Novel : Semurni Kasih Humairah 1

Nama Pena : ixora_xlory

Jam telah menunjukkan tepat jam 12.30 tengah malam. Sambil mendengar alunan suara daripada bintang Hollywood, Mariah Carey, lagu yang bertajuk Without You itu seakan-akan mengembalikan ingatan Maira kepada seseorang yang jauh di seberang benua, juga yang jauh telah dicampakkan jauh dari hidupnya.Spontan, satu keluhan berat kedengaran jelas di pendengaran sesiapa sahaja yang mendengar. Angin malam yang menyapa sebujur wajah kurniaan Ilahi itu tidak mampu meredakan kegusaran yang tiba-tiba bermungkim di dasar hatinya.
Redha.Pasrah.Takdir. Tiga perkataan yang membawa makna yang besar dan mendalam di dalam rencana hidupnya.Peristiwa lalu benar-benar menjadikan hatinya sekeras kerikir atau mungkin lebih teguh daripada itu.
Jika dia diberi peluang untuk memilih kata hatinya..Jika dia diberi peluang untuk membenarkan akan suara hatinya sendiri..Jika dia diberi peluang untuk memilih antara semua andaian yang diperkatakan..Jika dia diberi peluang untuk memutarkan kembali masa-masa yang lalu.. Hanya jika..Ya.Semua itu hanya jika Maira..
Astaghfirullahalazim..
Cepat-cepat Maira beristighfar.Seketika, dia terlupa akan pesanan arwah ayahnya.Terngiang kembali akan nasihat-nasihat terakhir yang sempat disampikan sebelum arwah ayahnya itu pergi meninggalkan dunia untuk selamanya.
“Maira. Kamu kena kuat semangat dan sentiasa tabah. Jangan sesekali berputus-asa walau macam mana hebatnya dugaan dan ujian yang datang.Kamu juga jangan pernah sesekali lupa yang kita tidak boleh mengeluh dengan perkataan jika. Perkataan itu sememangnya tidak disukai oleh ALLAH nak.Itu juga boleh menjadikan kita syirik dalam diam sebab tidak mahu redha akan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-NYA.Janji dengan ayah ye sayang..”
Sekilas, ada kesakitan dan kesedihan yang menghuni nalurinya ketika itu. Dan tiba-tiba, terasa ada air hangat sedang mengalir lembut di tubir mata seorang gadis yang bernama Hana Humairah.
‘Move on Maira.Kamu boleh!Go girl!’
kedengaran suara hati Maira berbisik perlahan.
’Ye. Aku boleh.Mesti boleh punya’
tekad Maira kepada dirinya dalam diam.
Hanya DIA sahaja yang mengetahui akan apa yang telah berlaku. Hanya DIA juga yang Maha Mengetahui akan apa jua yang akan berlaku..Hanya DIA juga yang mengetahui akan isi hati yang sebenar..Hanya DIA sahaja..

***

Melihat seakan ramai pelajar berpusu-pusu menuju ke arah kafeteria, telah membantutkan terus keinginan seorang gadis berbaju kurung biru laut untuk meneruskan hasrat perutnya yang sedang menjerit-jerit kelaparan. Sambil berkira-kira untuk melupakan sahaja impian yang telah ditanam sejak kuliah pagi lagi, tiba-tiba terdengar seolah-olah namanya di panggil dengan lantang dari arah belakang.
“Assalamulaikum Maira”.
“Waalaikumussalam..Ye?”
balas Maira perlahan sambil mencari-cari gerangan yang memanggil namanya itu. Kelihatan seorang pemuda segak berkemeja panjang berwarna hijau muda sedang tersenyum nipis berada betul-betul di belakangnya ketika itu.
‘ Gila apa mamat ni. Nasib baik aku pusing comel sikit. Kalau pusing dengan bersemangat tadi, huh! Free-free je dapat merasa aset berharga aku.Sengal punya mamat’
gerutu Maira sambil memandang pelik ke arah pemuda yang telah di cop sebagai sengal olehnya.
“Awak Maira kan? Nama yang macam artis tu kan?Hana Humairah kan?kan??\”
soal pemuda itu bertalu-talu.
‘Memang nak kena mamat ni tau tak! Dah lah buat kejutan tengah-tengah hari buta ni. Lepas tu boleh lah pula nak tanya aku siapa? Tadi bukan main bersemangat kau panggil nama aku. Nasib baik lah aku ni baik sikit budaknya. Kalau tak, memang dah lama kau jadi lunch aku hari ni! Sengal!!’
ngomel Maira bersama-sama jelingan tajam yang sempat dihadiahkan kepada pemuda ‘sengal’ itu.
‘Eh.Marah ke minah ni? Hahahahaha. Marah-marah pun maintain cun weh gua cakap lu.’
Tersenyum Zarith dengan kata-katanya sendiri.
” Ya. Saya Maira. Hana Humairah. Nama macam artis top kan cuma saya ni tak suka nak show-off show-off sangat. Buat tambah dosa riak je nanti”
sindir Maira dalam diam.
“Saya terasa seperti disindirlah. Haha. Maaflah. Cuma nak mengconfirmkan lagi je.Mana tahu takut-takut salah orang kan.Hehe. Madam Syara nak jumpa awak pukul 2 nanti.Dia pesan bawa sekali report trip ke Langkawi.”
laju Zarith menerangkan sambil maintain melemparkan senyuman ‘maut’ nya kepada Maira.
’Senyum-senyum. Bajet aku boleh terus cair lah kan dengan senyuman kau tu.Heh!Salah orang lah even memang kau tu hensem.’
Omel Maira sendirian.
“Itu je ke?Saya ingatkan gempak sangatlah berita yang awak nak beritahu saya kan. Yelah.Panggil saya pun dah gempak tiga macam.Okeylah.Terima kasih sebab susah-susah je habiskan tenaga awak nak sampaikan pesanan penting ni.Mesti sakit tekak awak tu.Jangan lupa minum air asam jawa ye balik nanti.Assalamualaikum”
terus Maira berlalu meninggalkan Zarith sebelum sempat dia berkata apa-apa. Terkebil-kebil Zarith melihat lenggok Maira dari belakang.
’Pergh minah ni.Boleh tahan kerek juga.Dah lah tak sudah-sudah sindir aku,hahaha.Hana Humairah.Hana Humairah.Jual mahal ek.Tak apa.Tak apa.We will wait and see okey’

***

“Hoi makcik! Si Zarith tu nak apa dengan kau??Gosip hangat ni weh!Pergh!Hangat juga kawan aku sorang ni rupanya ye.Diam-diam berisi gitu!Mari kita terjah Hana Humairah!!”
Tanpe pamitan, Shahira Shawati atau lebih dikenali sebagai Atie terus menyerbu Maira yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di atas katil.Dengan muka yang berkerut seribu, Maira terus membaling bantal Patrick kesayangannya ke arah kawan baiknya itu.
“Kau ni dah kenapa.Tak sempat aku nak cium katil aku ni haa, dah bawa perkhabaran songsang ek!Heh!Lagi satu yang memang buat aku panas hati ni, kau baru tahu ke aku memang meletup gitu?Dah berapa lama kau jadi kawan baik aku ni haa??”
“Sebab aku dah kenal kau lama lah, aku terkejut kau rupanya lebih hangat dari biasa.Hahahahaha” gelak Atie sambil menekan-nekan perutnya disebabkan kelucuan yang amat.’Memang nak kena Atie ni agaknya.’
Sebiji bantal gajah yang juga kepunyaan Maira turut sama dilemparkan kepada Atie yang masih lagi ketawa dengan bersungguh-sungguh.
“Hoi.Dah lah tu.Sakit mata.Sakit hati aku tengok tahu tak.Ceh”
marah Maira apabila melihat Atie seperti tidak mahu berhenti menggelakkan dirinya.
“Okey.okey.Maaf ya cik Hana Humairah Mahali.Saya,Shahira Shawati Abidin memohon ampun dan ribuan kemaafan kerana terlanjur menggelakkan kamu.Hahahaha.”
Spontan, kedengaran lagi gelak ketawa Atie untuk sekian kalinya.
“Ish.Malas lah layan kau ni.Buat sakit hati je.Baik aku layankan mata aku yang dah start buat perangai manja dia.Huh!”
“Alalala.Cik Maira kita dah merajuk lah.Hehe.Kau janganlah membuta dulu kak.Aku nak buat exclusive interview dengan kau ni Ira,hehe.”
Tersengih-sengih Atie meminta belas kasihan Maira yang sedang sibuk membetulkan kedudukan pembaringannya ketika itu.
“Kau dengan Zarith tu ada apa-apa ke kak?Nape aku tak tahu pun kau kenal dengan dia weh??Kalau aku tahu, boleh juga aku up kan sikit saham aku ni sebagai kawan kau tau!Hehe”.
Seperti terkena renjatan elektrik, Maira terus sahaja bangun dari katilnya dan spontan hasrat untuk tidur terus terbantut selepas mendengar kata-kata Atie.
“Kau merepek apa ni Tie?Zarith??La.Zarith mana pula ni kau cakap?Aku ada kawan namanya Zarith ke ek??”
jelas kelihatan seribu kerutan di dahi Maira.
Dia seolah-olah cuba mengingati kembali nama-nama kawan lelakinya.Tetapi dia masih belum berhasil menjumpai manusia yang bernama Zarith di dalam senarai nama rakannya yang berlainan jantina itu.
“Eh.Mana ada Atie aku kawan dengan budak yang namanya Zarith ni. Zaidi,Zamarul,Zakuan ada lah.Mengarut je lah kau ni.Ish”
“La.Yang aku nampak kau borak dengan si Zarith dekat café tadi tu apa nya?Ish nenek sorang ni.Memang patut pun panggil kau nenek.Belum cukup umur dah nyanyuk tak menyudah minah ni”
“Hoi.Cari gadoh nampak?Ceh.Serious lah weh.Mana ada aku kenal dengan budak nama Zarith ni.Memanglah tadi aku ada bercakap dengan sorang mamat sengal ni dekat café.Bukan borak pun kot.Dia sampaikan pesan Madam Syara je.Eh eh.Jap.Mamat sengal tu Zarith ke nama dia?”
sambil menayangkan muka pelik, Maira kelihatan seperti seorang budak darjah 1 yang sedang menjawap ‘killer question’ daripada gurunya.
“Ya Rabbi budak ni.Takkan kau tak kenal Zarith weh? Zarith Zafran??Mamat yang jadi first ranking dekat u kita ni??Budak engine??Serious tak kenal??”
bertalu-talu Atie menghamburkan soalan yang lebih kepada pertanyaan tidak berpuas hati kepada rakan baiknya itu.
“Eh.Betul lah kak.Aku tak kenal pun mamat first ranking kau tu.Patut nya dia tak boleh jadi first ranking lah.Sebab aku tak kenal pun dia?Hele.First ranking konon.Perangai sengal terlebih.Camtu boleh ramai fans??Aku rasa ada something and somewhere wrong di situ.Huh!”
protes Maira sambil mememekkan mukanya.
“Kau ni dah kenapa.Dia ada buat salah kat kau ke??Ceritalah weh.Macam best je gossip ni.Hehe”
“Kalau kau nak tahu,mamat first ranking kau tu,dalam kepala dia ada manyak fius dah terbakar.Nama je budak engine.Padahal dalam kepala sendiri menimbun soket rosak.Sengal gile!”
“Eh!Dia ada buat tak baik ke dengan kau??Setahu aku,si Zarith tu okey je budaknya.Humble.Anak lord lagi.Pelik lah aku bila kau cakap camni”
“Memanglah dia tak buat pape dengan aku.Tapi.Dia tu sengal!S.E.N.G.A.L!Huh”
“Haha Maira.Aku pun tak paham dengan kau ni.First time aku rase ada girl cakap dia sengal.Before ni mana ada seh.Semua girl cair wa cakap lu bila jumpa dia.Termasuklah aku yang comel ni.Nasib baiklah aku ni dah ada Kamal.Kalau tak, nak juga aku testing power aku dekat dia.Hehe”
“Ni yang nak kena report dengan Kamal ni.Lalala”
“Ala Maira.Tak payahlah susah-susah.Kalau kau nk tahu, Kamal dengan Zarith tu cousin kot.Sebab tu aku kenal juga si Zarith tu haa.”
“Haa???Eh.Asal aku tak pernah tahu Kamal ada cousin dekat sini gak weh?”
sekali lagi Maira menghadiahkan mimik muka budak darjah 1 kepada Atie.
“Macam mana kau nak tahu kalau 24jam asyik dengan buku je kak.Orang ajak gossip sikit,pergi tempat lain.Ajak anyam ketupat sikit,blah awal-awal.Memang patut pun kau tak tahu.Tak pernah nak ambil tahu.Camtulah jadinya”
dalam diam Atie sempat mengenakan Maira yang sedang terkulat-kulat mendengar penerangannya itu.
“Wah.Sindir nampak??Mestilah aku malas nak join.Kau ajak aku buat dosa.Memanglah aku tak take part.Aku kan budak yang baik.Mana ada talent dalam benda-benda camni.Haha”
serentak itu, sempat juga Maira menjelirkan lidahnya kepada Atie.
“Nyampah.Tak sudah-sudah perangai kaki perasan dia tu.Ceh.Tapi kan kau tak pelik ke kak camni si Zarith tu boleh kenal kau?Kau bukannya kenal dia pun kan??Pelik ni.Entah-entah dia syok kat kau tak?Tu yang dia boleh kenal kau tu!”
“Sila jangan buat serkap dan jarang ye cik Sharifah Shawatiku.Kan aku cakap tadi, dia tolong sampaikan pesan Madam Syara.Mestilah dia kena cari aku even tak kenal aku pun.Itu pun mau di ajar kah??Ceh minah ni.Memang suit sangatlah perangai kaki gossip dengan kau yang.Hahaha.”
kali ini,Maira pula menjadi mangsa balingan Garfield kesayangan Atie.
“Dahlah weh.Layan kau ni sampai tak sempat aku nak membuta.Dah nak pukul 2 dah.Nak kena jumpa Madam Syara pula.Malas betul aku tau.Ni semua Ir punya pasal lah.Gedik betul letak nama aku jadi pembantu dia handle projek Langkawi ni.Heh”
muncung mulut Maira sambil mulut terkumat-kamit mengutuk Irfan, rakan sekelasnya itu.
“Aku rasakan Ira,Ir tu ada hati kat kau lah weh.Kau tak perasan ke cara dia pandang kau tu lain sikit.Even Irfan tu cool je aku tengok,tapi dia dengan kau memang ada lain sikit lah.Kau tak perasan ke weh?”
“Dah pulaaa minah ni.Tak habis-habis lah kau ni nak buat kerepek eh.Ceh.Enough miss Sharifah Shawati.I have to go right now.Dont forget to attend Sir Helmi class at 3 pm today okey.Kau tu bukan boleh caya kalau dah tidur.Bye yang”
serentak itu kedengaran pintu bilik di tutup dari luar.
’Maira.Maira.Takut sangatkah kau dengan perkataan cinta tu..’

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: