Novel : My Sweet Enemy 1

Nama Pena : khairyscha

Bab 1

“DUM!DUM!DUM! Wei tengok tu,sekali badak jalan daa..”Kuat jeritan Khairil memecahkan gelak tawa pelajar-pelajar yang sedang berehat.”Woi Khairil! Ko jangan nak tunjuk lagak kat sini ek.Ko ingat habis macho la ko buat camtu hah?”Sabar Myra sudah sampai ke kemuncaknya.Dia menyinsing lengan baju sekolahnya seakan mahu berlawan.’Ei,dah lama aku bersabar dengan ko nih.Tunggu la.Hari ni ko akan tahu jugak sape Anis Humaira yang sebenar!’Tawa Khairil dan gengnya semakin rancak.Tiba-tiba tanpa sempat dielak lagi..”DUSH!”Penumbuk sulung Myra dah dilancarkan tepat ke muka Khairil.Terpana Khairil seketika.Kawan-kawannya ape lagi terus gelakkan Khairil yang dah terjatuh tu.Mila dan Farah disebelah pula sekadar melihat dengan gerun.Bimbang akan tercetus Perang Dunia Ketiga.Cepat-cepat Khairil bangun hendak membalas.Baru je dia nak angkat tangan,tetiba je Singa Malaya Sekolah Menengah Sri Intan datang.”Khairil,Myra!Datang ke pejabat saya sekarang!Pelajar-pelajar lain,boleh bersurai.Sepatutnya kamu maklumkan pada cikgu.Ini tak,ikut sekali sorakkan.Apela nak jadi dengan budak-budak ni.”Pelajar-pelajar kategori nerd masih setia mendengar bebelan Cikgu Zaid.Yang lain,semua dah angkat kaki.Bernanah telinga dibuatnya kalau masih stay kat situ.

“Apa nak jadi dengan kamu berdua? Saya dah tak tahu lagi apa yang nak dibuat.Myra,awak kan pengawas,cubalah jaga perangai awak sikit.Awak gaduh dengan dia pun,apa yang awak dapat?”Myra diam.’bukannya aku suka-suka nak tumbuk si Khairil tu.Kalau dia tak cari pasal,mesti aku tak buat punya!’Suasana di dalam bilik itu sunyi sepi.Myra dan Khairil pula bagai pesalah yang menanti hukuman dijatuhkan.”Hemm,baiklah.Disebabkan PMR pun dah semakin hampir dan keputusan Khairil tidak memberangsangkan,saya nak mulai hari ni Myra jadi tutor Khairil.Saya akan pantau keputusan Khairil dari masa ke semasa.”Myra memandang Cikgu Zaid tidak berkelip.Dah macam ayam togel berak kapur barus dah muka Myra.Khairil pula tersenyum dan ligat memikirkan rencana yang akan dibuat sepanjang sesi ‘tutor’ nanti.

Sepanjang sesi pembelajaran pada hari itu Myra tidak dapat menumpukan perhatian.Otaknya ligat berfikir apa yang akan diajarkan pada Khairil.’Huh! Buat sesi pertama pada hari ni,aku akan ‘ajar’ dia cukup-cukup.Hehe..hari ni dia akan tau jugak siapa Myra.Oh..kata aku Gorilla ye.Khairil,hari ni Gorilla akan mengamuk!’Tanpa Myra sedari sebatang marker mendarat tepat di meja Myra.”Anis Humaira!Saya nak awak ke depan sekarang juga!”Lantang suara Cikgu Samsiah jelas kedengaran.Seisi kelas berpaling ke arah Myra.”Kenapa hari ni awak tiba-tiba hilang tumpuan Myra?Saya harap perkara ni takkan berlaku lagi.Awak harapan sekolah untuk peperiksaan kali ni.Saya harap perkara ni tak berlaku lagi.Balik ke tempat awak”Tegas nada suara Cikgu Samsiah namun cukup menggetarkan hati Myra.’Fuh.Nasib aku la mood cikgu baik hari ni.Kalau tak,jadi pencuci tandas tak bergaji la jawabnya.Ni semua sebab si Khairil tu.’

Tepat jam dua,usai mengerjakan solat Zuhur Myra sudah setia menanti Khairil di Pojok Baktidiri.Mungkin nama tempat itu kedengaran sedikit pelik.Tapi,tempat itu menjadi tempat yang sangat berguna buat pelajar-pelajar SM Sri Intan.Tiba-tiba Myra terlihat kelibat Khairil di padang bola.”Khairil!Cepat sikit.Apa lagi yang awak buat kat sana tu? Dah berjanggut saya tunggu awak tahu tak?”Laung Myra.Sengaja volume suaranya dinaikkan ke tahap tertinggi.”Woi badak! Kalau kau ingat aku akan ikut cakap kau dan nasihat orang tua botak tu,tolong sikit ek.Ni Khairil la.Dah la gemuk! Tak sedar diri ke wei?Ingat aku nak ikut cakap kau kot.”Tergamam Myra mendengar kata-kata Khairil.Kalau bukan difikirkan soal amanah,sudah lama dia pulang ke rumah.Hati kecil Myra terusik dengan kata-kata Khairil yang jelas mengundang luka.’Tak pelah.Aku sedar aku siapa.Tapi,kau tak payah la cakap macam tu’Tanpa memikirkan apa-apa,Myra terus beredar dari situ.Perlahan-lahan dia menuju ke arah basikalnya.Myra mengayuh basikalnya dengan laju.Hati yang terusik dek kata-kata Khairil dibiarkan terluka.’Ah!Tak guna aku menangis.Dia tak kan berubah.Aku yang akan berubah!’Azam Myra dalam hati.Setibanya di rumah dia disambut dengan kucupan mesra ibunya.”Anis dah makan ke?Kalau belum,marilah.Ibu temankan Anis makan ya!”Jelas suara Puan Lily yang penuh dengan kasih.”Takpelah bu.Lagipun,Myra dah makan di sekolah tadi.Oh ya!Sebelum Myra terlupa,mulai hari ni Myra kena balik lambatlah bu.Myra ada kelas tambahan.”Myra cuba berdalih bagi mengelakkan ibunya mengetahui peristiwa yang berlaku di sekolah tadi.”Kalau macam tu,takpelah.Senang hati ibu Anis dah bagitahu awal-awal.Takdelah ibu nak risau sangat kan?”Puan Lily segera berlalu ke dapur bagi menyiapkan kerja yang terbengkalai sebentar tadi.Myra pula menapak anak tangga menuju ke biliknya di tingkat tiga.Sengaja dia memilih bilik di atas dan berhadapan dengan taman.Sejuk pemandangan katanya.

Selepas menukar pakaian,Myra merenung sebentar refleksi wajahnya di dalam cermin.Hati kecilnya mula membuat penilaian.Tidak dinafikan,wajah Myra cukup cantik walaupun dia ‘comel’.Kulit wajahnya mulus tanpa sebarang jerawat yang suka membuat setinggan.Anak matanya yang berwarna kecoklatan jelas menambahkan keanggunan wajahnya.Tapi,bila je turun ke bawah,dapat dilihat dengan jelas lemak-lemak degil yang susah nak keluar walaupun ditonyoh dengan berus dawai.Myra melepaskan keluhan berat.Tidak dinafikan,sebagai anak bongsu dan anak perempuan tunggal Myra sering dijamu dengan hidangan yang bukan saja dapat menaikkan nafsu makannya.Malah berat badannya!Alasan ibunya,supaya Myra sentiasa sihat.’Tapi bu,Myra dah terlebih ‘sihat’ ni!Sampai malu Myra diejek di sekolah’Myra tidak tahu apa yang perlu dilakukan.Bukan Myra tak pernah berdiet,tapi nafsu makannya kembali meningkat apabila ibunya memasak makanan kegemaran Myra,Buttered Crab.lepas tu,mulalah Myra dileteri ibunya.Katanya Myra masih muda,tak perlu berdiet.Bila besar nanti,pandailah Myra jaga badan!Akhirnya,Myra jadi putus asa dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengurangkan berat badan.

Keesokan harinya,Myra bertolak awal ke sekolah.cadangnya mahu menelaah sedikit pelajaran sebelum ujian yang akan diadakan oleh Cikgu Hafiz.Bukan dia tak tahu,soalan-soalan Matematik Cikgu Hafiz selalunya berdasarkan KBKK.Naik pening dibuatnya jika tidak difahamkan betul-betul.Tidak disangka-sangka Khairil datang lebih awal dan menunggunya di dalam kelas.”Woi Myra!Aku nak mintak tolong dengan kau ni.”Myra sedikit kehairanan dengan permintaan Khairil.Selalunya,tidak pula si Khairil berkelakuan begini.”Insya-Allah.Kalau boleh aku cuba usahakan.”Khairil tersenyum mendengar jawapan Myra.”Aku nak kau siapkan semua homework Sains aku.Lagipun,kau kan pandai!Tapi kau ingat,kalau ada jawapan yang kau buat salah atau kau cuba bagitahu cikgu,siap kau!Esok,basikal kau akan ada kat kedai besi buruk la jawabnya.”Khairil meninggalkan Myra terpinga-pinga di tempat duduknya.Masakan tidak,pagi-pagi lagi sudah diasak dengan ugutan Khairil.”Assalamualaikum.Myra,kenapa awak termenung sorang-sorang?Tadi Khairil buat apa?Dia kacau awak lagi ek?”Adam yang baru tiba melabuhkan punggung di tempatnya yang berhadapan dengan Myra.Hanya dia kawan lelaki yang rapat dengan Myra.”Takdelah Am.Aku ingat nak buat study group la.Lagipun,exam dah nak dekat kan?Apa kata kita tolong kawan-kawan yang lemah?Boleh jugak tambah pahala.”Myra sekadar melemparkan senyuman buat Adam.Dia sahabat Myra yang paling akrab dan memahami Myra.Mungkin kerana citarasa mereka yang sama.”Ehem.Cik Myra,adakah awak masih berpijak di bumi yang nyata?Saya setuju dengan cadangan awak.Kita mulakan petang ni boleh?”Myra mengangguk perlahan sambil tangannya lincah menyiapkan kerja Khairil yang tertangguh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: