Novel : Ego itu Cinta 1

Nama Pena : Rika

BAB 1

Fikri menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Pening kepalanya memikirkan kata-kata ibunya.Wajah Shahrul dipandang sekilas.Abang angkatnya itu sudah ketawa terbahak-bahak.Ish,mamat ni aku seriuslah..Boleh dia gelak,aku bagi sebijik nanti baru tau..
“Bro,mama tu biar betul?Satu hari,24 jam?Mana nak cari?”Shahrul bersuara selepas tawanya reda.Bukan apa cuak juga dia melihat wajah Fikri yang tegang.
“Wei baru nak tanya ke?Tahu pun kau,aku pun dah rasa macam nak meletup ni tau tak.Mama tu patutnya suruh kau kahwin dulu,sebab kau lagi tua dari aku.”Fikri merungut.Bengang betul hatinya.Yelah,sepatutnya Shahrul naik pelamin dulu barulah dia.
“Hei,hei…Cakap jangan sebarang cakap,kang ada yang masuk ICU kang..Aku umur baru 28,okey?”Shahrul berkata bangga.Macamlah muda sangat,sekali kahwin anak boleh dapat empat,lima orang.
“Eehleh,ada aku kisah ke?Woi,woi..Kalau kau 28,aku baru 26,mana boleh aku kahwin dulu.Ni aku kena debatkan dengan mama ni.”Fikri sudah menggepal-gepal penumbuknya.Dia sudah mahu berdiri untuk menuju ke tingkat bawah,mencari ibunya.
“Kau jangan buka isu Fik,kang aku bagi sebiji kang.”Shahrul sudah mengugut.Fikri ni bukannya betul sangat.
“Tahu cuak.Argh!Ya Allah,dugaan apa ni?”Fikri sudah meraung.Shahrul hanya menggeleng-geleng.Kesian pula dia melihat adik angkatnya itu.

“Ma,biar betul?24 hours?Mama buat lawak apa ni mama?”Fikri mengerutkan dahinya.Shahrul yang sedang asyik makan coklat turut tergamam mendengar kata-kata mamanya.
“Yes,no excuse!Kalau tak,Fik kena kahwin dengan Tania,muktamad!”Datin Amanda berkata tegas.Fikri sudah terduduk,Shahrul sudah terlopong,Datin Amanda hanya tersenyum sinis.
“Ma,mana Fik nak cari dalam tempoh masa 24 jam ni ma?Ni bukan main-main ma,ni soal hidup mati Fik.”Fikri menuturkan kata-kata.Cairlah,mama..Tolonglah cair..
“Mama tak peduli,mama nak esok juga Fik kahwin.”Datin Amanda berlalu meninggalkan anaknya itu meraung sendirian.
“Mama!!”Fikri menjerit.
“Datin?”Suara Mak Som,menyentakkan Datin Amanda.Kelakar pula rasanya apabila mengingati gelagat anaknya pagi tadi.
“Ni air yang Datin minta.”Selepas meletakkan air dan meminta keizinan,Mak Timah terus kembali semula ke dapur dan Datin Amanda kembali mengelamun.Apa agak-agaknya langkah yang akan dibuat Fikri ya?Datin Amanda ketawa sendiri..Fikri,Fikri..

Bab 2
“Woi minah,apahal kau ni lambat sangat?Aku dah tercongok macam batu nisan kat sini satu jam tau tak?”Seorang gadis membebel-bebel pada rakannya.Rakannya itu pula hanya tersengih menayang gigi.
“Sorrylah,Risy!Aku bukan sengaja..Aku nak pilih baju lagi,nak mack-up lagi,nak..”Belum sempat rakannya itu membebel,gadis yang dipanggil Risy itu sudah memotong.
“Whatever!That why I tell you,perempuan ni menyusahkan okey!”Dia sudah bergerak menuju ke dalam pusat membeli belah Midvalley itu.Rakannya dengan pantas terus mengikut jejak langkah gadis itu.
“Kill,kau nak beli apa ni?Kau tahu kan aku malas dan benci gila dengan tempat serabut macam ni?”
“Hello,Dayana Arisya,jangan panggil aku Kill..Nanti orang ingat kau nak bunuh orang pulak.”Arisya membuat muka tidak bersalah.Tangannya disilang ke belakang.Sempoi sungguh gayanya.
“Ah,aku peduli apa.Lecehlah nak panggil,Ira,Kilah,Ilah and whatever..Dan kau jangan ngada-ngada nak panggil aku Dayana Arisya.Kang tak pasal-pasal penumbuk kena kat hidung kang.”Arisya sudah menunjukkan penumbuknya.Akilah hanya tersengih sambil menggeleng-geleng.
“Dah,aku nak pergi makan.Lapar!”Arisya menepuk-nepuk perutnya dan meninggalkan rakannya di belakang.Akilah hanya menggeleng..Hei,Risy,Risy..Cantik,comel tapi perangai kalah pak cik aku..Hei bilalah nak berubah.

“Bro,aku dah pening ni.Macam mana aku nak cari bini dalam masa yang tinggal 18 jam ni bro..”Fikri sudah tidak senang duduk.Shahrul pula tayang muka selamba.
“Aku ada satu idea.Apa kata kau…”Shahrul membisikkan sesuatu apada Fikri.Tergamam Fikri mendengarnya.Biar betul??Dia memandang wajah Shahrul tanda tidak percaya.Shahrul sudah terangguk-angguk.Dia sudah menunjukan jari telunjuknya kea rah kedai emas di sebelahnya.Ternganga Fikri melihatnya.Shahrul ni,boleh pakai jugak..

Arisya yang baru keluar dari Restoran Jepun menepuk-nepuk perutnya sambil bersendawa besar.Ada beberapa mata memandangnya pelik,dan jengkel.Ira yang berada di sebelahnya turut mencuit bahunya.Dia hanya membuat muka tidak bersalah.
“Risy,jom teman aku pergi butik hujung sana tu?Aku nak beli baju barulah.Nak bawak jumpa bakal mak mertua aku minggu depan.”Ira menayang sengih.Arisya hanya mencebik.
“What?Adoiii,minah!Kau tu pilih baju dahlah 20 jam,nak try lagi,nak cari itu,ini..Ah,malaslah aku!”Arisya membuat muka bosan.
“Alah wei,tolonglah aku..Please!!”Ira masih merayu walaupun dia tahu rakannya itu takkan pedulikan rayuannya itu.
“No,no,and no!Fullstop!”Arisya berkata tegas dengan gaya tangan-tangannya sekali.Dia memang cukup pantang dengan tempat macam ni.Tempat yang ramai orang dan yang paling dibencinya apabila diminta menemankan Ira shopping.Menemankan gadis itu membeli belah seolah-olah seperti sudah membunuh separuh dari dirinya.
“Risy…”
“No!…..”Belum sempat Arisya menghabiskan ayatnya tiba-tiba ada yang menyampuk.
“Will you marry me?”Terkaku Arisya mendengarnya.Tercengang dan tergamam.Ira sudah terlopong.Biar betul?

Perlahan-lahan Fikri membuka matanya.Terkejut dia pabila melihat di hadapannya merupakan seorang ‘lelaki’.Tidak!!Ya ALLAH!!Apa aku dah buat ni?Ikut sangat kata Shahrul bengong tu.Dipandangnya Shahrul sekilas,abang angkatnya itu hanya tersengih dan tertawa kecil.Fikri sudah membuat muka bengang.
“What the hell?”Suara ‘lelaki’ itu bergema.Tergamam Fikri dan Shahrul mendengarnya.Kejap,kejap,suara tak besar pun,takkan tak akil baligh lagi kot..Sah,perempuan ni!Tapi kenapa pakai baju macam ni…Fikri membebel sendiri.Ditelitinya setiap pakaian yang diperkenakan pada tubuh di hadapannya itu.T-shirt saiz aku ke?Seluar jeans koyak-koyak?Full cap?Kasut nike koyak-koyak?Apa ni??Argh!!Matanya kini tepat menentang mata orang di hadapannya.Mata itu juga menentang matanya.
“Woi,kau cakap apa tadi ha,bro?”Suara dihadapannya bergema.Kali ni dia yakin itu suara perempuan.
“Er..actually….”Fikri berkata terketar-ketar.Dia mencuit-cuit Shahrul di sebelah.Shahrul hanya menggaru-garukan kepalanya.
“What?Aku pantang betullah!”
“Sebenarnya,saya ada sesuatu nak cakap dengan awak.”Shahrul bersuara.
“Apa dia?Dengan malukan aku tadi.Wait,wait,aku tak kenal korang dan korang tak kenal aku,so chow!”Gadis itu sudah mahu berlalu sebelum Fikri bersuara.
“Eehleh!Kereklah kau minah!Dahlah minah dua musim.”Fikri bersuara lantang.
“Agak-agaklah bro,kau ni memang melampau la kan.”Gadis itu sudah menolak tubuhnya sebelum rakan gadis itu memanggilnya.
“Dayana Arisya,stop it!”Dayana Arisya,sedap nama tu,tapi pemiliknya garang macam hantu.Ira Akillah menjerit.Dia bukan tidak tahu perangai Arisya yang panas baran itu.
“Apasal?Nak gaduh ke?Aku cakap benda yang betul.”Fikri seakan-akan mecabar lagi kesabaran gadis di hadapannya itu.
“Fik,dahlah!Ingat kau gaduh-gaduh ni pun dah potong satu jam tau.”Shahrul menyampuk.Fikri ni bukannya betul sangat nanti tau-tau bergusti kat sini.Fikri menepuk dahi.A’ahlah!Dengan pantas dia menarik tangan Arisya.Terkejut gadis itu dibuatnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: