Novel : Pelukan Cinta 7, 8

Nama Pena : Amisha Dania

BAB 7
Zulaika Husna bergolek resah diatas katilnya. Sakit yang dialami tidak terbendung rasanya. Sekejap lagi dia ada kelas. Linguastik pulak tu. Adoi. Miss Hawa yang garang tu tentu akan sedar jika dia tidak hadir.
” Kau kenapa ni Ika. Peluh jantan keluar ni. Sakit ke?” Salmiah yang baru keluar dari bilik air menegur Zulaika.
“Perut aku ni….sakit betul.” Berkerut-kerut mukanya menahan sakit.
“Ada kelas tak ?”
“Ada….Miss Hawa punya kelas pukul dua nanti.” Bergulung Zulaika di atas katilnya.
“Masak tu kalau kelas Miss Hawa. Jadi lepat kau nanti kena lenyek dek dia. Tapi kalau dah sakit nak buat macam mana pulak? Pergi kelinik lah Ika. Aku panggil cab nak?” Salmiah mengesyorkan.
“Nak berjalan pun sakitlah Mia, macamana nak naik cab. Kau boleh temankan aku ke?” Suara Zulaika perlahan.
“kau tunggu ek, aku cari resque. Sapa-sapa ajelah yang aku dapat cekup. Aku tak dapat teman kau, ada kuiz. Tunggu…..” Salmiah berlari-lari anak turun dari asramanya. Mujur baik asramanya dekat dengan kafe yang selalu menjadi pot tempat lepak pelajar-pelajar kolej mereka. Matanya liar mencari wajah-wajah yang boleh diharapnya. Tiba-tiba matanya singgah pada seorang senior yang baru sahaja masuk ke kafe itu. Salmiah capat-cepat mengorak langkah menuju kearah senior tersebut.
“Ehem….petang abang senior, dah abis kelas ke?” Salmiah bertanya, teragak-agak.
“Cakap dengan saya ke?” Armand Danial menunjuk kearah dirinya. Berani budak kecik ni tegur aku, bisik Armand. Macam pernah tenguk muka ‘cute’ ni. Dimana ek?
“Saya Salmiah, abang senior lupa ke? Yang kena jalan itik masa minggu suaikenal hari tu?” Salmiah menjelaskan. Hiss mamat ni lupa ke? Macam ni punya lawa, dia boleh lupa ke?
“Ohh…..hah baru saya ingat. Lupa tadi. Nak minum ?” Armand tersenyum. Baru dia teringat. Ini budak yang digelarnya Sharifah Amani. Kecil molek.
” Eh, saya tak nak minum. Saya nak mintak tolong. Abang senior free tak ni?”
“Tolong apa?”
“Kawan saya sakit perut, boleh tak abang senior hantar dia ke klinik ke , hospital ke, tak kesah lah. Nak panggil cab, dia tak kuat nak berjalan. Saya bimbanglah. Boleh tak abang senior tolong saya? Saya kena handle kuiz petang ni, kalau tidak saya temankan dia…” panjang lebar Salmiah menerangkan.
Armand Danial bingkas bangun. Buku-bukunya yang diletakkan diatas meja, dimasukkan kedalam beg sandangnya. Mujur baik dia belum membuat sebarang pesanan makanan.
“mana kawan tu?” Armand bertanya ringkas.
“kejap ek, Mia panggil dia. Dia kat bilik lagi.” Salmiah terus berlari kebiliknya.
Perlahan-lahan dia memimpin tangan Zulaika. Sejuk tangan Zulaika. Armand Danial menghampiri mereka bila dia nampak Zulaika dan Salmiah turun tangga. Dia mengambil beg yang di sua oleh Salmiah.
Armand merebahkan sedikit tempat duduk penumpang disebelahnya. Dia memastikan Zulaika selesa sebelum dia memulakan pemanduanya. Bukan Zulaika sahaja yang berpeluh, dia pun turut sama lenjun. Ini kali pertama dia membawa perempuan naik keretanya. Berdua-duaan. Darurat, apa nak kata lagi. Dah orang minta tolong. Tolong sajalah.
“Nak ke klinik mana ni Zulaika?” Armand memecah kesunyian diantara mereka.
“Abang senior tahu Seri Denai?” Zulaika bertanya lemah.
“Tahu…hospital swasta kan?” Armand meminta kepastian.
“Erm….situ aje lah.”
Anak siapa minah ni? Armand bertanya dalam hatinya. Seri Denai, bukan calang-calang orang pergi kesitu untuk mendapatkan rawatan. Pelajar macam mereka rasanya tidak mampu hendak ke Seri Denai . Dia terus memandu.

+++++++++++++++++++++++++

“Encik….doktor nak jumpa” tiba-tiba Armand dikejutkan dengan kehadiran seorang jururawat yang manis didepannya. Armand bangun, mengekori jururawat itu.
“Saya cuma nak maklumkan, Zulaika Husna akan dibedah. Apendiks. Saya difahamkan ibubapanya tidak ada di sini. Dia minta saudara tandatangan surat kebenaran pembedahannya..”Doktor Ariffin menerangkan.
“Er…boleh saya bincang dengan dia sekejap?” Armand tergamam. Bukan kerja senang ni. Keluh hatinya.
‘Boleh. Bilik 101. Sekejap saja ye, kami nak prepare untuk operation.” Doktor Ariffin memberi izin.
Armand tergesa-gesa kebilik Zulaika.
“Nurse, can I have a minute with her? Alone?” Armand mengarahkan jururawat yang manis itu keluar secara lembut. Dia menghampiri Zulaika. Serba salah betul rasanya. Zulaika senyum walaupun dalam keadaan menahan sakit.
“Awak…saya minta maaf. Banyak susahkan awak. Awak sain surat tu ek. Untuk kebenaran aje, tak ada apa-apa. Apa-apa risiko, awak tak akan kena tindakan.” Zulaika bersuara lembut.
Armand merenung Zulaika Husna. Perasaan yang pernah di alami semasa minggu suaikenal dulu datang kembali. Jantungnya berdengup kencang. Armand tunduk, memberikan sebuah kucupan ke dahi Zulaika Husna.
“Take care. Saya teman awak di sini. jangan risau. Mengucap banyak-banyak dalam hati tu, okey?”
Apabila Zulaika Husna disorong ke dewan pembedahan, Armand termangu-mangu mengenangkan tingkahnya. Kenapa aku cium dahi dia tadi? Dia sendiri tidak faham kenapa dia tegar berbuat demikian. Zulaika pun macam terperanjat tadi, tapi tidak pula dia berkata apa-apa. Malah tindakan Zulaika mencapai jari-jemarinya semasa disorong ke dewan pembedahan menambah sebak dihatinya. Kenapa ek….macam aku ni orang istimewa pula rasanya. Ah…pening.
Armand menuju ke kafe yang terdapat di dalam hospital Seri Denai itu. Perutnya masih belum berisi sejak pagi tadi lagi. Hajat hendak menjamu selera di kafe dalam kolej tidak kesampaian gara-gara Salmiah memintanya menghantar Zulaika ke klinik. Tidak mengapa. Berbaloi juga. Mungkinkah ini titik permulaan hubungannya dengan Zulaika Husna? Sudah sebulan minggu suaikenal berlalu. Sejak itu dia tidak pernah berjumpa mereka. Sebenarnya dia memang mengelak untuk berjumpa sesiapa pun. Dia tidak begitu pandai menjalin hubungan dengan perempuan. Walaupun rakan-rakan sekuliahnya sering mengatakan dia mempunyai pakej yang lengkap untuk memikat seorang gadis, tapi dia tidak merasakan begitu.
Armand makan tanpa mempedulikan keadaan sekitarnya. Terlalu lapar. Malas dia hendak memerhatikan gelagat orang lain. Selepas membuat bayaran, dia terus menuju ke bilik Zulaika semula. Diketuk pintu bilik Zulaika perlahan. Tidak ada jawapan. Dia membuka pintu tersebut, menjenguk kepalanya. Lamanya…belum siap lagi? Armand masuk. Dia menuju kesofa yang terdapat dalam bilik itu. Dia ingin meluruskan badannya. Sudah tiga jam Zulaika dibawa masuk kedewan pembedahan, cuak juga hatinya. Mata Armand semakin layu. Letih betul dia hari ini. Sesungguhnya penantian itu satu seksaan yang tidak dapat diucapkan. Kegelisahan, keresahan semuanya menjadi satu perasaan yang terlalu sukar untuk dihuraikan. Badannya masih berada didalam wad, tetapi pemikirannya telah jauh merewang entah ke mana. Ya Allah….selamatkan lah Zulaika Husna.

—————————–

BAB 8

Armand bermalas-malas di atas katil dalam biliknya. Hari ini dia tiada kuliah. Malas rasanya hendak ke perpustakaan. Walaupun ada kerja yang perlu diselesaikan, badannya terasa lemah sahaja. Ah…biarlah. Naik biul dah mentelaah. Hari ini lepak aje lah, bisik Armand.
” Nah….ni ada surat untuk kau.” Rakan serumahnya mengunjukkan sepucuk surat kepada Armand.
Armand mencapai surat tersebut. Dia membukanya lambat-lambat. Membaca isi kandungan surat itu. Armand tersenyum nipis. Jemputan kahwin dari rakannya yang sama-sama menuntut dahulu.
“Hai…..dah sampai jodoh kau Zaki. Alhamdulilah.” Armand mengumam sendiri dalam hatinya.
Armand mencapai telefon bimbitnya. Terus jari-jarinya lancar memicit angka-angka pada telefon tersebut. Dia menunggu panggilannya dijawab.
“Assalammualaikum….” Armand menyapa lembut apabila panggilannya dijawab.
“Ika free ke petang ni?” Armand bertanya lagi. Jantungnya sentiasa berdegup kencang apabila mendengar suara Zulaika Husna.
“Pukul lima baru Ika habis kuliah. Kenapa?” Zulaika menjawab lembut. Dia sedang bersiap-siap untuk ke kuliah yang terakhir.
“Habis kuliah, Ika tunggu abang kat guard, boleh? Kita keluar. Dinner luar malam ni. Abang ada hal nak bincang dengan Ika.” Armand menyatakan niatnya. Dalam hati dia berdoa agar Ika sudi meluangkan masa untuk bersamanya.
“Okey. Tapi kalau hujan abang jemput kat dalam ye. Kawan-kawan Ika macam mana?”
“Just the two of us, please. Abang tak berapa sihat ni, tak ada mood nak layan mereka lah. Kita aje ye?” Armand memujuk.
“Kalau abang tak sihat, tak payahlah kita keluar. Nanti teruk lagi” Zulaika Husna menyuarakan pandangannya.
Armand diam seketika. Zulaika selalu begini. Kalau diajak keluar, dia pasti akan membawa bodyguardnya yang berdua itu. Satu macam murai tercabut ekor, satu lagi macam budak tak cukup makan. Asyiklah lapar memanjang. Mereka bertiga sebaya, tetapi Zulaika nampak lebih matang. Mungkin kerana dia agak pendiam, tak banyak cakap. Gemar memerhati dan senyum sahaja. Sesekali dia bercakap tu yang buat hati Armand tak tenteram. Darah rasa menyerbu ke mukanya.
“Tak pe lah kalau Ika tak nak keluar.” Armand mematikan telefon bimbitnya. Dia mengeluh sendirian.
Telefon bimbitnya berbunyi, menandakan ada panggilan masuk. Armand melihat paparan pada skrin telefonnya. Dia tersenyum. Sengaja tidak diangkatnya. Tahu risau ek. Nasiblah. Panggilan berbunyi lagi. Armand diam sahaja. Biarkan. Kemuadian dia mendengar bunyi pesanan masuk. Dia membaca mesej tersebut.
‘Janganlah merajuk. Bukan Ika tak nak keluar dengan abang. Tak pe lah. Suka hati abang lah….’
Eh eh….dia pula yang nak merajuk. Biarkan. Mesej Zulaika tidak dibalasnya.

Tepat jam lima, Armand sudahpun memakirkan keretanya diluar kawasan kolej Zulaika. Dia masih melekatkan stiker kolej yang membenarkan dia memandu terus ke dalam kolej, tetapi Armand malas. Nanti tentu akan terjumpa dengan junior-junior lamanya. Panjang pula boraknya nanti. Dari jauh dia sudah melihat kelibat Zulaika. Menapak tanpa menoleh ke kiri atau ke kanan. Tubuhnya yang tinggi lampai, hampir mencecah enam kaki itu merupakan satu tarikan istimewa. Armand sendiri mempunyai ketinggian enam kaki satu inci. Jika mereka berjalan berdua, mereka selalu menjadi tumpuan. Sama cantik, sama padan. Seperti supermodel.
Zulaika menyambut huluran tangan Armand. Dia tunduk mencium tangan Armand. Persis seorang isteri mencium tangan sang suami ketika suami hendak ke tempat kerja. Satu perasaan kasih menular dihati Armand tiap kali Zulaika mencium tangannya. Tidak pernah perempuan dewasa mencium tangannya, selain daripada anak-anak saudaranya. Armand tidak pernah meminta Zulaika berbuat begitu. Tetapi itu lah sikap Zulaika. Manja. Armand senang. Terasa Zulaika adalah miliknya.
Mereka memasuki kereta tanpa bercakap. Beg yang disandang oleh Zulaika diletakkan ditempat duduk belakang. Armand memandu dengan tenang. Dia menunggu, siapa yang akan memulakan percakapan.
“Ajak orang keluar, tapi dia macam patung pulak..”Zulaika membebel dalam hatinya. Wajahnya tetap selamba. “Nak pakai bahasa isyarat ke ni? Dia ni biar betul, penat aku cross country tadi nak cepat sampai, alih-alih dia diam sahaja. Ni aku boring ni.” Zulaika mengumam lagi.
Armand memandang Zulaika dari hujung matanya. Tidak jemu dia memandang wajah Pan Asia Zulaika itu. Wajah yang bersih tanpa calitan makeup. Rambutnya yang panjang dan berombak itu diikat tocang satu. Macam headgirl di sekolah menengah dulu. Tiba-tiba Armand menepuk paha Zulaika. Zulaika yang terkejut terus melatah.
“Aiii si bisu dah meraba…mak tolong acik…”
Zulaika menutup mukanya. Malu sungguh rasanya. Armand terhinggut-hinggut menahan tawanya dari pecah. Matanya bersinar.
“Abang ni selalu macam ni. Tak baik tahu. Ika tak sukalah….”
“Acik mana tadi?” Armand mengusik Zulaika. Bibirnya masih mengukir senyuman. Hilang pening kepalanya. Inilah keistimewaan Zulaika. Bila berada dengannya, hati yang walang boleh menjadi tenang. Auranya sangat kuat.
Armand memberhentikan keretanya dihadapan sebuah restoran.
“Yuk, minum dulu, hauslah.”
Zulaika Husna memerhati Armand menghabiskan makanannya. “Lapar betul gayanya mamat ni. Sisa aku pun dia kebas. Isyy….tak boleh masuk majlis kalau macam ni.”
“Kenapa….tenung semacam aje ni. Muka abang makin ‘handsome’ ke?” Armand bertanya setelah merasakan dirinya menjadi perhatian Zulaika.
“Dah berapa hari abang tak makan? Habis semua, licin.” Zulaika memuncungkan mulutnya pada pinggan-pinggan yang telah kosong dihadapan mereka.
Armand tersenyum. Memang dia kebulur hari ini. Dia cuma makan oats sahaja pagi tadi. Tengah hari tadi dia malas keluar. Alah, setakat makan mi kari, tidaklah dikira kaki makan. Belum masuk ketagori pelahap lagi.
“Abang tak ambik lunch tadi, tu yang lapar ni.” Armand menerangkan duduk perkara yang sebenar.
“Kenapa, abang dah rasa berat ke?”
“Tak ada lah sampai macam tu. Ika tenguk abang gemuk ke?” Armand memancing pandangan Ika. Janganlah dia kata aku gemuk, masak jadinya ni…Armand mengumam dalam hatinya.
“Abang tinggi, tak nampak besar pun. Okey je macam ni. Gemuk pun tak pa, kurang sikit peminat abang.” Zulaika bersuara lembut. Bukanlah dia cemburu, tetapi kadang-kadang pedih juga telinganya mendengar ada yang menyebut nama Armand Danial.
Armand Danial merenung Zulaika Husna. “Bunyi macam cemburu aje. Aisey….dah pandai cemburu ke minah ni? Ini satu perkembangan baru. Selalunya minah ni buat selamba badak aje, hari ni dah pandai melahirkan rasa tidak puas hati pula. Sayang lah tu.” Makin meleret senyum Armand.
Baru selangkah mereka keluar dari restoran, tiba-tiba Armand disapa oleh beberapa orang gadis. Armand terkejut.
“Bos….bos kan ni?” Shani setiausahanya menegur.
“Erm….sayalah ni. Tak kerja ke ni?” Armand menjawab malas. Adoi…..hebohlah kat ofis nanti ni. Budak-budak ni bukan boleh percaya sangat. Hobi mereka buat ketupat. Kali ni Armandlah bahan ketupat mereka.
“Eh, kerja bos. Tenguklah jam bos tu. Ofis hour dah habislah bos” Shani bersuara lagi.
“Ermm….lupa pulak saya. Baru keluar ofislah ni? Okeylah ye, saya balik dulu. Enjoy yourselves.” Armand mencapai jemari Zulaika, mengisyaratkan bahawa mereka perlu tinggalkan tempat itu.
“Oh ya, lupa pulak. Ini Zulaika Husna, tunang saya. Ika, ni semua staff abang.”
“Hai…” Zulaika menyapa lembut. Hatinya rasa bagaikan hendak meletup.
“Bila pulaklah mamat ni meminang aku? Sedap mulut aje mengaku aku ni tunang dia. Mulut tak ada insuran langsung. Aku saman nanti baru tahu” Zulaika bercakap-cakap sendirian dalam hatinya.
“Amboi bos…..bertunang diam-diam aje. Tak jembut pun kami.” Shani bersuara. Matanya tidak puas merenung wajah manis tunang bosnya. Tinggi lampai. Sesuailah dengan bosnya yang juga tinggi. Kalau hendak bercakap dengan mereka berdua ni, kenalah mendongak kepala.

Shani, Mariam dan Ratna memerhati bos mereka berpimpin tangan menuju ke kereta. Patutlah bos tidak berapa ramah dengan staf perempuan. Rupa-rupanya bos dah ada awek. Diam aje bos ni.
“kalaulah ada Sherry tadi, mesti dia frust tenguk tunang bos. Cun gila…..” Ratna yang diam sejak dari mula tadi tiba-tiba bersuara.
“Aah kan, nampak bahagia betul. Sama padan. Tinggi betul Zulaika tu, macam model. Entah-entah model tak?” Mariam atau Meri pula menyuarakan pandangannya. Sebenarnya dia amat terkejut melihat Encik Armand Danial tadi. Satu ketika dulu dia sendiri pernah menyimpan angan untuk menjadi kekasih Encik Armand. Tetapi lama-lama anganan nya itu dipendamkan sahaja kerana Encik Armand melayan mereka sama rata sahaja. Melihat Encik Armand melayan tunangnya tadi, tahulah Meri Armand ni seorang lelaki yang penyayang. Di pejabat dia seorang yang serius, tetapi melihat tingkahnya bersama Zulaika, ternyata sikapnya amat berbeza.

++++++++++++++++++++++++++++++
“Marah ke?” Armand bertanya apabila mereka telahpun berada didalam kereta. Zulaika diam sahaja. Tidak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaan Armand itu.
“Sayang marah abang ke ?” Armand bertanya lagi.
Zulaika menggeleng kepalanya. Buntu fikirannya. Dia memang suka kepada Armand, dan dia juga seperti Armand, mengharapkan perhubungan ini akan kekal buat selama-lamanya. Tetapi hakikatnya, mereka masih belum ada apa-apa ikatan. Dia merasa tidak selesa menipu staf-staf Armand.
“Kita nak kemana ni?” Zulaika cuba mengubah topik perbualan mereka.
“Shariman butik. Abang nak cari baju Melayu. Hujung minggu ni kawan abang kahwin. Dia minta abang jadi pengapitnya. Ika ikut abang ye?”
“Kat mana?” zulaika meminta penjelasan lanjut.
“Kat Terengganu.”
“Jauhnya….”
“Kawan rapat abang masa belajar kat UK dulu. Ikut ek?”
“Nanti Ika tanya papa dulu. Kalau papa izinkan, Ika ikut. Kalau tak, abang pergilah sorang.”
Armand memberikan isyarat untuk berhenti dibahu jalan. Jari-jarinya cepat sahaja mencari nama ‘papa’ yang memang ada dalam simpanannya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: