg LV tu, kau pergi pasar malam.Bersepah kau tahu tak.Sepuluh ringgit je.Kau beli lah sejuta pun.Tak pun mari aku bawa kau pergi Thailand.Dekat sana, aku sure nanti belanja kau.Kau pilih aje banyak mana yang kau nak.”

“Hish kau nie, tak mahu aku.Kau pergi lah sana seorang.Silap haribulan, mau ditembaknya aku dek pengganas yang ada dekat Thailand tu.But, if you insist to go, I’ve no choice but to let you and by the way, don’t forget about your promise to treat me the bag.Aku tunggu dekat sini ye? Emm, lagi satu, kau jangan pula lupa buat surat wasiat siap- siap, kot-kot la nanti kau arwah dulu dekat sana.Boleh la lawyer kau kirim beg tu dekat aku nanti,eh?” Farah menekup muka dengan kedua-dua belah tangannya kerana takut untuk melihat apa reaksi Miel.

“Sedap hati berbicara nampak kau ini, tak sayang mulut yang becok itu dah agaknya ye? Aku ke…..

“Good morning, class.” Professor Sazlan sudahpun melangkah masuk ke dalam dewan kuliah, terus menghalang Miel untuk terus berkata-kata.

“Sorry, I’m quite late today. But, no matter what, I’m sure all of you still have in mind about my policy. Rule no. 1, I am always right! Rule no. 2, If I am wrong, you can easily refer rule no. 1.” Pensyarah Fakulti Undang-undang itu bersuara riak sambil mengulangi prinsip hidupnya yang saban hari dapat didengari oleh mahasiswa Universiti Sains Malaysia.

“Dia mula dah, dia mula dah.Ini yang nak buat menanah telinga aku ni.Tak boleh ke satu hari dia tidak ulang ayat yang sama? Kau tahu tak Miel, eardrum aku ini dah nak pecah dengar ayat ‘keramat’ dia tu?” Farah mengomel sambil berbisik ke arah Miel.

“Ssshhh….kau ini, kok ya pun nak kutuk dia, tunggulah sampai dia habis class dulu.Jangan ganggu aku.Kang dia naik angin, kita juga yang susah.” Miel memarahi Farah, juga separuh berbisik.

“Ala, kau ni, kau tahu kan yang aku tak minat law semua ini.Bosan lah Miel”

“Habis tu, yang kau terhegeh-hegeh nak ambil subject ni kenapa?” Miel melihat Farah sambil dahinya berkerut-kerut.

“Aku ikut kau aje.Kan kita ini sehati se…

“It seems like something interesting is going on at the back there.” Suara Professor Sazlan memecah keheningan dewan kuliah sekali gus membuat Miel dan Farah terkulat-kulat.

“Far, ini kau punya pasal lah ni.Tu dia dah tanya, jawablah cepat.” Muka Miel sudah pucat mendengar suara garau pensyarahnya memerli mereka berdua sambil terketa-ketar mencuit Farah.

“Hah, apa aku pula.” Farah terperanjat kerana disergah oleh pensyarahnya serta Miel.Hatinya menyumpah-nyumpah Miel kerana menyuruhnya menjawab persoalan Professor Sazlan.Dia takut! Dia gementar! Farah berdiri perlahan-lahan.

“Err…no professor, we were just discussing on what was you just said.” Terketar-ketar Farah menjawab.

“I see.You gave me a very lame excuse but this time I’ll let go both of you.You are forgiven.But make sure, this time, you and your friend concentrate on what I’m going to say now.You may sit down.” Professor Sazlan bersuara tegas.

Huh! Alhamdullilah.Hampir hampir saja Farah terkencing dia atas lantai dewan kuliah itu.Satu-satunya perkara yang paling ditakuti semasa di dalam kuliah adalah apabila dia dipaksa untuk menjawab soalan ketika dia tidak menumpukan perhatian.Dia kemudiannya kembali duduk di tempatnya.Dilihat Miel sedang tersengih disebelah sambil melihatnya.

“Kau ni memang pintar memberi alasan eh? Hebat lah kau!”

“Banyak kau punya pintar! Kau tak dengar suara aku terketar-ketar nak jawab soalan dia. Yang kau sedap-sedap, enak-enak tengah ber‘honeymoon’ dekat sini.Biar aku seorang aje yang kena.” Sergah Farah.

“Heee…janganlah marah.Dah-dah, kang prof. panggil aku pula kalau dia nampak kita duk bersembang.” Miel kembali melihat notanya.

“Dam! Adam! Kau ini pe hal, termenung memanjang dari tadi.Kata nak ajak minum, ini satu air pun kau tak pesan.Naik kering tekak aku ini kau tahu tak?” Rungut Ezrain sambil menglambaikan tangan kanannya ke muka Adam.

“Kejap lah.Kau ini menganggu konsentrasi aku lah.Aku tengah fikir macam mana nak kenakan perempuan yang langgar kereta aku itu hari.Berani betul dia tinggal aku macam tu je.”

“Yang kau buat dia marah nape? Siap cakap dia tak mampu nak bayar kerugian kereta kau lagi.Kalau akulah jadi perempuan itu,dah aku lempang kau agaknya.” Ezrain berbicara sambil tersengih-sengih.

“Eh, kau ini sebelahkan dia pula! Tengok dari wajah dia pun aku dah tahu yang dia tak mampu tahu nak bayar.Ez, kau tolong lah aku sekejap macam mana nak kenakan dia.” Pinta Adam mengharap.

“Ish, kau ini.Tak bertamadun ke? Ada ke nak buat plan nak kenakan perempuan.Yang kau benci sangat dekat dia pe hal?”

“So now, you want to help me or not ?” Adam sudah hilang sabar.

“Ye la, ye la.Tapi hari tu kau dah suruh aku kacau dia kan? Aku dah sms dia dah pun.Cara dia balas message aku pun aku tahu yang dia tak berminat.”

“Ala, itu kisah lain.Rancangan tu haprak! Sekarang ni aku sendiri yang nak pikat dia.Aku akan buat dia sukakan aku.Aku akan pastikan Camielia Aleeya tergila-gila kan aku.”

===========================

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: