Novel : I’m Sorry 1

Nama Pena : zanazul

PENJARA DI PAHANG

“Urm..kalau aku tanya something,kau jangan marah ya.”
“Ok.Kau nak tanya apa?”Vina hampir tergelak tatkala wajah temannya itu mula berubah.Menjadi makin tegang.
“Kenapa kau boleh masuk sini,ha?Secara jujurnya,aku tengok kau nie..baik orangnya.”
“Baik?Ye ke,Zana?”Vina tersenyum nakal dan cuba untuk mengalih topik perbualan mereka berdua.
“Vina,ceritalah.Aku nak tau kisah kau.”
Vina terdiam.”Panjang kisahnya.”
“Aku dengar,”ucap Zana bersungguh-sungguh.
“Ok.Tapi kalau kau tertidur..siap!”

5 BULAN SEBELUM ITU
DI SALAH SEBUAH UNIVERSITI DI KUALA LUMPUR,

“Vina!”
Langkah Vina terhenti.Dia menoleh dan hanya lelaki itu sahaja yang kelihatan.
“Syazrul.Kenapa?”
“Nak pergi mana?”Syazrul mendekatinya.
“Library.”
“Alone?Want me to accompany?”
Vina pantas menggeleng.”Nevermind…thank you.Urm…i need to go now.”
“Wait.Can u help me?”
Vina sekadar mengangguk.
“This.Can u return this back?”minta Syazrul sambil menghulurkan sebuah buku yang agak tebal kepada Vina.
“Tebal nie.Tak menyusahkan ke?”soalnya lembut.
“Tak apa.”Vina menyambutnya dan segera beredar dari situ.Meninggalkan lelaki itu sendirian.

DI KAUNTER PERPUSTAKAAN,

“Sejak bila kau minat baca buku english nie?”soal Suha sebaik sahaja Vina menyerahkannya kepada penjaga kaunter itu.
“Syazrul yang baca.Dia minta tolong hantarkan.”
“Oh..senior kita yang handsome plus pandai tu?”Suha tersenyum nakal.”Aku rasa dia tu..”
“Suka kat aku?Impossible,”ucap Vina penuh yakin.
“Kenapa pula?Bukan aku sorang aje,member lain pun dah perasan tau.”
Vina hanya mendiamkan diri.
“Kau tak perasan ke?Dia tu selalu perhatikan kau.Bila kau senyum aje,dia dah menggelabah,”sambung Suha.Secara jujurnya,dia amat suka jika Vina dan Syazrul digandingkan bersama.Mereka berdua memang padan.
Belum sempat mereka melangkah pergi,
“Awak tertinggal kertas nie!”jerit penjaga kaunter itu sambil berlari kecil menghampiri mereka berdua.
“Kertas memo?”
Suha membeleknya.Kemudian dia tersenyum.
“Kau dengar betul-betul ya.Vina,do u free on this weekend?I need to meet you.Its fine if u bring Nasuha along. Miss you, Syazrul.”
Terkejut Vina dibuatnya.Wajahnya mula merah padam.
“Kan aku dah kata..dia memang rindu kat kau,”usik Suha.”So,kau nak pergi tak?”
“Suha,kau kan tau..aku tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki selama nie.Aku tak biasa,”Vina menjawab perlahan.
“Ish..kau nie.Nie lah masanya untuk kau dapatkan pengalaman tu.Aku tak kira,kau kena pergi juga!”tegas Suha.Dia dapat merasakan saat bahagia untuk mereka berdua sudah tiba.

SABTU PAGI

“Maaflah,saya tak boleh pergi.”
Syazrul tersenyum pahit.”Its okey.Urm..awak nampak penat.Busy sangat ke?”
“Sebenarnya tak busy pun.Cuma..Madam Shanim panggil saya tadi,”jawab Vina perlahan.Dia berasa amat janggal apabila berdua-duaan dengan lelaki itu.
“So awak kena pergi office dia la nie?”
“Ya.Urm..macammana interview awak dengan dia hari tu?Lulus?”
“Entahlah.Tapi berkemungkinan besar…lulus.”Syazrul tersenyum puas.Vina pula menarik nafas lega.
“Baguslah.Urm..kalau tak ada apa-apa,saya pergi dulu ya,”minta Vina dengan nada suaranya yang agak perlahan.Syazrul sekadar mengangguk.

SUATU PETANG
DI KAWASAN LAPANG

“Korang macammana nanti?”soal Suha secara tiba-tiba.”Dah mohon kerja ke belum?”soalnya lagi.
“Dah memang dah.Tapi..tak taulah.”jawab Kak Netty,salah seorang senior yang rapat dengannya.
“Kau ok,Netty.Better daripada aku.Pointer aku yang lepas tak sampai 3.5 tau…kalau kau tak dapat job tu,aku lagilah.”ucap Dany selamba.Wajahnya yang ‘blur’ kadangkala melucukan.
“Ish..kau nie.Nie bergantung pada rezeki juga tau.Alaa..mana tau last exam kau nie lagi higher daripada aku.Daripada Syazrul ke…kita mana tau,”balas Kak Netty sambil menjeling pada Syazrul.
Tergelak Dani mendengarnya.”Kau perli aku ya?Janganlah kau bandingkan aku dengan student top 5 tu..”
Syazrul sekadar tersenyum.”Aku takkan dapat job tu.”
“Kenapa pula?”
“Sebab..borang tu aku tak hantar.Mula-mula hilang.Tapi bila dah habis date..baru terjumpa,”jawabnya tenang sambil memandang ke langit dengan pandangan yang kosong.
Masing-masing terdiam.”Kau nie…susah payah aje kau interview selama nie.Aargh..rugi tau tak!”marah Kak Netty.Dia mula bangun dari tempat duduknya.
“Ok,guys.Aku banyak kerja lagi nie.Dani,Suha,Vina..jom balik.Biarkan mamat nie sorang-sorang.”

MALAM ITU

“Awak panggil saya?”soal Syazrul keriangan apabila berhadapan dengan Vina di perpustakaan.
“Sebenarnya..saya nak ke office nie.”
“Urm..jadi?”
“Awak boleh bagi borang tu..dan saya boleh hantarkannya terus.”
Syazrul terdiam.”Saya tak sure boleh hantar lagi ke tak..”
“Mungkin.Awak kan top student..mesti Madam Shanim boleh pertimbangkannya.”

DI PEJABAT

“Shavina!Awak buat apa tu?”sergah Anita.Yang juga salah seorang top student di kolej itu.
“Kak Nita rupanya.Urm..saya cuma hantarkan borang Syazrul nie aje.Dia terlupa nak hantar,”jawab Vina dengan penuh sopan.
Tanpa diduga,Anita menamparnya.Vina tersentak.
“K..Kak Nita nie kenapa?”soal Vina sambil mengusap-usap pipinya yang merah.Kedua-dua matanya sudah berair.
“Engkau tu yang kenapa!Pejabat nie dilarang masuk,tau tak!Lagipun tempoh hantar borang nie dah tamat!Kau dah langgar peraturan!Aku report kat Madam nanti!”tengkingnya.Wajahnya merah padam menahan amarah.
Dan secara kebetulan,Madam Shanim muncul dan hairan melihat mereka berdua.”Whats going on here?”
“Madam,student nie dah ceroboh pejabat nie.And dia try nak ubah data-data pasal permohonan job tu!”ucap Anita bersungguh-sungguh.
Vina tergamam.”Ubah data?Tak,Madam! Saya cuma nak hantar borang nie aje!”
Madam Shanim terdiam.”Vina,tak ada sebab awak nak hantar borang tu.Tak kan awak tak tau..date hantar dah tamat.”
“Madam,nie dah langgar peraturan!”desak Anita.
“Awak diam,Nita!Kesalahannya tak besar..yang awak perbesarkannya kenapa?”marah Madam Shanim.
“Kesalahannya memang tak besar,Madam.Tapi still tercatat dalam buku peraturan.Madam sendiri pernah kata,student yang berbuat salah walaupun kecil kesalahannya tetap perlu dihukum..supaya ianya dijadikan ikhtibar bagi student yang lain.Madam dah lupa?”balasnya sinis.
“Madam…”Vina mula meminta simpati.Dia sesekali tidak menyangka akan berlakunya masalah ini.
“Vina,saya percayakan awak.Tapi..betullah apa yang dicakapkan Nita tu.Walaupun awak tak berniat..ianya tetap satu kesalahan.”
“Saya cuma nak tolong dia,Madam.”Vina masih tidak berputus asa.Dia memang tidak bersalah.Langsung.
“Dia?”

ESOK PAGI
DI PEJABAT

“Kenapa Madam panggil saya?”soal Syazrul kehairanan.Bukan dia sahaja yang dipanggil,Vina juga.
“Well…awak tak tau ke pasal peristiwa malam tadi,Syazrul?”Madam Shanim membetulkan posisi sambil merenung wajahnya.
“Maaf,Madam.Saya tak tau.”
“Vina kena hukum..sebab dia nak tolong awak.Mungkin bagi awak ianya tak serius..tapi kami,pihak pentadbiran kolej nie memang memandang berat akan hal nie.Awak tak boleh suruh dia hantar borang tu,sedangkan awak dah tau datenya dah tamat!”
Syazrul terdiam.Apabila dia memandang Vina,gadis itu hanya mampu tertunduk.
“Madam..salah saya.Dia tak suruh pun..saya yang minta,”ucap Vina perlahan.
“Tapi kenapa Syazrul still bagi awak?Padahal dia dah tau..”Madam Shanim menurunkan nada suaranya.Memang tak dapat dinafikan bahawa Vina merupakan antara student kesayangannya.”Saya tanya canselor semalam..dia cuma diam.Dia suruh saya rujuk buku peraturan.Dan awak nak tau apa hukumannya..?”
“Penjara 6 bulan ataupun denda RM4000,”sambungnya.Masing-masing terkejut.
“Madam..kenapa sampai macam tu sekali?Tak berasas..”Vina sudah mengalirkan air matanya.Syazrul hanya mampu memandangnya.
“Saya pun fikir macam tu.Tapi..nie memang kesalahan yang serius..bilik itu bukan sekadar pejabat.Bilik itulah pusat menyimpan maklumat-maklumat students.Hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk.Urm..kalau diikutkan,saya boleh maafkan kesalahan awak.Tapi…awak tau kan,ayah Anita tu berpangkat besar dan ada kaitan dengan pihak atasan..jadi..terpaksalah awak menerimanya.Saya tak boleh bantu..melainkan mengurangkan hukuman awak tu.”
“Madam,tiada cara lain ke?”Syazrul mula bersuara.
“Awak dikecualikan..tapi mungkin rekod awak akan terjejas.”
Syazrul tergamam.”Madam,tak bolehlah macam nie.Nie sem akhir saya..dah beberapa tahun saya kekalkan prestasi saya!Rekod saya tak boleh terjejas,Madam.Habislah saya..macammana saya nak dapatkan kerja nanti?”
Vina tidak mampu berkata apa-apa tatkala melihat wajah Syazrul yang kian cemas.Dia berasa amat bersalah.
Syazrul menarik nafas dalam.”Madam,sumpah saya tak kenal perempuan nie!”ucapnya bersungguh-sungguh sekali gus memakukan Vina.
Madam Shanim terdiam.”Awak kata..awak tak kenal dia?”soalnya hairan.
Syazrul pantas mengangguk.Vina terkilan.
“Syazrul…”
“Tapi dia kenal awak,Syazrul..”soal Madam Shanim lagi.
“Saya kan..top student.Dan mungkin borang tu..dia terjumpa,”balas Syazrul penuh yakin tanpa menghiraukan pandangan Vina.
Madam Shanim sekadar mengangguk.”Hmm..kalau macam tu,awak boleh pergi.Vina,awak stay.”
“Urm..terima kasih,Madam.Saya pergi.”
Syazrul terus berlalu tanpa membalas pandangan Vina.Vina tergamam.Dia benar-benar terkejut dan tidak percaya…

“TAMAT.Macam tulah kisahnya..”
“Hah!Kau masuk jail sebab tu aje?Ridiculous..mengarutlah Madam kau tu!”Zana memasamkan mukanya.Vina hanya tersenyum.
“At least dia dah tolong aku..daripada 6 bulan,aku kena 5 bulan aje.”
“Ha’alah..sebulan aje.”
“3O hari tau!!”balas Vina sambil mencekak pinggangnya.
“Urm..kenapa kau tak bayar aje?Kalau aku..aku lebih sanggup bayar daripada masuk sini.Malu tau kena cop!”
“Nak buat macammana..parent aku tak nak tanggung.Masa tu ayah aku marah sangat.Aku ingat lagi ayat dia.. aku lebih layak masuk sini.Hmm…aku dah kecewakan diorang.Memang patut aku masuk sini.Lagipun duit simpanan aku tak banyak..tak kan aku nak minta dari diorang.”
Vina mengeluh panjang.”Masa depan aku dah samar..kerja aku..keluarga aku..jodoh aku..kalau dah keluar nanti,tak akan ada orang yang terima.”
“Tahlul betullah Kak Nita kau tu!Bijak tapi busuk hati!Kalau aku jadi kau..ish,bencinya!Mamat tu pun..menjengkelkan betul!”
Vina pantas mengangguk.”Memang!Aku benci diorang!Aku tak pernah rasa sebenci nie tau!Tapi..semuanya ada hikmah.Kalau semuanya tak berlaku..aku tak mungkin boleh jumpa kau.”
Zana mengukir senyuman manis.”Ya.Betul kata kau tu.”

HARI PEMBEBASAN

“Jaga diri elok-elok!”jerit Zana sekuat-kuat hatinya.
“Shh..jangan bising!”marah salah seorang pengawal di situ.
Vina sekadar tersenyum.”Zana,kalau kau dah keluar nanti..call aku tau!”tergetar-getar dia mengucapkannya.Dia sayu melihat sahabatnya itu.
“Kan aku dah kata..aku keluar tahun depan.Maybe masa tu..kau dah lupakan aku.”
“Tak akan!Kita dah janji,kan?Kau jangan lupa..”Vina sudah mula menangis.
“Sampai mati aku tak akan lupalah.Anyway,jaga diri!Kalau Kak Nita kau tu ganggu kau lagi..report kat aku tau!Siap dia aku kerjakan..”ucap Zana bersungguh-sungguh.
“Urm,Zana..mungkin nanti aku tak kerap lawat kau..rumah aku ada kat KL..”
Zana tersenyum.”Aku faham.Dahlah tu,selamat tinggal!”
“Selamat tinggal…Zana.”
Air matanya menitis laju sambil melangkah keluar.

DI LUAR PENJARA PAHANG

“Aku dah keluar..aiseh,panasnya hari nie!”keluhnya sambil memerhatikan sekeliling.Namun kemudiannya dia memandang ke langit.
“Terima kasih,Tuhan!Syukur Alhamdulillah..hidup kat sini taklah seteruk yang aku sangka.”
Dia segera beredar dari penjara itu tanpa menyedari ada sepasang mata yang memandangnya.
“Vina…maafkan saya.”

DI KUALA LUMPUR
DI RUMAH SEWANYA

“Hmm..mesti kosong.Kak Netty mesti dah tak ada..dia dah habis sem.Suha pula..mesti dah tumpang rumah yang lain.Dia mana tahan tinggal seorang.”
Terdiam dia dibuatnya tatkala melihat rumah sewa mereka itu dalam keadaan rapi.Rumputnya dipotong.Tingkapnya terbuka.Dan skuternya masih ada.
“Su..Suha!”jeritnya sambil meluru masuk ke dalam rumah.Langkahnya tiba-tiba terhenti.
“Ini..ini key-chain aku.”ucapnya hairan.”Tapi..kenapa ada kat tombol pintu nie?”
Kraak..!Pintu rumah dibuka perlahan.
“Suha!Aku dah balik!”bergema rumah itu dengan laungannya.
Tiada respon.Suasana sepi ibarat tiada penghuni.
Namun..semuanya kemas dan tersusun.Seperti dijaga oleh seseorang.Tanpa membuang masa,Vina terus menghubungi Nasuha.Panggilan dijawab.
“Vina ke nie?”
“Emm.”
“Vina!Kau dah keluar!Kau ada kat mana tu?”soalnya girang.
“Aku ada kat rumah kita..”
“Rumah kita?Urm..Vina,bila kau dengan Kak Netty tak ada..aku tak mampu bayar sewa rumah tu seorang.Kalau selama nie..kita bahagi tiga.Jadi aku..aku kena tendang keluar.Lepas tu aku dengar..ada orang lain beli rumah tu.Sejak tu..aku dah tak ke situ lagi.Aku minta maaf..”nada suaranya mula menurun.
“Tapi kenapa..skuter aku ada lagi?Baju-baju aku..barang-barang dalam rumah nie pun ada lagi..kedudukan yang sama pula tu.Macam tak diusik.Mungkin..Kak Netty yang beli rumah nie.”
“Tak mungkin.Dah tiga bulan Kak Netty ikut family dia ke UK.”
Vina terdiam.Jadi siapa?

MALAM ITU
DI HOTEL

“Rul,berseri-seri nampak!Ada date ke?”usik Asyraf,teman sekerjanya.
Syazrul sekadar tersenyum.
“Hmm..peliklah.Anyway,hows your project?Jadi?”soal Farieth,yang juga temannya.
“Jadi seperti yang dirancang.Cuma..”
“Cuma?”
“Urm..you all boleh tolong aku tak?”pintanya.
“Apa?”
“Aku ada sorang kawan nie.Dia..baru keluar jail.Urm..korang ada kerja kosong tak?Kerani pun oklah..”
Masing-masing terdiam.
“Aku pun tak kisah nak ambil kawan kau tu..tapi tu bukan syarikat aku.Tu syarikat ayah aku.”
“Aku pun.Tapi insyaAllah.. aku try.”
“Kenapa kau tak nak ambil dia aje?Kau kan ada agensi sendiri..”soal Asyraf pula.
“Tak boleh..aku tak boleh tengok muka dia,”jawab lelaki itu perlahan.
“Oh,yela.Bekas banduan.Muka dia mesti ganas kan?”
“Tak..muka dia baik sangat.Sebab tu lah..aku rasa nak mati je setiap kali pandang muka dia,”Syazrul tertunduk.
Asyraf dan Farieth hanya mendiamkan diri.Kaku melihat perubahan pada teman mereka itu.

DI RUMAH

“Eh,surat tawaran kerja?Salah hantar nie..”ucap Vina penuh yakin.
Terbulat matanya apabila terlihat namanya tertera di surat itu.
“Biar betul?Orang nie tak tau ke..aku nie bekas banduan?Hmm..tapi Alhamdulillah.Nie lah peluang untuk aku buktikan…aku boleh!Yeah!”jeritnya girang.

LUSA
DI SYARIKAT SUNLIT

“Shavina Hanafe?”soal wanita yang berpakaian seragam itu.
“Y..ya,saya.”
“Saya Puan Yasmin,ketua pengurusan di sini.Sila ikut saya,”ajak wanita itu penuh ramah.Vina akur.
Setelah tiba disebuah meja kosong,
“Ini tempat awak.Kalau ada apa-apa masalah..jumpa saya di bilik hujung sana.Ok?”
“Urm..apa tugasan saya,Puan?”
“Hmm..lepas nie akan ada beberapa fail yang dihantar ke atas meja awak.Awak cuma perlu menyalinnya dan merekodkan ke dalam komputer.Boleh?”
“Emm,tentulah.Terima kasih banyak-banyak,Puan.”

SETELAH BEBERAPA LAMA..

Pergerakan Vina terhenti.Jantungnya berdegup kencang.Syaz..Syazrul!
“Dah lama tak jumpa..sihat?”sapa lelaki yang berkemeja hitam itu.
Vina sekadar mengangguk.Dia pantas melarikan pandangannya ke arah skrin komputer.
“Saya harap awak boleh sesuaikan diri di sini..”
Vina tergamam apabila beberapa pekerja memberi salam hormat kepadanya.
Tanpa membuang masa,dia pantas mengemas barang-barangnya.Fail-fail disusun.Alatan tulis dimasukkan semula ke dalam bekasnya.Syazrul terdiam dan terus memerhatikannya.
“Awak nak pergi mana?”soalnya sebaik sahaja Vina bangun dari tempat duduknya.
“Maaf.Esok saya akan hantar surat perletakan jawatan tu..dan terima kasih atas tawaran kerja nie.”
Vina ingin berlalu pergi tetapi Syazrul lebih pantas memegang tangannya sekali gus mematikan langkahnya.
“Awak tak patut permainkan saya macam nie.Saya sedar..saya tak sehebat awak.Dan saya hanyalah bekas banduan.Saya faham.Memang tak akan ada orang yang sanggup terima saya,”bergetar-getar Vina mengucapkannya.Perasaannya bercampur baur.Hatinya teramat geram,benci dan kecewa dengan lelaki itu.
“Saya tau awak nak luahkannya semua..saya dah sedia.Dan saya juga ada sesuatu yang nak diluahkan kepada awak.Tapi sini bukan tempatnya,”ucap lelaki itu dengan tenang apabila menyedari perbuatan mereka berdua diperhatikan oleh pekerja-pekerja yang lain.

DI KORIDOR
MENGHADAP PEMANDANGAN LUAR

“Awak bencikan saya yang teramat-amat..itukan apa yang awak nak cakap?”Syazrul memulakan perbualan mereka.
Vina diam.Tiada jawapan daripadanya.Matanya leka melihat permandangan dari tingkat 8 itu.
Syazrul tersenyum.”Saya harap awak terus bekerja di sini.Saya sedar awak bencikan saya..tapi saya tak nak perasaan tu menyebabkan awak berhenti.Awak tak boleh hidup tanpa kerja..tanpa wang.”
“Ya.Saya dah tau..tapi saya tak boleh,”jawab Vina perlahan.”Saya pergi dulu.”
Syazrul terdiam dan sekadar memerhatikan pemergian gadis itu.
“Vina…maafkan saya,”bisiknya.

KEESOKKAN HARINYA
“Min,Shavina datang hari nie?”
“Tak,Tuan.Kenapa?”Puan Yasmin menghampirinya dengan beberapa fail di tangannya.
“Well..dia berhenti.”
Puan Yasmin terkejut.”Yeke?Hmm…dia tu baik orangnya.Selalu aje ucap terima kasih pada saya.Saya bagi kerja pun dia ucap terima kasih..dan kerja-kerja dia semalam semuanya dah siap.Bagus,kan?”
Syazrul sekadar mengangguk.Wajahnya yang serius mematikan keinginan Puan Yasmin untuk bertanya sesuatu mengenai gadis itu.

SUATU PAGI
DI RUMAH

“Urm..makcik nie siapa?Pemilik rumah nie ke?”soal Vina penuh sopan.Dia hairan apabila seorang wanita 50-an memasuki rumah itu walaupun tidak dijemput.
“Owh..makcik datang nie cuma nak kemas.Kamu nie..adik Encik Syazrul ya?”
Vina tergamam.Syazrul?
“Encik?Dia..pemilik rumah nie ke?”
“Ya..dia upah makcik kemas rumah nie sekali seminggu.Kamu nie..siapa?”
Vina terdiam.Dia benar-benar terasa dipermainkan.

RESTORAN MAJU RAYA

“Kau nak kerja kat sini?”soal pemuda itu.
“Ya..ada jawatan kosong?”
“Ada!Baguslah..kau boleh jadi pembantu aku.Namaku Hadi.Kau?”soalnya girang.
“Vina.”
“Hmm..sedap namanya.Ok,hari nie mula kerja!”
“Terima kasih,Encik Hadi!”
“Encik?Hahaha..panggil Die aje.Aku cuma pemasak.Kau pula pembantu..dan juga pengambil pesanan.”
“Kita berdua aje ke?”soal Vina kehairanan.
“Emm.Tapi jangan risau..kalau pesanan banyak sangat,aku akan bantu kau!”
Vina tersenyum pahit.Patutlah…restoran nie sunyi aje.Tak ada seorang pelanggan pun.
“Baru buka ya?Selama nie tak pernah nampak pun.”ujar Vina sambil mengelap meja-meja di restoran itu.
“Genap 2 minggu.”
Vina sekadar mengangguk.Perbuatannya terhenti apabila terlihat dua pemudi sedang berdiri di hadapan restoran mereka.
“Kak!Tak lapar ke?Sini makanannya sedap-sedap,”jerit Vina dari dalam.Dua pemudi itu saling berpandangan.Kemudiannya mereka melangkah masuk.
“Tak pernah try pun kat sini.Hmm..baru buka ke?”tanya salah seorang daripada mereka.
“Ya..baru aje.Kalau tak cuba,tak tau.I masak special hari nie..trylah,”sampuk Hadi.

PUKUL 5 PM.

“Ya Allah!”jerit Hadi dari dapur.Vina terkejut.
“K..kenapa tu?”
“Aku..tak solat Zohor lagi!Dah pukul 5 nie..ya Allah,berdosanya!”ucapnya sambil mengusap-usap wajahnya.
“Laa..ingatkan dapur terbakar tadi.Terkejut tau..”
“Urm..aku nak balik rumahlah.Kau?”soalnya.
“Sa..saya tak apa,”Vina tersengih.Hadi terdiam.
“Selaku saudara Islam,aku nak nasihat sikit.Tak baik tinggal solat tau.Berdosa besar,”ucap lelaki itu dengan nada dan wajahnya yang agak serius.Usai sahaja mengatakannya,dia terus beredar.Vina tergamam.
“Aku cutilah.Dia tak faham ke?Hmm..nasib baik aku bertudung.Kalau tak..”bisik Vina sendirian.

ESOK HARI

“Ha..leganya.Semalam 4 orang..hari nie 6 orang.Wah,terima kasih ya Vina!”ucap Hadi penuh bahagia.
“Tapi sayang..lauk semalam banyak tak habis.Hmm..saya rasa buat masa nie,kita patut kurangkannya.”
Hadi terdiam.”Beres.Kalau kau nak tau,jiran-jiran aku gemuk-gemuk belaka.Selama nie,lebihan lauk aku akan bagi diorang.”
Tergelak Vina dibuatnya.”Rezeki diorang..”
“Pukul berapa?”soal Hadi secara tiba-tiba.
“Urm..10 setengah.”
“Haa..time recess diorang!”ucap Hadi seiring melangkah ke dapur.
“Diorang?”
“Office workers.”
Vina sekadar mengangguk.
“Tapi..mana ada office kat sekitar sini,”ucap Vina perlahan.
“Hmm..terpencil juga ya restoran kita nie.”
“Tapi dekat dengan kawasan perumahan.Strategik juga tau!”Vina mula bersemangat.Hadi tersengih memandangnya.
Vruum…!Sebuah kereta hitam berhenti di hadapan restoran mereka.Mereka terdiam.Tatkala pintunya dibuka..
“Syaz..Syazrul!”Vina tergamam.

BERSAMBUNG

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: