Novel : Erti Kasih 1

Nama Pena : Nur Kasih

Aku taknak bangun! Janganlah kacau. Ishh, siapa ni suka suki je kacau orang nak tidur. No! no! please jangan pergi lagi, bagi number phone ke, alamat dulu ke. Ahhh, sakitlah jangan main cubit cubit nanti aku terajang kan sebulan makan bubur kena suap kat hospital.

“Mia bangunlah kau kan dah janji nak hantar aku. Please aku dah lewat ni.” Suara siapa yang memang tak merdu ni, tapi macam kenal jer. “Mia dah lewat ni, kau taknak pergi kelas Puan Aini ke?” Hah! Puan aini, I’m coming. Sepantas kilat Mia bangun. “Zana ketawa kuat, wah kalau aku kejut baik baik kau taknak bangun tapi sebut je Puan Aini kesayangan kau tu terus bangun ye”.

Mia yang masih mamai terus memandang tepat ke arah kawannya itu. “Wei, janganlah block, aku dah lewat ni. Tepilah, kan aku tolak makan lantai kau hari ni.” Zana yang duduk atas katil Mia terus bangun. Si Mia ni bukan boleh buat main main, di tolaknya aku alamaknya tak berdatinglah aku hari ni. “Ok, apasal pagi pagi pun dah nak buat dosa ni Mia.” jawab Zana sambil ketawa. “Dosa tak dosa, aku dah lewat ni. Tak pasal pasal aku belajar sebulan kat luar.” Mia terus turun dari katilnya dan mencapai tuala.

“Kau pergilah dulu Zana, kesian kau kena denda kan karang.” Sempat Mia berpesan kepada Zana yang dari tadi asyik menayangkan senyuman yang langsung tak memikat hati. “Takpe kita susah sama sama, kan kita ni best friend.” Lantak kaulah Zana, aku tak paksa pun jauh lagi mintak. Mia terus masuk ke bilik mandi. Pelik pulak aku dengan si Zana ni, tak pernah pernah pun nak tunggu aku kalau aku lewat ke kelas.
Zana yang sabar menunggu berdebar debar nak beritahu hal sebenar kat Mia, nanti tak pasal pasal dapat blusher free kat muka hari ni. Ya Allah moga mood Mia baik hari ni, Amin. “Apasal kau ni tak payahlah nak doa doa Puan Aini masuk kelas lambat, takkan berlaku itu semua” Mia pelik dengan kawannya yang duk menadah tangan ala ala berdoa.

“Mia, Kau bersiap dulu, aku tunggu kau kat kereta.” Cepat cepat Zana bangun. “Apasal nak pergi kelas dengan kereta pulak. Kau ni buang tabiat ke. Kelas kan dekat je Zana oii.” Zana menggaru garu kepalanya, macam mana nak explain ni. Mia ni boleh tahan jugak hot temper dia, silap hari bulan mata bengkak separuh. “Mia, kalau aku cakap kau jangan marah ekk. Aku sebenarnya tak ada niat nak tipu kau.” Terang Zana tergagap gagap. “Kau tipu aku.” Serius je wajah Mia ni, ni aku takut nak cakap ni. “Sebenarnya Mia hari ni tak ada kelas jauh lagi kelas Puan Aini, aku tipu kau je sebab kau liat nak bangun. Aku dah lewat nak pergi jumpa Hakim” Zana berterus terang tanpa seinci pun melihat wajah Mia.

“Eii, kau ni memang nak kena. Apasal kau buat aku macam ni,kan besok aku janji nak hantar kau pergi dating.” Mia menghentak hentak kakinya ke lantai tanda dia tak puas hati. “Hakim cakap dengan aku semalam nak jumpa aku pagi ni, besok dia ada hal.” “Habis tu kenapa kau tak cakap dengan aku awal awal?” “Sorrylah aku lupalah Mia.” “Habis tu dating kau tak lupa pulak sampai pukul 9 pagi kejut orang, tipu pulak tu.” Tempelak Mia.

“Please Mia janganlah marah aku, siapa lagi aku nak mintak tolong kalau bukan dengan kau.” Zana terus menayangkan muka seposennya. ” Ok, lain kali jangan buat lagi. Kalau tak memang dengan Hakim sekali kena.” Ugut Mia. “Ye, ye aku janji.” Zana mengganguk angguk macam burung belatuk yang kena sembelit.

Selesai Mia menghantar Zana, dia terus ke restoran nak mengisi perutnya yang dari tadi duk menyanyi lagu keroncong , ni lagu kesukaan mama. Takpe ni baru tahap lapar yang sikit, aku pusing pusing lah dulu mana tahu jumpa restoran baik punya. Perut aku boleh tahan lagi ni, kalau tak mesti dia dah nyanyi lagu My Chemical Romance, itu memang confirm mama tak suka tapi aku suka giler.

Akhirnya Mia berhenti di restoran yang agak cantik di mata harap harap makannya sedap di perut. Asyik dia makan tiba tiba dia teringat kat Hakim yang di semburnya pagi tadi. Padan muka, sampai putih mukanya yang agak gelap tu. Apa taknya boleh dia marah marah cakap semua ni salah aku sebab hantar Zana lambat. Dia ingat aku ni driver dia ke. Aku apa lagi terus ambil peluang bagi syarahan free, memang sampai tak terjawab dia.

Kurang asam sungguh punya manusia agaknya masa mengandung kat dia semua asam kat Malaysia ni dah habis kut sampai mak dia tak sempat nak bagi nutrient dan pendidikan asam kat dia. Dilenyek lenyek ayam di dalam pinggangnya melepas geramnya kepada si Hakim hitam tu. “Tak baik melepaskan geram pada rezeki nanti rezeki lari tak terkejar pulak.” Eii, siapa pulak ni yang nak jadi ustaz pagi pagi buta ni, dah lah ayat skema giler. Mia terus berpaling nak melihat siapa yang nak jadi mangsa dia selepas Double H merangkak Hakim Hitam.

Macam kenal je makhluk yang duk tersengih sengih kat depan aku ni. Ohh, bukankah dia ni playboy kat kampus aku, apasal pulak tiba tiba alim bagi ceramah agama kat aku ni yang memang lagi alim berbanding dengan dia. Agaknya pagi tadi jatuh katil kut tercabut semua wayar kat kepala dia. Kalau satu dua wayar je yang tercabut memang confirm si mamat ni takkan bagi ceramah agama. “Apasal awak sibuk sibuk kalau rezeki saya lari takdenye saya mintak awak punya rezeki.” Jawab Mia angkuh. “Tak saya cuma nak mengingatkan je, kita kan sesama Islam.” Raqif terus tersenyum menggoda. Ni peluang depan mata takkan nak lepas kut. Cantikknya dia, nampak ayu je ditambah lagi dengan tudung hitam yang dipakainya lagi menampakkan kulitnya yang putih gebu. Tapi mulut pun boleh tahan jugak, nampaknya budi bahasa memang bukan budaya dia.

“Hai, saya Raqif Zafril. Panggil je Raqif.” Raqif menghulurkan tangannya kepada Mia. “Hai Raqif, You buat apa kat sini? Tiba tiba muncul seorang perempuan gedik entah dari planet mana. “Suzy, you pulak buat apa kat sini?” Pertanyaan yang copy paste dan dijawab dengan soalan jugak. Apakah bodoh punye soalan guman Mia dalam hati. Datang sini nak makan la takkan nak beli baju pulak. Tapi baju mak cik cashier tu macam vogue je dari atas sampai bawah merah terus. Fulamak kalau jalan kat red carpet tentu dah confuse ada orang ke tak tengah berjalan, mane taknye sama color dengan red carpet. Agaknya dua makhluk ni datang nak beli baju mak cik ni kut.

“Ni siapa Raqif.” Tanya Suzy sambil memuncungkan mulutnya. Pertanyaan yang terus membuatkan Mia berada di alam yang nyata. “Macam tak puas hati je perempuan ni. Kenapa nak cari gaduh ke, aku dah siap dari segi mental dan fizikal ni. Lagipun perut dah isi hampir penuh, tenaga pun dah banyak. Kalau setakat perempuan pendek ni masa perut aku buat konsert keroncong pun aku boleh bagi yang baik punye. “Takde siapa siapa, mari temankan I makan but you go first, I ada hal nak settle sikit.” Ajak Raqif. Kalau dibiarkan nanti bergaduh pulak si Suzy dengan perempuan yang belum sempat dia berkenalan tadi. Lagipun dia tahu Suzy ni memang kuat cemburu.

Selepas Suzy pergi, Raqif masih lagi berusaha untuk mengenali perempuan di depannya ini. Mamat ni memang tak tahu malu, bisik Mia. “Raqif, jangan biarkan girlfriend awak yang seksi tu tunggu lama lama, nanti kan lari rezeki awak tu. Saya bukan apa cuma nak mengingatkan je, kita kan sesama Islam.” Sindir Mia. Mendengar ayat berbisa dari mulut Mia, Raqif terus berlalu dengan malu teramat sangat. Huh, padan muka. Ada hati nak mengorat aku, boleh jalanlah.

Awal lagi ni nak balik baik pergi shopping dulu. Si Zana biar dia balik sendiri la. Aku dah fed up nak mengambil dan menghantar di pergi berdating. Sebenarnya aku terasa hati ada ke dia cakap kat si double h tu, aku pergi makan dulu baru hantar dia. Sebab tu mengamuk si Hakim tu kat aku. Lagipun bukan lama sangat lewat 15 minit je. Dahlah ganggu aku tidur, tu kira tak apa lagi tapi kenapa ganggu aku masa aku tengah mimpi my Mr Right. Ni yang geram ni dahlah tak dapat nak tengok muka dia puas puas, nak mintak number phone pun tak sempat. Gila apa aku mintak number phone, bukan realiti cuma mimpi je Mia. Mia wakes up from your dream. Kalau sempat mintak pun entah entah tu nombor orang tak betul ke, suami orang ke, ataupun pencacai angkut najis. Memang nazak kalau kena macam tu.

Tapi kenapa wajah Mr Right aku tu macam pernah nampak je. Suspicious sungguh. Takkan si double h tu, bagi berbayar pun aku taknak inikan lagi bagi free. Tapi macam pernah jumpa hari ini. Kat mane ye? Oh, no mamat playboy berlagak ustaz. Bukan dia, mama tolong Mia. Katakan, katakan itu bukan dia. Macam mana dia boleh masuk dalam mimpi aku erkk. Nak kata aku minat kat dia benci adalah. Nak cakap jumpa dia nak sebulan lebih tak jumpa sebab kan baru dua tiga hari aku kat kampus selepas cuti semester. Ok, Mia tenang, jangan gelabah. Itu cuma mimpi dan realitinya aku dan dia NEVER.

Alamak nak terkencing pulak. Ni mesti kes terkejut yang playboy seantero kampus tu datang tanpa berjemput dalam mimpi aku pagi tadi. Pedal minyak ditekan untuk menambahkan kelajuan keretanya. Ni boleh masuk hospital kes batu karang kalau tahan lama lama. Dahlah jalan nak ke kampus ni tak ada stesen minyak. Takkanlah aku nak serbu je rumah orang nak tumpang buang air pulak. Ok Mia, kau mesti boleh tahan punya. Kan kau dah lama praktikkan dalam kelas Puan Aini, ni kacang je mesti sempat sampai kolej punya bisik Mia meniupkan semangat wanita kedalam dirinya. Nasib baik jalan tak sesibuk mana, tak banyak sangat kereta kalau tak memang aku kena jadi tukang cuci tak bertauliah hari ini.

Siapa yang bawak kereta kat depan aku ni? Dah baik baik aku negotiate dengan badan aku bagi aku 10 minit barulah keluarkan toksik ni tapi kereta kat depan ni pulak buat hal. Tak pandai bawak kereta ke, asyik ke kanan ke kiri. Macam mana aku nak potong. Dahlah kereta dia duk betul betul kat tengah line jalan, slow pulak tu. Dia ingat dia ke tolong mamat mamat Bangla kerja buat jalan kat sini sampai ikut suka hati dia nak bawak kereta.

Kalau aku potong ni aku dulu sampai kubur. Ishh, ni tak boleh jadi, memang nak kena ni orang ni. Mia menekan hon berkali kali. Orang ni nak jadi arwah sekarang ke? Tak apa aku bagi kau peluang. Mia menekan pedal minyak kereta dan cuba menghimpit kereta di depannya itu. Akhirnya Mia berseiringan dengan kereta itu dan rupa rupanya mereka tengah buat perkara tak baik. Akibat terkejut dek tindakan drastik Mia, kereta di depannya itu berhenti mendadak di tepi jalan. Kurang ajar punya manusia siang begini pun buat hal dan Mia cukup kenal dengan pemilik kereta dan perempuan di sebelahnya itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: