Novel : Hani Oh Hani 5

Nama Pena : sang_arjuna

Chapter 9

Talam berisi pengat pisang dan dua mangkuk dan sudu di tatangnya berhati hati. Nadia mengangkat teko berisi teh O. Hani menala pandang sekitar kawasan homestay itu. Cantik! Kehijauan yang merimbun di selang seli dengan kolam kecil dan pancutan air. Nun jauh di belakang ternampak batas untuk sayur sayuran. Mentari yang agak redup dan semilir petang nyaman sekali.

” Mana satu chalet Mr Hughes?” tanya Hani.

” Tu… yang tepi kolam. ” Nadia menjuihkan mulutnya pada chalet yang paling dekat. ” Dua saja chalet yang ada orang sekarang.Chalet yang belakang pokok rambutan tu pun ada orang duduk.”

“Kenapa Acik Mah tak hantar makanan kat dia orang?” soal Hani, pelik.

” Alaa… abang Nadia yang duduk situ. Pandai pandailah dia cari makan sendiri. Kalau lapar, dia pergilah ke dapur. Selalunya dia makan kat luar”

” Oh. Abang Nadia pun sewa chalet di sini? Kenapa? Dia bercuti kah?”

” Taklah. Dia saja lepak kat sini. Dia ada ijazah Masters tapi tak nak kerja.”

Pelik juga bunyi abang Nadia ini. Tapi tak berani aku nak komen lebih lebih, dia anak tuan punya rumah.

Sampai ke chalet pasangan Hughes, seorang wanita matsalih memakai T shirt dan berseluar pendek sedang mengambil angin di beranda. Si suami sedang memotret gambar pohon pohon hijau di sekeliling dengan kamera Canonnya. Pasangan dalam linkungan 50 an yang berasal dari Kansas, Amerika Syarikat sangat ramah. Macam macam cerita mereka. Si suami, Frank bekas jurutera yang pernah bertugas di Indonesia. Isterinya, Sarah pula pernah ke Sabah mendaki Gunung Kinabalu lebih 30 tahun dahulu. Dahsyat betul orang Amerika ni. Aku pun tak pernah sampai ke Sabah walaupun aku orang Malaysia, detik hati Hani.

“This is delicious. What is this called? How do you make it? ” tanya Sarah sambil menyuap pengat pisang

” Its called Pengat Pisang. Its made with brown sugar, coconut milk, and sago, and of course banana” balas Hani dengan fasih. Dia menceritakan sedikit cara cara memasak. Taram sajalah labu. Macamlah aku ni pandai sangat. Tapi kalau tak menjadi pun mereka dah balik US, bukan boleh cari aku lagi… he! he!

Perbualan mereka di ganggu ringtone telefon bimbit Nadia. Suara Jason Miraz melagukan I\’m Yours. Muka Nadia berkerut melihat nombor abangnya. Apa yang abang nak? Kenapa nak bertelefon pula? Tak sampai 50 ela pun jarak mereka.

“Siapa budak perempuan dengan Yaya tu?” Nazrin menyoal. Tak ada mukadimah.

” Kenapa abang nak tahu? Mana abang nampak dia? Abang tengah mengintai kami ya. Gatalnya abang ni” Nadia memperlahankan suaranya dan bergenjak sedikit agar tidak didengar Hani.

” Banyak tanya pula. Siapa dia?”

” Anak saudara Auntie Rosmah. Abang tangkap syok kat dia ke?”

Nazrin menarik nafas. Adik aku ni nak kena sebiji. ” Siapa nama dia? Dia masih belajar atau dah kerja? Dia datang sini berapa lama?”

” Kenapa abang sibuk? Macam reporter pula. Kalau nak tahu tanyalah dia sendiri. ” Suara Nadia meninggi. Tett…. butang merah henfon di tekan. Nazrin merengus kasar di hujung talian. Tak guna punya adik! Dia menyelak langsir tingkap. Dari jauh dia nampak adiknya menjelir lidah. Hantu punya budak! Anak saudara Auntie Rosmah sedang ketawa mendengar cerita Frank dan Sarah. Alamak! Dia lah perempuan garang yang maki aku masa terkena air lopak haritu. Tapi mukanya macam ….. Tidak! Nazrin cepat cepat menghalau kenangan pahit.
………………………………………………………….

Chapter 10

Sudah dua hari Hani berada di Rumah Tok Ali. Seronok ada, penat pun ada. Masanya banyak di habiskan dengan membantu Acik Mah memasak dan mengemas. Kebetulan salah seorang pekerja, Kak Salmi demam jadi Hani mengambil alih tugasnya. Semalam dia dan Nadia sempat menemani Frank dan Sarah ke kolam air panas. Enjoyss habis! Tiga hari lagi pasangan itu akan menamatkan percutian mereka. Hani di ajak menemani mereka membeli belah di KL sebelum pulang ke US. Yeay… boleh ronda ronda jamu mata. Dia tersenyum sendirian sambil mengelap perabot di ruang tamu.

” Ini family Nadia?” Hani membelek gambar 8″ x10″ yang di letak di sudut kabinet TV . Puan Nuraishah dan suami mempunyai empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Gambar di ambil masa Hari Raya agaknya, mereka berbaju kurung dan berbaju Melayu warna ungu cair. Cantik dan segak semuanya. Bahagia nya keluarga mereka , masing masing tersenyum lebar.

” Aah. Gambar tu dah lama. Masa itu Nadia baru 10 tahun” Nadia menjenguk dari belakang. Tawa kecil terlepas ” Kelakar lah muka Nadia masa tu. Itulah kali terakhir keluarga kami beraya bersama. Lepas tu Kak Tasha kahwin dan pindah ke New Zealand ikut suaminya. Kalau dia balik bercuti pun bukannya waktu Raya “

Nak tanya pasal abang abangnya malu pula. Nanti Nadia salah faham, ingat aku berkenan. Tapi ada seorang yang mukanya iras pelakon kegemaran aku, Farid Kamil. Dia kah yang ” bertapa ” di chalet sebelah pokok rambutan itu? Sehingga hari ini, tak pernah pun aku bersua muka dengannya. Hish… tak sedar diri betul aku ni. Itu anak boss merangkap tuan punya Rumah Tok Ali. Jangan jadi macam orang gaji yang berangan nak mengorat anak tuan besar. Bingkai gambar di letak ke tempat asalnya dan Hani terus menyambung kerja mengelap meja.

” Kak Hani ada abang kan? Abang Kak Hani tinggal di mana?” Nadia menyoal. Tangannya mengupas buah rambutan yang baru di kait dari pokok belakang rumah. Matanya tertancap pada DVD Gossip Girl di TV.

” Dia kerja di KL tapi company dia hantar dia ke Qatar. Bulan April nanti baru balik” jawab Hani sambil menghitung dalam hati. Sudah hampir sebulan Along dan Kak Ina di sana. Ada juga sekali sekala mereka menghantar email. Kak Ina pun dah buka Facebook. Dapatlah juga tengok gambar mereka di bumi yang kaya dengan minyak.

” Oh, sebab itu Kak Hani tinggal sini, ya? Auntie Rosmah cakap, parents Kak Hani dah meninggal. Kesian akak. Akak jadi anak angkat mak Nadia nak? Sejak Kak Tasha kahwin Nadia rasa sunyi lah. Mama dengan Papa selalu sibuk.” Walaupun baru beberapa hari berkenalan, Nadia sudah mula rapat dengan Hani. Sementelahan Hani tidak mempunyai adik perempuan, seronok dia melayan si Nadia. Ada ” chemistry” di antara mereka. Walaupun Hani jauh lebih tua tapi citarasa muzik, filem dan artis mereka ada persamaan. Aku ni kan remaja lestari, kawan kawan sebaya dah jatuh cinta dengan lelaki di alam nyata tapi aku masih “bercinta” dengan artis popular dalam dan luar negeri yang tak pernah aku jumpa. Hani tersengih sendirian.

” Abang abang Nadia kan ada? Kenapa nak rasa sunyi pula?”

Soalan Hani di jawab dengan cebikkan. ” Abang Ajin tu dah 27 tahun, Dia malas nak layan budak macam Nadia. Abang Mi di UK, masih belajar”

” Jadi Nadia anak manja lah. Mesti macam tuan puteri di rumah. Semua Nadia minta mesti dapat.” usik Hani.

” Eee… tak adalah. Kalau tuan puteri, takkanlah Mama dengan Papa tinggal Nadia di sini” dengusnya sambil jarinya sibuk berSMS dengan telefon N90. Itulah hobinya, berSMS, bergayut, berchating. Gadis remaja urban lah , katakan.

Puan Nuraishah menghadiri seminar perniagaan di Langkawi selama seminggu. Suaminya Haji Ariff pula ke luar negara untuk urusan perniagaan. Terpaksalah Nadia di tinggalkan di Rumah Tok Ali kerana tak ada sesiapa di rumah mereka di KL.

Selesai tugas mengelap, Hani menyapu lantai ruang makan. Ruang makan di biar kosong, cuma di alas tikar mengkuang. Tetamu lebih suka makan sambil duduk bersila. Barulah betul betul menjiwai suasana kampung, kata mereka. Ada sesetengah yang minta kain pelikat dan T shirt pagoda untuk di pakai waktu makan, cerita Acik Mah.

” Best apa , tinggal kat sini. Boleh mandi sungai, makan buah buahan. ” kata Hani.

” Tahulah. Tapi I miss my friends. Cuti ni mesti dia orang hang out kat Hartamas Square, 1 Utama, Curve.”

Sambil tersengih sumbing dia bercerita tentang kawan sekolah yang di minati nya dalam diam. Cinta monyet lah tu. Patutlah tak senang duduk , takut jejaka idaman di rebut orang. Hai…. kecil kecil dah pandai. Aku yang tua ni pun tak reti bercinta, keluh Hani

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: