Novel : From Kelantan With Love 2

Nama Pena : Kencana Merana

Erina membaca sekali lagi nama yang tertera pada sampul surat yang dipegang .

Nik Erina Bt. Nik Mustafa,
Casa Indah, Lot 2241,
Hadapan Sek.Keb. Tiong,
15100, Kota Bharu, Kelantan.

” Kenapa nampak macam sedih jer ni? ” Soal Nik Faridah tiba-tiba. Memandang Erina yang agak senyap pada pagi itu. Pagi Khamis , Nik Faridah dan Nik Mustafa sengaja mengambil cuti rehat untuk menghantar Erina ke Perak.

” Tak lah Ma. Rin rasa sayu pula nak tinggalkan mama dan papa kat rumah. Tentu rasa sunyi kan .”

” Kami dah biasa Rin. Masa Rin dan Fazli keluar belajar dulu, macam ni lah kami. Berdua jer. Kalau bosan tu, ajak Mak Su dan anak saudara papa dari Langgar dan Bunut Payung tu datang . ” Nik Faridah berujar tenang.

Dia dapat merasakan suatu hari nanti detik ini pasti tiba. Lambat-laun anak gadis itu akan dibawa pergi juga oleh bakal suaminya kelak.

” Rin. Dah siap semua kan.Kita bertolak sekarang.” Nik Mustafa mencelah perbualan dua beranak itu.

“ Kan Rin juga kata. Perak – Kelantan kan tak jauh. Dah lah. Tak elok bersedih. Mari. ” Giliran Nik Faridah memujuk perasaan hiba anak gadis itu.

” Rin ! Rin ! Ni baru nak pergi kerja. Bukan nak pergi rumah mentua! ” Nik Mustafa mengusik diikuti gelak tawa bersahaja. Nik Faridah hanya tersenyum . Erina juga menggamit senyuman ringkas.

Kereta Honda CRV Nik Mustafa meninggalkan perkarangan banglo Casa Indah. Meninggalkan S.K Tiong sehingga ke Batu 4 . Perjalanan dirasakan sekejap sahaja. Mereka tidak banyak bercerita . Nik Mustafa lebih suka memusatkan perhatian pada pemanduan. Sekali-sekala kedengaran Nik Faridah dan Erina berbual-bual. Sesekali Nik Mustafa menyampuk dengan iringan gelak ketawa.

” Rin ! Jom turun minum dulu. ” Nik Faridah mengejutkan Erina yang terlena.

” Kat Puncak Titiwangsa ni. Papa nak masuk tandas dulu. Pesan lah minuman panas. ” Ujar Nik Mustafa dan menapak pergi.

” Dah bagi tau Najiha nak datang ni kan”. Nik Faridah bersuara selepas minuman diletakkan atas meja batu.

” Dah Ma. Najiha dengan mak saudara dia dah siap cari rumah sewa . “

“ Senang lah kalau dah tahu sekolah mana nak pergi. Rumah sewa dekat. Mama tak adalah risau sangat nanti.” Tambah Nik Faridah lagi.

Erina membawa cawan Teh O panas ke mulut. Menyisip penuh perasaan lantaran cuaca sejuk dan dingin di kawasan puncak tersebut mencengkam kulit. Fikirannya menerawang . Teringat kata-kata Nik Mustafa tempoh hari.

“ Rin ! .” Bibir Nik Mustafa membuahkan senyuman .

” Papa! ” Erina sudah pun memeluk Nik Mustafa.

” Thanks Pa! Thanks Ma! ” Seru anak gadis itu lagi. Bersama senyuman kegembiraan.

“ Teringat kat siapa ni ?” Teguran Nik Mustafa mengejutkan lamunan Erina. Gadis itu hanya tersenyum manja.

” Dah siap minum? Jom ” Giliran Erina bersuara.

” Tak sabar-sabar nampak” Nik Faridah menggiat lagi. Baru anak gadis itu nampak ceria selepas menerima mesej daripada Najiha teman rapat di UPM dulu.

Kereta bergerak laju. Perjalanan kemudiannya melintasi kawsan Tasik Banding . Hampir 4 jam dalam perjalanan, mereka menjejaki Pekan Gerik. Dari situ, bertemu dengan Najiha dan mak saudaranya di hadapan Petronas Gerik.

Akhirnya mereka sampai di Taman Intan. Rumah Sewa yang dicarikan oleh Najiha.

“ Apa khabar Auntie ! Uncle ! “ Najiha menyapa mesra. Bersalaman dengan keluarga Erina yang telah dikenali sebelum ini.

” Ni lah mak saudara Jiha . Mak Su Ida. ” Kata Najiha memperkenalkan kepada ibu bapa Erina. Mak Su Ida menurutnya kerja di PPD Hulu Perak. Dia yang banyak membantu urusan permohonan GSTT dulu.

Mak Su Ida bersalaman dengan keluarga Erina.

” Jangan risau lah auntie, uncle, budak-budak ni, biar saya tolong tengok- tengokkan. Bukan jauh pun Kelantan-Gerik ni. Tiap-tiap minggu boleh balik kan. Kalau rindu kat Rin , datang jer sini selalu.” Kata Mak Su Ida ramah.

” Petang ni kami bertolak balik. ” Kata Nik Mustafa mewakili dia dan isterinya. Sepetang mereka berkemas.

” Terima kasih Ma , Papa. ” Erina berujar sebelum mereka berpisah.

” Jaga diri baik-baik .” Nik Mustafa bersuara.

Erina memeluk Nik Faridah dan Nik Mustafa bergilir-gilir. Kemudian menyalami tangan orang tua nya. Sekali lagi Honda CRV itu bergerak meninggalkan perumahan Taman Intan. Erina melambai-lambai tangan sehingga kereta hilang dari pandangan.

” Jom masuk. Tak payah sedih-sedih ya tuan puteri. Macam tak biasa pulak. Kan dulu, kau yang nak sangat bebas dari mak bapa kan!” Najiha mengusik Erina yang nampak resah sahaja.

” Biasalah tu. Lama-lama nanti Mak Su takut Rin tak nak tinggal Gerik pulak. Kat sini orang baik-baik . Jangan risau. Esok kita pergi lawat sekolah ya.

Kunjungan kali ini bukan yang pertama buat Erina. Dia pernah menjejaki Pekan Gerik tahun lepas bersama Najiha. Bezanya waktu itu dia tidak terikat dengan mana-mana pihak. Datangnya Cuma bercuti di Ipoh , rumah Najiha dan melawat Mak Su Ida di Gerik .

Hari Isnin. Hari pertama Erina dan Najiha menjejakkan kaki dan lapor diri di Sekolah Menengah Sultan Idris Shah II, Gerik. Mereka dibawa masuk ke bilik pengetua sekolah. Mereka berdua hanya duduk di bilik guru sebelum diberikan apa-apa tugasan mengajar.

” Cikgu baru pindah ker ? ” Seorang guru yang memakai tanda nama Rozaini menegur mereka dengan mesra . Mereka bersalaman.

” GSTT. Saya Erina , panggil Rin. Saya Najiha. Panggil Jiha jer.” Kata Erina mendahului Najiha .

” Opsyen aper ? “

” Pengajian Melayu “. Tambah Erina.

” Cikgu dari mana?” Najiha pula bertanya.

“ Panggil Kak Ros. Akak dari Penang.” Tambah cikgu wanita berumur lingkungan 30 –an itu lagi. Orangnya manis dan lemah-lembut berbahasa.

” Kat mana ada jual air mineral? “ Erina bersuara tiba-tiba.

“ Koperasi ada. Turun tangga. Kat bawah.” Kak Ros memberitahu.

” Nak gi sorang ker?” Najiha bertanya.

Erina angguk dan menapak pergi.

” Pak cik !! Nak air mineral satu ! Berapa sebotol?” Erina bersuara kea rah seorang lelaki yang sedang sibuk melayan tiga orang pelajar yang membeli buku.

“ Yang kecil ker besar?” Tanya lelaki itu. Kemudian tersenyum memandang Erina yang bertudung dan berbaju kurung biru cerah. Nampak macam baru habis belajar walaupun gadis itu sudah mencecah umur 26 tahun. Raut muka yang bersih, dan berkulit cerah.

” Kecil.”

” Cikgu baru ker?” tanya lelaki itu lagi.

” Hurmm. Saya guru sandaran . Pak Cik ada jual makanan tak kat sini? “

” Dari mana cikgu? Bila sampai?” Pak Cik koperasi pulak banyak tanya.

” Pak Cik nak jual air ker nak jual ’minyak’ ni?,” Erina menggiat sambil menghadiahkan senyuman pendek. Terlepas ketawa PakCik koperasi dengan sindiran nakal Erina.

” Saya gurau jer ! Roti ada.” Katanya lagi.

Lelaki berkulit sedikit cerah dan tinggi itu tersenyum. Barang dan duit bertukar tangan. Boleh tahan jugak Pak Cik koperasi ni. Fikir Erina sendiri. Panggil abang pun boleh lagi ni .

Erina memusingkan badan selepas mengucapkan terima kasih . Belum tiga langkah dia menapak. Badannya terdorong ke hadapan kerana ditolak dari belakang. Serta –merta buku-buku latihan yang dipegang oleh Cikgu Nazarul jatuh ke lantai.

” Saya minta maaf cikgu! Saya minta maaf .! “ Erina bersuara kaget dan cemas kerana terlanggar seorang guru muda kat sekolah tu. Orangnya nampak segak dan tegap. Tangan Erina menggeletar ketika hendak memberikan buku yang dikutip.

” Cikgu baru ker?” Soal guru yang memakai tanda nama Nazarul . Wajahnya serius sahaja.

” Guru Sandaran . Baru lapor diri hari ni. “

” Patut lah . Kelam kabut semacam jer ! “ Giat Cikgu Nazarul bersahaja . Namun, tak bermaksud untuk menyindir.

Erina rasa cuak tiba-tiba. Cikgu ni, nak menyindir ker nak aper! Kalau ya pun, tak kan tak boleh senyum sikit . Kedekut sangat ! Erina naik ke tingkat atas selepas guru muda yang kelihatan kurang mesra itu berlalu.

” Lama nyer kau pergi? Beli air ker buat air ni?” Usul Najiha.

” Aku kena ’ushar’ dengan Abang Pak Cik koperasi lah.”

“Abang Pak Cik.?? Abang ker Pak Cik yang jaga kat koperasi tu?”

” Ntah … macam Pak Cik tapi dua kali pandang macam abang pulak”

“ Nik Erina. Tak sampai sehari kita kat sekolah ni, kau dah tak betul dah? Tak boleh beza abang dengan pak cik pulak?” Najiha berujar lagi.

” Aku tahu lah Jiha. ’konpius’ sikit lah .Lupa kan jer la. Tapi kan, tadi aku ’eksiden’ dengan Cikgu lelaki nama Nazarul. Garang lah . Siap perli aku lagi.” Erina berceriat lanjut. Najiha hanya tersenyum. Macam-macam lah!

” Cikgu berdua ker yang baru lapor diri pagi tadi? Penolong Kanan panggil kat bilik dia sekarang.” Kata seorang kerani yang datang memanggil kami.

” Ya kak. Kami lah.” Najiha menjawab bagi pihak mereka. Erina Cuma memberikan senyuman sambil mengangguk tanda hormat.

” Ikut akak sekarang lah.”

Mereka masuk ke bilik Penolong Kanan Pentadbiran , nama Tn. Hj. Ahmad Hanafi bin Ibrahim tertulis pada pintu bilik.

” Duduk Erina, Najiha.” Beritahu lelaki yang membiasakan diri dengan panggilan Cikgu Hanafi itu.

“Terima kasih ” Erina mendahului dia dan Najiha.

” Kenal kan . Ni Guru Kanan Bahasa. Cikgu Mohd. Razlan Ismail. ” Seru Cikgu Hanafi lanjut.

Erina dan Najiha berpaling serentak.

” Cikgu ??? “

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: