Novel : Kurelakan Cinta Ini Bertamu prolog

Nama Pena : Nuril Bahanudin

Angin petang yang bertiup-tiup sepoi bahasanya, menampar wajahnya perlahan, mendamaikan rasanya. Dia bersandar santai pada kerusi malas yang terdapat di balkoni banglo mewah itu… hurm bestnya, dah lama tak rasa duduk bersendirian begini, hati kecilnya berkata, memang terasa aman menghirup udara petang tanpa gangguan sesiapa, terutama gangguan daripada lelaki itu… ya lelaki yang sentiasa ada sahaja tingkah yang menyakitkan hatinya, bencinya!.. dia merengus, hisy kenapa mesti teringatkan dia, malas nak layan otak aku ni.. dia menggerutu dalam geram.

Tangannya dipanjangkan mencapai hirisan buah pelam muda yang terdapat pada dalam piring yang terletak di atas meja kecil yang terdapat di situ, di cicah perlahan dengan kicap yang telah di campur dengan sedikit gula… yummy… sedapnya… terpejam-pejam matanya menikmati keenakan buah pelam muda itu, memang sedari semalam dia kepingin sangat menikmati buah pelam muda itu, dan tadi tak pasal-pasal Pak Damin, drivernya dikerah untuk membantunya menjolok buah pelam muda yang terdapat di pokok belakang rumah banglonya… dia tersengih kecil, kalaulah ada lelaki tu jangan harap aku dapat merasa makan benda ni… hisy alamat kempunanlah aku, dah lah kejam ngalahkan nazi,… isk ingat lagi kat dia, benci…! benci..! Qistina Balqish bengang… hee kenapa asyik teringatkan mamat tu.. bosannya.. dia tak ada aku teringat, bila dia ada aku yang sakit dengan perangainya.. aduyyyai tak faham aku…

“Dekat sini rupanya kau, puas aku cari tadi, eh kau makan apa tu Qish..” tiba-tiba dia disapa, tanpa di beri salam..

Opocot mak hang terlepas… terlepas buah pelam yang baru hendak disuap kemulutnya, habis jatuh ke bajunya, dia terkejut lalu dia melatah sehingga memburaikan tawa si penyapanya tadi..Pantas dia berpaling, serentak wajahnya bertukar pucat, glup.. dia menelan air liur terasa kelat, alamak Hitler ni dah balik, kata tadi ada meeting, ni alih-alih terpacak pulak kat sini, hiys tak boleh dipercayai langsung, matilah aku…dia risau, adui macam macam mana ni, sedar akan silap yang dilakukan.

Daniel Muaz menapak menghampirinya, matanya membuntang melihat apa yang dimakan oleh Balqish itu…

” Kau makan pelam muda? kau gila ke apa? nak bunuh anak aku tu ke? ” melengking suaranya, dia marah…

Terkulat-kulat Balqish memandang lelaki itu, eley anak kau tu anak aku jugak, ingat aku ni kejam sangat ke nak bunuh anak sendiri, dia mengomel dalam hati, geram betul, tanya tidak apa pun tidak, lepas tu main sembur orang je, dasar Hitler…

“Awak… bukan saya nak makan sangat buah pelam ni, tapi anak awak ni yang nak makan, jadi kenalah saya makan, lagi pun saya makan sikit jea awak, takkan memudaratkan punya..” dia menjawab perlahan dengan sabar yang masih tersisa. Yelah nanti kalau tak makan, kempunan pulak anak aku ni… kan ke kesian..

“ok aku percaya pada kau, tapi kalau apa-apa jadi pada baby tu siaplah kau.. aku takkan lepaskan kau..” keras nada lelaki tu, menambahkan lagi rasa meluat pada dirinya, huh tak kuasa nak layan.

Huh semua kau punya pasallah, kalau tak kerana kau punya salah malam tu, takda lah aku dan kau terikat macam ni… hey sabar jelah, dia mengusap perlahan kandungan yang hanya menanti hari saja lagi itu.. baby tengok papa tu, suka sangat marah-marah mama, tak sporting langsung kan.. dia berbisik perlahan..

Daniel Muaz membebel dalam hati, hey tak faham betul dengan orang mengandung ni suka sangat menguji sabar aku.. bukannya aku suka nak marah-marah ni tapi tulah aku cuma risaukan kesihatan anak aku tu.. buatnya apa-apa jadi, siapa yang susah? aku jugak…

Qistina Balqish melangkah masuk kedalam perut banglo itu, hey baru nak santai-santai sikit dia dah balik, cubalah pergi meeting tu 2,3 hari ke, aman sikit aku, ni tak, dahlah kalau ada dekat rumah ni buat aku rimas, apa yang aku buat ada saja silapnya.. menyampah betul..

**************

“Awak.. oh awaknye…” Balqish memanggil Daniel perlahan, hisy mana pulak mamat ni.. tadi ada kat sofa tu, ni dah tak ada pulak, macam chips more pulak, kejap ada kejap tak ada, dia tercari-cari kelibat Daniel, hurm mesti kat bilik kerjanya, hatinya mengandaikan. Perlahan dengan hati-hati dia melangkah ke arah bilik kerja lelaki itu, diketuk perlahan pintunya. Setelah mendengar arahan menyuruh masuk daripada lelaki itu, barulah tombol pintu dipulas dan dia melangkah masuk.

“Hah nak apa? aku sibuk ni..” lelaki itu bertanya tanpa sedikit pun mengangkat wajahnya dari mengadap beberapa keping kertas yang terdapat di atas meja kerjanya itu.

“Awak… perut saya sakitlah..” beritahunya perlahan. Memang perutnya terasa sakit, mulanya tadi dia memang berniat tidak mahu memberitahu lelaki itu, sebab pada anggapannya hanya sakit perut biasa, tetapi bila sakit itu semakin menyengat kini, hendak tak hendak dia kena beritahu lelaki itu.

“Hah apa? sakit perut?” lelaki itu meyoal terkejut, siap dengan mimik muka sekali.

Hisy over acting betullah mamat ni, hatinya membebel.

“Tulah siang tadi yang kau pergi makan buah pelam muda tu kenapa?, kan dah sakit perut, kalau aku larang ada saja alasan kau” lelaki itu mula berleter.

Adoi dia mula dah, ni yang aku paling tak suka dengan perangai dia ni, kuat membebel mengalahkan aku yang perempuan ni.

” Tengok, sekarang siapa yang susah? aku jugak, hey tak faham betullah aku dengan orang perempuan ni, lagi kita larang lagi dia nak buat, kalau marah kata aku ni kejamlah, apalah…” bebelan terhenti apabila melihat raut wajah Balqish yang mula berpeluh.

“Kau ok ke?” dia bertanya, kali dia betul-betul risau, serius..

Balqish mengeleng-gelengkan kepalanya..

“Apa yang geleng-gelengkan kepala tu? jawablah aku tanya ni kau ok ke tidak?” hisy guna bahasa isyarat pulak, tak faham aku.

“Awak… saya rasa baby ni nak keluar lah..” perlahan dia memberitahu dengan wajah yang berkerut menahan kesakitan yang semakin menekan.

“What?? kau dah nak bersalin? bukan ke doctor kata due datenya next week?” dia bertanya, masih tak percaya

“Hah ni mungkin sebab kau makan buah pelam muda tu tadi..”

“Awak..! boleh tak awak jangan banyak soal, hantar saya pergi klinik atau saya pergi sendiri..” hisy orang dahlah sakit, dia masih nak membebel lagi.

“o..ok, jups aku nak ambil wallet dan tukar seluar, kau duduk kejap” dia memimpin Balqish duduk di kerusi yang terdapat di situ.

Tak sampai 5 minit dia selesai menukar seluarnya, Balqish pula semakin senak menahan kesakitan dengan kainnya yang mula membasah.

“Awak jauh lagi ke kita ni?” dia bertanya, sungguh dah tak berdaya lagi menanggungnya, baby ni pulak memang macam dah nak keluar sangat, tak sabar nak melihat dunia kot..peluh dingin mula membasahi tubuhnya..

“Sabar ye, depan tu jam pulak, isk time-time macam ni pulak nak excident …” Daniel membebel, matanya mengerling kearah Balqish sesekali, dia risau teramat risau.

“Awak…” tiba-tiba Balqish memegang lengannya kuat.. dia tersentak serentak berpaling kearah isterinya.

“Saya rasa kepala baby ni dah keluar..” putus-putus dia memberitahu..

“Hah???” dia terkejut beruk, beruk pun tak terkejut macam aku ni, isk apa aku nak buat ni… namun tingkahnya mendahului akal, isyarat di berikan dan dia membehentikan kereta di bahu jalan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: