Novel : Wonderwall 1

Nama Pena : Kechik

1

Angin yang kuat menebarkan langsir.Tersentak dari lamunan,senyuman tanpa gula
terbit. tanpa disedari Ari menjengulkan kepala keluar tingkap ternyata bintang bertaburan
dilangit,kekasih tak dianggap berdetum ditelinga.Terasa tak mahu berganjak dari jendela
yang menjadi tempat dia meluahkan rasa sedih,suka dan segalanya.Dia melihat jam tangan 12.20 tengah malam,matanya masih segar dek pekena Nescafe secawan.

“hoi,yang kau dok tercongok macam orang tunggu bulan jatuh tu apesal?dah tak ada
kerja lain ke?”serentak bubu tepat melekat di muka Ari,earphone ditelinga ditarik

“Chik,kau ni kan pantang tengok aku duduk syok sendiri la, pi la main jauh-jauh tu,menyebuk aje.”Chik buat muka.

“yelah-yelah aku aje yang menyebuk,tak pe la.Dah la tak nak buat Nescafe tuk kau,kau
nak ,buat sendiri.”gumanya berbaur merajuk,

“aiyark Chik dah pandai merajuk sekarang,ala Chik, Aku gurau jela.Chik jangan la majuk.Ala bucuk-bucuk”serentak Ari menjulingkan matanya kearah Chik.Serentak ketawa mereka bersatu.

***

Ari menekan-nekan pensil Parker miliknya,entah mengapa hari ini tak ada sekelumit ilham pun yang dapat disalurkan,yang ada hanyalah contengan-conteng yang menari
mengikut tangan.Dalam hati dia berperang sendiri,”Rie,kau ni dah putus warna ke?
Tak pun terhantuk kat meja pagi tadi masa mamai baru celik,tak ada idea langsung.”bebelnya sensorang.

Hensetnya berbunyi oh baby,”unknown number”bisiknya lantas butang penerima
Pemanggil ditekan,senyap.
Lambat-lambat dia bersuara.”hel..lo,”senyap.”siapa ni?keadaan tetap tidak berubah.

“kalau awak sesaje nak buat crank call saya rasa baik letak jela,bazir kredit je”dengan
Kasar dia menekan butang mematikan talian,”gilak”ucapnya sepatah.

Tidak berkelip Chik memandang gelagat Ari yang tidak tentu hala bercakap sorang-sorang.Lalu dia menegur.

“kau ni apesal?ngek dah ke?cakap sensorang dengan handset?Chik buat muka senget
pandang tepat kearah Ari

“taderpaper la Chik,jom pergi makan Aku lapar la.”dalih Ari malas dia mahu pebesarkan hal itu

“taukeh..mee goreng dua,milo fuzz kaw dua eh”tangan disilangkan mata tepat memandang Chik,

“Ari yang kau pandang aku serupa biowoman keluarkan leser sampai tembus tengkorak aku ni kenapa?dah buang terbiat ke?”Chik perasan akan tindakkan Ari yang membuatkan dirinya rasa mahu simbah sahaja air dihadapan meja makan itu

Ari senyum.”Chik.kau bila nak kahwin?”pertanyaan spontan dari mulut yang tidak ada insuran Ari..

Hampir tersembur air yang baru ditenguk Chik,”Ari kot ye pon kalau nak buat lawak yang tak seberapa lawak pun agak-agak la.”muncung Chik

“Ala Chik ni,tak elok lama-lama,kesian Azam tuh”Ari segaja menenyitkan matanya kea rah Chik.

Apa yang ada diminda Ari tika ini hanyalah buntu,perlukah dia meluahkan segalanya sedangkan apa yang dia rasa ini tidak ada orang yang memahami atau merasainya.Kadang kala bila tengok orang lain bahagia,tipu kalau diri tu tidak ada rasa cemburu.Tapi hatinya sering kali menidakkan perasaan itu.Alasan tidak mahu terluka lagi.

“Chik nak tunggu Ari”keningnya segaja diangkat-angkat

“apa-apa jelah Chik oi”malas nada Ari.

****

“Mak ai,malas betul la aku hari ni”selimut ditarik kedada,dikerling jam disisi 8.30 pagi.
Empat,tiga,dua…….

“Ari bangun!!karang lambat pulak..”Ari buat muka malas,dah agak, sharp 8.30 Chik mesti bising.

“Bangun la ni,”Chik ni dengki tol la. Ari bangun duduk bersila diatas katil,tangan dikuap menahan rasa mengantuk yang berbaki.

“Ari!!!”Laung Chik,masih kedengaran diikuti ketukan pintu

“Chik,Aku da bangun la,”pintu bilik dibuka “dengki betul la,bagi la 5 minit lagi”ngomel Ari berlalu kearah bilik air

“ek eh budak ni.karang lambat dia bising,kenapa tak kejut,ni ,orang dah kejut dia bising juga.”Chik buat muka

“Chik!comel la buat muka macam tu,sorry thank la kejut”pujuk Ari,dia tahu Chik seorang yang ikhlas,dan Chik dah anggap dia macam adik kandungnya sendiri

“Nak mengampu la tu”

“lepak la Chik emo!”Ari menyakat

“dah pergi mandi bau masyam dah,lepas tu makan sarapan ni,Chik dah masak,Chik pergi dulu,jangan lupa kunci pintu”arahan yang wajib dipatuhi

“iyo la madam”Balas Ari

****

Oh baby berdering mengalunkan rentak,lantas hanset itu di tarik dari saku seluarnya,
“private number?”pelipis digaru tidak gatal,butang menerima ditekan,”Hello”

“Ari,ni aku Fahri,”

“Fahri….”hampir terlepas handset ditangannya

“Hello..you there??”

“ermm,ya..ada apa kau call aku ni?soal Ari menyembunyikan riak wajahnya

“Bas ke Muadzam pukul berapa ya?aku lupa la”

“ermm.tak silap aku pukul 2.30 macam tu la,”

“Thank ya,sorry aku ganggu kau,”balas Fahri

“o..ok”.Ari masih terpana. “dia call aku?”

Ari masih tercari-cari,selama ni Fahri menghilangkan diri,berita yang terakhir dia terima,Fahri kembali kepangkuan Rina.

Dan Ari mengerti bukan mudah untuk mendapat cintanya kembali.Lagi-lagi pabila Rina kembali.Namun Ari tahu kehilangan seseorang bukan beerti dia seharusnya stop living,bak kata seorang penulis Live a happy life..especially for THEM.Dan mereka itu adalah orang-orang yang masih menyayangi dia dan memerlukan dia

Dengan kata-kata itulah,dia tekad dalam diri,membawa hati yang terluka ke negeri orang.Bukan beerti dia melarikan diri tetapi hanya mahu mencari eternal happiness yang seharusnya dia miliki,biarlah kenangan itu menjadi kenangan yang abadi,biapun tidak memiliki,kerana dia akui cinta tidak seharusnya memiliki.dan Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

***

“Chik Aku dengar hari ini ada budak baru masuk batch kita kan?”soal Ari tanpa memandang wajah Chik

“a..ah,iya la kot,apesal kau Tanya aku ni?dah ada yang berkenan ke?”

“agak-agak la chik,kot ye pun nak berlawak,tak lawak la Chik”Ari buat muka

“Ari,Chik nak Tanya kau sikit boleh?\”

Ari memandang Chik dengan seribu persolan.Tak pernah-pernah pun Chik minta izin macam ni,dah macam inang dayang istana nak minta cuti dari tuan puteri je.

“Kau jangan la buat muka macam tin kene lenyek pulak,”tegur Chik

Ari melepaskan nafasnya perlahan”Tanya la Chik,aku tak kisah pun nak tanya apa pun”

“Kenapa sampai sekarang kau masih tak nak terima sesiapa pun dalam hati kau tuh?”Senafas Chik melepaskannya
“Chik….”

“kalau kau tak mahu bagitahu aku taderpaper,Aku tak kisah,ye la..sampai bila kau nak hidup macam ni Ari,Jangan disebabkan peristiwa lama tuh,kau simpan dan tak lepaskan,Sampai bila kau nak tunggu dia?”
Ari hanya memandang lukisan dihadapannya,sekilas dikerling kea rah Chik,

“Chik,aku bukan tak mahu terima sesiapa tapi bagi aku masa.Chik please..”kelopak mata dilasakan hangat,ditahan supaya tidak jatuh

“Dah la Ari kalau kau nak nangis pun tak payah la ditahan-tahan,nampak sangat dah”Chik merenung mata Ari

“Mana ada”
“Ari,pandang sini”
“mana ada”
“ari”
“apa?”
“ARIANA!!”

Chik dirangkul erat.jatuh jua air mata yang ditahan-tahan,ternyata sekuat-kuat hatinya ada jua kelemahannya,dada terasa lapang saat ini,Hanya Chik tempat dia mengadu,mencurah rasa,menempiaskan kemarahan,tapi Chik tetap sayang padanya,Chik faham,dia punyai alsan tersendiri.Hanya dia yang tahu.

“Chik,thank ya”sisa air mata dilap di hujung jarinya

“Ari,aku dah anggap kau macam keluarga aku,sedih kau,sedih aku juga,Tapi bila kau senang hati suka bagai
nak gila,macam orang kena sampuk pun boleh buat aku senang Ari”

“Chik aku sayang kau”senyum terbit dibibirnya

“mee goring pataya satu”Chik dah buat muka jahat

“Chik..teruk betul la.Tapi lapar ni,jom la”lantas tangan Chik ditarik
Biarlah,biarlah kekecewaan yang dirasakan ini,hanya dia yang tanggung,dan bilamana,saatnya dia sendiri tak mampu nak tanggung lagi,Hanya Chik yang sanggup kongsi rasa tuh,walau dia rasakan ianya tak sama dengan apa yang dia rasa,sekurang-kurangnya dia dapat rasa ada orang yang masih peduli dan sayangkan dia.

***

“Ari aku kenalkan ni,classmate kita yang baru masuk,Addi dan Adha”Jua selaku leader memperkenalkan budak baru kepada Ari kebetulan Ari melalui bilik ketua coordinater Batch 1,selepas waktu kuliah tamat

“Owh.so korang ni satu kelas dengan aku la?”

“Yup,Aku Addi,ni adik kembar aku,Adha”balas si abang

“you’ll twins la ni”Ari sengeh

“a.ah”balas si adik

“owh,okei,aku ada kerja la,sorry tak boleh lelama,see you’ll later yah”

“its ok”Ari berlalu sambil diperhati kedua kembar

“Twins rupanya padan la sama jea,mesti kecoh kejap lagi”guman Ari sendirian

Ari mempercepatkan langkahnya menuju ke ruang menunggu,kata Jua ada orang nak jumpa,mesti angah,kutnye pun nak jumpa bagi la tau,adeh.wat suspend je.di hujung koridor Ari terlihat susuk tubuh lelaki,mesti angah

“Ang….”belum sempat ayat dihabiskankan lelaki tersebut memalingkan tubuhnya

“Ari”
“Fahri”Ari seakan tidak percaya,lelaki dihadapannya
“kau buat apa kat sini?Ari menggaru pelipisnya
“Aku nak jumpa kau”

Terkedu Ari,namun riak mukanya ditahan supaya tidak kelihat kecuakkan

“Aku?”

***

Tasik dihadapan bagitu tenang,setenang hatinya,kedua-duanya hanya mendiamkan diri,hanya kedengaran bunyi air yang memercik.Masing-masing melayan perasaan entah apa yang difikirkan

“sihat”Fahri memecah kesunyian

“macam biasa”kekok rasanya bercakap macam ni,ai Ari sejak bila kau jadi macam ni.

“Kau macam mana sekarang?ini kau datang jumpa aku Rina tak marah ke?jujur Ari,matanya hanya ditala kearah tasik,tak sanggup rasanya berhadapan dengan mamat sebelahnya

“hmm”keluhan berat kelihatannya”Ari, aku dah break off dengan Rina”beku riak wajah Fahri

“Sekali lagi?”senyuman sinis dilemparkan”apa yang dia dah buat pada kau?”

“Dia duakan aku,aku pun bodoh,sebenarnya aku tahu dia ada orang lain,tapi aku sayang dia Ari,aku mintak maaf sebab selama ni aku sakitkan hati kau,bukan niat aku nak jauhkan diri dari kau,tapi semua sebab aku sayangkan kau,”

“sampai kau sanggup kata yang aku ni perempuan yang patut kau benci seumr hidup?macam tu?tenang Ari menuturkannya,biarla bila lagi nak meluahkan apa yang terpendam dalam hati ini,biar dia tahu segalanya,pahit jerih selama ni yang dirasakan,macam mana seksa menahan sakit dalam hati ni.

“Ari..aku mohon sesangat,bukan salah kau tapi aku,”

“enough la Fahri,aku dah penat,kau boleh buat apa yang kau nak buat,aku tak kisah,sikit pun aku tak ada perasaan marah pada kau,”

Senyum pun tak marah pun tak betul la tak beriak langsung,rasa macam dah masuk mood heartless,aik?kejam sangat ke aku ni?biar la time ni la nak basuh dia,padan muka!!!

Ari dah buat muka jahat,”Fahri sebenarnya aku langsung tak da perasaan marah,tapi aku betul-betul kecewa dengan kau,sampai kau sanggup cakap macam tu pada aku,aku rasa terhina sangat,

Fahri merenung Ari dengan pandangan yang tidak berasa.

Ek ena mamat ni yang pandang aku macam nak makan orang ni apesal silap langkah aku bagi jea sebijik biar dia rasa,asbestos betul la.

“yang kau pandang aku macam ni apesal?ko tak puas hati lagi ke?”rasa macam nuclear nak meletup je saat ni,

“tak aku dah lama tak pandang kau”jujur Fahri

“ek eleh,sengal la kau ni”balas Ari nak tahan gelak

Betul la konkrit tak cukup skru.Fahri hanya senyum,Ari dah gelak sakan dalam hati.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: