Novel : Never Let Go 2

Nama Pena : Snow_queen

Sebaik sahaja kakinya menjejak dewan ballroom yang boleh memuatkan seramai 2000 orang itu dia terus mencari kelibat Taufiq Zafran. Ish mane mamat ni.. aku ni dah la x suka duduk tengah-tengah orang ramai..cepat pening..desis hati hana..
“cik Hana nak dengar x citer pasal GM baru ni?” ujar suraya tersengih-sengih kepadaku..
Aik de lg minah ni..xperasan pulak..ingatkn dh lari td.. “pe dia?” tanyaku.
“GM baru ni kan cik Hana hensem, bujang, kaya dan pendek kata mmg most wanted la dikalangan perempuan…”
“abis tu awak nak mengorat dia ke?”
“tulah masalahnya cik Hana” aku mengerutkan kening.
“dia dah de tunang” suraya buat nada orang sedih
“awakkan de Taufiq Zafran” ujarku sambil mengeyit mata dan berlalu pergi..
Ha! Taufiq?? Suraya merasakan muka dia dah merah mendengar bicara majikannya..aku sedar diri lagi..aku dan Taufiq x mungkin bersama..lagipun aku yakin Taufiq anggap aku sebagai adik sahaja….dia tersenyum kelat..

“Hana sini..” Hana berpaling kearah suara yang memanggilnya…
Alamak!! Mak cik busy body ni la pulak..nak tak nak Hana terpaksa pergi menyapa Cik Aliya a.k.a ketua jabatan human resource a.k.a paparazzi terkenal di hotel Cinta.
“cik apa khabar?” sapa Hana memaniskan muka
“baik..amboi sibuk bonar kamu sekarang ye..nak jumpa kamu ni macam nak jumpa perdana menteri”
“a’ah sekarang ni memang saya tengah sibuk..cik faham-faham jelah sekarang nikan musim kemuncak orang melancong”
“eh Hana saya nak tanya sikit…” ah dia mula dah…aku hanya angguk kepala je..
“betul ke kamu dengan En. Lukman tu bercinta?” erk? Radio karat mana la yang dok sebarkan cerita ni..walaupun cerita betul Hana memang tak suka orang tau hal-hal kehidupan peribadinya tambahan pula percintaan dia dan Lukman hanya diketahui oleh orang-orang yang rapat dengan mereka sahaja.. baru Hana nak bukak mulut…
“saya tau cerita ni memang tak betul..maksud saya takkan la En.Lukman tu nak pilih kamu kan..kamu tu kan anti sosial memang dia takkan berkenan..” kenyataan cik Aliya disambut oleh gelak ketawa ahli-ahli gosip yang berada bersama dengannya..
Orang tua ni kan..eii sabar Hana sabar..orang tua tu..hormat…walaupun dia merasakan nak letak balacan dalam mulut perempuan tua tu..
“herm macam nilah cik Aliya…walaupun saya ni anti sosial (aku bukan anti sosial!!!) tp soal jodoh ni kan terletak kat tangan Tuhan..mane tau esok lusa saya berkahwin ke..so daripada cik risaukan diri saya apa kata cik risaukan diri sendiri..yelah umur dah masuk 40 tapi xkahwin lagi..minta maaf..” ha amik ko padan muka..
“aaa..saya minta diri dulu ye..abang saya dah panggil tu…”

Setelah hampir 10 minit melilau mencari abangya akhirnya dia ternampak jejaka tersebut berbual dengan seseorang.. baru je dia nak melangkah pergi kearah abangnya, jejaka yang berbual bersama abangnya berpaling terus membuatkan kakinya kaku…dirasakan seluruh tubuhnya seram sejuk..nak tak nak percaya apa yang dilihatnya..betul ke ni?? Ishh mata aku dah rabun agaknya..Hana lari..nanti dia nampak kau..desis hatiku.. apabila dirasakan jejaka tersebut ingin melangkah pergi kearahnya dia lari.. nak lari kemana ni..dalam keadaan kelam kabut tu tanpa disedari Hana menyorok dibelakang langsir ballroom tersebut.. Hana mengetuk kepalanya..ish de pulak pergi nyorok belakang langsir ni..alamak dia datang sini la pulak.. kemudian dia terdengar jejaka tersebut berbual bersama seorang perempuan tepat dihadapan langsir dia menyorok.. ish xderk port lain nak bersembang ke?? Ak dah lemas ni…
“sayang tahniah sebab dah capai cita-cita sayang nak jadi GM..”
“thank honey…”
“nanti sayang kena belanja honey makan tau”
“aik patutnye honey la kena belanja sayang makan”
Hana yang mendengar perbualan pasangan kekasih tersebut dah naik meluat..terus dibuat mimik muka mengajuk pasangan tersebut berbual…
Setelah pasangan kekasih tadi beredar Hana keluar dari tempat persembunyiannya..
Baru je beberapa tapak melangkah dia ternampak jejaka tu lagi..terus ditarik waiter yang kebetulan lalu menghadapnya supaya jejaka tadi tak nampak dia..
“err cik Hana ada pape yang boleh saya bantu?” dalam nada takut-takut waiter itu bersuara
“awak tolong hadang saya sampai ke pintu..saya nak keluar..tolong ye..”
“ha??”
“jangan banyak tanya..awak ikut je saya..” Perempuan berusia awalan 20-an itu hanya menurut perintah Hana..
Setelah berjaya keluar dari ballroom tersebut Hana mempercepatkan langkah ke lif.. pintu lif terbuka dan butang tingkat 2 ditekan…

Di dalam bilik pejabat…

Sesudah sampai dihenyak badannya dengan kasar atas kerusi… tanpa disedari air mata mengalir..oh pe yang terjadi ni… serta merta kejadian 5 tahun dahulu bermain kembali di ingatan..aku tak mahu berjumpa dengan lelaki itu..tapi kenapa aku jumpa dia pula harini…sebumbung pula tu..mane nak lari ni..Hana ko kena kuat jangan bagi dia nampak ko ni seorang perempuan yang lemah..lagipun dia tu bukan sapa-sapa bagi kau..kau dah ada Lukman..tak guna kau menangis sebab dia Hana..diberi semangat kepada dirinya..
Diambil alat kawalan jauh dan butang on ditekan.. serta merta mini hi-finya mengalunkan lagu holding back the tears.. dia menghayati lagu tersebut…

A picture that gets smeared in white
And my fragrance that seems to have faded away
All get concealed by the glaring cloud
My heart that has no words
Slowly start to move by my feeling
Those times that slipped through
Are in my hand
I’m holding back the tears
I walk trying to lessen the weight of my heart
To a place that is neither close nor far
Where a different me stands
I will not cry
I bring my two hands together again
To a place that will hear it
As I live through these unmemorable times
Though it seems stupid
The pain I want to let go
Dries the tears that flows through my body
I’m living with my tears
I walk trying to lessen the weight of my heart
To a place that is neither close nor far
Where a different me stands
I will not cry
I’m holding back the tears
I run adding to the weight of my faith
To a place neither high nor low
Where a different me stands again
With a small smile I can laugh again..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Adam menikmati secawan kopi yang baru dibuat oleh setiausahanya tadi.. setelah berhempas pulas mencari kerja akhirnya dia mendapat kerja di hotel Cinta sebagai GM walaupun papanya menyuruh dia berkerja sahaja di syarikat milik keluarganya.. dia membantah..ingin mencari pengalaman tanpa bergantung pada mana-mana pihak sebelum berbakti kepada syarikat milik keluarganya itu..dan harini dia boleh tersenyum lega setelah usahanya mencari kerja membuahkan hasil..tapi ada sesuatu yang membuatkan hatinya berasa kurang senang..sewaktu majlis menyambut kedatangannya dia seolah-olah ternampak kelibat seorang gadis yang dirinduinya setelah 5 tahun tidak berjumpa..ah! hebatnya penangan gadis tersebut membuatkan dia manjadi tidak tentu arah begini..dia tahu gadis tersebut membencinya…tapi dia akan berusaha memenangi hati gadis itu..dia tahu gadis itu juga mungkin tidak pernah melupakannya… serta merta kewarasan akal fikirannya teringat Maya iaitu gadis yang kini menjadi tunangannya..
Ah! Pedulikan perempuan bernama Maya itu.. kalau betul matanya tidak menipu dia akan berusaha mencari Hana disini dan menjalankan misi cintanya…. Adam tersenyum manis sebelum melangkah keluar menghadiri meeting pertamanya sebagai GM di hotel ini…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: