Novel : Lady J, The Witch 1

Nama Pena : Snow_Queen

Buku yang dibacanya di hempas dengan kasar di atas meja..seluruh kelas yang tadinya riuh dengan gelak ketawa kini senyap sunyi bagai tiada penghuni..hanya bunyi cengkerik dan burung hantu yang memeriahkan suasana malam… semua memandang ke arah seorang gadis yang hanya di kenali sebagai Lady J.. tiada siapa yang mengetahui asal usul, nama sebenar, kuasa yang dimiliki apatah lagi tempat tinggalnya.. yang mereka tahu dia mempunyai seorang kawan baik iaitu Mika.. Lady J memasuki Akademi Mystique River iaitu sebuah sekolah yang hanya dimasuki oleh mereka yang mempunyai kebolehan luar biasa tidak seperti manusia normal yang lain..

Dia melangkah keluar dari kelas itu dan menuju ke arah belakang sekolah di mana terdapat sebuah hutan yang menjadi kawasan larangan kepada para pelajar iaitu Dream Dew.. tiada siapa tahu apa yang berada di sebalik hutan tebal yang meyimpan 1001 misteri itu… langkahnya terhenti dihadapan sebuah pokok tua yang berusia ratusan tahun.. dipejam mata sambil menyebut sesuatu.. apabila mata dibuka dia sudah selamat duduk diatas dahan pokok itu.. tiba-tiba dia dikelilingi kelip-kelip..dia melihat kelip-kelip itu membentuk perkataan “jangan sedih, ceria selalu” kemudian bertukar membentuk perkataan “nanti kau cepat tua, si hodoh” aku memandang ke bawah..di lihat Mika tersengih memandang ke arahku..
“trimas untuk kata-kata yang sweet tu..”
“sama-sama..kita kan kawan..”ujar Mika tersenyum manis walaupun dia tahu Lady J memerli..
“well apa pula masalah kau kali ni?” soal Mika
“wei ingat bila aku ade masalah je ke aku datang sini..”
“eh bukan ke? Hehehe” eiii rase nak tarik-tarik mulut Mika ni…
“yelah..aku saje datang la..pening kepala dengar dorang bising”
“well ko ni mcm tak faham pula..time cikgu takde la masing-masing nak buka warung..buka cerita sensasi dan terkini”
“banyak la ko citer sensasi dan terkini..kalu betul tak pe juga ni banyak tak betulnya dari betul”kataku.. dan Mika hanya tersenyum mendengar kata-kata temannya yang sememangnya betul tu..
Sedang mereka berbual-bual tiba-tiba kedengaran bunyi aneh tidak jauh dari tempat mereka duduk..
Tanpa membuang masa mereka berlari dari dahan ke dahan laju seperti angin tetapi senyap.. sampai di tempat kejadian mereka melihat seorang gadis tersandar lemah di tepi pokok..kelihatan kaki dan tangannya luka agak dalam..
“eh itu Diane budak kelas 3 Cloud” ujar Mika berbisik
“budak gedik tu?? Apa yang dia buat kat sini?? Tak tau takut ke..” menyusahkan orang desisku geram..
Tidak jauh dari situ terdapat seorang lelaki misteri yang memakai mantel berwarna hitam dan mukanya dilindungi oleh penutup muka mantel tersebut.. aku cuba nak tengok mukanya tapi gagal..
“tengok dia nak serang Diane lagi” ujar Mika
Tanpa berlengah kami terjun dari dahan dan berdiri dihadapan Diane yang sudah separuh sedar tu.. “Mika, kau lindungi Diane” arahku..
“pergi dari sini atau korang akan mati” ujar lelaki itu..
“kami tak takut mati…tapi yang akan mati aku rasa adalah kau” ujar Mika keras..
“well done..semangat setiakawan yang kuat..tapi sayang tak beharga langsung apabila korang mati”
“dalam mimpi jelah” ujarku..serentak dengan itu aku melancarkan serangan windlight iaitu serangan yang mengunci gerakan pihak lawan..
Badan lelaki itu terhempas di atas sebuah batu berhampiran..segera lelaki itu bangun
“serangan yang bagus..tapi tak cukup bagus tuk bunuh aku…” “hole blaze” jerit lelaki itu.. aku merasakan badan aku melayang dan dalam sekelip mata tercampak keras atas tanah..hole blaze?? Betul-betul nak bunuh orang pak cik ni..hole blaze bukan sebarangan serangan..hanya orang yang kuat mental dan fizikal je yang boleh belajar teknik ni..kalau tersilap langkah kemungkinan besar boleh membawa maut..paling ringan kesan dia kalau gagal adalah gila..nasib baik tadi dia sempat bukak protection blaze kalau tak dah selamat..
Ditahan rasa sakit dan sedaya upaya berlagak seperti serangan itu tiada kesan ke atasnya
“J!!!” jerit Mika apabila dilihat darah merah mengalir di celah bibir kawannya itu..
“aku kagum..bukan sebarang orang boleh menghindari serangan ni..” kata lelaki misteri tu..
“aku ada satu tawaran hebat untuk kau..dan kau takkan rugi kalau terima tawaran ni..”
Aku memandang Mika “Mika bukak protection blaze, tutup telinga kau n pengsankan terus je minah tu” arahku kepada Mika dengan hanya memandang dia.. Mika mengganguk.
“aku tak berminat nak mendengar tawaran kau tu dan….sayonara” serentak dengan itu dia menjerit “stormlight..” tiba-tiba bunyi guruh dan pancaran kilat berbunyi serentak.. lensa mata Lady J bertukar warna merah “sekarang kau akan buat apa yang aku suruh” kataku dengan suara garau.. “lancarkan hole blaze ke arah diri sendiri”
Lelaki misteri itu hanya ketawa mendengar kata-kata Lady J..tetapi ketawanya tidak lama apabila seluruh anggota badannya bertindak seperti yang dikatakan oleh gadis itu.. dia membaca beberapa jampi tetapi tidak berhasil….

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Dan, ketua kelas 4 Fire merasakan cuaca malam itu luar biasa…dia berasa tak sedap hati..di arahkan beberapa orang pelajar kelas itu menutup tingkap kerana angin pada malam itu sungguh luar biasa kuatnya..beberapa minit kemudian terdengar letupan dari arah hutan larangan membuatkan pelajar-pelajar 4 Fire panik.. “jangan panik..semua duduk tempat masing-masing” arah Dan dengan tegas… dia memandang kearah luar tingkap…

Dia tersenyum sinis melihat tubuh lelaki itu hangus sedikit dan bertukar menjadi abu demi sedikit tetapi tiada niat langsung untuk menolong.. apabila dirasakan ada orang yang menuju ke arah mereka senyumnya serta merta mati..warna lensa matanya bertukar kepada warna asal dan perlahan-lahan corak api ditepi kedua-dua belah matanya dan lengan kirinya hilang… segera berpaling mendapatkan Mika dan budak gedik itu..
“apa yang terjadi? Kamu semua tiada apa-apa?” soal Sir Que iaitu guru disiplin sekolah itu..kelihatan bersama beliau 2 orang guru yang lain..
“kami hanya berjalan-jalan..kemudian kami terdengar bunyi orang mengerang kesakitan..sampai di sini kami tengok Diane dah pengsan dan lelaki tu dah terbakar” ujar Mika.
“nasib baik kamu tiada apa-apa.. Miss Saea tolong hantar Diane ke bilik rawatan.. dan kamu apa yang kamu buat di luar kelas? Kamu tahu bukan adalah menjadi satu kesalahan keluar dari bilik darjah sewaktu proses pembelajaran sedang berlangsung..” ujar Sir Que panjang lebar.
“tau” ujarku acuh tak acuh.. baiklah Miss J dan Miss Mika kamu berdua dihukum menolong Madam Rue mengemas perpustakaan selama seminggu” kata Sir Que tegas.
Dia melangkah ke arah mayat yang sudah bertukar menjadi abu itu..orang Master Black desis hatinya sambil meyentuh abu berkenaan..mesti laporkan segera kepada pengetua..
“baiklah semua bersurai..”arah Sir Que
Malam itu hutan berkenaan meyimpan 1 lagi rahsia yang hanya diketahui oleh mereka yang berkenaan..aku tertanya-tanya apa yang dibuat oleh Diane kat sini sampai kena serang..manakala bagi Mika pula dia berasa gembira apabila akhirnya dapat melihat kuasa yang dimiliki oleh Lady J…
Di atas dahan sepohon pokok tidak jauh dari tempat kejadian terdapat seekor gagak berwarna hitam putih melihat kejadian berlaku..setelah mereka semua bereder dia mula megembangkan sayapnya dan bersedia untuk pergi..kejadian yang dilihatnya tadi akan segera dilaporkan kepada tuannya..Master Black…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: