Novel : Analogi 2

Nama Pena : violet_dara

Aku teringat peristiwa semalam.Malam yang larut buat aku jadi tak menentu apabila Ida diruang mata.tadi,aku tak menumpukan perhatian.Penat…itulah ungkapan dari minda aku.Letih.Letih berkerjakah?aku rasa letih berkerja tidak seperti letih masalah yang aku hadapi.Aku rasakan dunia tidak adil.
Aku mengeluh berat.Bagai terhimpit beban di dada aku.Rasa semuanya mahu salahkan aku. Membenci aku..Kalaulah aku mampu putar kembali apa yang berlaku tak mungkin semua ini terjadi.Semua ini bukan aku nak.Tapi semua macam tak puas hati apa aku buat.Aku harap Ida dapat perbetulkan segalanya.Aku malu pada mak,pada ayah.Aku malu pada keluarga,teman aku.Ida…tolonglah kau jangan hukum aku atas kesalahan orang lain…aku Cuma berharap sangat kau tak menghampakan aku.Tahukah kau aku sayangi kau lebih segalanya.

Potret Ida aku tenung sepuasnya.Ida berbaju kurung dan berselendang tersenyum.Betulke keputusan aku ni?Kenapa soalan itu aku selalu ujarkan dalam hati..sedangkan aku tak tahu apa jawapannya.Ida yang dahulu benar-benar lain.Ida yang dahulu buat aku berubah dari seorang pemarah kepada penyabar..Ida yang dahulu tak pernah guna kata kesat dan marah aku,malukan aku depan teman aku.Ida dahulu manja dan memahami.Kemana Ida dahulu aku tu?
Entahlah…jawapannya masih tiada.

Aku memandang sepi,mungkinkah Ida benci dengan kedudukan aku?Mungkinkah kerana aku hanya pengajar memandu ini amat hina pada pandangan Ida?Tak pernah pulak aku tanya.Entahlah.Hanay Ida sahaja tahu mengapa.

Tok!tok!Tok!…
Ketukan pintu memeranjatkan aku.Mau tidak terperanjat,bunyinya sahaja bagai nak roboh pintu.Nasib baiklah pintu kayu jati.Ni mungkin emak.
“Fieq…bukak pintu ni!”emak melaung.Sudah…sah dah.Marah sungguh suaranya.
“ea…bukaklah ni…”aku menjawap malas.
Pintu terkuak,muncul mak memandang aku dan terus menarik tanagn aku.
“Mari..bincang dengan ayah kau.Apalah budak-budak niTak faham aku lah..”ngomel orang tua itu.aku pun diam membisu.Aku pun tak faham apa algi nak bincangkan,macam ada sesuatu aje.Kes aku ni besar sangat ke??Mau tidak,boleh membunuhkan bapak aku jugak.sudahlah Ustaz Salleh tu sakit jantung.Mau-mau kena serangan miokardial infarct pulak karang.Hai,nanti aku jugak jadi anak derhaka.Aku dah bercita-cita tak nak jadi macam tu.Hish…..aku mengawal hati.Assabarulminnal iman…Berdebar-debar rasanya.Macam nak sesak nafas.
Ayah duduk sofa hijau tahi lembu,atas meja ada sedulang air kopi.Misai ayah yang dahulu berpintal ala-ala sarjan misai dah potong dah.Hai imej baru kot…
“Fieq….ayah nak tanya kau ni.Ida cakap kau nak putuskan pertunangan.kenapa?Menangis budak tu kau tahu.Tapi semalam kau cakap dia yang beriya hendak putuskan.Kau boleh terangkan tak kenapa kau nak buat ayah malu?”
Shafiq rasa bagai ada panahan petir.Apa pulak bala kali ni.Apa si Ida ni dah buat??
“Ayah…Fieq tak ada pulak minta.Ida-“
“Kau ada buat apa kat dia?kau jangan Fieq.Ingat hal kahwin main-main ke?”
“mana ada yah.Fieq dah sedia.Semalam Fieq jumpa ida nak settlekan hal ni lah.Dia cakap nak putus.”
“Kau ni buat mak dengan abah pening aje.Pagi tadi Ida talifon mak kau,dia cakap dia sayang kau.Kau yang nak putus sangat.Kau semalam tinggalkan dia ke tepi jalan?Kenapa kau tak hantar dia balik?”sergah ayah apabila dia sedar aku sedang mengelamun.
Haish…apa ni.aku tak faham..Aku rasa bagai Ida mahu bermain dengan api.
Aku teringat apa sepupu nasihatkan aku.’Kau cubalah fahami dia.Cuba belajar dia’,tapi kalau macam ni,dia dah paksa aku untuk teruskan majlis akad nikah kami.Aku tercabar dengan permainan Ida.Setelah hamipr 2jam setengah aku dibebel oleh ayah yang bagaikan aku yang bersalah semuanya aku diminta menelifon Ida.Meminta maaf.Kata emak,Ida mahukan majlis akad nikah kami diteruskan biarpun aku menghalang.Namun dalam hati aku jadi geram.Kenapa Ida mahu baut macam ni?Apa yang dah berlaku?Sedangkan apa yang berlaku disebaliknya.Aku menundukkan egoku dihadapan emak,mahu buat kedua ibubapa ku senang hati.Mahu mereka tak pening-pening dengan masalah antara aku dengan Ida.

Aku masuk bilik dalam langkah yang malas.Suasana yang bagai 2012.Kecamuk…haru biru rasanya.Entah apalagi aku harus katakan.Sungguh aku rasakan dunia ini menghukum aku.Sedangkan bukan aku bersalah.

Aku memandang set dulang hantaran yang emak bertunggus lums bersama jiran siapkan.15 dulang semuanya.15 dulang itu dah cukup bahagia tak untuk Ida?aku nak dia tahu bahawa dia beruntung dapat aku.

Deringan lagu I’m Yours kedengaran.Dari….IDA.
serta merta tahap amarah ku menuju puncak gemilang.
“apa semua ni?”soalan itu aku tak tahu dia faham atau tidak.
Soal ku tanpa sempat dia bersuara.
“Ida minta maaf”
Aku tak pasti benarkah apa yang diungkapkan.
“Habis…kenapa buat ayah dengan mak macam tu?menipu…membohong..”
“Maaf…Ida tengah kusut”
Bagaikan bunyi tangisan sayu.Ahh..adakah aku sudah buat dia menangis??Rasa bersalah menyelinap segenap hati.
“cuba Ida bagitahu Fieq,kenapa buat macam tu?”
“Ida takut…lelaki semua sama…”
Aku diam,bagai mencari kata-kata.Apakah maksud dia?
sedangkan aku cuba bahagiakan dia,mahu dia jauh dari terjebak dari aktiviti kurang moral.Apa,tak nampak lagi ke apa aku dah korbankan.Butakah dia?
“Fieq..maafkan ida.Terimalah Ida..”
Entahlah,bersatu semuanya.Bertambah serabut.Bagikan ada penyempitan salur darah diotakku buat aku sesak.Apakah ayat ingin ku lontarkan?saat ida mula menagih kembali hati aku sudah tawar.Ida sendiri paksa aku tawar.Namun tangisannya memaksakan aku memaafkannya.Mungkin barangkali benar,dia sedang serabot.adakah wajar aku menghukumnya?Buaknkah aku mahu ini semua?Mahukan ida kembali?
“Fieq maafkan.Dah pergi rehat,Fieq yang salah.Dah lewat ni.”aku memberi alasan,aku mahu masa untuk berfikir.
“Maafkan ida..”
“ea…Fieq dah maafkan sayang.”
“selamat malam..”ujarnya.talian terputus,aku sengaja putuskan.
Dugaan apakah ini?.

********************
Siulan dari Azfar buat aku menoleh.
“wei,mu ni…jale pandang mano?”tegur azfar.aku hanya tersenyum.
“aku pandang jale lo….”
“mu ni gapo??Ghiso aku deh..”
Ah dia ni bila dah slang kelantan pekat sudah.Aduhai,namun Azfar tidak lokek memberi kata nasihat.Itu satu buat aku kagum tu.
“wat lolok lah”
“mu jange tipu..hok ni mesti Ida kan?”
“udah lah tu…nate gapo laie?”
“mu tak tubik dengan midah?”
Saje aku ubah topik.
“aku tanya mu ni…ngapo muke mu macam tapai basi ni deh…”
“ada gaya tapai basi ke azfar?”malas aku slang kelantan.Aku pon bukan pandai pon,hentam keromo aje.Si Azfar ni bukan tak tahu guna Bahasa Malaysia tapi mengada aje.Tapi slang dia pekat..aku pun kadang-kadang naik juling kena fahamkan.
Mahu jadi cerita satu hari dia kelewatan kekelas.Masa tu aku dengan dia belajar lagi.Tapi bukan lama sangat pun insiden tu..dalam setahun lepas.
Sesuatu yang aku nak pecah perut bila ingat.
Masa tu subjek Bahasa Inggeris.Kebetulan cikgu tu cina,dan subjek pulak awal pagi Bahasa Inggeris.Dia kelewatan.Jarak rumahnya memang jauh dengan sekolah.Di jadikan cerita,musim pulak tengkujuh biarpun kami buka bersekolah di Kelantan.
(Apa ingat kelantan aje ada tengkujuh…..)
Cikgu tu pon tanya dengan Azfar..
“Why you late Azfar?”
Dia dengan basah kuyup tersengih.Dalam hati aku geram gak ngan cikgu yang garang macam singa tu,kalau boleh nak punctual.Tak fikir orang.Dah tahu hujan lagi mau tanya.Kalau aku gerenti jawab hujan aje.tapi si Azfar ni buat aku dan sekelas gelak.dan guru subjek Bahasa inggeis tu pun tergelak.First time aku tengok cikgu tu gelak sakan.
nak tahu jawapan si Azfar ni apa..
“Sorry mem,I\’ll wek fa a bah,bat da bah diden cae”
faham tak???
Ni slang kelantan dan english.Ni lah masalahnya apabila kena sepekang london.
Cikgu cina itu memandang Azfar bagai nak telan.Mungkin dia fikir azfar main-mainkannya.Kami tercengang,dan bunyi kertawa selang 5 minit.cikgu memandang tanda soal. Meminta diam sambil memukul pembaris kayu didinding.
“Pardon..what u say Azfar?”
Azfar diam,merah padam mukanya.aku pun mula-mula tak faham,kenapa kawan aku tergelak besar.Pending lagi macam cikgu cina ni jugak.Apabila azfar ulang balik aku baru faham,bagai pecah perut aku.
“I\’ll wait for a bah,but da bah diden cae”
gelak tawa satu kelas bermula lagi.Cikgu garang tu tak kami indahkan.
“class can you tell me what he said?”
aku mengangkat tangan.
“Mem,he say \’I\’ll wait for a bus,but the bus didnt come.”
selepas itu cigu Cina itu pon tergelak.Kami pun terkejut,gelaknya menakutkan.Kami tercengang seketika.Dan gelak.Kalini bukan gelak paasl azfar,tapi gelak cikgu cina tu.Gelaknya macam lelaki menampakan giginya yang ronggak.Patutlah selalu kontrol gelak.Buruk sungguh amoi tu gelak.

“woi mu…mu gelak gapo?”
“i\’ll wait for a bah,but da bah diden cae..”
“&^%&%^%^$#%”ternyata isu sensitif tu jadi bahan aku kenakan dia.Menceriakan suasana yang muram.
Seketika sudah aku jadi muram kembali selepas bagai pecah perut aku gelakan mamat disebelah ku.
“ha…ha..touchung balik…nyampoh aku”
“ida…dia buat aku jadi keliru..”
“Gini…mu dengar ni…Adam hawa dijadikan sepanasang untuk menemani satu sama lain.Berbeza jantina tapi mampu jadi teman yang rapat.Biar terpisah kerana cinta yang kuat bertemu kembali mereka.Kalau aku jadi kau,aku akan tinggalkan ida.Biarpun aku tahu aku tak patut,tapi aku kena fikir jugak masa depan aku.Kalau dia dah tunjuk belang sekarang tak mustahil dia boleh pijak kau nanti..”
“tapi aku tak nak kecewakan mak aku…”
“aku faham Fieq…luah mati mak,telan mati bapak..”
“aku buntu..”
“tabik aku kau ni…Biarpun Ieda dah taka dara kau masih nak terima dia..\’
“Azfar..kau kena faham…dara tu hanya satu lapisan nipis…apa yang ada pada dara,bagi aku sama.”
“murni sungguh pengorbanan kau tu,tapi aku takut balasan tak sama dengan apa kau dah buat..”
“habis kau nak mak ayah aku bising?aku kesian dia nak sangat anak..”
“kau nak kahwin dengan ida sebab anak yang mak kau mahu?”
“bukan tu aje…aku nak tolong dia tutup aib..”
“Tapi kenapa,sedangkan bukan kau yang rosakkan dia?”
“aku tahu Far..tapi,aku nak dia tahu tak semua lelaki macam tu..”
“habis kau rasa dengan buat ni kau yakin dia cakap kau bukan lelaki macam tu?”
“entahlah…aku tak ada jaawpan.Aku serabut fikir.”
“kau yakin dia maampu bahagiakan kau?”
“tu pon aku tak ada jawapan.”
“entahlah aku pun tak faham apa kau cari…kau sendiri tak tahu hala tuju kau.Macam mana aku nak tolong.”
“aku serabut far..”
“Kau fikirlah masak-masak..”
“aku balik dulu,karang pak sudin mengamuk pulak.”dia mematikan perbualan aku.Mungkin hanay alasan mahu biar aku sendiri.
Azfar berlalu.aku pandang lesu.Bagai teringat soalannya tadi.Tuhan berikan aku jawapan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: